Bismillah...
Dah lama tak cerita tentang kucing. Tiba-tiba teringat nak tulis selepas tengok gambar-gambar yang melambak dalam hp dan laptop ni. Kucing-kucing saya ni semua jenis pemalu. Ambil gambar pun herot perot mukanya. Tu pun kalau dapat tang muka. Selalu dapat tang ekor jer.
Semalam, 14-5-2013 bawa diorang untuk vaccin kali kedua sebelum diorg di mutered kan dalam tempoh seminggu dr tarikh semalam. Kena mandulkan diorang ni sebab takut kalau yang jantan tu nanti kencing merata dan kalau yang betina tu nanti sebok nak preggy aje, susah juga.
Ini koleksi gambar-gambar lama si Puteh, Bebel dan Boboi. Alhamdulillah sihat semuanya. Sejak diambil pada Oktober tahun lepas, masing2 dah semakin memberat. Boboi dah 3.3kg. Bebel dan Puteh sebab betina, beratnya baru 2.8kg. Itu pun dah kira berat. Bila bawa ke klinik dalam carrier memang sesak. Diorang pun bersin-bersin tak tahan dengan bulu member. Hihi.
Ni gambar lepas mandi. Masa ni diorang masih kecik lagi. Sejuk la tu walaupun cuaca panas terik. Tips mandikan kkucing, kena waktu pagi, dalam pukul 10 - 11 macam tu sebab matahari tengah nak rembang. Kalau kat kampong dulu, lepas mandikan, letak dia bawah cahaya matahari tu sambil dia akan jilat-jilat bulu dan badannya.
Muka bengang sebab sejuk. First time kot mandi.
Close-up.
Diorang ni asalnya kucing jalanan. Nak mandikan sikit punya susah. Meronta-ronta liar. Nyaris kena gigit, cakar, semua. Tapi sebelum mandikan tu, kenalah potong dulu kuku diorang. Sorang pegang, tekankan kaki belakang kat lantai. Sorang lagi siram, sabun, gosok dan bilas. Lepas tu yang pegang kaki tadi kenalah cepat2 ambil towel dan kepamkan dalam towel untuk keringkan. Kalau larat, boleh la di hair-dryer kan bulu diorang ni. Tapi kena buat berdua jugak sebab diorang ni takut bunyi bising har-dryer tu. Takut mcm nak kena sembelih kot, sure akan meloncat nak lari. Aduhai....
Masa ni hantar ke klinik untuk buanng kutu. Puteh je yang boleh diambil gambar. Yang lain cuma nampak ekor. Asyik la nak lari. Puteh macam kata : Ahhh sedapnya ketiak ku kena belai. Ha ah kat situ memang gatal. :-)
Tapi Puteh ni walaupun dimandi dan disikat kemas, bulunya cepat kotor balik sebab bila main tak ingat dunia, asyik dileset badan kat lantai. Dahla lantai luar tu kotor berdebu. Bila dah kotor, masuk dalam rumah, memanglah ada ponti-ibu yang menjerit marah suruh dia keluar balik macam nih...
Ha, tengoklah gaya duduk lepak Puteh ni. Memang macam ni lah aksi duduk dia tak kira walau kat bawah keta atau tanpa keta. Macam mana badan tak kotor.
Bila dah hilang sejuk air mandi tadi, dah kering, masing-masing mengantuk sebab dah selesa.... Bebel tengah nak tidur...
Boboi lalok.....
Puteh muka garang.
Ni dah besar sikit. Bila dijengok dalam sangkar tu, mesti bangun terus mcm ni. Pastu tengok kat kita sama ada nak keluarkan diorang atau tak.
Masa diorang masih kecil, kebanyakan masa diorang kena kurung sebab kami takut diorang lari keluar pagar dan kena lenyek dengan kereta yang lalu lalang laju-laju tu. Tapi diorang ni Alhamdulillah memang pandai bawa diri. Diorang yang tak nak main melebihi pintu pagar. Kalau main pun dekat dalam kawasan parking aje. Lepas tu masuk dalam sangkar, rehat.
Bebel mengenang masa depan sambil nak tidur balik.
Aksi Puteh minta nak keluar main...
Puteh paling tak suka kena kurung. Meleset-leset minta dilepaskan. Tapi bila dan kat luar, kalau kawan lagi 2 ekor tu tak dilepaskan, pun dia mati kutu. Takleh buat apa.
Rule pertama bela kucing liar ni, tak boleh bawa masuk dalam rumah. Sebab diorang ni ada kuman. Apatahlagi yang belum di vaksin. Bagi yang ada anak kecik macam kami ni, perkara ni memang yang utama. Ica pulak memang sensitif dengan bulu kucing. Pegang saja terus bersin.
Tapi bila dah suka sangat dengan kucing, secara tak langsung, imuniti boleh berkembang bila badan dah develop/kenal dengan jenis kuman tu. Alhamdulillah saya yang dulu alergi dengan bulu kucing, sekarang dah ok. Sesekali, kalau kucing nak masuk dalam rumah, kita biarkan je. Biar dia kenal rumah ni. Tapi tak melepasi ruang tamu saja. No way utk ke dapur atau ke bilik tidur. Kucing pun macam faham aje.
Puteh dan Boboi masuk dalam rumah je terus duduk atas sofa, eceh macam tetamu terhormat.
Tambah lak si Bebel ni, memang takkan duduk diam lah....
Kan????? Main lagi... Kat luar main, dalam rumah main. Hish!!! Teruslah kena halau dengan ibu....
Memang pantang kalau kucing main dalam rumah. Masuk rumah, duduk diam, manja2 takpe juga. Kalau dah main, lompat sana sini, gomol each other, memanglah segala bulu dan kutu akan jatuh dalam rumah. Nanti ibu ni jugak yang kena bersihkan. Tak cukup sekadar sapu tau. Kena mop lagi. Kat atas karpet tu ayah kena vakum. Kalau tak, rasa tak bersih nak duduk tengok tv.
Lepas kena marah, barulah duduk diam. Puteh ni faham sikit kot kalau orang mengamuk. Kalau yang 2 ekor lagi tu hampeh...
Kalau Puteh sorang masuk dalam, dia behave macam ni. Tapi tak lama la sebab lagi 2 pun sure mengekor punyaaaaaa..
Lepas sesi buang kutu, deworm, dan vitaminised, tiba masa bagi vaccin. Kena bagi masa diorang betul2 sihat dan kuat sebab kalau bagi time diorang demam, atau selsema, atau masa tu hidungnya cuma berair, bahaya. Boleh bawak mati. Sebab tu lambat sikit vaccin yang ni. Ada pengalaman vaccin kan kucing yang sedang tak sihat. Selepas beberapa hari, terus mati. Sobs....
"Why me. Mom???" - Bebel. Paling susah nak makan ubat. Paling tak friendly dengan orang luar.
Closed-up. Comel. Tapi nakal. Dia ni habitnya suka curik setokin jiran, bawak balik rumah, jadikan fake-rat. Betul. Nanti kalau ada setokin terbaru, akan update. Dulu habis setokin ayah satu persatu di kaut bawak keluar rumah, disembunyikan tah kat mana. Sekarang bila ayah dah sorok kasut dalam rumah, dia curik setokin jiran pulak. Memang hantu setokin! Oh ya, setokin Ica yang cenonet tu pun pernah jadi mangsa....
Boboi cool saja. Cuma agak observant tengok org buat itu dan ini. Makan ubat, senang. Dengan orang luar, friendly.
Puteh memang suka sangat kalau dibelai. Sebab bulunya tebal. Paling tebal antara 3 ni. Kalau semut sembunyi pun boleh sesat tak jumpa jalan keluar. Paling suka kalau ayah sikatkan bulunya. Bergumpal nanti bulu Puteh yang gugur. Kalau dia meleset kat kain kita, gerenti bulu melekat. Meleset kat sangkar, pun bulu melekat. Dia sendiri tak larat nak jilat dan buang kotor yang melekat kat bulunya.
Dah besar. Gemok2 nampaknya. Sama naik dengan tuannya. Sekarang kalau nak bagi makanan basah, kena bagi pinggan asing-asing. Kalau tak, Boboi yang akan makan semua. Dahlah dia paling tua. Nanti dia makan dulu, dia buli yang lain. Bagi sisa aje. Puteh lah yang tak dapat makan. Terpaksa makan biskut saja. Bila bagi asing macam ni, nanti mangkuk Boboi akan habis dulu, dia akan makan kat pinggan Puteh pulak. At least, Puteh dah makan sikit :-(
Snap pic dengan diorang. Abaikan muka saya yang masa ni tengah naik jerawat. Tengok tu muka Bebel tak ikhlas, nak cabut lari la tu. Diorang ni jarang dipeluk. Tu yang ketakutan macam nak kena sembelih!
Puteh lagi best. Takutnya tu sampai tak sanggup tengok muka sendiri kat skrin. Aduh...
Boboi je yang agak cool, tengok muka sendiri dan rasa pelik apasala muka dia ada kat situ pastu nak pegang skrin pulak. Duhhh....
Bila siang hari, panas terik mcm ni, si Bebel dah tentu hilang entah ke mana. Dia memang aventurous sikit. Suka jalan rumah jiran dan try panjat bumbung semua. Tinggallah Boboi dan Puteh. Boboi ni pemalas. Tau makan-tido aje. Pernah sekali tersangkut kat pokok magga jiran sebelah tu tak boleh turun dari tengahari sampai maghrib. Bila turun, ketakutan. Terus tak keluar jauh-jauh dah.
Puteh pulak memang 'minah' dok rumah. Main benda-benda yang ada kat rumah aje. Kadang bila bosan, nampak lah dia gi rumah jiran depan. Tidur bawah keta orang tu. Takpun masuk dalam laman dia. Kata makcik depan, diorang ni selalu lepak depan rumah dia. Makan makanan kucing dia. Dia ada kucing 3 kaki, sebab kena potong, jmpa kat market. Banyak betul kucing kena potong kaki kan? Takde rasa belas langsung sapa yang buat tu *iklan*. Tapi bila makcik tu nak pegang, diorang cabut lari.
Tengok gambar ni diorang melepak depan sliding door tu tunggu saya keluar ajak diorang main atau diorang nak masuk main dalam rumah. Abaikanlah pintu sliding yang kotor tu, siap ada susu tumpah lagi. Sebenarnya, tu susu Ica dulu, dia nak bagi kat kucing. Ade ke.
Bela kucing ni memerlukan minat sebab ada komitmen yang nak dijaga. Kucing nak makan, main, kasih syg, etc. Macam budak juga. Kalau kami nak jalan jauh, bagi kunci rumah kat abang ipar untuk tengok2kan kucing dan top-up makanan keringnya.
Kelebihan kucing ni, selain boleh hilangkan stress dengan hanya pegang badan dan bulunya, juga dapat pahala lah. Insyaallah. Tapi kalau tak suka kucing, tak pelah. Tak semua suka kucing. Kan. Cuma, kalau belum tahu, rasalah dulu pengalamannya :-)
Bela kucing ni memerlukan minat sebab ada komitmen yang nak dijaga. Kucing nak makan, main, kasih syg, etc. Macam budak juga. Kalau kami nak jalan jauh, bagi kunci rumah kat abang ipar untuk tengok2kan kucing dan top-up makanan keringnya.
Kelebihan kucing ni, selain boleh hilangkan stress dengan hanya pegang badan dan bulunya, juga dapat pahala lah. Insyaallah. Tapi kalau tak suka kucing, tak pelah. Tak semua suka kucing. Kan. Cuma, kalau belum tahu, rasalah dulu pengalamannya :-)
Oklah hari nak hujan. Nak angkat sidaian.
Insyallah sambung yang lain pula nanti.





No comments:
Post a Comment