Mar 19, 2013

Masih cuba membiasakan diri

Bismillah.

Hari ini ibu tak ada kelas. Hari Selasa 19-3-2013. Alhamdulillah selsema ni dah semakin berkurangan. Alhamdulillah sangat Ica tak kena jangkitan sama. Kalau Ica pun selsema, susah kita kan. Ibu kena berjaga-jaga, sebab nak bagi nebulizer kena ikut timingnya, tak boleh lengah walau sejam. Ibu ni takpelah, tak perlu nebulizer lagi. Ventolin 4mg yang makan saja tu pun dah buat ibu gigil-gigil satu badan. 

Alhamdulillah Allah masih beri kesempatan pada ibu dan kita sekeluarga untuk meneruskan kehidupan. Malam tadi sebelum tidur, dapat emel daripada Ketua Jabatan mengenai seorang pegawai senior kami, Tuan Mohd Fadhir Harun, yang telah kembali ke Rahmatullah di Hospital Besar Ipoh kerana komplikasi pelbagai penyakit, terbaru ialah tumor di kepalanya. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya. Ameen.  Bila ada kematian begini, berlaku pada orang yang dekat, dikenali dan pernah bekerja bersama, hati menjadi bergetar dan insaf. Mudah-mudahan kehidupan yang pendek dan sementara ini tidak disia-siakan. Insyaallah...

Ibu sudah berada dalam minggu ketiga kuliah. Tapi, ibu akui, back to school kali ini agak sukar. Ibu masih dalam proses adapting terhadap semua aspek. Perjalanan yang jauh. Parking yang susah. Bilik kelas yang perlu mendaki. Pensyarah yang tak dikenali. Subjek yang agak mencabar. Peratusan markah lulus yang tinggi. Argh! Bismillahi tawakkaltu alallah....

Kalau bagi sesetengah orang, kembali ke Uni tempat undergrad dulu adalah paling mudah, mungkin ini tak relevan pada ibu. Ibu seorang yang pelupa kalau bab tempat dan jalan. Masa nak ambil kad pelajar dari Unit IT di Menara, Aras 6 pun ibu dah rasa lelah. Ibu dah lupa kat mana tempat nak ambil lif. Ibu jumpa lif kakitangan. Bila dah sampai aras 6, rupanya itu pintu belakang. Turun semula cari lif pelajar. Menunggu lama. Bila naik, orang yang menunggu nak buat kad pelajar sikit punya ramai. Alhamdulillah, proses yang ambil kad pelajar tu hanya makan masa tak sampai seminit.


Hikmahnya, selepas berpusing ke sini ke sana beberapa kali, barulah ibu recalled Menara ni. Dulu masa undergrad tak selalu lepak di situ. Sebab kebanyakan kelas ibu dijadualkan di fakulti. Tapi adalah beberapa kali yang ibu kena datang ke Menara untuk beberapa kelas, seperti kelas bahasa, agama, atau saja melihat-lihat dan lepak di kafe.

Usai urusan ambil kad pelajar, barulah ibu ke pejabat Hal Ehwal Pelajar yang tak sama langsung seperti 10 tahun lepas. Memang sangat lain. Nasib baik terjumpa 2 orang senior yang sama kursus. Terus tag mereka dan ke kaunter HEP untuk ambil Voucher buku. Lepas itu ibu menapak ke Fakulti yang tak begitu jauh daripada HEP.

Dah lama tak menapak begini jauh didalam terik mentari siang. Kepala sedikit nak pitam dibuatnya. Nasib baik banyak pokok. Boleh berteduh melepas lelah.
Dah uzur betul Law School UiTM ni... 
Mungkin dari jarak 100 ela.
Lorong yang perlu dilalui dari tempat parking di atas ni nak ke bawah sana. 
Terasa jauh. Kelihatan jauh. Memang jauh menapak.
Kalau malam tak ada lampu pun. Gelap gelita. Harus jalan laju-laju. 

Dulu, ibu selalu parking motor di situ. Bawah bumbung. Kalau pagi, tempat parking ni penuh.
BB1M. 
Kalau tak ada baucer ni pun kita masih mampu beli sendiri kan. Elaun yang diberi bukan sikit. Tapi, kalau tak ambil nanti kata tak reti bersyukur.
Siap dalam envelope dan ada tagline pemberian orang.
Bagi yang sudah bekerja dan bayar income tax, cukai pintu, cukai jual beli, cukai tanah, cukai makanan dan minuman dan sebagainya yang agak banyak macam ibu, ini bukanlah pemberian kerajaan, sebaliknya, pemberian rakyat kepada kerajaan untuk menjalankan amanahnya.
Jem panjang di Federal Highway. Keluar kelas pukul 10, sampai rumah 11.45malam.
Tagline kat papan iklan tu tak kena langsung dengan keadaan jem ni.
Siang hari. Sampaikan jalan selepas tol batu 3 Shah Alam pun jem.

Kat KL ni kalau hujan aje, mesti jem. Asal hujan, jem. Semalam ibu keluar rumah jam 5, jem di highway PLUS, highway Subang, dan highway Shah Alam. Sampai ke UiTM tepat 6.30 takde parking. Siap memusing satu round, park di HEP. Menapak jauh. Masuk kelas pukul 6.50. Sedih kan.

Law of the Sea dan Admiralty Law adalah subjek baru dalam hidup ibu. Masa LLB(Hons) dulu subjek ni tak wujud lagi. Hanya ada International Law saja, itupun subjek elektif. Untuk Admiralty ni pulak, since hanya paper part 2 yang diorang offer, so ibu kena lah buat juga. Jadi 2 subjek ni sangat tough pada ibu. Mujurlah subjek Legal Research and Methodology tu buat kerja dalam kumpulan. Sekurang-kurangnya taklah teruk sangat kan. Ibu belum mula baca betul-betul nota yang pensyarah bagi, dah rasa beratnya program ni.

Kawan ibu kata, lepas sebulan nanti kita akan biasa dengan tekanan demi tekanan ni sebab kita dalam proses nak menyesuaikan diri. Mudah-mudahan apa yang dia kata tu betul belaka. Sebenarnya bagi ibu susah senang subjek ni sejak dullu lagi ibu akan berusaha untuk menanganinya. Tapi bab jalan jauh ni, betul-betul buat ibu hilang sabar lah.

Setiap kali nak ke kelas, ibu kena lalu 4 highway. Mula-mula DUKE. 10km. Tol RM2. Susur ke PLUS di Jalan Duta. Exit ke Subang. 18km. RM2.60. Highway Subang ke Federal Highway masuk ke Highway Shah Alam 11km RM1.10. Sampai di UiTM selepas kira-kira 39 atau 40km saja. Tol semua sekali RM5. Jarak tak mengganggu sangat. Tapi jem yang buat cemuih! Kalau keluar awal, memang tak ada parking space. Tak tahulah nak park kat mana. Bila keluar pukul 5, ada masanya cepat sampai, tak sampai sejam dah ada kat sana. Tapi ada masanya jem lanjut sampai 2 jam dalam perjalanan. Masya Allah.....

Ibu harap sangat boleh tabah dan bertahan. Jangan putus asa. Kuatkan semangat. Ibu dibayar untuk lalukan semua ini. Harap ibu boleh melakukannya. Ameen...

No comments: