Jun 25, 2012

Hadyai day 1

Rabu 6-6-2012 dari Penang ke Hadyai (Kap kun kappppppp).


Ica di lobi. Sedih nak ucapkan babai kat Penang.
Taklah seawal pagi macam nak bertolak dari KL ke Penang. Kami bermalas-malasan buat hari tearkhir di Flamingo. Menjelang pukul 10 barulah keluar dari hotel dengan rasa sedih meninggalkan suasana nyaman dan mengasyikkan di tepi pantai. Nampaknya, ada yang repeat order datang sini lagi =D
Warna tema anak dan ibu ialah biru firuz. Kenapa Ica masih nak tidur ke?

Muka happy sebab nak ke sempadan negara. Oh masa ni kami tengah fikir mana nak makan brunch yang kenyang dan lama. Sebab perjalanan nak ke sempadan bukan dekat.

:-D

Dan akhirnya keputusan dibuat oleh ayah untuk brunch di Line Clear.
Lagi sekali????
Memanglah dia ni peminat tegar makanan mamak. Kami ikut aje.
Nasib baik memang line tengah clear. Pukul 11 pagi kedainya masih lengang lagi. Dia pun baru bukak. Jadi boleh la melenggang kangkung order dan beratur tak ramai.
Yang baju kotak ni uncle yang cedokkan nasi. Dia cedok banyak. Mamat baju  merah ni, yang nampak mcm ustaz nie, badan je kecik, tapi makan banyak. Nasik dia aje dah menggunung. Kalah ayah yang montel tu.

Ica pun ikut beratur...

Ambik kau! Kepala ikan merah yang dah siap utk dicurahkan kuah kari.... eeee seram.

LC yang lengang... Memamg 'clear'!

Puas hati dapat makan dengan tenang dan tak berebut tempat.

Ica makan ke nasi tu? Seperti biasa, tak makan pun. Pedas katanya. Memang nasi beriyaninya agak pedas berempah. So, Ica minum soya aje lah ya. Diet.

Nasi ibu. Whoah...

Ibu rasa cantik pulak dengan tudung shasmeen ni. Eheheheheh.... Tengok tu lauk ayam goreng rempah yang marvelous!
Ok sebenarnya kisah sedih ialah dalam pada tengah makan, tetiba hujan lebat yang sangat lebat. Mujurlah bumbung diorang ni boleh ejas. Bila tempias hujan terlalu banyak, diorang gerakkan bumbung untuk tutup bahagian yang terbuka.
Masa hujan lebatlah pulak di Ica ni nak terberak. Grrrr... memanglah ibu dah siap makan. Ayah masih menyuap dengan jayanya. Tapi urusan toilet ni selalunya ayah yang selesaikan. Grrrr... Ibu pun dalam hujan tu bawak Ica ke toilet LC kat belakang kedai. Geli tau. Pulak tu dalam toilet ada orang tengah memerut jugak. Ei apsal la memerut time hujan?? Memang potong mood betul. Baju dah basah. Anak nak terberak. Grrr... Tiba-tiba ayah pun datang. Basah jugak sebab hujan memang melebat masyaallah. Jadi, ayahlah yang selesaikan urusan Ica. Nasib baik.

Ok dah siap makan, dan berak... maka bertolaklah keluar dari Penang.

Nampak iklan board ni kat tepi jalan sebelum ke jambatan Penang. Apa yang menariknya? Iklan ni takda di KL. Honeystar bentuk roket? Baru tu...

 Ok dah masuk ke Jambatan Penang. Sekarang lorong dah jadi 3, dulu ada 2 aje. Boleh bayangkanlah betapa jemnya jambatan ni tiap pagi orang berebut nak g keje. Masa diorang buat kerja-kerja menambah lorong tu, kitorang tengok dalam Majalah 3.

 Pemadangan laut China Selatan dari jambatan.

 Memang panjang dan unik jambatan ni. Apa yang uniknya, sebab ia merentasi lautan. Whoaahhhh masyaAllah...

Ini tengahnya yang cantik tu. Sama macam yang ditiru jambatan tasik di Putrajaya.


Tapi yang Sri Wawasan, Putrajaya ni tentulah lagi cantik dan canggih sebab ia hanyalah menyeberangi tasik....
Ok dah sampai ke Kedah, dekat depan Changloon Complex ni kami singgah di Imigresennya.

Dia macam kedai makan biasa je, tak sangka pulak kat sini ada mini imigresen.
Ada juga tempat tukar currency.

Ayah agak lama kat sini utk dapatkan insuran diri dan utk kebenaran bawa kereta masuk ke Siam.

Tukar duit RM ke Bath. Tak banyak pun, sebab bukan nak shopping sangat. Tengok2 saja...

Ok sedang beratur melepasi imigresen di Kedah.

Ada kompleks bebas cukai ini di sebelah kiri.

The Zone. Ramai jugak yang keluar masuk sini. Orang Mesia kan kaya-kaya...

Ok dah masuk ke Siam....

Kat pintu masuk aje dah ada kfc dan McD. Jadi, takkan kelaparan :-D

Masa ni tunggu ayah register kereta nak masuk. Kami sebelum tu kena turun cop paspot di kaunter. So old fashion. Singapore tak pun.. eh eh?

Dah masuk ke dalam Thailand. Specifically di Danok. Kat sini perbezaan nyata suasana ialah kabel nya. Tengok tu, berselirat kabel kat atas kepala. Tapi jalannya sangat smooth dan hampir tiada lubang. Rahsianya? Tak perlu korek jalan banyak kali hanya utk betulkan kebal, sebab kabel semua di langit (atas)


Selamba tak pakai keledar. Sebab undang-undang dia hanya wajibkan pemandu je. Pembonceng tak payah.

Ini apa? Tak ingatlah. Tapi ayah turun sini sekejap untuk check point kereta.

Setiap sempadan daerah akan ada pintu gerbang macam ni yang mempamerkan gambar raja mereka.

Tengok lori yang terlebih muatan bawa kayu getah tapi selamba aje...

Boleh baca ke? Ibu cuma faham yang had ketinggian tu aje =D

Kami nak ke Hadyai... padang besar tu lain kalilah ek

Maxis dah bertukar menjadi AIS. Beku terus =D

Bas kat sana macam lori pick up yang ada bumbung.

Ini dah sampai bilik hotel.
Tripple sharing yang sederhana luas ni baru RM90 atau 900Bat.

Nice.

Order makanan room service. Nasi goreng thai dan telur mata. Jus laici epal.

Kuatiaw kungfu. Semuanya sedap. Harga = RM20.

View dari hotel. Ini town Hadyai. Nampak mcm Jalan Chow Kit sikit kan. Dia town lama.




Harga minyak kat Thailand yang bukan pengeluar minyak dunia ye. Agak mahal. Jadi, kami tak isi. Sebab tadi kat Kedah dah penuhkan tank.
 Botol mineral dalam hotel masih gunakan botol kaca. Yang plastik tu air kami beli di Tesco Penang haritu.

 Minibarnya masih Singer. Agak ketinggalan 10 tahun dari Mesia.

 Oh ya. Sesampainya di hotel kami terus berehat-rehat dulu macam biasa. Tidur-tidur dulu dan dah lepas maghrib baru jalan-jalan di sekitar pekan Hadyai yang rancak pada waktu malam. Kenapa no pic? Sebab terlupa bawak. Jadi tak adalah gmabr kenangan makan street food di Hadyai? Huh, ayah kata sila lempang diri sendiri - ok dah lempang pun di atas kecuaian ini. Siap naik tut-tut dia, tapi tak snap gambar. Grrr...

 Ni dah pagi, bersiap-siap nak ke Songkhla pulak. T shirt baru beli malam tadi. Sepasang dengan ibu. Ayah takde saiz. hehe.

Good Morning Hadyai. We re ready to proceed to Songhkla.

No comments: