Masih 5-6-2012 Selasa, tapi tempat yang lain.
Melawat rumah kampong P.Ramlee dilahir dan dibesarkan.
Ini bukanlah rumahnya. Ini muzium tempat letaknya peninggalan arwah dalam bidang seni dan kenangan lama masa beliau masih remaja.
Ini gambar curi-curi sebab tak dibenarkan ambil gambar di dalam bilik pameran nie. Tapi kami ni kan jakun...nanti takde pulak kenangan. Penjaga kaunter pulak tengah syok bersembang dengan 2 orang akak pelancong tu pasal hubungkait beliau dengan arwah. Jadi, tak sedar apa yang kami tengah buat ni. Lagipun, takde orang lain kat situ.
I like this pic because I look a bit slim. ekekekekeke
Ini gambaran masa zaman remajanya, arwah main biola dan semua org terpegun menyaksikan.
Ha, inilah rumahnya. Hanya bersebelahan dengan muzium.
Let's check it out!
Alamak ayah ni tempat 'memerut' pun di snapnya =D
Dari sudeut depan rumah.
Ica yang naik dulu rumah papan nie. Nampak sangat klasik.
Dalam rumahnya. Living room.
Ica pun macam faham dan boleh baca aje...
Dalam rumahnya menuju ke bilik tidur. Ada satu je bilik tidur dan terus ke dapur.
Jenguk bilik tidurnya. Ada katil queen dan kelambu lusuh.
Itu biola pertama yang dia main.
Sana tu dapur. Dapurnya takde apalah. Macam tipikal rumah kampung.
Itu dapurnya. Kiri ke bilik tidur. Dalam bilik tidur tu ada juga meja solek kecil.
Sini bahagian emper.
Ica main tangga.
Ok dah sudah. Ayah dan Ica tengok ada basikal lama di bawah rumah.
Masa ini dah gerimis. Ica tak bawak topi. Tutup kepala dengan sapu tangan saja.
Kami teruskan perjalanan nak cari makan pulak. Lapar. No Line Clear please!
Kat sini pun ada kampong Dato Keramat mcm di KL.
Ica baca plet no. kereta ni : "PJY two lapan one sembilan".... adoi. rosak bahasanya.
The famous Komtar.
Apa yang menarik iklan ni ialah TV skrin besar tu berterima kasih kepada pembayar cukai. KL ada tak ni?
The famous Perangin Mall. Ayah tak nak singgah. Takde apa pun, katanya. Kat KL lagi banyak. Oklah.
Kami end up makan di kedai mamak biasa di tepi jalan yang sesak tu. Apa tah tak ingat nama kedainya tapi lauknya boleh tahan sedap. Orang pun tak ramai. Tapi, kami belum habis makan lagi diorang dah mop lantai dengan bau clorox. Potong betul....
Mesjid terapung.
Ayah sempat solat zuhur asar di sini. Hujan lebat. Ibu dan Ica tunggu dalam kereta aje.
Ini pemandangan dari Hotel.
Ayah kata air laut dekat-dekat dengan mesjid tu hitam sangat.
Menunggu senja berlabuh...
Aktiviti di pool masih rancak.
Rumah kat tepi pantai. Apa cerita masa Tsunami 2004 dulu ekk. Mesti lantai rumah asyik berpasir.
Belah sana ada hotel lain. Cer sekodeng sikit.
Pool dia kosong aje? Takde orang ke?
Hah....cantiknya....
Ada orang tengah kesedihan seorang diri tepi pantai. Dah maghrib ni, tak takut hantu laut ke?
Tapi masih ramai yang main air...
Ok. Aktiviti malam yang paling best ialah pergi cari makan dan shopping cenderamata.
Ini Tarbish Rest. Seafood. Tak makan lah kat tempat mahal nie. Tak mampu...
Shopping!!!
Meriahnya pasar malam Bt Feringhi ni. Siang tadi lengang kosong aje.
Whoah....
Ica tengok beca lip lap dengan teruja.
Beli ke tak? Cantik. Tapi mahal. Erm tak jadilah.
Beli jangan tak beli... Untuk member2 di ofis.
Ica tunggu je tepi beca tadi.
Muka letih dan lapar.
Jom makan! DI restoran seafood yang biasa aje.
Yummy! Siakap 3 rasa, tomyam campur, sayur kailan ikan masin dan telur dadar. Nasi 3.
Harga = RM55. Ok lah tu. Ica makan nasi dengan sup. Banyak.
Ikan pun saiznya lumayannnnn.
Balik bilik dan tidur. Esok perjalanan yang panjang nak ke Hadyai.
No comments:
Post a Comment