Bismillah....
Waktu ibu menulis ini, jam dinding sudah pukul 4 ptg. Kejap lagi ibu nak bersiap-siap ke kelas. Hari ni Khamis, hari ke 3 ibu akan mengukur jalan dari Taman Setapak Indah ni ke Jalan Ilmu, Shah Alam. Ibu tak masak beriya hari ini sebab lauk kari ayam semalam masih ada. Ayah pun tak balik lunch. Ibu masak telur goreng kicap saja. Cukuplah sebagai lauk tengahari ibu dan embah.
Telur kicap.
Kari ayam semalam.
Telur kicap.
Kari ayam semalam.
Hari ke3 ni kalau bagi sesetengah orang, dah agak biasa dengan rutin dan perjalanannya yang jauh kan? Bagi ibu, no. Masih sama je. Hari pertama, Isnin, kelas ibu jam 6.30ptg, di Post Grad Centre. Ibu jenuh memikir kat mana post grad centre. Bila Googled, katanya di Intekma Seksyen 7 ada IPSIS. Pusat post grad studies. Jenuh juga ibu tanya pada kawan-kawan ibu di Shah Alam macam mana jalan ke sana. Jenuh juga mencari arah perjalanan dalam Google Maps. Akhirnya, ayah juga yang temani ibu ke sana. Hehehe. Ica pun tentulah ikut sekali. Amboi dia...
Kami keluar awal. Jam 4 sudah di atas jalan. Ica yang masih tidur, terpisat-pisat digerakkan teacher masa ayah ambilnya di Tadika. Jam 4.40 sudah tiba ke Faculty. Kad metrik belum siap dihantar ke fakulti. Ibu pun terus ajak ayah ke Intekma. Tak susah, guna GPS dan memori ibu tentang Shah Alam menjadi refreshed satu per satu. Tiba di Intekma, Blok 8 yang di cari, takde apa disitu. Ibu masuk ke dalamnya. Ia memerlukan kad metrik. Macam mana nak masuk kalau tak ada kad metrik? Ibu ajak ayah ke Fakulti semula. Di sana ada kerani kaunter yang menanti. Belum jam 5. "Ooh, post grad center ni kat level 7 je... AL624 pun sama...." katanya selamba bila ibu tunjukkan jadual. Ooh macam tu... Sia-sia je lah buang masa ke Intekma tadi. Ibu tergelak panjang. Ayah mungkin bengkek.
Selepas confirm tempatnya, ayah ajak ibu ke SACC Mall. Tak ada apa yang menariknya di sini. Pasaraya besar yang kosong, tak ramai pun pengunjung. Mungkin belum ramai lagi sebab kebanyakannya masih di pejabat masing-masing. Kami ke kedai buku dan berebut sama dengan pelajar baru UiTM yang kebetulan shopping buku dan menggunakan Voucher Buku 1Msia masing-masing, kecuali ibu. Siap ada yang menggunakan kad diskaun siwa 1Msia. Wah... Macam-macam ada sekarang ya.
Kami berhenti makan di Noodle Station. Antara kedai makanan segera yang berderet di tepi SACC Mall. Biasa saja rasa makanannya.
Steamed chick with lemon and cheese sauce.
Guess what, ada ramai students UiTM yang makan di sini. Untung kan. Sudahlah dapat voucer buku, ada kad diskaun pelajar bila beli alatulis, pakai hp canggih yang ada internet connection, lepas tu boleh makan di tempat makan yang boleh tahan mahal harganya ni. Memang berbaloi jadi student sekarang....
Tepat jam 6.30pm, ibu dihantar ayah ke kelas dan ayah ke mesjid biru dengan Ica. Kelas pertama ibu, Law of the Sea, memang best. Lecturer yang sangat knowledgable dan humble. Keadaan kelas yang selesa. Ada aircond. Dan jumpa kawan-kawan yang ramah tamah dan mengambil berat. I sure like it!
Kelas habis tepat jam 9.30 malam. Sempat ayah kirimkan gambar di whatsapp. Ayah sedang mengurut badan selepas solat Isyak.
Ica yang snap ni, sebab tu bergoyang. Apa yang kelakarnya ialah si anak begitu risau goyangan perut ayah yang kuat. Hingga katanya "Kenapa perut ayah bergoyang tu, dah nak meletup ke?" Hahahaha...
Sementara itu, ibu solat maghrib di surau "ancient" ini yang ibu masih ingat, merupakan surau yang ibu gunakan masa pre degree tahun 1999-2000 dulu. Haih!
Bezanya, dulu pangkin paras betis ni cuma kayu, sekarang dah batu mar-mar.
Ruang solatnya tetap besar itu juga. Tikar pun jenis yang macam itu juga. Pertambahan yang positif ialah adanya aircond....
Eh tapi kenapa aircond ni tak menyamankan suasana ye? Macam dah lama je.
Eh tapi kenapa aircond ni tak menyamankan suasana ye? Macam dah lama je.
Dan ada telekung infaq yang bersepah-sepah tak disangkut/lipat dengan kemas. Haish...beginikah mentaliti budak law....
Kesian surau ni. Tak dapat nak dibaiki secara maksima. Nak buat macam mana, defect pada bangunan, bukan pada interior design.
Inilah koridor kelas. 10 tahun lepas, lantainya hanya simen. Kini ada jubin berwarna.
Tandas masih sama. Memang tak ada apa yang berubah.
Kecuali bilik kuliahnya. Pintu dah bermangga dan pintu kaca. Sebab dalamnya ada aircond. Kerusi meja juga dah lain. Dulu meja kayu yang biasa tu saja. Sekarang meja banquet.
Pintu masuk ke section Law School dari parking space di fakulti.
Punchcard budak-budak Hons. Kelas mereka di aras 7. Kami dulu punch card mach di aras bawah ni, belah depan kelas aje. Ada notis board yang sangat crowded di situ. Sama macam kat court :-)
Dah baru moot court ni. Dulu buruk aje. Asal ada pintu masuk, ada ruang letak kerusi kayu, ada bench. Meja interpreter pun kecik saja :-)
Sambungan punch card budak hons.
Ruang legar di depan pejabat fakulti. ulu ruang ni kosong saja. Takde apa, selain Mat menjual kuih muihnya dan jajan-jajan. Pendek kata, tempat ni hanya koridor biasa.
Ini pejabat fakulti. Masa ini dah lewat malam tentulah tutup. Dulu pejabat fakulti kami di aras 5.
Kat tepi ruang menunggu ni ada tembok pengenalan fakulti. Ehem, nampak lah sikit up. Dulu tak ada benda ni.
Koleksi buku-buku keluaran UiTM.
Belakang tu ialah gambar-gambar tenaga pengajar dan pelajar. Ada satu wall tu gambar AG, CR dan KHN semasa buat lawatan ke UiTM ni. Kalau tak ada lawatan dari mereka tu, tentulah fakulti ni tak jadi up macam ini yea. Tapi sayangnya mereka tak melawat hingga level 7 bilik surau tu.
I m back to school...

Dengan ayah, jalan tak pernah sesat dan tak jumpa jem pun. Ibu ingat-ingat lupa jalan yang ayah lalu ni sebab jadi terlalu pendek. Hanya 30 minit saja dah sampai ke kawasan rumah. Hebat kan?
Hari kedua, ibu tekad nak ke kelas sendiri. Ayah agak sibuk. Ibu pun tak nak menyusahkan dia. Ayah dah saved kan GPS ke sana melalui Subang. Ibu bertolak pukul 5. Mula-mula okay, ikut DUKE, exit Tol Duta, exit Subang. Bila dah dalam Subang tu, ibu tak pandai baca GPS. Siap masuk bulatan Kewajipan, siap sampai ke depan Summit Subang Jaya. Heh apa nih....! Ibu pun panik. Ayah call. Katanya ikut saja GPS tu. Masa tu dah nak dekat pukul 6 petang, belum jumpa bayang Jalan Ilmu. Shah Alam pun masih jauh.
Ibu fed-up. Kalau fed-up menangislah caranya. Sikit-sikit nangis. Patutlah Ica mengikut jejak. Haih.... Akhirnya ibu sampai juga ke Shah Alam. Keluar rumah terik mentari, sampai sana mentari pun dah redup. Letih fizikal dan emosi. Panjat tangga ke Level 6, berpeluh-peluh dan kering tekak. Jumpa kelasnya tapi belum ada orangnya. Sempatlah berkenalan dengan beberapa orang yang juga menanti kelas yang sama. Bertukar-tukar nombor. Raja Ana, Muna dan Baizura. Mereka pelajar Masters sambilan. Raja Ana dan Muna di firma guaman sekitar KL. Mereka kata muka ibu sangat familiar. Rupanya mereka selalu ke court. Hihi. Baizura pula kerja di Oil & Gas, Shah Alam. Budak Kelang. Masih muda sangat-sangat. Baru grad tahun lepas. Umur pun baru 25. Haih mudanya dia. Sebaya dengan Kakak Seha, sepupu Ica.
Pukul 6.45ptg, Dr. Irwin Ui Ooi pun tiba. Rupanya Raja Ana dan Muna menghilang entah ke mana tak mahu join kelas Carriage of Goods by Sea : Bill of Lading ni. Ibu buat hal sendiri lah nampaknya tak ada kawan. Baizura pula laju saja duduk di sebelah rakannya yang sama-sama satu batch masa LLB dulu. Hanya ada 8 orang yang mengikuti kelas ini. Salah seorangnya, Tuan Zaini, adalah senior ibu dalam servis. Dia dulunya Pegawai Khas kepada CJ Sabah & Sarawak yang beribu pejabat di KK, Sabah. Tapi dia tak tegur ibu pun. Mungkin tak familiar dengan orang KL dan dia jauh lebih senior dari ibu.
Pensyarahnya masih kelihatan muda walaupun seorang Prof Madya. Namanya Dr. Irwin, berbangsa cina tapi tak begitu berkulit putih. Beliau memandang hairan pada ibu kerana tidak expect untuk menerima pelajar semester 1 untuk kelasnya yang dikhususkan untuk semester 2. Rupanya subject yang dia nak ajar ni hanya untuk pelajar semester 2. Kenapa tak dinyatakan dalam jadual kelas? Haih. Habis tu kalau ibu nak cuba juga macam mana?
" You can, but U wont survived!" kata-katanya itu menjadi terngiang-ngiang dalam telinga ibu dan menyebabkan hilangnya kesemua semangat yang ada. Dahlah peluh masih belum kering, membasahi dahi dan belecak di sesetengah lipatan, begini pula jadinya. Tapi ibu gagahkan juga duduk di kerusi itu dan mula mengikuti kelas yang tiada mukadimahnya. Hati ibu sedih. Helaian jadual kelas dan senarai matapelajaran ibu selak satu persatu sambil ibu mencatat nota kuliah.
Kalau ibu tak dapat mengikuti kelas ini, sudah tentu ibu juga takkan dapat mengikuti satu lagi kelas part 2 yang diajar oleh Dr Irwin. Kalau begitu, ibu takkan dapat mencukupkan syarat 3 subjek untuk semester ini. Jadi, ibu harus cari jalan untuk tukar program? Oh nooo... Sempat juga lah ibu sms kawan ibu yang ambil masters in Commercial tu. Tanya hari apa kelasnya. Rabu hingga Jumaat. Cantik lah tu. Mungkin ibu memang tak ada jodoh dengan Masters in Marine Law. Huk huk....
Selepas separuh masa pertama, iaitu selepas solat maghrib, ibu pun laju-laju meninggalkan kelas tadi dengan hati duka. Fikiran masih berputar ligat mencari solusi masalah ibu ini.

Haish... Macam mana ni? Kena tukar program? Tentu leceh urusannya dengan JPA dan jabatan?

No comments:
Post a Comment