Kami ubah plan. Tak jadi balik KL hari ni jugak sebab semalam tak snap gambar waktu malam di Hadyai kan. Jadi, pagi ini kami cuma tukar hotel, cari yang betul-betul depan pasar street food Hadyai.
Ica bawa beg nak keluar dari Kosit Hotel.
Patung sawadee-kap tu menyambut pelancong yang datang. Seram gak.
Hotel Kosit ni agak berumur tapi masih ok lah. Masih cantik. Macam hotel sekitar Jalan Chow Kit atau KL lama lah...
Sekitar dalam lobi hotel. Semalam tak dan nak ambik gambar sebab nakcepat-cepat masuk hotel kan...
Ok dah cek out. Ayah pun baju thailand, semangat sikit.
Kat depan hotel.
Itu kat pintu depan hotel Kosit. Cantik hiasannya, ada air pancur kecil dan pokok-pokok.
Ok dah sampai di kedai makan muslim. Nak breakfast.
Sama je macam kat KL. CUma pukul 10 ni dah lengang sikit. Tapi memang tak crowded pekan ni. Kira ok ok aje.
Bar jus buah dan air minuman. Boleh baca ke? Tapi muslim kat sini boleh sikit2 cakap melayu. Apa taknya, tv diorang dapat channel tv1, tv2 tu...
Ada orang offer bagi rasa kacang pistachio nih. Boleh beli kalau suka. Kitorang tak minat.
Ica nak air soya. Tengah menunggu dengan sabar.
Itu sos dia ke apa? Lupa nak tengok translation.
Ha, dapat dah air soya. Diorang panggil ni Vitamilk.
Ayah order mi sup daging. Sedapppp!
Itu bahan-bahan campuran sampingan, sapa yang nak lebih masam, manis, masin, pedas.
Ha, ni lah dia Vitamilk tu. Memang sedap dan sangat pekat. Jauh beza mcm yg KL punya.
Suker...
Ibu order roti canai telur. Rotinua kecik aje. Kuah cecahnya memang sedap. The best in the world lah! tak pernah-pernah ibu cecah kuah semata yang sedap camni ;-D
Ayah try nasinya. Siap ada harga tu. RM4.50 = 45bat. Nasi lauk rendang daging dengan kerabu seafood. Memang kombinasi yang tak kena. Tapi itulah makanan glamer dia.
Inilah nama kedainya.
Ok kami cari jalan nak ke Hotel di tengah town pula.
Hotel Grand Plaza. Receptinist ni memang baik.
Hotel ni antara yang besar lah kat sini.
Dalam lifnya penuh dengan iklan pakej massage. Nak cuba ke?
Ohh, inilah bilik kami. Belum dikemaskan lagi sebab check out pukul 12, kami datang belum pukul 12. Booking bilik dan tinggalkan beg besar dulu, kan kami nak ke Songkla ni.
Ok, on the way ke Songhkla. Ini pintu gerbangnya.
Ada pulak bas tersadai tengah jalan cam ni...
Dah jumpa pun anak panahnya... Sini tak susah nak cari jalan....
Naik motor pakai payung? Memanglah sangat pelik.
Yang pakai tudung pun ramai... Naik motor lagi. Yang pakai baju putih seluar hijau/hitam ni budak sekolah.
Ok dah sampai di sini...
Dekat dengan universiti. Ada orang termenung. Sama tak macam yang kat Singapore - the thinker hari tu? Except yang ini, dia tak termenung, Dia baca buku. hehe
Ica kejar burung.
Apa yang menariknya Songhkla ni?
Maybe pantainya yang bersih. Kami ni sukakan pantai. Jadi suka lah suasana macam ni. Masa ni hujan gerimis dan panas.
Ramai juga yang datang sini. Sama ada untuk berjualan atau jalan-jalan.
Mercu peta ni ada patung Mermaid kan. Sebab sejarahnya, ada mermaid pernah mendarat di pantai Songhkla ni.
Singgah cuba topi.
Yang hijau ni lembik. Harganya sama je semua RM8 = 80 bat.
Kat KL, jumpa yang serupa, RM35 ke atas.
Dah macam nak masuk bendang pulak bila pakai topi macam nie...
cantik pokok renek ni di trim mcm nie memanjang sampai tepi pantai...
No comments:
Post a Comment