Assalamualaikum.
Bismillah.
Alhamdulillah...masih bernafas dan mampu meneruskan kehidupan, walau bagaimana berat pun ujian yang dikenakan Allah pada kita. Syukur, kita masih melihat mentari bersinar di waktu pagi, tatkala ada saudara kita yang syahid malam tadi, dalam memperjuangkan agama dan negara. Subhanallah.
Waktu entry ini dibuat, gencatan senjata di syiria oleh Yahudi Israel terhadap Gaza telah beberapa hari. Saya pun tidak mengambil tahu perkembangan, sementelah kesibukan tugas seharian. Hanya mampu menitip doa buat kesejahteraan bumi Islam itu. Semoga Allah memberikan mereka ketabahan dan istiqamah. Aamiin. Begitupun bagi yang telah syahid, janji Allah adalah pasti.
Apa yang sibuk sangat ni? Ahhhhhh November adalah bulan penuh ujian minda, mengenai ketahan fizikal dan mental. Saya dan semua calon HLP Masters 2013 sedang mengikuti kursus QA1 Siri 2012/2013 di INTAN, Bukit Kiara. Tahukah apa yang mencabarnya kursus ini?
1) Diadakan selama 6 minggu di INTAN. Setiap hari jadual kuliah pada dari jam 8.30 hingga 4.30. Boleh melarat hingga jam 6 ptg jika ada perbincangan kumpulan.
2) Saya sesat barat pada minggu pertama. Hari ke 3 berasa sangat yakin dengan jalan yang biasa ditempuhi. Alkisah kerana over-confident, tersesat hingga ke Tol Duta. Mana tak haru. Berpusing 360 darjah dibuatnya?
3) Alkisah juga minggu pertama, cari toilet pun tak jumpa. Kebetulan toilet paling hampir sedang dalam proses pembaikan. Menapak hingga sesat ke bahagian pentadbiran semata-mata nak baik semula ke kelas daripada toilet auditorium. Dahsyat punya sesat.
4) Selepas 2 minggu, kena pula melalui pembentangan kumpulan. Selepas 2 hari, exam. Selepas 3 hari, tukar topik dan hantar kertas kerja. Setiap 2 minggu ada exam dan pembentang kumpulan.
5) Ingatkan selepas tamat matematik sekolah menengah, dah takkan jumpa formula matematik dan statistik. Rupanya, kena lagi di sini. Sudahlah subjek Research Methodology belum lekat di kepala, jawapan exam memang pasti salah, isi pembentangan sudah memang tak betul, tukar pula topik Analisa Statistik yang banyak bermain dengan graf dan formula lagi. Aduhai.... Ada yang sampai kena high blood pressure dibuatnya!
6) Dapat pula ahli kumpulan yang tak serious macam orang lain. Memang la......
Pendek kata, ada saja lah cabaran ketahanan fizikal dan mental yang perlu diharungi dengan tabah dan istiqamah. Mohon di kuatkan iman ini. Amiin....
Oklah lain kali sambung lagi.
No comments:
Post a Comment