Jun 25, 2012

Songkhla (Contd. Day 2)

Apa yang menariknya Songhkla? Pantainya yang bersih dan nyaman.....
Bersih kan. Tak nampak sebiji sampah pun. Menunjukkan apa ya? Org tak ramai datang sini ke? Entahlah.
 Siap ada orang berkhemah lagi. Orang berjualan telur ayam yang ada ayamnya di dalam pun ada. Ibu tak beli sebab geli pulak telur rebus yang dah jadi anak ayam. erk!


 Segar dan nyaman kan....

 Itulah mermaid nya. Dah jadi batu pun....hehe

 Kita relax dulu kasi peluang orang lain ambik gambar, jap lagi turn kita pulak.


 Abaikan perut ibu yang moncit tu ekk...hehehe

 Allah... Ica takut lah pulak...

 Bila dua anak gajah ambik gambar, mermaid pun dah tertutup. kah kah...

Pantai yang cun sangat... I love it!

 Tulis nama atas pasir...

 Ayah bergambar paling sedikit kat sini. Ececeh...



 Teritip atas kayu. rupanya cengkerang siput. Ayah tunjuk kat satu rumah siput yang dalamnya ketam.

 Ia sedang bergerak laju. Nampak tak siput yang ada kaki tu?

 Ada jugak kucing gergasi. apa sejarahnya? Entah. Mungkin ada kucing misteri datang sini kot?


 Jauh nak jalan ke kucing gergasi tu. Hujan lagi. So, tak ambil gambar dengannya.

Kita nak tengok ikan yang betul.

Pergi ke Aquarianya... yang sama mcm KLCC dan Langkawi Underwater.
 Siap ada kapal titanic kecil-kecilan lagi...

 Peace! 1Allah.

 Cet, bila turn ibu nak ambik pic dgn dia, dia sibuk tgk dolphine pulak? Dolphine ke whale?

 Kan...


Bangunannya masih cantik, I think sebab ia bangunan baru...
Naik tangga ke tangki ikan.
Pintu masuknya. Dalam takke ekon tau. Semua pakai kipas besar-besar punya...
Yang menyambut kehadiran kami....
Cer tengok Ica nyer gaya. Meniru ibu!
Angtara ikan pertama yang ada. Selebihnya takyah tunjuk sini sebab sama je mcm KLCC nyer Aquaria tu...

 Sampai la ke part paling ibu suka. Shopping cenderamata! Ica dah nak yang merah tu.

 Bantal ni sebiji RM30.

 Tengok tu siap dah peluk kuda laut tak nak lepas.

 K gi tengok feeding show dulu lah.


 Ok, beli lah apa yang nak dibeli. Ica nak kuda laut, ibu nak nemo gergasi. Oklah sorang satu.

 Kenangan kita ber3...
 Ica suka kerusi ni sebab ia pink!

 We were here!
 Sambil gerak keluar dari kawasan pantai sambil tengok booth jual perabit jati yang basal disimbahi hujan...
 Sayangnya..... murah-murah pulak tu.. Kalaulah bawa lori, boleh angkut dan jual di KL....

 Sementara tunggu ayah gi solat kat mesjid tepi jalan di Perkampungan Melayu, Ica bergomol dengan si merah.

 Sesekali peluk si nemo...

 Lapar. Lepas ayah solat, singgah makan di gerai tepi pantai ni...

Tunggu hidangan sedang di masak.

 Telur dadar untuk Ica makan dengan nasi. Yummy! Tapi piringnya sumpik sikitlah...

 Nasi untuk 3 orang makan.

 Sayur kailan ikan masin. Memang nyummy.

 Tomyam seafood putih... Menyelerakan sebab penuh dengan seafood.

 Siap ada potongan ikan lagi...

 Sajian tengahari yang menyelerakan. Orang siam memang pandai masak. Cuma tomyam putih tu terlampau kuat bau rempahnya. Ada selasih. Tu yang potong sikit.

 Ayah muka kelaparan...

 Inilah yang ibu nantikan. Crab sweet sour!

 Memang sedap giler....

 Ayah kekenyangan. Burp! Semua sekali RM56.00 Boleh tahan....macam kat KL.

  Ais pun dah nak habis....
Seperti biasa, kalau dah kenyang, akan ada orang yang 'memerut'. Urusan ayah yang settle.
 Hujan dah stop, kami teruskan perjalanan. Singgah di Universiti Teknologi Rajamangala.

 Ada datarannya. Boleh tahan cantik senibinanya. Mungkin untuk course engineering ke apa. Kami masuk untuk U-turn jer.

 Dalam perjalanan nak ke Hadyai semula. Lalu di Universiti Thaksin.
Budak-budak balik dari sekolah. Sempoi naik penuh-penuh mcm ni dalam hujan dan jalan licin. Tak sayang nyawa...

 Ok dah melepasi satu daerah.

 Budak sekolah yang kiasu lagi...Ish ish ish...
 Ngilu akak...

 Satu daerah lagi....

 Dah sampai ke Hotel. Jauh perjalanan Songhkla - Hadyai macam KL nak ke Kampung ibu dalam 2 jam. Tapi sini tadi sebab hujan, bawa slow sikit, jadi dalam 3 jam lah.

 Ica macam biasa, sampai-sampai aje kena resmikan toilet dulu.

 Besar kan, bilik nie RM125 semalam.

 Cabang letrik yang bising sepanjang masa, bunyi letrik megalir zzzt!zzzt!zzzt! betul-betul depan tingkap bilik. Kena tutup tingkap. Tapi biliknya agak tak hygiene sebab bau rokok. Ibu dahlah alergy bau asap rokok. Tak suka lah! Ibu lagi prefer Hotel Kosit walaupun kecik, tak bau rokok pun.

 Pemandangan dari atas Hotel. Kotor sikit. Bawah tu dah lobi Hotel lain pula. Memang sangat sesak dengan hotel kat sini.
Petangnya, ibu berurut Thai Massage. Orangnya kurus aje, tapi urutannya buat ibu  menjerit sepanjang masa. Thai massage ni tak pakai minyak urut. Dia tekan tekan aje. Sebijik macam kerusi Osim ke apa. Sakit asal tak hilang, sakit baru pulak timbul. Kena bayar pulak RM30. Grrr!

Malam ini catatan perjalanan street food pula.


No comments: