Bismillah...
1) 9-2-2013 : UiTM Registration for Post Grad March Intake.
Alhamdulillah ibu sudah pun mendaftar semula sebagai pelajar. Kali ini lebih best sebab dihantar oleh suami dan anak. Lepas ini ibu bukan lagi pegawai kerajaan dalam masa 17 bulan. Tetapi hanyalah pelajar. :-) Boleh la menggunakan voucer buku satu mesia. Mehehehe.
Ibu masuk ke Dewan Agong Tunku Cancelor sementara Ica dan ayah cari parking dulu.
Ica dan ayah menunggu ibu mendaftar. Ada 7 kaunter yang ibu perlu lalui. Orang tengah ramai masa ini sebab ibu sampai pun dalam pukul 10 lebih. Ibu mula dengan kaunter ID pelajar, lepas tu Bursary, Kesihatan, Akademi, dan yang terpanjang sekali, stiker keselamatan.
Sabar menunggu....
Atas pentas adalah kaunter 7, untuk menyerahkan semua dokumen dari kaunter 1 hingga 6 tadi.
Ica kejar ibu ke sana ke sini...
Ibu di kaunter akademik. Penyelaras kursus Dr Sheela kata, ibu boleh tamatkan course dalam setahun. Ibu kata, cuti dah lulus 17 bulan. Lagipun ibu tak nak lah hari2 kena gi kelas. Jauh satu hal. Ibu taknak lah nanti penatnya pergi kelas tu sama macam penat kerja. Last2 Dr Shee la kata, ok kita bincang nanti :-(
Kaunter 2, stiker kereta. Panjang gila ni beratur kat luar sebelum boleh duduk kat kerusi kat dalam. Ada pengumuman yang kata kita boleh datang kemudian pada hari lain. Tapi, ibu malas nak dtg shah alam lagi pada hari lain. Leceh. Ironinya, punya panjang beratur macam ni, yang dibuat cumalah bayar yuran stiker RM2 dan dapat no. rujukan untuk kita semak status permohonan secara online dalam masa lagi 2 minggu kemudian barulah approve, boleh datang ambil stiker. Ayoo!!!! Teruknya!!! Ingatkan boleh terus dapat?
Ica dan ayah naik ke tingkat atas stadium.
Ayah ambil gambar dari atas, ibu sedang beratur di kaunter 2 tadi. Betul2 di No. 2 tu.
Overall, pendaftaran UiTM ni masih di takuk lama. Ingatkan dah advance sebab offer letter dapat secara online. Rupanya pendaftaran masih zaman batu! Patutnya, buatlah mcam Uni lain tu. Ambil no. sekali saja, untuk urusan semua perkara. Bukan tak boleh kan kalau semua kaunter di shyncronised? Sure diorang yang malas buat macam tu. Sangat ketinggalan zaman dan sangat memenatkan. Nasib baik ibu belum terlalu tua untuk bergerak ke sana ke mari.
Haish, last ibu mendaftar sebagai pelajar ialah masa LLB(Hons) dulu iaitu lebih kurang 10-12 tahun sudah. Dan perkara yang sama masih berlaku hari ini?? Rasa macam tak percaya.
Lepas penat mendaftar, ibu ajak ayah makan di Seksyen 7. Depan pintu belakang UiTM dekat dengan butik2 pakaian. Sebenarnya ibu kena attend sesi ceramah pukul 2.30. Tapi selesai mendaftar jam 11, takkan nak lepak sampai 2.30? Dengan keadaan panas macam tu? Dahlah ibu panas hati dengan Dr Sheela dan seluruh pendaftaran kali ni! Menyesal pula pilih UiTM.
Menunggu makanan di Rest Ayam Penyet (AP) sebab ayah dah tak tahu nak kemana. Ke sini jugalah akhirnya....
Pekena laksa dan nasi ayam penet seperti biasa. Laksanya manis. Boleh tahan lah...
2) Lunar New Year Celeb @ MidValley MegaMall.
Kami pulang ke KL dan ayah kata nak jalan-jalan di Midvalley. Kami ikutkan saja. Puas nonton tarian singa, kami berhenti minum di OldTown. Makan lagi....
Signature bread di sana. Roti dengan sapuan kaya dan butter. Takdelah sedap sangat pun biasa jer.
Ica nak yang ni, red bean blended paling mahal harganya RM9.60. Tapi ayah dan ibu juga yang kena habiskan...
Ayah cuba roti french toast ni sebab ibu kata, roti ni pelik. Luarnya masin sebab roti ni digoreng dengan salutan telur. Tapi dalamnya inti peanut. Memang tak kena langsung dengan selera tekak melayu kan...
Lepas makan, jalan-jalan temankan Ica tengok kucing...
Kucing kenit tengah gaduh. Comel ajer. Ica pun pujuk ibu suruh beli. Apa??? RM1500 sekor? Baik lah ibu ambik kat pasar saja....
Muka minta pelempang nih..
Jalan-jalan lagi melihat perhiasan tahun baru di bahagian lobi tadi, sambil temankan ayah tengok kedai-kedai jam yang ada. Ayah nak beli jam baru. Tapi kebetulan belum ada yang menambat hatinya. Fuh...lega ibu! Sebab kali ni ibu yang janji nak belikan ayah jam baru sempena harijadinya haritu.
Tengok la budak baju merah tu, macam tak puas hati je dgn Ica yang buat hal sendiri, naik atas pentas suruh ibu snap gambar...
Ica hilang dalam warna gemilang merah dan pink.
Feeling2 macam kat Shanghai ker...Meheheheh...
3) 12-3-2013 : Family gathering a.k.a House Warming umah Kak Ya.
Kak Ya, akak no. 3. Pindah rumah sewa ke Kampong Baru Klang Gate di tepi MRR2 tu. Rumahnya ala kampong, besar dan sejuk. Oleh kerana kami pun dah lama tak berkumpul adik beradik, maka saya pun mencadangkan satu hari yang semua ornag free. Alhamdulillah mendapat respon yang baik. Cuma tak cukup korum, sebab suami saya kerja, suami kak Ela ada plan lain dengan adik beradiknya, dan Kak Hajar, tak datang jugaaaaa.
Saya lah yang berhempas pulas (eh yeke) menyediakan bahan mentah dan memasak. Ini hasilnya.
Ayam masak kicap untuk orang yang tak makan pedas. Ini dimasak oleh Kak Ela. Bahan-bahan saya yang sediakan. Dia tinggal gorengkan saja.
Sayur campur dengan isi ayam dan hati ayam. Seha tolong gorengkan.
Ayam masak lemak cili api yang tak begitu pedas dan kurang masin sebab ramai yang ada darah tinggi kat umah nie... Yang hijau2 tu daun kunyit buat penambah bau yang enak.
Ikan keli goreng ni sepatutnya buat sambal. Tapi dah suntuk. Jadi makan gitu saja, cicah dengan sambal belacan.
Letak tas meja, ehhhh nampak banyak? Abg Nordin dan Kak Timah bawak ikan haruan masak sambal hijau.
Azam dan Yani bawa kek blueberry yang cantik ni...
Feeling2 birthday. Tengok Azam tu siap mengutuk lagi. Haish.
Suhaib & Seha. Cousins.
Guys. Abg Nordin dan anak sulungnya Shafeeq, anak no 3 Bangcik. Yang diri ni Azam. Yang kiri sekali Abg Jenal, yang kecik sekali Aiman.
Orang dapur. Tudung hitam Kak Ya, Tudung purple Kak Ela, tudung oren Kak Timah, tudung hijau Seha.
Si kecik belek surat khabar, si besar belek railways mainan. Sudah terbalik.
Me, Ica, Mak, Azam, Bangcik.
Acara dimulakan dengan, off course me masak-masak lah. Lepas tu hidang-hidang. Lepas tu tahlil, dan doa selamat beramai-ramai. Lepas tu barulah menjamu selera.
Abg Nordin, Shafeeq.
Makan time... Baju biru Yani, wife Azam.
Makan...
Makan....
Aiman taknak makannn
Gossip girl, mak ngan Yani.
Lepas dah kenyang, orang yang boleh solat pun buatlah solat Zuhur berjemaah. Yang nak solat jama' tu, buat solat jama' berjemaah. Abang Nordin dan Kak Timah dengan anak-anaknya yang 3 oranng tu Shafeeq, Seha dan Bangcik beransur awal, dalam jam 3 petang sebab nak gi tengok Eerfan kat Maahad Tahfiz Klang. Lama dah tak tengok dak kecik sorang tu.
Overall, ok lah gathering ini. Memenuhi keinginan mak nak tengok anak2nya berkumpul. Thanks to me :-) Mak happy walaupun dia tak tidur sejak subuh sampai malamnya sebab teruja jmpa anak-anak. Kesian kan mak. Insyaallah lain kali boleh repeat buat gathering macam ini lagi. But have to make sure, ayah kena ada untuk tolong2 ibu. Penat wooo buat kerja sorang2....
Till then. Insyaallah.


















































No comments:
Post a Comment