Feb 15, 2013

Hari pertama cuti panjang : Rutin baru.

Bismillah... 

Pertama kali cuba update blog dgn iphone. Eh susah juga sbb cinonet sgt pad dia. Tp tkpe, cuba dulu nti tak jd klu, blh buat baru :-)

Hari ini hari pertama cuti bermula. Belum ada kuliah lagi, tp nk habiskn cuti tahunan yg berbaki 14 hari nih. Jd, wpun kuliah mula bln dpn, tp 2 mggu ni saya akn duduk bercuti di rumah. Klu ada rezeki, insyaallah nak jln-jln juga. Cuma thk kelapangan incik suami. Tambahan pula Ica sekolah. Tak boleh simply nak ponteng2 gitu.

Jd apakah rutin saya hari ni? Lps solat subuh tido semula ke? Duhh itulah sbnrnya harapan saya. Lgpun mlm tadi tido tak lena sampai dekat kul 1 kot. Tp saya dah biasa mkn sarapan, jd pagi2 mmg lapar. Bercita2 nk g bekfast di OldTown WhiteCafe depan umah tu. tp incik suami siap perli saya, mampu ke tak tido pas subuh? Siap dia cabar saya, klu terror, pegi bekfast kat luar pagi ni, dia nk cuci keta depan umah sambil berbogel. Amboih!

Suami keje mlm, jd subuh td bru dia blik. Bila blik, dia kata, masa kat site td dia jatuh tangga berguling2. Mcm mna rupa tgga tu dan mcm mna buruknya dia berguling terlipat tu, dia tak cerita la. tp org gemuk mcm kami ni, klu terhantuk sikit pun mesti lebam teruk. Kesian kat dia. So saya pun biar dia tido dulu, nanti baru saya sapu minyak. Harap takde apa lah.

Jd lps solat subuh, saya terus basuh baju kat mesin, kejutkan dan siapkan Ica, hantar dia ke sekolah, singgah bli nasi lemak dan kuih untuk mak, balik tu, bg makanan kucing, lapkan badan diorang tu, sidai pakaian, sapu laman, dan sambil tunggu basuhan berikutnya, saya pun mkn sarapan dengan kopi OldTown whitecafe yang sedap, pekat, panas. 

Mmg la boleh klu nk pegi minum kat OldTown tu. Tp kna la tggu dia bukak dulu kan... Tadi belum buka. Aish takkanlah nak tunggu depan kedai kot? 

Oklah susah nak teruskan updating dalam hp, jadi terus buka macbook pulak, sambung yang ni. Hehehehe...macam penting sangat kan...

Dalam hp susah nak uplod gambar nih.


Inilah nasi lemak kerang sarapan saya tadi. Kononnya nak buat satu senarai kerja yang panjang hari ini, jadi kena makan yang heavy, walaupun perut dah memang heavy kan. Beli kat simpang depan tadika Ica tadi. Takdelah sedap sangat sebab sambal dia macam masam sikit. I is tak suka masyam-masyam. Tapi sambal kerangnya best. Kerangnya fresh. Tak la rasa macam darah beku kan.

 Ini monyet saya. Eh tak. Kucing saya yang suka gayut sana sini macam monyet. Sekor belah sini namanya Boboi. Sana tu Bebel. Macam mana boleh bezakan? Eh macam kalau kita bela anak kembar sejak kecik, mesti boleh kenal mana satu yang lbh tua dari yang satu. Kan. Bebel tu betina. Dia lebih kecil berbanding Boboi. Bulu pun lebih halus. 


Tadi, awal pagi saya lepaskan diorang sementara saya hantar Ica ke tadika. Bila balik je, taklah lama, dalam dua puluh minit, sebab beratur panjang beli nasi lemak. Tahu-tahu senyap sunyi. Tengok keliling takde pulak bangkai kucing. Bila panggil-panggil, baru tahu diorang main kat umah jiran sebelah kanan pulak. Makcik India tu, rumah dia ada parking keta. Diorang ni suka main panjat-panjat atas kereta sambil berkejaran. Pastu main bawah keta. Lepas dah bosan main atas pasu pulak. Pastu sepahkan selipar depan pintu. Just like apa yang diorang buat kat rumah saya ni lah. 

Lepas diorang balik, saya lap-lapkan badannya dengan kain lembap, dan terus kurung semula. Bukan apa, kan dah 15 ekor kucing saya mati, separuh kena langgar depan rumah, jadi, saya taknaklah diorang ni pun kena lenyek juga. Walaupun kucing adalah makhluk alert, tapi kereta yang lalu lalang kat sini ni suka berdesup macam jalan ni bapak diorang punya. Nanti kucing yang nak melintas tu tak sempat pulak melarikan diri. Macam arwah Tina. Sobs..


Muka mintak nak keluar. Heppp!
Yang kuning tu bekas air minum diorang. Tapi tak pernah nak ada air sebab asal penuh je diorang bergomol kat dalam tu tersepak ke terlempang ke apa bekas tu terus airnya tumpah. Isi lagi, tumpah lagi. Haish.

Boboi syahdu kena garu telinga. Dia ni dulu liat nak dekat ngan saya. Skrg ni tak tahu kenapa jadi manja pulak. Belum kena sunat lagi neh... Sikit-sikit nak suruh orang garu perut ngan telinganya.

 Bebel, muka tak puas hati. Apsal tak garu bontotku? Katanya.

Puteh pun datang menggesel, suruh garu perut dia. Semua pakat-pakat suh garu sana sini sebab dah lama tak mandi. Macam mana nak mandi, baru lap dengan kain lembap dah meronta-ronta macam nak kena sembelih. Haih.

Okay sebahagian senarai tugas hari ini saya dah pun buat. Tinggal nak jemur pakaian yang basuh tadi, dan yang paling kritikal setiap hujung minggu ialah, melipat kain....

Tengok ni dah segunung kain tak berlipat. Patutlah macam lengang aje almari kita. Heh. Siap habis semua bra dan panty. Ni dah berapa lama tak berlipat yea? Padahal cuti lepas macam ada je kat rumah? Entahlah. Sampai lupa bila kali akhir lipat pakaian (-_-') nampaknya kena ada maid khas untuk lipat kain.

Oh ya. Jangan lupa nanti nak kena tengok jadual kelas, dan register subjek. Hihi macam berdebar la pulak. Takpe bertenang dulu.


Hmmm inilah menda nya... Masters of Law (Legal Aspect of Marine Affairs)... Tetiba tak pandai nak susun jadual la pulak. Aiseh, sapa nak tolong nih?


Beberapa nama lecturer masih ku ingat namanya. Memasing dah jadi Doctor, Professor... Padahal ada certain yang saya biasa ada kelas dengan diorang masa degree dulu, kalau mengajar takdelah best mana. Lagi tak faham pun ada. Yang kena study sendiri pun banyak. Saya rasa academician makes simple thing complicated lah! Heh. Takpelah, dah rezeki diorang kan...

Eh. Kotak-kotak yang bawak dari pejabat semalam pun belum di susun elok lagi isinya. Duhh malas betul. Padahal inilah yang patut dibuat terlebih dahulu sementara Ica tak ada nih. Aiseh...pelan-pelan kayuh. Kalau semua siap hari ini, nanti esok lusa tulat nak buat apa? Takkanlah lepas hantar Ica gi tadika, nak tidur semula? Tak bagus tu... 

Ok dah siap masak nasi. Nanti tinggal panaskan ayam kfc dengan ayam goreng nasi lemak tadi tu, pastu goreng sayur baki gathering haritu. Siap la lunch. Sikit lagi incik suami bangun nak gi solat Jumaat, boleh la lunch sesama. Dengan mak sekali. Eh nak makan lagi? Heh.

Semalam siap angkut barang ke dalam kereta, sempatlah snap-snap gambar terakhir di pejabat. Sobs. Ada rasa sedih sikitlah sebab lepas ni tak tahu nasib saya ke mana...

 Bilik saya yang dah lapang....

 Oh pintu ku....

 Ohh printerku.... heheh

 Pintu nak ke toilet....

 View dari koridor nak ke toilet tadi, wing kiri...

 Ohh masjid biru....

 Ohh tempat parking kereta sementara nak gi punch pagi-pagi kat lobi....

Ohh tempat parking kereta public yang selalunya penuh kecuali hari-hari holiday macam nih....

Sobs.

Oklah. Nak gi sidai baju, dan goreng sayur.
Rutin baru sudah bermula nampaknya :-)


No comments: