Bismillah...
Wahh... bunyi tajuk macam bagus-bagus aje berholiday pada bulan Disember ekk. Hehe.
Sebenarnya ia mcm suatu niat yang telah lama dirancang tapi dihujung tahun barulah terlaksana, Alhamdulillah kerana ayah pun agak bermodal dan ibu pun dah lapang. Lagipun, ibu memang nak pergi bercuti selepas kursus QA1 hari tu. Jadi sementara ayah pun turut lapang, kita just do it!
Ibu ambil cuti 5 hari untuk memenuhi hajat ini. Sehari pada Khamis 20-12-2012 untuk menemani sahabat dari Putrajaya datang berubat dengan Wak Salleh. Lagi empat hari yang precious daripada 24 hingga 30hb Disember itu kami gunakan sebaik mungkin untuk bercuti dan berehat.
Alhamdulillah.... Isnin hingga Rabu berpenat lelah melusuri jalan jem di Melaka Bandaraya Pra-Sejarah. Hahah adalah ceritanya di sini. Khamis pengsan tidur dari malam ke petang di rumah. Penat sangat. Jumaat pula memenuhi short escapade di Genting Highlands dan menyejukkan badan yang kehangatan. Sabtu barulah memulakan sesi kemas rumah hingga pengsan. Ahad pula, urusan kucing....
Alhamdulillah...syukur pada Allah kerana diberi kesempatan merasai nikmat yang tak ternilai ini.... Selepas ini akan menyusul gambar-gambar kenangan pula :-)
Ini sewaktu berhenti di RnR Nilai dalam perjalanan ke Melaka. Tengok tu dah jumpa mainan pertama untuk dibeli. Katanya tongkat sakti berkepala Angry Bird. Layankan sajalah. Kami bertolak Isnin 24-12-2012 jam 10 lebih dalam cuaca mendung dan gerimis. Memang sesuai bawa berjalan sebab sejuk saja. Cuma jalan agak licin. Dalam pukul 1 lebih kami tiba ke Melaka.
Hah... dapat pun duduk.
Kami berusaha juga menjengah dan menalifon beberapa hotel yang ada website. Banyak lagi. Cuma harus berkorban sikit dengan harganya yang mencanak macam emas. Selepas walk-in di beberapa hotel, akhirnya kami memutuskan menginap di Malacca Straits Hotel. Alhamdulillah. Biliknya executive suit yang memang cukup besar dan selesa. Ada extra bed untuk di kecil. Ada jakuzi lagi. Aww... bolehlah feeling-feeling hotel 5 star gitu. Ini hotel lama. Tapi masih elok kerana dijaga dengan rapi dan diperbaharui. Harganya RM400 semalam dengan extra bed tadi dan sarapan untuk 3. Oklah tu, mana nak dapat kan. Harus tahu menghargai :-)
Arissa berkenalan dengan ruang tamu hotel.
Melaka Straits Hotel. Ramai juga yang menginap kat sini.
Posing ala gedik di pintu masuk hotel sementara tunggu ayah check in.
Lets check out the room.
Ahhhh selesanya dapat baring - Arissa.
Dia memang suka buat remark macam ini.
Ruang menonton boleh tahan besarnya.
Siap ada desktop tu... Memang berteknologi (hijau) betul hotel ni...hehe
Ada ruang yang kebetulannya sesuai dijadikan ruang solat sebab carpet tu boleh dijadikan sejadah, hanya lapikkan tempat sujud dengan tuala saja.
Macam rumah kan.... Tapi ayah call tanya mana extra bednya?
Ecewah minah kecik ni sempat jalan lenggang kangkung sebelum nak lenjan katil besar tu.
Apa yang 2 beranak tu buat?
Bestlah tempat ni ayah, tengok ni Ica lompat-lompat pun ok. Ibu tak marah pun. - Arissa.
Mestilah tak marah. Sebab sofanya tegang. Tak sama macam kat rumah, dah lembik hari-hari kena duduk ngan dak demok 3 orang :-)
Mestilah tak marah. Sebab sofanya tegang. Tak sama macam kat rumah, dah lembik hari-hari kena duduk ngan dak demok 3 orang :-)
Bilik ni memang comfy sangat. Memang berbaloi dengan hrganya. Tapi takde extra bed? Arissa dah siap-siap mandi sini, sekali kena tukar bilik lain yg ada extra bed pulak.... Tapi takpelah. Bilik yang tu pun sama jer. Ok selesai urusan tempat tidur, kita uruskan perut lapar pulak.
Kami meneruskan perjalanan di sekitar bandar Melaka yang penuh sesak dan tak ada tempat parking. Hampir 2 jam mencari parking dan pak polisi tidak membantu langsung malah menyaman sekalian kereta yang memarkir di tepi jalan bergarisan kuning. Yelah memang sah-sah tak boleh parking. Tapi inikan musim cuti sekolah, sekurang-kurangnya bagilah muka sikit.... Pengunjung bukan main ramai lagi. Kalau dilihat, lebih ramai pelancong dalam negeri saja ni. Termasuklah kami. Ini bukan kes nak cari parking kat depan premis sebab malas nak jalan kaki ke apa. Tapi nak parking kali pertama. Bukan tak nak jalan ok. Tapi nak letak kereta aje. Kalaulah ada torchlight doraemon yang boleh kecikkan kereta, tentu boleh saja masukkan kereta dalam poket.
Dah lama ke hulu ke hilir akhirnya kami parking di dalam Mahkota Parade dan terpaksa mengorak langkah keluar dari situ ke medan makan di Dataran Pahlawan. Dahla lapar, kena menapak lagi kan.... Dugaan...
Yang menariknya mengenai Melaka ni, semuanya berpusat di satu bulatan. Kat situlah tempat shopping baik yang branded atau yang takde brand, situ jugalah tempat sight seeing baik yang cantik mahupun yang tak begitu cantik, tempat beraktiviti seperti naik bot, naik menara taming sari, naik ducktours, dan sebagainya. Semuanya ada. Maka sebab itu tempat ini jadi super crowded. Jalan kaki pun boleh sampai semua tempat. Cuma, penat gila.
Kami berhenti makan di sini.
Ayah pesan nasi lauk sup. Ada macam-macam sup. Kambing, ayam, daging. Ibu cuma makan nasi lauk ikan keli goreng dan berkuahkah kari laksa ikan. Sedappppp sangat bila perut lapar....
Ramai kan, nak cari tempat duduk pun lama... ini sekitar jam 3 ptg. Kalau tengahari tadi entah macam mana ramainya.... Sini je yg jual makanan halal. Kat belah depan tu semuanya makanan kedai cina. Ada babs.
Kedai maka yang jual sup ni pernah di datangi artis popular rupanya... Kenal ke Nasir Wahab?
Mmmmuaaaaaa.......
Ica senyumlah selepas mengamuk dan menangis nakkan belon upin-ipin tu. Lepas dah dapat belon, dah makan nasi dengan kuah sup, dah buang air, barulah nak sengih cam ni...
Nampak tu belonnya? Mulanya nak yang upin ipin. Bila dah masuk kedai lain, ada banyak pilihan, nak yang ni pulak, Smurfette nih. Ibu ikutkan ajelah....
Ok lepas tu kita teruskan pengembaraan ke tempat-tempat menarik untuk dilihat ya. Perut kenyang sukahati. Tadi perut lapar, parking tak jumpa, rasa mcm nak makan orang je kan.
Kita dengan beca. Hari tu baca dalam blog Fatin Liyana, katanya sekali naik RM10, tapi agaknya penangan cuti sekolah, RM40 yer... pusing satu bandar yang tak berapa besar ni... terus kensel sebab macam tak berbaloi nak naik 2 beca. Iyelah, takkanlah naik satu beca aje. Patahla betis keting orang yang mengayuh basikalnya...hehe. Kebanyakan beca dikayuh orang muda-muda. Eloklah tu daripada tak buat apa, lebih baik cari makan macam ini. Beca pun banyak yang dihias cantik. Ada main lagu best-best pula tu...
Kita teruskan perjalanan nak ke sana, bangunan yang macam rumah negeri sembilan tu, yang ada design tanduk kerbau tu. Ada apa kat sana? Ni yang nak cekidaut... Rupanya, tempat tu adalah stesen Menara Taming Sari yang tinggi ni. Kalau kita naik menara ni, kita boleh lihat satu Bandar Melaka. Macam mana? Nak tak? Ayah memang lah nak sangat. Ibu ni, masih memikirkannya lagi. Sebelum nak naik, kenalah lihat dulu berapa ramai orang beratur nak naik. Boleh tidur dulu 2-3 jam baru datang balik kot? Heh
Ok beca lagi...dan lagi...dan lagi.....
Ini di sekitar Kapal Laut putih yang besar tu.
Ini di sekitar Kapal Laut putih yang besar tu.
Dan kapal laut coklat muzium tentera.
Maaflah gambar ni tak dapat dibetulkan...
Gambar ini juga....
Kita nak ke River Cruise sana....
Alamak ramai gila beratur nie.... Sempatlah update FB dulu. Hehehe....
Tambang naik cruise ni RM10 dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak.
Tambang naik cruise ni RM10 dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak.
Sempat akak ni bukak kedai jual mainan. Mahal pula tu....
Tapi sebab kanak-kanak pun ramai yang menunggu, memang lakulah jualan dia. Berbaloi...
Tapi sebab kanak-kanak pun ramai yang menunggu, memang lakulah jualan dia. Berbaloi...
Posing sambil menunggu. Ica dah tak sabar tu. Maklumlah dia ni kembar air. Mesti nak naik segala jenis kenderaan atas air.
Sebelah sana sungai ialah bangunan hotel Casa Del Rio. Ayah ada call hotel ni. Semalam harga bilik standarnya RM300 ke atas. Tapi dah penuh. Mungkin lain kali boleh booking awal masa MATTA Fair? Kalau ada rezeki, Insyaallah.
Akhirnya.....
Selepas menunggu dalam 25 minit, kami pun dapatlah naik bot kami.....
Selepas menunggu dalam 25 minit, kami pun dapatlah naik bot kami.....
Wajah-wajah happy.....
Muka penat, tapi sebab bawah tu ada air, jadi sangat bahagia....
Antara yang dapat dilihat di sepanjang sungai...
Kampung Morten yang diberikan elaun oleh kerajaan negeri hanya untuk mengindahkan rumah masing-masing. Ada juga homestay kat sini. Memang berbaloi jadi penduduk Kampong ni.
Ok dah hampir maghrib ni. Kami pun beransur dan check-in ke hotel. Malamnya kami nak cuba makan seafood di Umbai yang diperkatakan ramai tu.
Here we are. Umbai ni rupanya perkampongan nelayan. Memang ada banyak pilihan kedai makan seafood. Semuanya menyajikan makanan laut yang segar-segar. Kita pilih, mereka masak, dan boleh dijadikan lauk untuk nasi puteh atau nasi lemak yang dibungkus dalam daun pisang kecil-kecil.
Masa ni dah pukul 10.30 malam. Lambat tiba sini sebab jem teruk tadi. Sepatutnya hanya ambil masa dalam 20 minit saja. Tapi dek jem panjang, kami tiba selepas sejam. Memang menyakitkan hatilah jem ni. Walaupun dah agak lewat, tapi orang masih ramai di sini. Nampak budak kecik 2 orang tu? Mereka antara pelayan kanak-kanak yang ramah menyambut pelanggan dan menawarkan otak-otak pada kami.
Ok takde pulak gambar udang goreng berkuah dengan sotong tepung, ikan siakap sweet sour dan kailan ikan masin yang menjadi lauk nasi kami. Ica makan dengan telur dadar saja. Tapi makan pun tak banyak mana. Sibuk nakkan mainan yang dijual di pintu masuk ke restoran ni tadi. Overall, makanannya ok. Harganya pun tak mahal. Hanya RM70 saja. Kalau di KL susah nak dapat ni.
Dah kenyang, kami pun balik. Moga tidur lena untuk perjalanan esok pula.
Insyaallah...






























No comments:
Post a Comment