Subhanallah dah lama betul tak dapat login ke blogspot sendiri sebab internet di pejabat sangat 'siput' servernya... Tak ada sekali pun pernah masuk ke blogspot sendiri untuk update entry sebab tak dapat access. Jadi, ada banyak cerita yang tak dapat diuplod masuk. Alah tapi bukan penting pun. Sekadar penyimpan memori saja...
Alhamdulillah saya telah selesai menjalani kursus jangka pendek Analisa Kualitatif/Kuantitatif yang sepatutnya panjang berbulan-bulan tetapi dikompresskan menjadi hanya 6 minggu saja (hebat tak??) dengan 3 modul yang diringkaskan iaitu Modul Research Methodology, Statistik dan SPSS.
Setiap modul dipersembahkan dalam laman web EPSA, berbentuk i-course yang semua peserta kursus harus baca, fahami, jawab soalan dan lulus setiap peperiksaan secara online dengan markah lulus yang dinaikkan daripada 50% kepada 70% dan ke atas. Nota dalam EPSA inilah yang digunakan oleh penceramah/pensyarah dalam mengajar kami.
Setiap modul ada assignment berkumpulan, presentation berkumpulan dan akhirnya peperiksaan secara individu dengan markah ratio 60:40. Kalau tak lulus? Kena repeat balik dalam tempoh kursus, iaitu pada hari terakhir peperiksaan SPSS.
Kenapa pentingnya kursus ini? Kenapa semua penerima biasiswa HLP harus mengikuti dan melepasi peperiksaannya sebelum mendapat tawaran lengkap HLP? Soalan yang saya tak dapat nak jawab walaupun selepas selesai kursus.
Sudahlah kursus ini mencabar kredibiliti dan minda, susah nak faham, peperiksaan sangat stressful, tapi pada akhirnya, entahlah apa yang kita dapat?
Kursus ini secara amnya mempersiapkan kita untuk mengetahui bagaimana membuat kajian, apakah langkah2nya dan bagaimana cara pemprosesan data sebelum boleh dibuat kesimpulan dan write up. Tujuannya ialah supaya kita tidak terkejut dengan dunia 'back to school' nanti. Tapi, pada saya yang akan mengikuti full course ni, terasa betapa tak relevannya kursus ini. Kecuali, ada beberapa perkara yang memang menggembirakan lah, iaitu :
1) Boleh datang lewat ke kuliah. Kuliah bermula jam 8.30 pagi.
2) Ada hari boleh santai. Terutamanya hari selepas peperiksaan, dan assignment sudah siap. Yeehha!
3) Makan free dan sedap.
4) Kawan-kawan baru yang best.
5) Memperluaskan networking :-)
6) Mempelajari ilmu baru.
7) Mengasah otak supaya menghafal dan mengingat sesuatu yang sukar. Inikan tips awet muda!
Ini gambar kenangan yang sempat dirakamkan dalam tablet saya. Akhirnya dapat juga extract ke sini :-)
Ini lah laluan ke kelas, dari tempat parking, di belakang blok akademik, INTAN. Kalau boleh baca papan tanda yang biru dalam gelap tu, itu petunjuk arah ke kelas.
INTAN ni bangunan lama yang luas, tangga yang sempit, lif yang satu saja dan terhad penggunaannya, dan segar dengan pokok2 hijau disekitar bangunan.
Inilah tempat kita parking hampir setiap hari ada kelas. Kadangkala park di depan perpustakaan sebab senang, dekat dengan kafe dan bilik percetakan. Tapi jauh dari kelas, naik lif ke tingkat 3. Kat sini, naik 2 level saja dah sampai kelas.
Inilah antara yang kami kena mahirkan. Modul Statistik kena tahu cari Z cal. Untuk menentukan taburan data. Fuhh memang pening nak ingat formula. Ada yang cari youtube video semata2 nak mengelak menghafal formula. Waktu sedang pening kepala, Arissa sambil lalu di meja tempat ibu belajar di rumah, sempat berhenti singgah sambil menunjuk ke gambar ini "Ooh...itu bahunan kot..." (bangunan kot) dengan selambanya terus berlalu meninggalkan ibu terkasima. Semua benda nampak macam bangunan...
Beginilah sesi pembelajaran dalam kelas. Ada pembentangan masa ni. Kita duduk dalam kumpulan 10 orang.
Ini masa peperiksaan modul statistik dalam dewan serbaguna.
Ini masa kelas dalam lab untuk modul SPSS. Saya dan kawan sekumpulan yang memang rapat :-). Yang tudung hijau Kak Mahfuzah, tudung coklat gelap Juliana a.k.a teacher Juju :-) kenapa dia jadi teacher? Kerana untuk subjek statistik yang susah gila tu, dia yang tolong ajarkan kasi faham. Kak Mahfuzah, 39, Pegawai 44 dari JAKIM. Juliana pula umurnya 31, Pegawai 44 dari Pertanian, Putrajaya. Diorang ni anak 3 orang, dah besar-besar.
Ini masa sesi pembentangan assignment SPSS dalam kelas.
Kak Mahfuzah ni kuat tersenyum. Manis orangnya. Suara pun perlahan saja bila bercakap dengan kita.
Ini penghuluwati, namanya Siti Farizan. Muda setahun daripada saya. PTD di Pejabat Tanah KL. Tapi duduk di Kajang. Jauh tu... Orangnya sweet aje. Kenapa ambil gambar kenangan dengan dia? Sebab dia lah yang ajarkan saya sampai pandai macam mana nak cari 'interval estimate and proportion' salah satu bab dalam statistik.
Ok exam dah habis sebab saya dah tinggalkan meja saya sebelum exam tamat dalam 20 minit lagi. Ini exam paper akhir SPSS, hari terakhir juga. Susah atau senang? Entahlah, susah nak kata. Hari tu belajar menghafal formula untuk statistik sikit punya susah, tapi dalam exam, hanya ditanyakan konsep saja, yang basic pula tu. Mulalah kelam kabut nak tune down. Kali ni SPSS, kita menghafal yang basic saja, tapi disoalnya yang complex. Memang mencanak lah macam nak terkincit dibuatnya. Anyway, dah selesai pun...
Selepas exam, sesi penutupan, kita berilah cenderamata kepada pensyarah utama, Madam Ho yang selalu moody ni. Cenderamata tu kami share 99 orang, seorang bayar RM5, dapatlah beli khas untuk INTAN, Madam Ho, Mr. Ho dan Mr. Yus (EPSA) selaku penyelaras kursus. Yang berikan hadiah tu ialah Penghulu kita, namanya Mustafa Bakri, gred 44 dari Perancang Bandar dan Desa, Kedah.
Selepas itu, kami gather semua ahli kumpulan, kecuali si Jamaludin yang ketua nya hilang entah di mana, untuk meraikan persahabatan kami yang 6 minggu ni. Kiri sekali Rozaidi, pegawai di Majlis Perbandaran Melaka Bandaraya Hang Tuah Bersejarah. Tengah Wan Zulfadhly, pegawai di Unit Perancang Bandar Kelantan, dan kanan sekali Petra, orang Sarawak tapi bertugas di Perhilitan Pahang. Petra ni kena repeat kursus statistik sebab seminggu tak hadir kelas sebab MC darah tinggi. Makan durian balik kampung tak ingat dunia. Isk isk isk...satu kumpulan kena bebel dengan Madam Ho disebabkan dia tak hadir kelas.
Ini Nasir, umurnya 32, gred 44 dari Pejabat Lanskap KL. Dia ni orang Kelantan, isterinya kerja di UPSI, anaknya dijaga mak mertuanya di Melaka. Memang keluarga jarak jauh.
Ini geng yang perempuan. Kiri Yazlina dari Pelancongan, Putrajaya. Gred 44, Umur 37, anak 2 orang. Tudung biru namanya Mariam dari Kementerian Belia dan Sukan.Gred 41, umur 30, anak 2 orang.
Lepas makan-makan di kafe INTAN, kami beransur. Ada yang terus pulang ke tempat masing-masing, dan ada yang tunggu solat jumaat dan solat zuhur sebab ada plan nak main boling di Superbowl di Midvalley. Yeaahhh!!!
Ini gambar selepas main. Tiba-tiba ketua kumpulan, yang pakai spek tu, Jamaludin ni datang pulak. Katanya lepas hantar assignment ke bilik Madam Ho tadi, terus dia menjejaki kami di sini. Jamal ni PTD di Pejabat Tanah KL, gred 44. Umur 32. Rupanya harijadi Jamal pada 12-12-2012.
Tapi tengoklah sapa yang menang tu?
Kak Fuzah paling sikit jatuhan pin. Kami salahkan lantai yang condong, tak rata. Elleh, padahal memang tak pandai hayun. Haha.
Buktinya, Kak Fuzah datang ke KL untuk jumpa dengan Wak Salleh, dan selepas setengah hari menunggu baru jumpa Wak Saleh, kami ke WangsaWalk Mall beradu handal main boling. Hasilnya, 2 game kami bertaruh ketahanan lengan, Kak Fuzah bolot semua... Argh! So, memang bukan salah lantai. Tapi saya memang tak pandai main boling. Hiiiiii...
Ini gambar kami semalam (20-12-2012) di WangsaWalk Mall. Yang perempuan tu anak bongsu Kak Fuzah, namanya Syifa'. Darjah 3. Arissa...isk isk isk...ambil gambar macam harimau lapar.... (-_-')
Ini baru Arissa yang agak elok. Isk isk Arissa ni, kalau ambil gambar mesti tak boleh diri sopan...Haih.
Oh ya, lepas main boiling ramai-ramai tu kami makan dan minum di Old Town White Coffee. Sesampai saja Kak Mahfuzah dah nak cek status halal kedai ni. Tak semestinya yang kita selalu makan tu memang halal kan. Tapi kita kena yakin dengan apa yang kita fikirkan. Untuk mengelakkan was-was, kami order yang berupa roti, telur dan air kopinya saja.
Roti ni pelik. Namanya roti telur. Roti yang diletak inti peanut butter, kemudian di salut telur dan digoreng. Jadi ada rasa savoury dan sweet. Peliklah kan.
Kopi pekat yang masih berasap. Memang sedap....
Kami minum yang sejuk. Memang sejuk pahit manis sampai ke perut. Best...
Bergilir-gilir buat peace sampai length :-)
Mulanya Jamal kata, dia yang nak belanja, tapi Petra yang gi bayar :-) Hah what a wonderful evening. Pasni boleh buat gather-gather lagilah, Insyaallah.
Alhamdulillah. Bersambung lagi nanti.
Oh ya, lepas main boiling ramai-ramai tu kami makan dan minum di Old Town White Coffee. Sesampai saja Kak Mahfuzah dah nak cek status halal kedai ni. Tak semestinya yang kita selalu makan tu memang halal kan. Tapi kita kena yakin dengan apa yang kita fikirkan. Untuk mengelakkan was-was, kami order yang berupa roti, telur dan air kopinya saja.
Roti ni pelik. Namanya roti telur. Roti yang diletak inti peanut butter, kemudian di salut telur dan digoreng. Jadi ada rasa savoury dan sweet. Peliklah kan.
Kopi pekat yang masih berasap. Memang sedap....
Kami minum yang sejuk. Memang sejuk pahit manis sampai ke perut. Best...
Bergilir-gilir buat peace sampai length :-)
Mulanya Jamal kata, dia yang nak belanja, tapi Petra yang gi bayar :-) Hah what a wonderful evening. Pasni boleh buat gather-gather lagilah, Insyaallah.
Alhamdulillah. Bersambung lagi nanti.



























No comments:
Post a Comment