Mar 12, 2013

3 subjek untuk semester ini.

Bismillah...

Hari ini ibu tak ada kuliah. Genap seminggu daripada kelas yang ibu tidak dialu-alukan oleh Prof Dr. Irwin dalam Carriage of Goods by Sea. Ibu memang nak ikuti kelas tu. Balik saja ke rumah, ibu terus capai komputer dan menulis emel kepada Dr. Irwin, seolah-olah memujuknya supaya ibu dibenarkan masuk ke kelasnya. Berdebar betul ibu tunggu jawapan darinya. Ibu ingatkan dia takkan reply emel ibu tu. Macam sesetengah orang bijak pandai yang suka memandang rendah orang lain tu :-). Tapi beliau sangat responsif. Ini jawabnya.

Dear Norazlin, 

I suggest you change your programme to the general LL.M. That will give you the freedom to take other subjects. 

If you want to take the Maritime specialisation, there has to enough students in a batch so that a new class can be opened. A minimum of 5 is needed to start opening a Part I class for Carriage, Marine Insurance or Admiralty. All three core papers are now at the Part 2 stage. 

There are also human resource constraints. Even if you can find 5 students to open up a Carriage 1 and Marine Insurance 1 class this semester, I will not be available to teach it. My timetable is currently overloaded and I am not in a position to take up any new classes. 

There is nothing in the system to prevent you from registering for Part 2 subjects in the Maritime specialisation. However, in addition to being arguably the most technical and difficult of all the specialisations, you will not have the benefit of learning the fundamental principals from Part 1. The Part 2 subjects are usually much harder and rely on you having a very good working knowledge of Part 1 principals. This will make any attempt to pass a Part 2 subject without doing Part 1 first, very very difficult indeed. It is best that you know the full facts now, rather than getting a shock in the next few classes. 

Yours sincerely, 

Assoc Prof Dr Irwin U.J. Ooi


Jadi, fahamlah ibu bahawa beliau tidak mahu men-jeopardise-kan usaha ibu untuk lulus dengan cemerlang dalam bidang yang diajarkan ini nanti hanya kerana kekurangan pihak LawSchool dan program ini, sebab bidang ini agak berat dan ibu perlu melalui sesi pengenalan terlebih dahulu sebelum masuk ke bahagian ilmunya yang lebih dalam. 

Tapi beliau tak ambil maklum bahawa urusan tukar program bukanlah sesuatu yang mudah. Ia akan terpaksa melalui prosidur yang leceh. Kena tulis surat berkajang-kajang barangkali, kepada Jabatan, JPA dan UiTM sendiri tentang alasan yang wajar. UiTM pula akan melihat ini sebagai suatu contempt pada kemampuannya mewujudkan program LLM Marine Affairs jika alasan utama yang ibu akan bentangkan adalah kerana kelemahan pihak UiTM sendiri. Haih. Ibu tak nak melalui proses tu. Walaupun ibu rasa geram sangat dengan UiTM ni kenapa nak offer program yang trouble macam ini semata-mata disebabkan "ada market"? Tengok sapa yang susah? 

Ibu cuba contact Tuan Zaini melalui mailbox .kehakiman. Beliau tak reply. Biasalah. Orang penting takkan reply emel orang tak penting macam ibu ni. Faham sangat. Nasib baik ada no hp Baizura. Ibu minta no. hp kawannya yang satu batch tu, namanya Irni, supaya boleh paskan no. hp Tuan Zaini. Sebab Tuan Zaini dan Irni satu kelas. Akhirnya dapat juga ibu mesej Tn Zaini, minta pandangannya. Maklumlah, dia pun ambil HLP, dan di semester akhir. Tapi, dia pun tak dapat beri idea yang melegakan hati ibu. Dia suruh ibu consult Dr. Sheela sendiri. Jadi, pada pagi Khamis, sebelum ibu ke kelas petangnya, ibu call dulu Dr. Sheela, course coordinator dan minta pendapatnya.

Dr. Sheela seorang yang sangat "manager" dan bijak mengawal situasi. Beliau sangat tenang dan very motherly. Dia menjelaskan pada ibu, sebenarnya, UiTM dah tak ada pre-requisite papers lagi bermula tahun lepas. Maknanya, tak ada istilah paper 1 and paper 2 lagi. Kalau semester itu di offer paper 2, maka, kita start lah dengan paper 2 dan next semester buat paper 1 pula. May be they will change the name gradually instead of paper 1 and 2 into something that can stand alone on its own. Jadi dia just suruh ibu join kelas yang lecturer kata part 2 tu. 

Tapi, ibu maklumkan dia, yang Dr. Irwin tak benarkan ibu join kelasnya. Jadi dia cadangkan ibu join kelas Prof Madya Puan Rohani Shah pada petang Khamis. Rupanya jadual sudah di edit dan ibu tak tabu. Jadi, bukanlah kelas Dr Irwin tu jatuh pada hari Selasa dan Khamis. Tapi hanya hari Selasa saja. So,  hari Khamis ibu boleh join kelas Prof Rohani yang mengajar juga Law of the Sea pada hari Isnin. Prof Rohani tu memang best, very learned and knowledgable. Ibu rasa bertuah sangat dapat join kelasnya. Itupun, pada mulanya beliau agak terkejut kerana ibulah satu-satunya pelajar sem 1 yang join kelasnya, Admiralty Part 2. Katanya, masa dia buat Master di SouthHampton dulu, Admiralty ni adalah satu subjek panjang yang dibahagikan kepada 4 parts. Beliau menghabiskan subjek ini dalam 2 tahun. Semasa beliau terlibat membuat courseline untuk LLM Marine, beliau tak pernah mencadangkan Admiralty untuk di crampkan kepada 1 tahun, mahupun 1 semester. Apabila ibu nak ambil part 2, maknanya ibu harus sudah faham part 1. So it's like taking the whole subject in one semester lah. Dia menjelaskan supaya ibu faham repercussion yang ibu harus tanggung nanti, dan kalau nak keluar dari kelas tu, ibu masih ada masa. 

Bagi ibu pula, it sounds like a challenge. Ibu akan berusaha. Selagi Prof Rohani tak berfikiran subjudice macam Dr. Irwin, ibu akan sahut cabarannya. Lagipun ibu tak ada pilihan lain. Ibu nak cukupkan subject, dan ibu memang aware, Admiralty is not an easy task. I will try to survive.

Finally, Prof Rohani pun welcome ibu. Alhamdulillah....

Yahuuu...Akhirnya masalah ibu pun selesai dengan hanya satu foncall pada Dr. Sheela. Cuma, ibu tak dapatlah ambil 4 subjek semester ini, tolak subjek Dr. Irwin tu, which is okay for me, even though takkan melayakkan ibu untuk anugerah pelajar cemerlang kalaupun ibu dapat 4 flat untuk the whole program ni. Hehe. Bukan kecemerlangan ini yang office ibu kisahkan. 

Sebelum ibu, ada ramai lagi officer dari pejabat ibu yang telah selamat mendapat Master degree dan ada yang dapat 4 flat pun. Maknanya cemerlang lah kan? Ada yang dapat award dari dalam dan luar negara. Tapi, when it comes to the office, kalau kita tak dikenali oleh Ketua/Big Boss kita yang di atas nun, memang tak ada guna pun awards ni semua. Mungkin boleh berguna kalau nak jadi pensyarah ke, penceramah what so ever. Tapi, bukan itu pun yang ibu kejarkan. Ibu hanya ikhlas nak tambah ilmu. Bidang Law of the Sea, Admiralty dan Marine Affairs ni memang bidang yang sangat lain dan baru. Ibu nak cuba bidang ini. Kalau bidang Civil dan Commercial, ibu rasa mungkin ibu boleh skor lebih baik sebab ibu dah buat secara praktikalnya selama 9 tahun. Ibu menempah kesusahan apabila memilih bidang baru yang alien bagi ibu. Tapi, inilah masanya mencabar keupayaan diri sendiri, dan berkenalan dengan tenaga pengajar baru. Kalau kita dah buat bidang yang sama selama bekerja, kemudian sambung dalam bidang itu juga, ibu rasa, tak variety lah kemampuan dan pengetahuan kita. Itu je niat ibu. Tak ada lain. Insyaallah ibu akan berusaha bersungguh-sungguh macam dulu-dulu. Semoga jalan yang ibu pilih ni adalah yang terbaik dan diredhai Allah. Ameen.

 I m really back to school now. I challenge myself, and I pray for my success. 

Oh saja je nak tunjuk ni. Jadual kelas. Ada nama kawan ibu dah jadi lecturer kat sini. Beliau Master holder LLM. Tak sangka mengajar subjeck Securities Regulations ni. Dia classmate ibu dulu masa LLB(Hons). Dulu selalu pinjam buku nota ibu. Dah 8 tahun kot jadi practicing lawyer. Kalau ibu ambil LLM General Master, maybe boleh take up this subject and score A. Hihi. Berani dia tak bagi ibu A? Kalau dia datang court tu ibu selalu entertain dia. Sebab dia ni selalu datang lambat. Heh.

No comments: