May 19, 2013

Assignment dan peperiksaan anak.

Bismillah.

Weekend selalunya penuh dengan aktiviti 'mengukur jalan' tak kisahlah walau terpaksa berulang alik ke KLFC 2-3 kali sehari :-) sebab situ je yang luas dan sejuk. Boleh tengok wayang di MBO, atau bawa Ica beriadah di Molly Fantasy, atau window shopping kedai-kedai butik, atau beli barang dapur di Econsave, atau sekadar makan-makan di mana-mana kedai makan yang berkenan di hati. Tapi balik-balik ke Ayam Penyet je, sebab yang lain tu tak kena dengan selera saya. Harga pula mahal sangat. Tu belum campur GST kot. Heheh. KLFC dengan rumah kami ni tak sampai 1km lah. Kalau jalan kaki pun boleh. Tak penat sangat. Kalau terajin sikit, kami je Jusco/AEON Wangsa Maju. Pun dekat juga. Atau lajak ke Carrefour/AEON Big, atau ke WangsaWalk Mall. Mana-mana lah. Asalkan dapat keluar daripada kepanasan rumah.

Tapi minggu ni lain sikit. Saya kena siapkan assignment. Due date dah hampir. Dapat tajuk assignment ni pada bulan April dulu lagi. Tarikh hantar 31 May. Tapi biasalah kalau tak last minute bukan student namanya. Tinggal lebih kurang 10 hari, barulah "datang  mood" nak membuatnya. Susah pula tu sebab tak faham sangat apa yang dipelajari dalam kelas. Bukan 1 assignment. Tapi 3. Aduhai. Nasib baiklah Isnin dan Selasa masih ada masa lapang. Cuba juga mempulunnya nanti, Insyaallah.

Dalam pada tu, Ica pula nak exam minggu depan. Ala, apalah sangat setakat exam bukan kindy. Yelah memang. Tapi, kalau anak kita dapat membuatnya dengan lebih bagus, tentu hati kita pun senang, kan. Budak kecik ni mana la heran exam ke tak. Asyik main, tengok tv, conteng-conteng. Itu la kerjanya. Kalau kita tak bising, memang tak jadi orang lah dia. Elok pula tu sekarang ni dah ada "kawan main" dalam rumah. Kucing baru kami. Noneng namanya.

"Hello... Hai... Saya kawan Ica yang baru. Saya duduk dalam rumah. Makan, main, berak, kencing semua dalam rumah. Sebab saya kucing Parsi. Tuan kata, saya kena duduk dalam rumah sebab bulu saya tak senang gugur macam kucing-kucing kat luar tu. Tambahan pula saya ni comel. Jadi, saya sangat disenangi mereka." - Noneng the Persian. Hiks.

Boleh ambil gambar dia masa tidur je. Kalau jaga, dia ni sangat lincah. Oh ya, waktu ni dia tak sedap badan. Kesian dia... 

Asalnya, kawan suami saya beli Noneng ni dengan harga RM200 daripada penternak kucing (ada ke istilah nih?) Dan mereka dah peliharanya 3 hari. Tapi Noneng tak nampak ceria, malah badannya panas. Mungkin demam. Suami pun datang tengokkan.

Kesian dia.... Macam mana lah boleh tak demam. Kalau orang kena kurung macam ni pun tentu boleh demam. Kucing Parsi ni kategori kucing sensitif dengan persekitaran, cuaca, habuk dan sebagainya. Penjagaannya juga remeh dan dia memang tak reti jaga diri sendiri berbanding kucing kampung.

 Letak pulak dalam tempat sempit macam ni. Nak gerak pun tak boleh. Kesian betul...

 Tengok tu. Tersepit dan terkurung. Belah sana makanan, belah sini toilet. Mana lah tahan...

Paling-paling pun dia cuma boleh melingkar atau lurus. Memang kesian....

Pula tu, makanan yang diberikan pada dia ialah makanan kucing dewasa. Dah tentu lah dia tak nak makan... Nasib baik tak sakit perut ke apa. Kalau sakit perut pun mungkin dia tak bagitahulah.

Bila suami sent gambar ni dalam wechat, saya yang pada mulanya tak nak kucing tambahan di rumah sebab tak nak kucing yang 3 ekor tu merajuk, terus luluh hati. Takpelah, kita jaga semampunya.

Bawa ke rumah kami je, Noneng nampak sihat bila boleh jalan-jalan satu rumah. Suami belikan makanan ID, dalam tin tuna, yang RM8 tu untuk kucing tak sihat. Mulanya dia makan sikit saja. Minum yang banyak. Malamnya kami kurungkan dia dalam sangkar dalam rumah. Rupanya dia memang tak boleh dikurung. Sepanjang malam menjerit-jerit. Bila tengok esok pagi, memang habis pasir bersepah di ruang tamu (sebab letak dia kat ruang tamu depan untuk dpaat cahaya lampu dari luar).Bila dikeluarkan, terus dia cari port berehat bawah daybed. Tak lama lepas tu dia mula muntah-muntah. 

Kelebihan kucing parsi ni, dia bijak. Bila nak kencing/berak/muntah, dia terus ke pasirnya. Tak macam kucing kampung. Ada dia kesah kat mana pun dia nak membuang. 

Petang Jumaat tu kami bawa Noneng ke Vet untuk diperiksa. Tapi tak demam. Cuma dehydrate sikit. Suami dah beri dia 3 shringe air minum supaya tak kehausan. Dia tak menolak. Vet bagi injection antibiotik dan bekalkan ubat demammm untuk kat rumah pula. Saya pun pertama kalinya beli makanan kucing Iams yang 3kg RM70 tu khas untuk dia sebab nak bagi dia cepat besar. Kucing-kucing sebelum ni makan whiskas murah aje. Hihi. Kos pertama kali RM122.00.

Bila di rumah, Noneng aktif cergas macam kucing yang sihat. Dia 'tour' satu rumah untuk berkenalan.



 Terkejut dengan 'muka' sendiri di depan cermin.

Dia memang comel dan menyenangkan. Sebab tak perlu jaga-jaga kalau dia berak ke kencing merata, etc. Cuma perlu sediakan makan dan air, dan pasir toilet dia. Nanti pandai-pandailah dia berdikari. Tapi, kami dah pun buangkan sangkarnya sebab nak beri dia kebebasan dalam rumah.

Jadi, buat masa ni, Noneng jadi teman main Ica lah. Lebih baik daripada Ica asyik tengok Oggy & the Cochroaches tu pagi petang siang malam.

Berbalik semula pada persediaan exam Ica. Semalam, pergi lewat dinner di kedai makan Aisyah pun, sempat Ica buat latihan matematik sementara tunggu hidangan sampai. Lepas habis buat latihan, Ica menconteng la. Apa lagi.



 ICA SUKA MAKAN NATIS??????  Apa tu natis? Nasi tahu lah.

 Semangat menconteng.

Hari ni last day untuk buat latihan. Latihan dalam buku dah habis. Saya beri latihan lagi. Sampai koyak-koyak kertas latihan tu. Hahah.

 Tujuannya nak biasakan Ica dengan soalan tambah dan tolak. Untuk faham bagaimana membezakan soalan dan bagaimana cara mengira.

 Walaupun dah banyak latihan, Ica tetap buat salah. Kalau exam, mana boleh betulkan balik macam ni... Haih...
 Latihan BM pulak. Untuk ujian mengeja dan menulis semula. Boleh tahan...


Oklah, nak sambung assignment lagi lepas ni. Baju sebakul belum sidai, dan sebakul lagi belum berlipat. Kalaulah ada pembantu rumah.... Haih, jangan mimpila ya. Teruskan usaha.

Jumpa lagi.

No comments: