Bismillah...
Ok sambungan yang part 1 leaps. Ingatkan ada banyak lagi gambar, rupanya tinggal sikit saja...
Gambar terakhir ialah kami terperangkap di Tanah Rata selepas lunch sebab jalan utama ditutup bagi memberi laluan kepada gerombolan basikal yang menyertai perlumbaan Le Tour De Langkawi. Hari ini kebetulannya mereka melalui Cameron Highlands. Haih. Patutlah bilik hotel fully booked untuk Sabtu Ahad. Rupanya dipenuhi dengan petugas-petugas yang meng-urusetia-i rombongan ini. Macam polis, wakil-wakil penaja, RELA, dengan badan bukan kerajaan yang lain tu.
Lebih kurang 2 jam kami terperangkap kat sini. Sekejap-sekejap hujan renyai, lebat, sekejap-sekejap panas. Paling tak best, walaupun cuaca nyaman, masih ada mamat-minah kaki rokok yang suka mencemarkan udara. Mulanya kami berdua melepak di tembok ni. Lepas sejam, kami melintas jalan, melepak di kaki bukit belah sana pula. Ramai yang menunggu di tepi jalan ni. Tourist paling ramai. Korean, Japanese, Mat Salleh, etc. Kami ni pun kategori local tourist lah.
Ayah tukang ambil gambar. Ibu pula ambil gambar dia. Masa ini ada segerombolan yang lalu. Ibu ambil video. Tak boleh tepek kat sini. Sementara ayahnya sibuk snap gambar, anaknya tepuk tangan beri perangsang pada orang yang mengayuh tu. Baguslah anak ibu nih :-)
Selepas 2 jam, kami pun beransur dan balik ke bilik semula. Memang penat sangatlah sebab tersadai macam tu kan. Kami pun berehat, tidur, tengok tv (inilah aktiviti cuti yang paling ibu suka).
Sebelah malamnya, apabila perut dah lapar nasi, kami pun bersiap nak turun ke kedai makan yang biasa tu.
Ecewah! Selalu tengok orang buat camni, terus buat jugak. Konon bajet retis. Kehkehkeh....
Kat luar agak mendung. Bila awan approaching macam tu, maknanya ada air hujan rintik yang jatuh sebab awan bawa wap air kan. Memang sejuklah yang kat bawah ni...
Muka bangin tidur dan sejuk. Dengan hidung pun sekali kembang. Masa ni kami tak jadi makan di restoran yang biasa tu sebab orang super-duper-ramai dan masih ramai yang belum dapat order diorang. Macam tak larat nak terpacak tunggu seat kosong kan. So, kami gerak ke gerai sebelah dia yang betul2 letaknya kat tepi tong sampah besar. Nasib baik masa ni dah gelap. Jadi pemandangan tak sedap tu tak lah kelihatan.
Sementara tunggu char kuay teow dan nasi lemak orang Cameron, kami makan satay dulu. Eh, Ica makan sate untuk pertama kalinya. Sah lapar sangat ni.
Punyalah lama nak tunggu order. Orang pulak makin ramai yang datang. Orang meja sebelah kita pun belum dapat order. Sebab tak nak lambat menunggu diorang masak, kita order nasi lemak sajalah. Kita minta nasi lemak ayam 2, dengan nasi lemak kosong satu. Budak tu boleh pulak hantar nasi lemak lauk ayam sampai 2 ketul. Ibu pun ala hangin bila rephrase balik order. Nasi lemak ayam dua pinggan. Bukan ayamnya yang 2 pinggan.
Kesian anak ibu kelaparan...
Jangan tak tahu, teh tarik ni Ica yang punya....
Tal snap gambar char kuay teow dan nasi lemak, sebab, dah cemuih menunggu lama sangat. Bila sampai tu rasa macam nak laju2 je makan dan blah. Itulah kisahnya....
Lepas kenyang, kami pun ke pasar malam.
Alangkah sedihnya sebab pasar malam yang dulunya sebesar dan sepanjang-panjangnya dulu tu, sekarang ni dah semakin pendek dan kecil aje. Dah takde orang jual nasi ayam ke, nasi ayam dara ke, ayam goreng ke, ayam golek ke, skewers ke, semua takde. Even yang dulu jual fridge magnet yang berlambak-lambak tu pun dah takde. Ada sikit-sikit aje. Huh. Sedih.
Ibu cuma beli jacket Hello Kitty Ica yang warna pink, tuala Angry Bird, dan, itu je. Hah? Macam tak caya. Keesokannya kami pergi lagi ke tapak yang sama dengan harapan agaknya derang tak jual malam sebab nak jual siang kot?
Jawapannya tidak. Memang sangat kecil dah nampak macam bukan pasar, tapi hanyalah orang yang jual tepi jalan saja. Ibu beli bantal di kedai kedai sovenir yang ibu cerita tu saja, dan ayah beli ole-ole jagung dan keledek untuk maknya. Itu saja. Macam tak caya. Tapi takpelah. Mungkin tahun depan boleh jenguk lagi perkembangannya macam mana. Harapan nak beli T-Shirt besar tuk Ibu pun tak kesampaian.
Balik ke KL, singgah di Tapah, di R&R, nak memujuk Ica yang menangis nakkan mainan yang macam-macam tu, terpaksalah ibu belanja dia ice cream ni....
Overall, percutian pendek kali ni memang memuaskan hati ibu dan ayah sebab kesejukannya yang begitu menyamankan. Alhamdulillah. Jika panjang umur dan murah rezeki lagi, kita datang lagi sini ok? Insya allah...



No comments:
Post a Comment