Jan 1, 2013

December 2012 Holiday Melaka Day 2

Alhamdulillah tidur lena juga dek keletihan seharian berjalan di pusat bandar Melaka dan River Cruise siangnya. Kena pula perut kenyang dek seafood dengan harga yang murah. Alhamdulillah nikmat Allah yang Maha Pemurah lagi Penyayang.

Pagi Selasa 25-12-2012, bangun dengan segarnya sambil menyaksikan sambutan Krismas di mana-mana. Dalam tv pun penuh program yang sebegitu. Okay plan kita hari ini, tidaklah terlalu dirancang. Redah saja kan. Tapi berharap semoga semuanya berjalan lancar dan berbaloi :-)

Good morning budak mucukkkk... Ohh ini dah siap mandi semua, sambil tengok tv sambil minum susu sambil tunggu ibu ayahnya bersiap. Extra bed kat tepi katil tu. Mulanya Ica tidur di atas, bila dah lena, ayah transfer ke bawah. Kalau tak, sempit jugaklah 3 dak demok kongsi katil kan, walaupun katil king :-) Jadi pagi tadinya bila bangun tidur Ica terus komplen kenapa letak dia kat bawah. Dia takut tidur sorang. Padahal tidur tak bergerak sampai ke pagi sebab keletihan :-)

Mula sekali kenalah isi perut dulu. Sarapan di kafe hotel.

Eh, seksi pulak dak demok baju merah ni.. Amboi mengancam gitu :-)
Eh, macam nak belasah orang saja ni?
Ibu pulak bersarapan dengan telur rebus separuh masak yang fresh. Sedap ni. Selalu buat sendiri asyik tak menjadi aje kan...

Overall sarapan di kafe Malacca Straits ni boleh tahanlah. Makanan basahnya macam nasi goreng dan mi goreng terlalu pedas untuk Ica. Nasi impit agak kering dan cicahnya kari ayam terlalu masin. Amboi! Banyaknya komplen?
Ibu ayah sibuk makan, si kecik sibuk tengok kawasan.

Ada pool kecil di sebelah kafe. Itu yang buat dia  tak selera nak makan sebab nak terjun dalam pool. Baju pun dah sesuai sangat tu. Memang ibu siapkan dia untuk mandi pool lepas sarapan. Tapi, pool kanak-kanak terlalu kecil. Dah macam rupa sangkar ikan aje. Pool dewasa pula terlalu dalam melebihi 4 meter. Kecil saja tak mengapa. Tapi orangnya ramai. Kanak-kanak yang mandi manda bukan jenis yang slow motion berhati2 macam Ica. Yang dah tua besar pun nak lompat di situ juga. Jadi, bukan saja kecil, malahan padat dan kotor berpasir pula tu. Memang mati selera nak rendam kaki. Alahai cabaran bercuti masa cuti sekolah, beginilah.

Bila tak jadi nak bagi mandi pool, apa lagi budak ni tarik muka sejuta lah dia. Makan pun tak nak. Minum pun tak mahu. Haish.... Siap alert kita yang dia tengah merajuk. "Ibu, Ica merajuklah tak boleh mandi air biru....(pool)"...


Usai sarapan, kami terus check-out hotel dan ke pusat bandar, Hajat di hati nak tukar bantal malam ini ke hotel yang lebih baik dan dekat dengan pusat bandar sana. Bukan apa. Sekurang2nya takdelah lama sangat dalam kereta meredah jem nak datang ke pusat bandar ni dari hotel yang lebih jauh. Akhirnya kami sepakat memilih Hatten Hotel. Rasanya ini hotel baru. Dekat sangat dengan Mahkota Parade. Cuba lah usya dulu.

Budak yang merajuk tadi dah terpujuk dengan hiasan dalaman Hatten Hotel ni. Musim krismas kenalah padan dengan hiasannya. Lampu lip lap di mana-mana.


Terlompat lompat suka hati mungkin sebab keadaan dalam hotel yang lapang dan tinggi silingnya. Lampu-lampu hiasan di atas siling berkilauan macam permata.

Sementara itu ayah begitu lama dan panjang beratur di garisan bakal penghuni hotel. Kaunter panjang begini, hanya beberapa orang saja yang bertugas. Tak faham betul.

 Ica ambil peluang check-it-out keseluruhan kawasan lobi hotel yang luas ni. Ada ruang pameran bangunan contoh....
Dari jarak dekat.
Lama menunggu, barulah usai. Eh, belum boleh check in lagi yer, sebab ini masih pagi dan waktu check in bermula jam 3 petang. Takkan nak tunggu sia-sia saja kan.

Kami bertolak ke pinggir bandar dan melusuri jalan ke laut yang terus sampai ke kawasan tambakan tanah baru yang telah menjadi tapak komersil Melaka. Dulu kalau tak silap eye of Mesia ada kat situ tapi dah takde pulak sekarang. Tukar tempat pulak ke.

Kami singgahlah di Masjid Selat Melaka ni.

Sayangnya mesjid yang besar ni jauh daripada pusat bandar tadi dan pengunjung yang datang kebanyakannya hanya nak ambil gambar (macam kami ni lah) dan kemudian berlalu. Nak masuk ke dalam pun jauh. Ni ayat orang malas nak solat sunah tahiyyatul masjid. Hehe.

Ica pun tengah melawat kawasan. Entah kenapa nampaknya dia asyik terkinja sana sini... Masa ni dah tukar baju yang elok sikit sebab tak jadi mandi pool tadi kan....



 Kat pusat bandar sana tak ada masjid sebesar ini. Tempat ibadah pertama yang sangat obvious da n senang dijumpai ialah church. Musolla yang disediakan di dataran pahlawan hanya kecil saja. Itupun telekungnya kecil, jarang dan paling sedih sangat busuk. Saya pun hairan macam mana boleh jadi macam ini sedangkan orang yang datang beribadah setiap waktu bukannya sikit. Telekungnya macam tak berbasuh sejak sebelum merdeka. Hahah. Pandailah ya.... Tapi memang tak khusyuk solat kat situ. Nak bawa telekung pula terasa berat, sebab harus enapak ke sana sini. Eh banyak pula alasan. Yelah sebab kalau di KL, mana-mana tempat rekreasi menyediakan ruang solat yang kemas dan telekung yang boleh dipakai selesa. Oklah, inikan tempat orang.... terima saja seadanya ok.

Selesai melawat mesjid dan komplen situ sini :-) kami datang semula ke pusat bandar ini untuk merasai pengalaman menaiki Menara Taming Sari ini. Tapi kena beratur fuhhh panjang gila. 40 minit agaknya.


Nasib baik Ica mood okey sebab ada mainan ini....


Ayah muka tak sabar nak naikkkkkk.....
Ok dah naik pun....

 
Perasaannya sama macam naik eye of Mesia yang dulu ada kat Titiwangsa :-) Gayat tapi beshhhh...
Mengabadikan kenangan..... Takut sebenarnya nih...
Sebahagian pemandangan dari atas. Plantar ini berpusing perlahan-lahan dalam tempoh 7-8 minit hingga naik ke puncaknya.
Pemandangan dari atas....huh gayat




Lepas dah selesai main bendalah ini, kami pun ke hotel semula untuk check in.

Menunggu dengan penuh tak sabarnya kerana kami dah beli tiket untuk naik Ducktours pukul 4.30. Kami perlu ada di stesyen pada pukul 4. Tapi kami hanya dapat check in pukul 4.10. Sebab? Pertama cari parking yang tak jumpa-jumpa. Hotel tu ada bangunan parking sendiri tapi rupanya sebab kesesakan parking space, orang awam yang bukan duduk di hotel tu pun dah memenuhi keseluruhan bangunan parking yang 10 tingkat tu.

Sepatutnya dari tingkat 3 - 9 tu parking hotel. Public cuma tingkat 1-2 saja. Adoi. Kami santak mencari parking sampai ke tingkat 10. Pulak tu tak ada apa-apa notis yang maklumkan tingkat 10 adalah store hotel. Adoi...patah balik lah akhirnya ke tingkat 9 dan parking di tepi tiang saja. Apa lagi, berkejaranlah kami bawa barang masuk ke bilik. Hanya sempat buang air saja. Lepas itu terus jalan kaki yang laju gila ala-ala menunaikan saie di Mekah (heh) untuk sampai ke stesyen Ducktours dalam lingkungan 1km. Nasib baik kaki tak cramp ke apa. Agaknya. Kalau drive, mesti tak dapat sampai on time. Rugi kalau lepaskan tiket ni sebab harganya mahal. Untuk 3 orang lebih RM100. Kesian Ica penat jalan kaki. Bila naik bot beroda (Kenderaan Amfibia) ni, kena angin sepoi-sepoi, dia pun dah nak terlelap.
Arissa muka keletihan. Ibu macam biasalah jadi badut untuk ceriakan ayah yang keletihan juga plus muka tak puas hati sebab bot tu penuh dan duduk berhimpit. Nak buat macam mana. Diorang kan cari makan...
Ica kalau aktiviti yang melibatkan air ni memang suka. Walaupun tak dapat main dalam air tu, hanya lalu di atasnya dan dapat tengok lautan luas pun, jadilahhhh.... Itu yang dia pilih duduk di tepi. Sesekali dia berdiri sebab nak tengok bawah bot tu.

Bot beroda ni sebenarnya kenderaan yang digunakan untuk bawa makanan dan tentera semasa musim perang dolu2. Negeri Melaka beli daripada negara maju yang dah tak pakai. Kenderaan amfibia ni punyelah slow motion macam naik trektar ke apa. Bila dia nak masuk dalam laut tu ada rasa ngilu seram sikit, heheh. Sebab ibu tak pandai berenang. Ada life jacket pun hanya jadi perhiasan saja diletakkan kat belah bumbung bot. Tapi bila dah masuk dalam laut, ok je. Slow jer lalu dalam air laut tu. Lepas dah pusing-pusing tengok Melaka dari laut, bot pun naik semula ke daratan dan dicuci badannya dengan salur paip yang diletakkan di tempat naiknya.

Ok siaplah pengembaraan kita. Ica pun terlelap. Bila bot berhenti, dia pun bangun. Eh, macam tahu2 saja dah sampai. Waktu tu dah pukul 6 petang. Naik bot ni dalam 40 minit begitulah. Jadi, sebab belum solat lagi, kita pun terus cari musollah yang disediakan dekat-dekat saja dengan Menara Taming Sari tadi.

Orang ramai. Nak masuk toilet pun beratur panjang. Ica nak terkencing sangat. Jadi dia beratur dulu kat dalam toilet sementara Ibu beratur nak bayar duit kat depan. Bijak bijak. Lepas melepas hajat, Ica ikut ibu solat. Masa ni lah rasa menyampah sangat dengan Majlis Perbandaran yang tak sensitif isu telekung busuk, surau kotor dan tidak ada maintenance. Fahamlah musim cuti ramai sangat pengunjung, tapi kena lah ada orang yang memantau kebersihan. Telekungnya masyaallah busuknya....seolah tak pernah dicuci sejak digunakan. Sempit pula tu. Habislah tudung berbau. Terpaksa sembur dengan penyegar.

Usai solat, kami jalan-jalan di taman sambil menuju ke Hotel. Taklah terkejar-kejar macam tadi.





Ini gambar-gambar tercicir dari perenggan atas tadi. Pemandangan dari atas Puncak Taming Sari.
Ini gambar semasa di atas juga.

Ini gambar jalan-jalan di Tamannya.




Aik, terselit gambar minah minta derma ni. Ini diambil dalam perjalanan yang terkocoh-kocoh tadi. Sempoi tak mengemis macam ini?

Pokok yang tua dan rendang. Agak-agak kalau malam ada tak ponti tumpang duduk sini? Heheh.

Dek keletihan tahap tak dapat nak cerita, kami balik hotel, mandi dan terus berehat. Fuhhh nasib baiklah hotel ni cukup selesa untuk berehat....

No comments: