Selasa 5/6/2012.
Tidur malam tadi ibu tak berapa nak lena. Mungkin sebab bertukar bantal? Yang nyata, sangat sejuk dan bunyi angin menderu di celahan pintu sliding di balkoni ni sangat menyeramkan. Beberapa kali kejutkan ayah yang culas. Dia buat tak layan aje... Ica bagus, tidur yang nyenyak dan tak batuk pun. Good.
Selamat pagi Penang....
Taklah pagi sangat. Dah pukul 8 lebih ni tapi masih mendung.
Titisan air di pemegang balkoni. Awal pagi tadi hujan lebat kot. Atau yang semalam tu, hujannya terus lebat sampai awal pagi. Wallahu a'lam. Tapi suasana ni sangat mendamaikan...
Ica bangun dulu sebab nak buang air besar dan mandi. Ini tengah syok tengok tv.
Ok, pagi ini kita pekena roti canai di sini. Roti Canai Jalan Argyll. Katanya antara tempat best nak breakfast.
Orang tak ramai sangat tapi boleh tahan lah. Kedainya memanjang ke belakang. Kami duduk belah depan saja. Dekat dengan kipas.
Ica muka bosan aje menunggu roti telurnya.
Itu kot? Bersusun aje. Ibu sebenarnya tak gemar tengok menda macam ni kalau nak makan. Sebab rasa mcm tak hygiene, nanti tak lalu makan. Tapi masa ni ibu tak tgk pun. Fokus tengok meja jer. Hihi.
Ha, ini senarai harganya. Ayah kata, harga roti telur double sini, sama mcm roti telur 1 kat KL. Baik order roti telur double. Nampak menyelerakan.
Kanan kuah kari daging. Kiri kuah kari kambing. Yummy! Dua2 memang best.
Ica order milo ais. Pagi-pagi dah ais? Panas katanya.
Nampak tu roti telur double. Cicah kari kambing yang lembut dan sedap. Hmmmm memang kick!
Dah kenapa pulak si Ica tu buat muka gitu? Agaknya sebab ayah tak fokus ke dia? Atau sebab dia makan roti kosong aje tak cicah kari? Tapi kelakarlah.
Sampai licin.... heheheh
Dah kenyang, kami GPS ke Bukit Bendera. Dalam GPS, namanya Penang Hill's Railway Station. Sesat juga nak ke sini ni bila GPS tak tahu nama betul. Kena tanya kat orang. Alhamdulillah sampai. Ni masih gerimis. Jalan licin. Parking penuh pula. Kami terpaksa park di belah atas. Memang macam cabaran camel trophy masa nak naik tu. Yelah, jalannya licin. Naik tinggi pula tu. Kalau 4WD takpelah. Ini Myvi comel aje. Nasib baik sampai dengan jayanya. Ini dalam jam 10 pagi.
Dah parking tinggi, kenalah pulak turun ke stesyen keretapinya. Masaklah masa nak balik nanti sebab memang jauh kena turun. Licin pula tu. Bila ada tangga baru mudah sikit nak turun. Still, licin.
Eh eh...itulah keretapinya. Meluncur laju. Macam best.
Masya allah. Memanglah disaster bila bercuti masa cuti sekolah. Ini tempat kaunter tiket. Punyelah ramai dah beratur berbaris-baris ni. Lama pulak tu sebab ada 2 je kaunter yang bukak. Sebelah sana yang ada kemah putih tu tempat menunggu. Dah macam kemah kenduri pulak. Untuk warga emas dan kanak-kanak yang tunggu nak beli tiket, dengan yang tunggu kenderaan rombongan. Selesalah sikit ada kerusi dan kipas. Tak payah diri di koridor.
Tahan Ica beratur dengan ayah. Akhirnya sampai ke kaunter depan. Berapa tiketnya? Alamak tak ingatlah pulak.
Lepas check-in ke dalam stesyen, kena masuk ke sana tu, beratur lagi.
Lipat stroller dulu.
Fuhhh ramainya. Macam nak masuk dalam tin sardin.
Ha, dah sampai pun keretapinya. Ramainya umat....
Yang uniknya keretapi ni, bentuknya senget mcm ni, dan takkan betul jadi straight. Memang dicipta utk naik turun bukit.
Gambar dalam train tak ambik sebab sangat padat, takleh nak pegang beg pun. Ibu kena dukung Ica sebab takut dia kena himpit kaki orang. Masa mula masuk pun roda stroller dah kena muka Ica sebab sempit sangat. Kesian dia.
Bayangkan, menggendong berat 17kg sepanjang naik bukit selama 10 minit. Memang senaman otot tangan.
Ini dah sampai. Alhamdulillah...
Hah. Lega. Ica tu kenapa kaki dia pulak yang terkepak camtu? Padahal ibu dukung dia je tadi.
Penang dari Penang Hill. Cantik.
Mengabadikan kenangan bertiga.
Berpeluh-peluh ayah. Sini tak sejuk macam Cameron atau Genting.
Nampak je berkabus. Tapi gerimis sesekali dan cuaca sangat panas.
Ada monyet. eeee..
Ibu & Ica.
Cantik kan belakang tu.
Untuk menikmati suasana atas Hill ni, kenalah panjat lagi ke atas sampai puncak. Boleh?
Jauh tu....
Ica tak 'compute' tah kenapa excited terlebih sampai tak respond ayah panggil nak ambik gambar. Pakai payung sebab gerimis.
Kononnya nak makan di restoran nie. Konon saja. Kalau berminat, kena naik tangga kat tepi kiri tu. Cerun sangat...
Ica dah agak penat jalan dari bawah tadi.
Ini booth untuk yang berminat nak bergambar dengan ular sawa kaler kuning tu. Ibu tidaklah....
Tengah-tengah ni tapak persembahan kalau ada apa-apa acara menarik. Sekarang ia kosong aje.
Muka bosan dan penat.
Ada sikit renovation kat astaka.
Ramai yang duduk-duduk aje selain masuk ke dalam muzium burung hantu.
Siap ada rombongan sekolah lagi.
So, inilah yang ada kat atas ni kalau berminat nak pusing. Boleh sewa kereta kecik yang kata ayah, namanya bungy car RM30 untuk pusing satu tempat ni. Tapi kena tunggu turn lah sebab orang ramai.
Kami melepak sementara tunggu kereta bungy tu. Ada jugak pondok polis tapi tak nampak orangnya.
Kereta bungy tu mcm ni rupanya.
So, boleh naik satu family, atau kalau yang seat tak banyak, boleh la naik 2-3 orang. RM30 per kereta.
Kalau rajin, boleh la naik sampai atas. Ibu tak sanggup, kecuali kalau naik bungy car tu.
Daripada buang masa panas terik kat luar, kami masuk dalam cafe. Saja cekidaut. Juga nak masuk ke muzium burung hantu. Harga makanan sini 2x ganda dari yg di KL. Contohnya secucuk naget mcm ni kalau biasa di KL, secucuk yg 3 ketul RM1. Sini RM2. Isinya 2 saja.
Dalam kafe ni macam-macam aktiviti ada. Ini lukisan kanak-kanak yang nak masuk contest dan lekat di dinding. Pastu snap gambar. Ada rajin? Tidakkk.
Kedai buah-buahan ni jual jus dan ABC. Menarik.
Orang ramai.
Ok, mari cekidaut ada apa dalam muzium ni.
RM10 per head.
La. Ini je yang ada. Koleksi kraftangan gambar/bentuk burung hantu. Ingatkan sejarah latarbelakang biografi burung hantu....
Koleksi memang banyak. Semuanya cantik-cantik. Harga pun mahal. Dari range RM10 hingga ribuan ringgit.
Yang nampak mcm batu bentuk burung hantu ni agak scary. Terus dikotakkan.
Ayah kata - Ini je ke? Apa yang muziumnya? Entah.
Ica pun blur. Tapi kat sini dia mula nak ejas diri sikit. Tengah mencari apa yang best la tu.
Lampu ni kat tengah-tengah hall. Rendah je dia gantung. Kreatif sebab dibuat dari kerta putih aje yang digunting jadi mcm ni. Cantik.
Ica mengabadikan kenangan.
Masa untuk souvenirs.... Tengok tu siapa yang melebih-lebih?
Lepas beli sikit, singgah makan ABC pula. Memang sedap. Manis. Aisnya halus.
Beli di kedai ini. Dia punya ABC mahal 50 sen dari kedai lain.
Tapi isinya memang sedap.
ABC dan setin air soya = RM7
Air soya tu kalau kat KL RM1.50 je. Sini jadi RM3.
Ok. Sambung jalan dan menikmati Penang dari atas bukitnya.
Pelantar utk melihat keindahan Penang. Tapi orang ramai sangat. Tak kuasa nak menyelit. Ada teropong yg macam kat KL Tower tu.
Cantik kan.
Bukan ayah. Tapi scenery belakang dia tu...
Ok ni dah masuk dalam keretapi semula. Bila balik, agak lengang. Semua yang ramai-ramai tadi masih kat puncak kot. Tak kuasa lah nak tunggu lama-lama. Tak ada apa yang menarik pun.
Ica dan ibu berdebar masa train sedang bergerak pantas menjunam ke bawah. Eh bukan junam. Luncur.
Tengok ni. Laju kan. Ica tak takut pun siap tengok ke luar tingkap. Bagus.
Tak ramai kan. Tapi memang train ni dicipta utk kekal menyenget mcm nih.
Di luar.
Di luar train, mcm gaung kot.
Ica muka tenang saja.
Ok. Bila dah sampai bawah, ayah pergi daki semula bukit utk ambil kereta, sementara ibu dan ica tunggu di kemah putih ni. Ica dapat mainan yoyo getah. Senyaplah dia.
Dah pukul 1.40 ptg. Taklah lama sangat kat sini. Dalam 2 jam lebih saja.
Tepi-tepi ni ada banyak stall jual cenderahati. Ingatkan memang kedainya. Rupanya, payung-payung ni yang menumpang di kaki limanya.
Ok lepas ni kita ke rumah P.Ramlee pulak.
P. Ramlee sapa? Ala P.Ramlee yang dibanggakan peminat filem lama tu lah.
Iyer, rumah asalnya di sini lah.
No comments:
Post a Comment