May 16, 2013

16-5-2013 : Selamat Hari Guru

Bismillah.

Selamat Hari Guru kepada semua para pendidik. Alhamdulillah dipanjangkan usia untuk meraikan hari ini dan dikelilingi oleh anak-anak murid atau mendapat ucapan penghargaan yang berpanjangan. Semoga guru-guru semua terus istiqamah dalam perjuangan mendidik anak bangsa.

Walau apa pun istilahnya, guru, cikgu, teacher, laucher, ustaz, ustazah, pensyarah, professor, etc, terpulang kepada kita untuk menilai dan menghargai. Niatnya tetap sama, menabut bakti kepada anak murid walau siapa pun mereka, di mana pun letak duduknya.

Seperti tahun-tahun lalu, semenjak Ica berumur 2 tahun di Tadika Comelku, saya pasti akan membiasakan dia dengan ucapan "Selamat Hari Guru" atau Happy Teachers Day. Dulu tak sempat nak buat apa-apa. Ada sekali lah beri hadiah pada Teacher Ain yang menjadi guru kelas murid 4 tahun. Sebelum itu, ibu hanya suruh Ica ucapkan saja. Masa bekerja memang tak sempat fikir apa pun. Sekarang cuti panjang, bolehlah ingat semua benda. Walaupun assignment belum siap. Hahah.

Bangun pagi tadi, Ica recall pesanan semalam, lalu bertanya.
"Guru tu apa, ibu? Dia macam haiwan ke?"
Hahahah.
Konteksnya, mungkin dia tak faham "guru" sebab asyik memanggil "teacher", atau dia inginkan kepastian, adakah guru merupakan perkataan selain teacher, sepertimana haiwan adalah perkataan yang lebih baik berbanding binatang.

Walau apa pun konteksnya, soalan pendek tu terus mengejutkan ibu dari lena pagi. Hahah.

Hari ini, sebelum menghantar Ica ke Tadika macam biasa, kami bergegas dulu ke kedai kek Pistachio di  Taman Danau Kota. Tak jauh pun daripada Tadika. Kalau jalan kaki, dalam 3 minit. Beli Cheesecake 1kg ni untuk dihadiahkan kepada guru-guru yang mengajar Ica di SmartReaderkids. Mudah-mudahan mereka semakin berusaha menjadikan anak murid semua boleh membaca dan bertutur dalam bahasa yang betul, Insyaallah, Ameen....

Ironinya, Ica di kedai kek, tak minta apa-apa pun. Bagusnya bila Ica kenyang nasi, dia dah tak teringin apa-apa. Kalau tak, masuk saja kedai kek, semua yang terlihat dia suka. Aduhai. Kadang tu susah betul saya nak buat pilihan.

Sejak semalam saya mengingatkan Ica tentang hari istimewa ini. Hadiah dan kek bukanlah yang utama. Ia takkan dapat membalas jasa-jasa guru. Tapi, paling penting ialah tanda ingatan. Mudah-mudahan guru-guru sedar yang kita menghargai usaha mereka menolong kita mendidik anak. Bukan mudah tugas ini. 

Seorang guru mesti seorang yang sukakan kanak-kanak, walaupun sikit. Mesti bersifat sabar dan lemah lembut. Garang dan tegas demi mendidik. Sebagai ibu, saya juga sukakan anak-anak. Saya memang penyabar, setakat ini. Alhamdulillah, bukan kaki melenting. Kadangkala memang garang, sebab nak mengajar. Tapi, nak jadi guru, memang bukan pilihan dan kelebihan saya. Tak percaya, tengok ni.





Muka-muka sedih lepas menangis berjuraian air mata, kena marah dengan ibu sebab tak dapat buat ayat daripada perkataan "Baju" dan "Ayah". Kena drill sampai boleh. Kalau tak boleh buat, jangan ikut pergi makan piza.

Ica menangis bukan sebab takut kena marah. Sebab dia kata saya memang garang bila mengajar. Tapi dia menangis sebab tak dapat ikut ke pizza hut kalau tak boleh buat. Sedangkan sejak semalam dia teringin makan mushroom soup pizza hut tu. Aduhai anak.

Saya memang garang gila bila mengajar, dan saya tak boleh terima situasi orang yang saya ajar tak boleh tangkap selepas 3 kali saya ulang. Baik mengajar anak dalam pelajaran, mahupun mengajar mak saya mengaji (mak saya memang buta huruf dan tak boleh mengaji melalui pembacaan, tapi hafalan). Kedua-duanya saya tak tahan sabar. Tolonglah. Boleh jadi high blood pressure!

Jadi, bila anak saya boleh menulis dan mengeja masa umurnya belum pun genap 5 tahun, saya sangat berterima kasih dengan guru yang mengajar sebab berjaya menjadikan Ica sebegitu. Alhamdulillah. Betul juga sesetengah orang kata, keadaan sekeliling, terutamanya persaingan sesama anak-anak merangsang daya fikir mereka. Tapi, tanpa guru yang boleh menarik perhatian, faktor sekeliling tu takkan menjadi suatu kelebihan pun.

Bila tak sabar mengajar Ica, saya memang akan tepuk meja, cubit pipinya, pukul tangannya dengan pembaris, cakap dengan nada tinggi. Itu bukan sifat guru. Menyesal tak bila marahkan anak? Saya tahu ada ibu bapa yang langsung langsung langsung tak pernah marahkan anaknya. Biarpun anaknya tumpahkan susu, selerakkan dapur, sepahkan mainan penuh depan tv, main sabun sampai habis satu bilik air penuh buih, atau berguling2 di pasaraya minta apa yang dia mahu. Aduhhh...mungkin ibu bapa lain yang melihatnya sudah terasa nak terajang budak itu. Hahah.

Saya memang pantang sepah. Tak tahulah. Ia dah jadi habit. Bila Ica main sepah-sepah, saya akan pastikan dia kemas. Kalau saya yang kemas, dia mesti lihat dan contohi. Kalau tak, siaplah tangan saya yang berat gemok ni, akan ringan saja mencubit atau menampar punggungnya. Teruk?

Ada orang kata, pendekatan sekarang ialah diplomasi. Tapi saya old fashioned sikit lah. Walaupun anak cuma seorang, buat masa ini, tapi sifat garang saya tu memang tak dapat dibuang. Alhamdulillah, Ica menjadi agak berdisiplin. Bila buka pakaian, terus masukkan dalam bakul baju kotor. Lepas main, terus kemaskan. Lepas makan, lap mulut dulu. Lepas minum susu, letak botol di meja. Balik sekolah, cek homework. Bila mandi, jimatkan sabun. Kalau di pasaraya nak minta sesuatu, tunggu approval kami. 

Saya tak tahu sama ada dia melakukannya dengan dendam tersimpan dihati. Tapi, apa yang saya minta dia buat, dia buat. Tapi, saya jelaskan apakah kelebihan semua yang dilakukannya, dan apakah akibatnya kalau dia tak buat. Bila kita buat revision, dia beritahu yang dia faham apa yang ibu cakap dan minta. Harapnya betullah.

Dulu, Ica ni suka muntah malam. Asalkan perut terlebih kenyang, dia mesti muntah. Kadangkala, kita penat sgt kan. Malam adalah istimewa untuk rehat sebab esoknya banyak cabaran menanti. Tapi ada pulak anak kecik yang suka muntah. Cadar katil tu hanya bersih 1-2 malam saja. Selepas daripada tu, memang bau muntah campur febreeze. Takkanlah nak tukar cadar setiap hari? Keringkan saja dan lapik dengan kain batik, at least sampai weekend. 

Klimaksnya, memang saya lempang dia malam-malam tu. Saya kata, Ica dah besar. Kena bangun, duduk, cakap nak muntah. Ibu dan ayah akan bawa ke bilik air, atau suakan  mangkuk. Mulanya dia lupa. Bila cakap, kena banyak kali, ada gertakkan sikit, barulah dia sedar dan faham. Barulah bila batuk dan terasa nak muntah, Ica akan terus duduk dan minta mangkuk, kalau dia tak larat nak bangun ke bilik air. Syukur. Gertak yang saya buat ialah beritahu padanya, kalau dia muntah atas bantal, atas tilam dan selimut, ibu dan ayah akan tidur di bawah. Biar dia seorang yang tidur di atas katil. Dia memang cukup cuak dengan perkataan "seorang". Sebab tu dia ingat.

Begitu juga kencing malam. Banyak kali diingatkan. Kalau nak kencing, bangun kejut ibu nanti ibu bawa ke bilik air. Tapi ada beberapa kali yang terbocor juga. Terutamanya bila dia batuk yang kuat. Terkencing sekali. Jadi, saya malas ambil risiko kena tukar cadar setiap hari disebabkan kencing, bila malam, Ica akan pakai pampers. Kalau dia nak kencing dalam pampers, kencinglah. Kalau dia nak tahan sampai pagi pun takpe. Yer, Ica hampir 5 tahun. Tapi masih pakai pampers bila tidur malam sebab Ica selalu batuk kuat dan terkencing. Kesian dia.

Lepas kena marah kaw-kaw, kami ke Pizza Hut juga. Ica mestilah ikut. Jadi, menjawab persoalan pertama tadi, menyesalkah saya dengan kegarangan terhadap anak ni? Jawabnya, buat masa ini saya tak. Ini cara saya mendisiplinkan anak. Tak pula saya dengar di sekolahnya Ica suka buli kawan yang lain kesan kena 'buli' di rumah. Dia yang kena buli, adalah. Cara kita mungkin tak sama. Mengikut resepi masing-masing. Saya percaya, anak-anak akan lebih mudah mendengar teguran pada masa mereka "caught red-handed". Bila buat salah aje, terus tegur. Tak perlu tunggu kemudian. Ada orang yang suka nak buat roll call lah, ceramah lah, pep talk lah, pillow talk lah, etc. Mengikut kesesuaian masing-masing. Pada saya, semua itu takkan berfaedah untuk anak kecil saya. Ikut keturunan dan latar belakang jugalah.

Happy sangat dapat makan 2 mangkuk mushroom soup kegemarannya. Tak menoleh lagi.

O...M....G....

Platteur yang ni, dia cuma makan kentang gorengnya saja, cicah dengan soup tu.

Kunun nak makan carrot, sebab siangnya makan sup ayam dan carrot punyelah bangga diri. Sangat pencapaian sebab makan sayur (-_-) Tapi bila gigit yang mentah ni, pahit katanya? Adoi.


Bila dah kenyang, terus membuat ulasannya. 
"Ibu dah baik. Ica suka. Tadi ibu garang sangat...."
Amboi komplen.

Seusai hantar Ica ke Tadika tadi, saya tengok jam tangan baru pukul 10 lebih. Eh?

Rupanya jam dah habis bateri. Kesian saya. Sampai tak perasan jam takde bateri. Inilah yang membuatkan semangat nak beli jam berkunci saja, senang tak payah tukar bateri.

Jam kiri sekali tu Silver D&C, jam pertama yang saya beli dengan duit gaji. Murah saja, kurang RM100 sebab beli 2, satu untuk kakak. Tahan bertahun-tahun sampailah husband saya hadiahkan jam kanan sekali Gold Bonia berharga RM400 (masa tu dah mahal sangat) masa harijadi 2 tahun lepas. Tapi, sejak satu ruas talinya tercicir sebab terjatuh, dah bila disambungkan semula tanpa seruas tu, gegelangnya jadi ketat sikit, saya beli jam tengah yang Putih Rado ni di pasar tengahari Jalan Duta, dengan harga RM10. Heheh. Cheapskate eh? Sebab saya minat sangat jam putih yang ada gold touch macam ni. Nak beli yang ori RM4000, macam tak berbaloi kan mahal sangat. 

Jam Silver dan Putih ni bila ambil wudhuk tak buka, atau masuk dalam pool atau mandi sungai, mesti masuk air. Siap bergenang-genang macam aquarium. Heheh. Tapi yang Putih tahan 7 bulan. Sangat berbaloi membelinya. Dah masuk air, kering, masuk lagi, kering. Tapi enjin tetap jalan. Silver D&C tu mati sebab bateri dah habis bila saya bertukar kepada Bonia. Bila ke kedai jam sekitar KL, mereka dah tak ada bateri untuk jam macam ni. Memang jam kampung lah tu. Jam Bonia ni boleh tukar bateri tapi hati teringin tukar yang baru. 

Ok jauh membebel. 
Jumpa lagi, Insyaallah.
Wallahua'lam.

No comments: