May 14, 2013

Saya di Parlimen

Bismillah.

Eh bukan kat Parlimen sebab jadi YB ke apa. Masa gambar-gambar ni diambil pun Parlimen belum terbentuk lagi sementara menunggu PRU13. Saya ambil peluang cuti midterm untuk menjenguk kawan saya di Parlimen ni. Dia bukan YB atau pegawai Parlimen. Dia cuma kakitangan bawahan saja. Dulu semasa di Court, dia jadi typist saya. Sekarang dia kerani merangkap setiausaha kepada pegawai di Parlimen ni. 

Saya datang sini dihantar suami. Amboi manjanya datang Parlimen pun ada driver? Bukan. Suami saya ada projek yang masih berbaki di sini. Kebetulan saya nak datang, dia pun tag along selepas solat Jumaat. Saya tapau nasi kukus Taman Melati sebab nak makan sekali dengan Aisyah, kawan saya tu.

Inilah Aisyah. Dia memang suka bergaya manja dengan saya. Dia ni orang Sarawak. Berkahwin usia muda, kalau tak silap awal 20an atau 19. Anaknya 5 orang dan yang sulung form 2. Aisyah mula menjadi typist di bawah saya pada tahun 2010.  Dia ni convert Muslim masa kahwin dengan suaminya, seorang anggota polis. Apa yang menariknya mengenai Aisyah? Dia ni seorang yang peramah dan suka berkawan. Semua orang ditegurnya. Kalau di Court, hampir semua yang di Mahkamah Tinggi kenal dengan dia. Dulu dia berniaga Premium Beautiful dan mendapat untung daripadanya. Sekarang dia dah sibuk macam YB. Yelah sebab kerja dengan YB. Jadi dah tak ada masa nak berniaga apa-apa lagi.

 Bergambar di pintu masuk ke Dewan Rakyat. Saya dan Parlimen tidaklah baru pertama kali sebab dulu masa mula-mula kerja dengan Pej Peguam Negara, salah satu tugas ialah menghadiri Duty Parlimen, mewakili bahagian untuk mendengarkan soalan-soalan yang ada kaitan dengan bahagian yang diwakili. Soalan akan terus diajukan ke Ket. Jabatan untuk arahan mendapatkan skema jawapan dan disalurkan semula kepada petugas untuk dihantar ke Parlimen, supaya boleh dibacakan oleh Dewan Rakyat (YB yang perlu menjawab tu lah). Tapi masa duty dulu, tak terfikir pula nak ambil gambar macam ni. Sebabnya, orang ramai. Bila break aje mesti lapar sangat dan sebuk cari kafe. Lepas tu nak bersosial pula dengan kawan-kawan dari kementerian atau jabatan lain. Habis sesi saja mesti ingat nak balik sebab takut jem. Duty ni bukan sebulan sekali. Sebab semua pegawai kena pergi. Jadi, mungkin 2 bulan sekali. Itulah agaknya tak sempat nak ambil gambar kenangan.

 Ruang luar dewan, bahagian keraian. Ruangan ini agak besar. Boleh muat kira-kira 100 orang dengan kerusi meja. Untuk acara resmi kakitangan Parlimen macam jamuan perpisahan yang official atau acara penyampaian APC. Cantik dan klasik tempat ni. Karpetnya saja saya dah suka.

 Dalam ruangan tadi. Kat depan sana tu masih ada soft board dengan backdrop APC.

 Disepanjang Dwan Rakyat (bahagian luarnya). Bahagian dalamnya takyahlah ambil gambar sebab boleh tengok dalam tv. Heheh.

Dulu, masa duty, memang bahagian ini saja yang saya lalu. Nak ke toilet. Nak ke sofa. Cari kawan. Jumpa kawan. Kelam kabut datang lambat. Kat sinilah.

 Menuju ke lif. Dulu kami solat di surau tingkat 15 kalau tak silap. Tumpang solat dengan YB. Tapi masa tu saya tak hairan sangat dengan YB-YB ni. Tak kenal pun. 

 Level 17, paling tinggi sekali. Kalau datang sini kena datang ke level atas sekali ni sebab nak cuci mata dengan pemandangan yang menarik sekitar KL. Aisyah kata, level 17 ni jadi tempat jamuan makan-makan yang kurang 100 orang. Macam jamuan sempena Raya ke, jamuan perpisahan ke, jamuan birthday ke. Apa-apalah. Ruangnya agak selesa, sederhana luas dan yang penting berangin. Segar aje.

 Saya dan Aisyah.

Gambar agak gelap sebab atas ni silau sangat. Bangunan Parlimen ni sama tinggi dengan bangunan-bangunan sekitar. Boleh nampak KL tower di sini.

 Turun ke aras bawah sekali, lalu di kaunter khidmat awam, sempat ambil gambar di sini.

 Sekitar kawasan ni memang dijaga rapi dan lanskapnya cantik macam kat luar negara. Amboi Aisyah. Pertama kali ambil gambar di sini walaupun dan dekat setahun berpindah ke sini.

 CCTV ada je di mana-mana. Baru rasa selamat sikit yea?

 Macam kat negara bercuaca sejuk kan? Pdhal panas gila terik petang masa ini.

 Sempat singgah ke cubicle Aisyah di aras 6. Saja tengok meja kerjanya. Siap ada tampal gambar ID saya lagi!

Dibelakang saya ialah replika Tunku Abdul Rahman, kalau tak silap.

 Meriam ni boleh meletup kot kalau dinyala?

Dari dulu teringin ambil gambar di sini, jam yang besar ni. Tak tahulah sama ada jam ni bergerak ke tak. Tapi waktunya sama dengan masa sebenar. Memang tengah terik sebelum asar.

Oklah, sampai situ saja lawatan ke Parlimen kali ini. Insyaallah kalau ada masa yang lain boleh datang jenguk Aisyah lagi dan jalan-jalan ambil gambar :-)

Sekian.


No comments: