Jun 25, 2012

Malam di Hadyai (Contd. Day 2)

Dulu orang kata Hadyai ni 'syurga' pelacuran. Tapi taklah selamanya begitu kan. Sekarang yang ibu nampak, ia lebih kurang macam up town kita kat KL. Jual macam-macam benda (kecuali oranglah). Semua yang ada kat sini, ada di KL, percayalah. Tapi harganya boleh bargain dan lebih murah dan lebih berbaloi. Tengok tempat lah kan...

 Ica kata tv sini kecik. Memang pun. Bilik besar dabak, tapi tv nya cinonet aje =D tak kisahlah janji ada juga tv, boleh berhibur sebelum tidur. Channelnya pun mostly bahasa dia. Kita tak faham. Sampai ke kartun pun ada alihsuara...

 Arissa tunjuk bestfriend barunya, si merah kuda laut.

Bersiap-siap nak cari makan malam. Dress ni baru beli semalam. Bosan kan warnanya? Tapi kainnya tak panas. RM18 saja.
 Suasana di luar bangunan hotel, berdepan Hotel yang kami duduk tu.

 Anak beranak di depan hotel. 


 Yang terang tu, tv giant yang ada iklan. Sama pulak macam yang di Penang tempohari. 

 Ini jalannya. Basah dek hujan renyai.

 Betul-betul depan hotel ada stall seafood goreng-goreng ni. Malam semalam kami makan cucur udang kat tepi kakak tudung merah tu. Dia letakla meja dan kerusi kalau kita nak makan sini. Kami makan juga pulut kuah durian. Memang sedap, lemak manis. Kuahnya dimasak pekat, bila nak makan dengan pulut, disertakan durian yang tak dimasak beberapa ulas. Harganya RM6 satu polisterine. Taklah murah kan. 

 Udang besar-besar tu berapa pula? Geram je kan? RM40 sekor. Memang lah besar. Tapi agak mahal. Masih mahal lah kalau nak dibandingkan dengan beli di KK sekilo RM70 lebih dari sekor. 
Kat KL tak jumpa yg tepi jalan macam ni kan. Yelah, sebab org KL datang sini =D Crab pun besar-besar. RM40-RM60 sekor. Nak ke? Kami tak. Berlalu aje cuci mata. Nak cari sesuatu yang lebih berat untuk makan malam. Akak tu orang sini, tapi muka mcm mamak kan. Dia boleh cakap melayu sikit-sikit. Mesti tgk tv1 dan tv2 kan...

 Dulu orang kata dalam ni banyak 'ayam' uyk dilanggan. Yeke? Taklah.... Kedai baju aje....

 Pasar basah tepi jalan. Memang nampak fresh aje.

 Sotong kering boleh terus order utk dibakar kat situ jugak.

 Kami ambik picture crab hitam yang bergerak nak keluar dari bekas biru tu.

 Salah satu perhiasan dinding yang 'lucah' =D

 Orang ramai gila keliling kat mamat ni. Padahal buat roti pisang aje. Bolehlah ayah kalau nak buat branch kedai mamak kat sini, jual roti canai pisang malam-malam =D

 Depan tu jual nasi lemak kan? Tak jadi makan di Restoran Hameed mamak sebab nampak macam takde orang aje. Patah baliklah.

 Itu jual ala-ala stimbot. Nampak seafood nya?

Sepanjang jalan ni ialah peniaga jalanan yang beroperasi malam hari saja. Kebanyakan pengunjung yang stay dihotel akan makan di tepi jalan ni.

 Akhirnya kami singgah di warung nasi lemak ini juga, walaupun ibu nak elak nasi lemak sepanjang percutian. Nasi lemak? Tolonglah. Kat rumah KL pun nasi lemak okey! =D

 Tunggu order. 2 nasi lemak ayam kari, dan satu nasi lemak kosong utk ica.

 Inilah nasi lemaknya... lauk kari ayam, memang jarang jumpa di KL =D

 Ini nasi lemak kosong Ica. Lauk telur rebus sebiji. Ica makan habis ni. Lapar, dan nasinya sedap. Betul, rasa santan sederhana, rasa wangi pandan. Kena pulak dengan tekak Ica, ayah dan Ibu. Pekena pulak kopi pandan nie. Pergh! Memang sedap. nasi lemak RM5 sepinggan. Semua sekali RM20. Standard KL je.


 Belakang ibu tu ada senarai harganya.

 Ramai orang makan tepi jalan ni. Yg order nasi lemak pun raaaamaaaai...

 Akak yg jual nasi lemak tu. Laju dia buat kerja.

 Bandung pandan. 
Semua air minuman guna air yang direbus dengan pandan. Wangi dan manis.


 Member sebelah order teh bertingkat ni. Kami pun cuba jugak. Harap tak terberak keras lepas ni =D

Kasi kacau dulu, baru boleh minum. Sedap.


 Teruskan perjalanan. Ica tu dah moody lah bila kenyang mata mengantuk, nak berdukung aje...

 Ini sotong kering tadi tu...

 T-shirt. Rambang mata.

 Gaun kanak-kanak. Ini agak mahal la RM22 tak boleh kurang.

Dalam kompleks Pink Lady tadi. Lagi banyak pilihan tapi orang tak ramai sangat masuk sini berbanding yang diluar. Mungkin sebab sini harganya agak mahal dan tak boleh bargain.
 Fesyennya agak ketinggalan sikit berbanding yang diluar.

 Gerai ni muslim pnya. Kami tunggu tak bukak-bukak. Bila dah kenyang barulah dia bukak. Rupanya dia start meniaga pukul 10 malam. Adoi, lambat sangat tu... Tapi tengoklah customer dia. Ramai...

 Jual apa? Mihun/mi/kuetiaw sup.

 Kat belakang dia ada jual seafood goreng macam ni. Tapi lagi mahal dari yang tadi.

 Unik kan.

 Makcik ni lawan cakap dengan customer dia. Nak jual RM33 sekilo cashew nut ni. Tak boleh kurang. Bila mintak kurang, dia membebel. Tak jadi kami nak beli. Oh ya, dia membebel cakap melayu =D


 Sirip yu yang dibekukan. Ni depan restoran Cina.

 Dah lewat malam pun org masih meniaga massage.

 Fuhh rambang mata...

 Ibu nak cari T-Shirt yang mcm ni aje untuk sovenir yang ada tulisan I Love Hadyai. Tapi dah habis pulak.


 Beg ni RM45 takleh kurang langsung. Tak jadi beli.

Macam-macam tulisannya.
Purse ni dalam kaunter kaca. RM200. Tak mampu den. Katanya kulit ikan pari. Yela tu...
Ibu beli beg ini aje RM30 sebab nak isi susu dan botol-botol Ica. Beg yg lama dah koyak.
 
 Ica beli pistol nemo, boleh tiup buih sabun. RM18.

 Jauhnya nak sampai ke bilik...

Tidur malam tak nyenyak. Ibu batuk sebab bilik bau asap rokok yang kuat. Ica pun dalam tidur boleh nak muntah. Nasib baik sempat bawa ke bilik air. Huh, ibu sakit badan lepas urut Thai tadi.
 Ini dah pagi. Bersiap-siap nak balik Mesia. I miss my home.

 Snap pic terakhir di sini. Ops tak jadi.

Ok, smile! Macam ambik gambar raya lah pulak....

No comments: