Alhamdulillah mood nak belanja orang makan datang semula.
Alhamdulillah, ada pula rezekinya. Insyaallah, kalau niat yang baik, akan dipermudahkanNya.
Hari ini ajak Aisyah datang dari Parlimen. Dengan kerani, Kak Sabariah, saya bawa mereka jamu selera di restoran baru keluaran Secret Recipe, iaitu Beyond Veggie di Pablika, Mont Kiara.
Dengar nama pun dah boleh agak, ini untuk vegetarian kan. Itu pasal nak cuba sebab pernah duduk semeja makan dengan seorang pegawai Bangali yang vege, katanya, makanan mereka sama juga macam kita, ada ikan dan ayam, tapi yang tiruanlah. Buat daripada soya. Masaklah pelbagai. Kari ikan, sup ayam, kuah dhal daging, etc. Jadi, nak cuba kan?
Ada bermacam-macam pilihan makanan yang ada, dari yang goreng-goreng mahupun yang nasi berlauk ataupun yang western eastern style, asal ada duit saja. Purata harga makanan bagi sehidang seorang makan dalam harga bermula RM12. Minumannya pun sama juga, sama ada yang cocktail, buahan campur ataupun tang kasual macam minuman coklat, kopi, the, etc. Cuma lebih kreatif diolah dalam bentuk shake, ice-blend atau campuran pelbagai buahan pelik. Cer tengok apa yang saya order.
Ini viatnamese noodle. Sebenarnya, mihun goreng yang ada lauk tambahan berupa tauhu kering dan sayuran kacang panjang yang di stim dan digaul dengan cili dan bawang putih dengan minyak zaitun. Cndawan segar memang best.
Eh, lupa nak kenalkan. Inilah Aisyah dan Kak Saba. Bekas typist dan kerani sekarang. Kak Saba ni dah berumur. Lagi 6 tahun pencen lah tu :-)
Aisyah ni memang manja kalau dengan saya. Asyik nak berkepit bila jumpa. Dulu kami berempat dengan bekas kawan baik saya selalu buat potluck. Bila Aisyah tak ada, aktiviti tu tak diteruskan lagi sebab tak de orang nak masak best-best macam Aisyah.
Aisyah kata kerja sekarang lebih menceriakan hidupnya, duit poket pun lebat sebab selalu OT dan dapat tip imbuhan daripada YB di Parlimen. Jeles saya bila lihat gambar-gambarnya dengan YB Nurul Izzah yang saya kagumi.
Ini mi sup yang lauknya adalah pelbagai jenis cendawan dan tauhu. Memang menyegarkan kata kak Zaba. Tengok dia makan pun berselera. Kak Saba ni kalau makan memang sangat cerewet dan memilih. Kalau dia kata ok, sedap, maka sedaplah tu. Kira benchmark untuk perasa makanan yang sedaplah...
Yang ini veggie kuay teow. Lebih kurang sama je dengan yang viatnamese noodle tadi, cuma yang ini dengan kueyteow. Yang dicucuk macam sate tu ayam tiruan. Sedaplah. Rasa macam lauk ayam.
Ini sepatutnya appetizer, tapi kita makan lepas habis main dish tadi. Pizza dengan mixed veggie. Ada chicken chunckies kat situ, ayam tiruan lah. Tapi pizza ni memang sedap. Fresh dan cendawannya memang mengangkat rasa pizza yang garing hangat tu. Sosnya sedang-sedang tak terlalu masam.
Alamak tak ambil gambar dessert mango cake dengan minuman kami yang pelik-pelik tadi. Hehe. Mango cake macam biasa kat Secret Recipe pun ada. Minuman buahan campur tu agak pelik sebab dicampurkan buahan yang manis dengan buahan yang betul-betul masam. Kalau healthy conscious memang sangat sesuai. Ini pintu masuknya. Kedai baru, very cosy and modern. Memang comfy untuk yang sukakan suasana yang homely and fresh.
Jalan-jalan di sepanjang deretan kedai yang sebumbung dengan Beyond Veggie tu, memang banyak sangatlah pilihan kedai makan yang kita boleh singgah lepas ni. Poyo kan kedai ni?
Pop! - Padam....heheh
Publika ni letaknya dekat sangat dengan Kompleks Mahkamah KL. Keluar saja dari Publika, ambil lane kanan untuk ke kanan.
Nanti jumpa lah dengan tepian bukit yang diwarnakan cantik ni, tapi kita ke kanan. Selepas tu terus jumpa simpang ke kanan lagi, terus sikit, dah jumpa pejabat saya. Heheh. Sebab itulah makan kat sini. Dekat dan tak susah parking. Cuma semuanya agak mahal lah. Kami parking di Valet area, terus kena charge RM15 padahal cuma park tak sampai pun 2 jam. Kos makan pula RM103.00 selepas dicampur dengan tax dan service charge. Padanlah dengan tempat yang selesa dan cantik. Zaman moden ni, keselesaan boleh dibeli :-)
Alhamdulillah, kita sambung di entry lain pula nanti.













No comments:
Post a Comment