Bismillah...
Alhamdulillah baru ada kelapangan untuk update diari ni. Kebelakangan ini terasa sangat malas nak buka macbook. Terasa adanya begitu banyak kerja lain yang boleh dibuat selain mengadap laptop. Sebab meja study dalam bilik tidur, dan saya kerap melepak di depan tv di ruang tamu. Asyik channel movies HBO, MAX dengan FMP sampai lebam biji mata ni. Kalau bosan dengan movies yang berulang tu, pindah pula menonton HyppTv. Kan banyak pilihan kalau nak jadi lagha tu...Hns hns hns.
Mungkin suami pun dah nampak tahap kelebaman mata yang agak kronik, dan kesian tengok saya macam tak bermaya je kat rumah, maka dia pun mengajak kami bertiga bersiap untuk ke tempat percutian tahunan kami. Mana lagi kalau bukan Cameron Highlands. Moga kali ini percutiannya 'menyejukkan' hati dan badan. Emak saya? Tak dapat ikutlah. Dia kan tak sihat. Jadi, kita poskan dia ke rumah akak di Kondo Sentul sana.
Bertolak Jumaat pagi, selepas bersiap seadanya. On the way, sampai di Shell, isi petrol dan touch n go, ini budak nak makan ais krim, macam maknya yang tetiba sangat teringin nak makan aiskrim coklat.
Minah yang suka terpegun. Kali ni dengan aiskrim paddle pop ni...
Ini ais krim Magnum maknya. Tapi hanya sempat snap gambar, dan gigit sikit. Selebihnya dihabiskan lanun kecik tu. grrrr....
Tak lama dalam perjalanan, berhenti lagi makan tengahari pula. Plus ayah nak wiwi.
Ica pun nak wiwi, makan keropok, nasi sikit, minum sikit, dan selebihnya cuci mata....
Tengok tu matanya asyik tengok kanan dan kiri, lupa nak tengok depan. Aish macam ayah.
Perjalanan ke Cameron ambil masa dalam 3 jam. Kami ikut Simpang Pulai sebab tak kuasa kot nak lalu pusing-pusing bukit sampai atas kalau exit ke Tapah. Nanti terpusing biji mata kita. Dalam pukul 12 kami tiba di Tanah Rata dan singgah di Ladang Markisa ni.
Bantal bunga ros ni popular sejak tahun lepas lagi. Sebiji RM20 kalau kat tempat jual bantal kat Tanah Rata. Kat Brinchang pun sama juga. Kat kedai ni hanya RM18. Bila tengok, bezanya yang tahun lepas punya tak ada tulis Cameron Highlands. Kita tahulah ianya made in China. Tapi kalau ada tulisan Cameron Highlands tu, terasalah seperti datang ke Cameron kan... Oh ya, saya beli lagi bantal ini, RM18 sebiji sebab beli 3 biji, merah, pink dan purple. Saja nak tambah koleksi yang kat rumah tu :-) tak beli kat sini. Beli di kedai souvenir yang kat Brinchang sebelum bertolak balik KL.
Sesampai saja di sini, ada budak tu terus meluncur window shopping....
Snap pic dulu. Sejuk sangat terasa masa ni macam dalam aircond tapi kat luar premis. Suka sangat!
Bunga-bunganya yang segar dan berwarna warni...
Inilah yang buat dia betah kat sini. Nak main goyang-goyang ni.
Cactus pelbagai warna yang menceriakan suasana...
Ica terpegun dengan caktus yang colorful ni. Memang cantik... Tapi kita tak beli cactus ni lagi sebab dah pernah beli, mati kena pijak dengan kucing, dan selebihnya jatuh dari tembok letaknya. Kotor satu laman rumah sebab tanah dalam pasu kecil tu berterabur keluar.
Saya dan Ica mengabadikan kenangan di taman bunga yang cantik.
Ica dengan ayah di sudut hijau nan segar...
Strawberi segar di pokoknya.
Kami anak beranak.
Ica sorang diri mengenali cactus.
Pekerja ladang sedang bercerita mengenai sesuatu kepada ayah.
Ica malu2 masa ni sebab ada pekerja ladang yang kata dia comel. Ek elleyh...
Check it out orked kat belakang tu. Jap jap. Ada nak share ni.
Ica pakai green. Berlatarbelakangkan green view. I like it!
Sawi belakang Ica tu dah nak dekat sama tinggi dengan dia.
Bunga orked ni macam vagina kan? ops. Inilah yang saya nak share sangat tadi.
Ini gambar bunga dalam baldi yang jual kat pasar buah yang tepi jalan. Nampak segar kan....
Eh, dah siap window shop meh? Suka hati nak ambik bantal ulat ni? Memang la maknya tak approve.
Ok keluar dari Ladang Markisa, kami pun gerak ke Ladang Anggur.
Tadaaaaa.... Malaysia pun ada grow anggur sendiri lah, selain yang kat utara, Perlis ke mana tah.
Mulanya anak saja yang jakun.
Dah sekarang anak dan ayah pulak yang jakun...uhuhuhuh...
Fotografer tak berbayar yg sibuk sangat...
Control ayu masa nak ngappp anggur :-)
Ayahnya jakun gambar. Anaknya macam sesat tak tau nak g mana...
Ladang anggur ni letaknya bukan kat tepi jalan kat Kampong Raja melalui Simpang Pulai. Lorong nak masuk ke dalam pun sangat teruk jalannya sebab menjadi laluan lori sayur dan buah setiap hari. Ia bukanlah tempat baru. Tp bukanlah lama sangat juga sebab tiap tahun datang Cameron kita tak tahu pun ada ladang ni kan. Tapi buah-buah anggurnya memang nampak fresh dan merimbun gemuk-gemuk. Eh sesuai ke ayat ni? Tanahnya sangat berdebu. Tapi terjaga. Siap ada kipas besar tu dalam ladang ni. Tak tahu apa fungsinya.
Kita nak singgah beli barang sekilo dua anggur ni, jadi kita pun lajak ke kilang pembungkusan yang berhampiran.
Ica berlakon macam bos. Kerja kerja! Jgn curi tulang. Sapa tu?
Pembungkusan sawi kontot yang segar-segar.
Pembungkusan anggur. Kita beli ni, dalam kurang sekilo lah. Sekilo RM30. Apa??? Begitu mahal? Nak buat cmner. Anggur ni import ke luar negara kot....
Bungkus labu...
Jagung....
Cili....
Anak : Banyaknya ciliiiiiiii...
Ayah : Tepi sikit ayah nak ambik gambar
Pedas...pedas...
Segarnya terung ni.. Rasa macam nak curik sebakul ni. Kalaulah datang tadi bawak bas ke lori ke van ke...mmg la dah selamat.
Ica dan semeja cili segar.
Ok. Masa untuk melawat kawasan...
Tomato pun ada....
Sementara ayah beli buah anggur tadi, kita ambik gambar dua orang ok...
Test power.
Apesal yang susah sangat bawak benda nih mehla saya yang buat - katanya.
Bos kecik dengan supervisor besar tengah cek mesin yang memilih dan mengasingkan buah-buah tomato yang elok dan tidak sebelum dipekkan.
Merasa buah yang segar dari ladangnya. Isinya lembik tapi manis. Ada macam rasa buah mangga sikit. Bijinya besar. Memang terasa pahit sangatlah. Tak sama langsung dengan yang selalu jual kat pasar ke supermarket ke. Maybe sebab anggur ni bukan jual untuk di makan segar. Tapi jual dalam bentuk wine atau vinegar.
| Budak kecik kegembiraan dapat katil, siap menari cucuk langit. |
Ok kita pun check in di Rainbow Hotel. Ini kali pertama tak ke Rossa Pasadena. Sebabnya bila walk in baru tahu vacancy hanya untuk semalaman saja. Esoknya dah fully-book sebab ada Kementerian Belia dan Sukan buat program kat sini. Selalunya macam tulah kalau gomen nak buat program kat Cameron ni, Rossa Pasadena mesti jadi antara choices yang ada. Tapi, buat apa buat kat Cameron? Kata nak jimat kos?
Dari Rossa, kita pun gerak from one hotel to another kat area Brinchang tu just to find a hotel yang ada vacancy for 2 days sebab malas nak unpack dan repack untuk tukar hotel dan berangkut sana sini. Unfortunately most hotel are fully-booked. Pelik kan. Ada apa esok? Bukan musim cuti sekolah. No, bukan musim holiday panjang pun. We wonder why.
Dari Rossa, kita pun gerak from one hotel to another kat area Brinchang tu just to find a hotel yang ada vacancy for 2 days sebab malas nak unpack dan repack untuk tukar hotel dan berangkut sana sini. Unfortunately most hotel are fully-booked. Pelik kan. Ada apa esok? Bukan musim cuti sekolah. No, bukan musim holiday panjang pun. We wonder why.
Iris House, carpetnya berbau basah, eww sangat tak selesa ok. Equatorial awal-awal dah full. Kita tak tanya lah apartment sebab nak house 3 ketul je pun kan. Hotel Rainbow ni pun at first full-booked for the next day. Available for 1 day aje. So that's why kita sambung jalan dan cari hotel lain pula. Well, macam ni lah nasibnya kalau bercuti secara mengejut. Penat sikit cari tempat nak melepas lelah.
Kat Jasmine Hotel ada vacancy tapi view mengadap ke bukit. Adohai. Mati kutu camni. Ke Hong Kong Hotel seberang jalan, tempatnya very crowded dan bilik yang deluxe pun agak sempit. Haish boleh cramp bontot berlaga perut nanti :-)
Finally second round ke Rainbow, ayah merayu-rayu sikit mintak kalau2 ada vacancy for 2 days, akhirnya alhamdulillah ada yang cancel booking last minute. Alhamdulillahirobbil'alamiin. Mujurnya kita ni bukan jenis pilih hotel best2 je kan. Dari sesempit hotel takde bintang hingga ke Suite ribu riban semalam, kita boleh je kan. Janji ada katil, anak kecik boleh lalu lalang tanpa bersempitan dengan mak ayahnya, toilet bersih, dan view ok. Alhamdulillah.
Dapat pulak bilik paling atas, ala tingkat 4 je pun, view menghadap jalan macam ini. Wahhhh... Bagus sangat. Tengok tu awan bawa hujan dah datang. Memang sejuk sangat ni. Nyaman sekali. Macam air-cond yang tak boleh switch off. Segarnyaaaaaa.
View bawah tu adalah sekitar Brinchang night market yang ada khemah kedai souvenir berdekatan Petronas.
Budak yang menari cucuk langit tadi dah lelah kan. Maybe juga sebab penat jalan kaki dengan kami tadi. Sebelum lebih teruk, pekena nebulizer dulu ok. Nasib baik tadi ayah pack sekali mesin neb ni.
View apartment baru belakang tu. Ini ketika bersiap-siap nak keluar makan depan hotel tu...
Ok. Jumaat malam Sabtu di Cameron ni takde apa yang menarik untuk dilihat. Semua kedai tutup jam 6 petang. Malam tak ada pasar malam. Sebab pasar malam hanya ada pada Sabtu malam. Yang ada, hanyalah deretan stall menjual t shirt dan cenderahati yang memang dibuka sepanjang masa. Pagi hingga lewat malam baru tutup lah.
Tengah tunggu order. Ayah berkerut dahi mengadap hp. Ala hp je pun. Macam kronik sangat....
Hai. Saya tunjuk stokin baru saya ni. Pink dan ada stoberi. Saya sangat suka. Ibu yang belikan tadi. Ibu ambik gambar cepat. - Ica kata. Ini masa tengah tunggu order makanan tadi.
Lepas dinner, kita jalan-jalan la jugak tengok-tengok souvenir. Tapi tak banyak pilihan. Kena tunggu night market jugak. So, balik bilik, tengok tv dan zzzzzzz sambil menikmati kenyamanan udara malam yang menyegarkan....
Lepas dinner, kita jalan-jalan la jugak tengok-tengok souvenir. Tapi tak banyak pilihan. Kena tunggu night market jugak. So, balik bilik, tengok tv dan zzzzzzz sambil menikmati kenyamanan udara malam yang menyegarkan....
Esok paginya kita bangun awal, eh tak lah awal sangat. Lepas subuh, tido semula dan bangun dalam kul 9 lebih macam tu. Sebab hotel ni takde breakfast macam Rossa Pasadena. Jadi tak ada keperluan turun awal menikmati sarapan Hotel.
Sarapan sendiri makan roti dengan jem strawberry yang fresh dari ladang tu. Sejuk-sejuk ni pekena milo/nescafe panas, memang best....
Sarapan sendiri makan roti dengan jem strawberry yang fresh dari ladang tu. Sejuk-sejuk ni pekena milo/nescafe panas, memang best....
Tengok kipas mainan yang Ica pegang tu berpusing ligat. Menunjukkan angin kuat masuk sampai ke bilik. Sejuk nyaman sampai sejuk gila....trrrrrr...
Ok pagi ini kita tak plan apa pun. Cuma, saya nak tengok dan survey banglo-banglo yang ada sekitar Brinchang ni untuk buat family holiday satu hari nanti. Manalah tahu rezeki murah kan.
Eh ayah macam pose sakit pinggang aje tu? Heh.
Banglo ni besar, ada 6 bilik. Dalamnya memang sangat selesa. Setiap bilik memang cool. Sesuai sangat untuk family holiday dalam 20 orang. Masalahnya, tak boleh masak2 dan barbecue. Deme takut terbako kot? Sangat membazir laman yang cun ni. Kalau boleh BBQ kan best. RM2500 semalam. Tak berbaloi.
Tapi viewnya sangat mervellous....
Jalan nak ke sini ni sangat kecil dan licin. Kalau malam ni mestilah menakutkan bahhh....
Kalau nak sewa banglo tadi tu, boleh je call 05-4901188.
Lepas tu kita jumpa beberapa banglo lain yang kesemuanya tak boleh memasak dan tak boleh BBQ. Kalau nak try juga, boleh call 019-3067998 atau 05-4911461. Bagi saya, apalah ertinya family holiday kalau tak dapat nak beraktiviti memasak atau BBQ. Takkan 24jam bersembang sampai kering tekak kot? Takkan nak berkumpul kat kedai makan pulak kot? Tak praktikal. Apatah lagi kalau ada orang tua yang berwilcha.
Ok move on move on. Kita pun datang ke MARDI ni. AKA Taman Agro Teknologi. Ini pun tempat baru yang kita tak pernah datang tahun-tahun lepas.
Masa ni agak ramai juga pengunjung yang datang walaupun dah tengahari dan cuaca tak begitu sejuk sebab ni kat Tanah Rata. Sepatutnya kena bayar entry fees la, berapa ringgit tak ingat. Sebab kita pakai redah je. Masuk dalam dan park. Eh eh macam rumah sendiri pulak?
Menyambut ketibaan kita di pintu masuk ialah deretan bunga kecil-kecil merah ungu ni.
Bunga-bunga kecil kuning dan pink yang cantik dan sedap mata memandang.
Di belakang tu adalah pejabat MARDi.
Binaan bangunan ala English dan landskapnya pun sama, menyebabkan kita rasa macam kat luar negara pulak.
Feeling-feeling di Scotland ke apa ni. Tapi cuaca tak sejuk mana.
Gambar agak terabur lah. Ini jambatan kecil ke sebelah kebun sana yang dibahagikan mengikut segmen.
Ada gazebo di luar ni. Kebetulan yang membuatkan lagi ramai pelawat ialah pelajar-pelajar pertanian daripada UiTM.
Ayah tengah setting camera nya. Pemandangan yang cantik dengan pokok pine di belakang tu.
Ok back to the jambatan kecil tadi. Sungai ni mengalirkan air yang sejuk dingin untuk keperluan pertanian kat sini.
Koridor tepi sungai.
Si budak kecik dah pun conquer batu stoberi. Katanya nak makan stoberi tu. Sini ada kedai air dan aiskrim stoberi yang fresh.
Ini laman buahan strawberry.
Tengok tu nak makan stoberi, macam real aje bukak mulut besau besau. Bila kita belikan stoberi betul, x nak pulak makan. Masam sangat. Haish.
Ica yang snap pic ni.
Laman Bunga.
Bunga apa ni? Unik kan.
Bunga rosnya besar dan cantek!
Student tengah interview ayah pasal MARDI ni. Ayah berkobar-kobar kata, sepatutnya ada promosi, ada papan tanda, etc supaya senang pelawat nak datang. Cet. Padahal masuk tadi tak bayar kan? Mana orang nak generate duit buat iklan bagai?
Laman sayuran ni. Besar betul kobis tu.
Kan gambar bercampur aduk. Ica dalam Laman Bunga tadi. Cantik macam musim bunga.
Laman sayur.
Sini untuk sayuran yang boleh dimakan begitu saja tanpa perlu dimasak.
Macam oregano.
Hah? Sambung nyawa? Mintak nyawaaaaaa.... :-)
Kalau ada orang nak meninggal, jgn pulak bawakan sayur ni ya.
Segarnya... salad Jepun.
Ada mini kolam ikan. Tapi airnya keruh.
Ayah yang agak jakun.
Berangan suatu hari nanti nak ada laman rumah sendiri yang macam ini. Yolah tu. Kenalah beli umah di Cameron ni.
Fuh penat sangat ni. Panas. Letih. Haus.
Salad yang segar.
Sempat rehat kat sini sementara ayah beli air.
Tak sangka pokok asparagus macam ini.
Giant kailan. Memang sebesar daun keladi.
Ini timun jepun. Besarnya lebih besar daripada kasut Ica saiz 30.
Ok bantuan tenaga dah datang. Makan aiskrim dan minum dulu.
Lepas tu baru ada tenaga untuk sambung melawat...
Eh, posing macam model lagi...
Jalan sikit jumpa tomato kat pokok. Pokok epal hijau dan anggur pun ada, tapi buahnya belum ada.
Masa ni tiba-tiba awan berat datang dengan wap air sejuk. Tak bawa payung. Jadi, cepat-cepat cari teduhan di kedai hasiltani dan lepas beli sikit makanan/jajan, terus keluar dari MARDI.
Lapar nasi pula ni. Kita ke Tanah Rata central jom.
Lapar nasi pula ni. Kita ke Tanah Rata central jom.
Lepas makan lunch ala kadar dengan harga mahal gila...kami terperangkap di sini sebab menunggukan Le Tour De Langkawi nak lalu. Hush!
Bersambung nanti insyaallah part 2.


































No comments:
Post a Comment