Bismillah...
Alhamdulillah dah pun sampai hari Jumaat. Minggu ini lengkaplah setiap hari ada update dalam blog ini. Untuk lebih melengkapkan lagi "lari timing" ibu minggu ini, hari ini, ibu punch in pukul 8.10 min. Hahah. Hujan lebat sangat waktu ibu keluar rumah tadi. Ingatkan sempatlah sampai awal sebab dah keluar lebih awal daripada semalam. Tapi, dengan jem ketat dan pembuli jalan raya yang memotong barisan sesuka hati, lambat juga ibu sampai. Rileks aje kan.
Ini untuk update semalam. Kami balik saja dari Tadika, tengok Tina, kucing yang paling "banyak mulut" sepanjang pengambilan kucing sejak tahun lepas, telah mati dilanggar. Innaalillaaaahi wainna ilaihi rojiuuuun.
Tina masa hidupnya. Sangat lasak dan peramah. Mulutnya bising sepanjang masa, kecuali bila perutnya diusap. Masa ambil Tina beberapa bulan lepas, dia kurus sangat sampaikan kulit perutnya menggelembih. Sekarang Tina dah gemuk.
Tina mati dengan kesan darah meleleh di matanya. Tina dilanggar ditengah jalan depan rumah. Jiran depan rumah pindahkan bangkainya ke depan pagar kami. Bangkainya dah keras masa kami balik dalam pukul 5.30 petang. Mungkin dia mati sekitar jam 3 petang. Berat dah badan Tina ni masa ibu masukkan dalam plastik. Ayah hanyutkan di sungai saja. Jadi, Tina menambah bilangan kucing yang ke 15 ekor yang tidak survive dengan kita. Sobss...
Ibu taklah bersedih sangat sebab dah biasa kehilangan kucing. Ayah dan Ica mungkin lebih sedih sebab diorang yang selalu manjakan Tina. Ica yang selalu buli Tina. Sekarang dah tak ada yang nak dibuli. Takpelah, bila senang nanti kita pergi ambil lagi pengganti Tina dari pasar. Si Puteh, Boboi dan Bebel pun nampak sugul saja lepas Tina mati...
Hari ke 4 Arissa di Smartreader, Khamis adalah hari memasak. Sedari dalam kereta lagi Ica dah tak sabar nak cerita pengalaman pertamanya memasak sesuatu di Tadika.
Ini lah mendanya!
Dalam ni ada hirisan epal yang dicampur dengan kismis dan cornflakes hancur. Memangla tak sedap. Tah macam mana dia makan benda ni. Hiks!
Sampai je rumah terus menggayakan apron dengan topi chef nya tu. Ayah pun siap bagi dia pegang benda-benda ni...
Ha, lepas tu ngeri tengok parang besar sangat kan...
Oh okay takyah parang, ada sudip pun ok...
Ha, yang ni lebih pro - merujuk pada whisk tu.
Ica boleh mengeja perkataan tapi bila disuruh ulangbaca, dia lupa. Haih. Macam mana ni?
Ayah kata rileks lah, kan baru nak masuk seminggu, takkanlah terus boleh baca. Sabar ok....
Kenangan di Pejabat.
Inilah pemandangan rutin pejabat yang akan dilupakan buat masa 17 bulan nanti.
Aras 4, tengah. Hijau adalah cubicle. Kirinya ada bilik pegawai.
Dalam cubicle ada PC dan meja, utk dengar CM/Hearing cases. Dulu pernah buat kerja dalam ni sebelum diarahkan buat dalam bilik.
Lengang. Sofa hitam tu asalnya dalam bilik. Lepas tu rasa semak, letak situ untuk orang duduk-duduk.
Ini dalam MJU. Dulu ramai duduk sini. Sekarang dah re-org tinggal 2 orang jer.
Sini tempat menunggu peguam. Kalau pagi penuh ni.
Sana tu kaunter untuk panggil kes. Tak pakai sangat rasanya. Sebab orang berpndukan pada monitor TV.
Lengang belah petang.
Tingkap ni boleh nampak luar. Mesjid Wilayah.
Ni belah wing kanan, depan bus stop.
Sana income tax office. Bawahnya pasar hari Jumaat yang best :-)
Laluan nak gi toilet awam. Setiap hari.
Beratur untuk punch out. Ada 2 mesin saja kat aras lobi ni.
My room.
Couch yang tak pernah pun guna untuk tido. Sebab tak muat kaki. Heheh.
Itu saja untuk kali ini.






















No comments:
Post a Comment