Feb 20, 2013

Cuti panjang : Kebosanan sudah...

Bismillah...
Hari ini dah masuk hari ke 6 saya cuti. Ok kalau tolak weekend, hari ke 4. Masa mula cuti macam seronok sangat. Bila dah masuk hari ke 6, rasa bosan pulak. Hahahaha. Maklumlah dah masuk 9 tahun kerja dan kerja dan kerja. Setiap hari bangun pagi dan bersiap untuk menemukan matlamat di pejabat. Tiba-tiba cuti panjang tak ke mana dan tak buat apa. Balik-balik rutin yang sama, tentulah bosan kan? Hihi. Astaghfirullah, jangan jatuh kufur  nikmat pula. Inilah masanya merehatkan segala emosi, fizikal, dan pemikiran sebelum memulakan kuliah minggu depan. Insyaallah. Kalau suami dan anak ada cuti sekali kat rumah mungkin tak terlalu bosan. Hehe. Malahan boleh lah jalan-jalan makan angin. Tapi suami perlu bekerja dan anak perlu ke sekolah. Jangan macam-macam yea...

3 kotak yang dibawa balik kelmarin sudah dikemaskan sewajarnya. Alhamdulillah. Ayah kata nak kena beli almari untuk letak buku-buku, dan akta-akta ibu ni. Ibu pula masih berfikir-fikir kat mana pula nak letakkan almari tu. Sudah tentu besar. Ayah dah berangan nak letakkan buku-buku novelnya yang selori tu, kini di rumah nenek. Belum apa-apa ibu dah rasa argh! tensi nih. Ibu tak suka nak sempitkan lagi ruang kecil teres setingkat kita ni. Nak beli rumah baru yang teres 2 tingkat end-lot yang kat simpang depan tu rasa macam tak mampu pula. Lagipun rumah kita ni baru nak masuk 3 tahun kita pindah masuk walaupun beli pada tahun 2008.

 Sementara waktu ni ibu tumpang buku-buku dan sovenir ibu kat rak kecik Ica nih. Teka mana ibu punya? tentulah rak belah kiri yang 3 tingkat. Belah kanan tu, atas Ica punya. Siap letak teddy rabbit dia. Bawahnya majalah ayah yang melambak tapi baca sekali saja. Manakala barang-barang perhiasan Ica ibu susunkan kat rak kecik sebelah ni.


Ini semua souvenir kenangan kita jalan-jalan. Tapi tak semua la. Ada banyak lagi yang ibu simpan dalam kabinet. Yang masih dalam kotak pun ada. Sebab tak ada almari perhiasan yang besar untuk letaknya. Ibu memang tak beli almari tu sebab tak nak rumah jadi lebih sempit dan berhabuk. Insyaallah suatu hari nanti lah ya.
 Eh embah, siap try pakai jacket kerja ibu? Ini masa ibu tengah sibuk-sibuk keluarkan isi dalam kotak hari tu. Sempat dia... Jacket ni dah 4 tahun. Tak bercuci. Hehe. Beli, terus pakai dan sibuk. Sedar-sedar, eh dah 4 tahun lah. Dah boleh order jacket baru pun. Hehe.

Ok, rutin harian ibu sekarang bermula dengan, bangun pagi, lepas solat terus ke dapur sediakan apa-apa sarapan untuk Ica, ayah dan embah.

Masa ni kebetulan ada stok tepung gandum, jadi ibu masaklah lempeng, cicah dengan sambal telur. Embah kata sedap. Ibu tak makan pun, sebab ibu memang tak minat lempeng. Ibu lagi suka makan biskut cicah kopi OldTown White Cafe. Lagi best!

Lepas ayah hantar Ica ke tadika dalam pukul 8, ibu bagi kucing makan. Kalau rajin lepaskan diorang main kat laman. Lepas tu sapu laman. Nanti ayah pulak pergi kerja dalam pukul 9. Lepas ayah dah pergi, embah pun dah masuk tidur, embah ni memang malam tak boleh tidur, tidurnya bermula jam 9 pagi hingga tengahari, lepas lunch nanti sambung sampai petang. Jadi ibu pun mulakan kerja-kerja cuci pakaian, sidai pakaian dan sapu dalam rumah pulak. Itu pun kalau rajin lah. 

Lepas siap kerja cuci-cuci, ibu masuk dapur untuk masak lauk tengahari pula. Kalau masih awal, ibu masuk bilik ambik nap kejap. Zzzzzzz....

Hari Isnin tu Ica tak ke sekolah sebab dia lelah agak teruk. Kalau ke tadika pun tentu dia tak fokus belajar sebab pengaruh ubat dan kesan nebulizer. Jadi seharian dia dengan ibu kat rumah, tengok tv, makan ubat, tidur. 



Selasa pula Ica sekolah setengah hari saja. Pukul 12 ibu dah terpacak depan tadika nak ambik dia bawa balik, untuk nebulizer. Kalau lelah, sekurang-kurangnya kena ambik gas tiap 6 jam selama 2 hari berturut-turut. Ibu skip waktu malam sebab nak nak ganggu masa tidur Ica. Kalau paksa juga, alamat mengamuklah dia. Tapi bangun je tidur kena ambik gas. Ubat pun kena juga. Ubat batuk kahak, ubat lelah, paru-paru dan selsema. 


Tina pun selsema. Eh lupa nak introduce. Ini Tina versi baru. Ambil di pasar uptown tu malam Ahad lepas. Masa ambil dia dah memang selsema. Tapi dia degil tak nak makan ubat langsung. Bagi makan luahkan. 3-4 kali macam tu sampai keluar air liur dia. Maknanya memang degil sangat. Ayah kata nak kena cari ubat cecair pulak.

Hari ini, Ica sekolah full day sebab pagi tadi Ica dah okey sikit. Kalau lelah nanti dia tahulah nak bagi tahu kat teacher. 

Hari Isnin ibu tak masak. Beli saja di kedai makan. Selasa baru masak yang ni. Ikan goreng, sayur sawi, sambal sotong yang tercair (tihtihtih...)

 Embah makan dengan gembira sebab sayur sawi memang favorite dia.

Hari Isnin tu, sebab fridge dah kosong, ibu ajak ayah beli groceries sikit. Lepas penat shopping, makan kat sini. Kenny Rogers Roasters.

 Ayah hepi sgt.

 Ayam 1/4 peha, mash potato, dan tomato salad. Ibu pnya. Oklah sedappp.

 Muffin perasa pisang dan ada kismis. Sedap rupanya gabungan ni. Ica makan sebiji.

Ayah punya ayam 1/4 kepak, mash potato, baked bean, tomato salad yang masam gila tapi ibu suka. 
Ok ini kali pertama ibu makan sini dengan ayah. Last ibu makan KRR rasanya lebih 15 tahun lepas. Masa tu belum rebranding. Tak sedap. Sebab itu tak repeat sampai berbelas tahun. Sekarang ni, sedap, oklah. Cuma ibu tak puas hati harganya terlalu mahal untuk makanan secoet macam ini. Lebih baik dengan RM60 tu makan di KFC atau pizza hut, dah tentu kenyang macam nak pengsan (sebab berbaloi kan). Yang ini, kenyang biasa-biasa macam makan makanan ringan saja. 

Eh tak habis lagi cerita pasal rutin tadi kan. Oklah basically, lepas masak tengahari, ibu mandi manda, solat zuhur, dan melepak la depan tv. Kalau mengantuk sangat, makan tertidur lah dengan happynya depan tv. Maklumlah, sekarang dah pakai skybox. Semua channel dapat tengok. Apa lagi. Memang kerja lepak kat depan tv sajalah skrg ni. Astrofirst, astrobest, movies semua dah tengok repeat 2-3 kali. So, sebab itu hari ini agak bosan sikit. heh.


Cer tengok remote control ni, walaupun all black, tapi fungsinya agak sama dengan astro punye, ada jugak info siaran dan rancangan. Kira oklah.

Baiklah setakat ini saja nampaknya. Nak masuk dapur ni, nak masak lunch.
Jumpa lagi insya allah.

No comments: