May 13, 2013

Ica dan kasut

Koleksi kasut/selipar yang sudah koyak/tak muat. Hendak dibuag sayang, nak dijual tak ada yang berbaloi.

Bismillah.

Kenangan ibu dan kasut memang sesuatu yang tak dapat ibu lupakan. Masa kecik, ibu hanya pakai selipar jepun saja ke sana ke mari. Sepasang saja yang ada. Itu pun saiz besar sikit dari kaki sebab kalau ia tahan lama, bila kaki dah besar, selipar masih boleh dipakai :-) kalau tak pun, selipar boleh dikongsi dengan kakak-kakak yang lain. 

Semasa di sekolah rendah, kasut sekolah paling mahal yang ibu pakai ialah jenama Bata zap-on berharga RM12.00. Itu dah cukup 'up'. Kalau tak, kasut Marco sajalah dari awal hingga hujung tahun. Kasut Marco tu murah saja dalam RM9.00. Sampai depannya lusuh dan koyak, nampak stokin kat ibu jari tu, barulah dibelikan yang baru. Teringin sangat nak pakai kasut Aliph Zap-On. Sebab tengok ada budak yang pakai macam tu. Tak dapat sampai ke habis sekolah rendah :-( 

Bila masuk ke sekolah menengah, ibu bercampur dengan lebih ramai anak-anak orang berada. Kasut jadi pelbagai. Mulanya ibu hanya dibelikan kasut yang sama. Tapi, ibu minta tukar jenis yang bertali pula. Maka, ibu gunakan kasut Palas Jazz. Masa tu harganya RM16. Sudah terlalu mahal untuk arwah bapak. Tapi anaknya nak juga. Terpaksalah.

Jika dibandingkan nasib ibu dan Ica, memang jauh beza. Ica baru 5 tahun, kasut harian saja harus 2-3 pasang. Walaupun crocs tiruan yang dibeli di pasar malam, tapi nampak macam betul. Setiap kali ke kedai kasut Bata, Ica akan tanya bila dapat beli kasut yang cantik, pilihannya yang ada lampu liplap di bahagian kaki bila dihentak. Amboi. Begitu kasut impian. Ayah akan memujuk2 sampailah Ica tak jadi dengan kasut impiannya tu. Lagipun, bila pula nak pakai kasut tu. Ica lebih selesa dan senang dengan selipar. Senang nak mari. Senang nak ke toilet. Senang nak ikut masuk mesjid/surau. Tak mudah basah. Tak licin. Pendek kata, memang sesuai dengan Ica. 

Kebelakangan ini, sejak masuk ke Tadika Smartreaderkids, ada kawan-kawannya yang pakai kasut sekolah siap bersetokin. Hari itu ibu memuji seorang budak yang tubuhnya agak kecil tapi pandai pakai setokin sendiri. Sengaja ibu nak bakar semangat Ica supaya mudah berdikari. Pakai spenda pun tak reti? Huh. Tiba-tiba Ica cakap pada ibu.

"Tau tak, budak yang pandai pakai stokin tu namanya Syafikah."
"Ibu tau tak, Syafikah tu, kalau teacher tak ajar pun dia dah pandai...."
" Ibu tau tak, kenapa Syafikah tu pandai pakai setokin dan kasut sendiri? Sebab dia ada kasut sekolah tu..."

Ok, ibu faham. Dia nak kasut sekolah baru la tu. Yang ada setokin. Jadi, semasa ibu nak beli kasut jogging di Bata, Ica pun sebok shopping kasutnya.

Sedang memilih-milih dan mencuba-cuba. Semua yang dia berkenan tak ada saiz (-_-) kesian.
Ibu bapa yang menunggu penuh sabar...
Tunggu kakak kedai kasut tu ambilkan saiz...muka hepi sangat tu...
Cuba saiz. Ini yang last ni kalau tak muat, tak jadi beli lah.
Tengok-tengok yang lain pulak. 

Ica menanti dengan muka cuak sangat...kihkih. Takut takde saiz.
Akhirnya, selepas puas dengan saiz, maka dapat jugalah kasut sekolah seperti yang dia suka. Tapi ibu rasa, dia bukanlah suka sangat jenis yang ni. Tapi dah saiz ini je yang ada. Kesian. Tapi, ibu yang nak beli kasut jogging pulak tak dapat beli sebab dah kena bayar kasut Ica ni. 

Selepas ada kasut sekolah baru ni, Ica dah tak malas nak ke sekolah. Tiap hari, bila jam sudah menandakan pukul 1 je, dia dah siap sedia kat depan pintu. Bila jejak je depan tadika, azan Zuhur. Jadi tadi bila dah azan zuhur tapi dia masih di rumah sebab ibu lambat pakai tudung, dia pun cuak "Cepatlah ibu, Ica dah lambat g tadika nih....!" amboi!

Kebetulan ayah ada nampak Ica minat satu "kasut ulat" masa jalan-jalan kat kedai belakang OTK hari tu. Ayah tak terus beli sebab malas nak berhenti cari saiz. Tapi rupanya ayah nak buat surprise kat Ica. Seronoknya jadi Ica. Bila malas pakai setokin, kenalah pakai crocs ulat nie... Matching pulak dengan baju sekolahnya.

Walau apa pun perbezaan ibu dulu dan Ica sekarang, tapi matlamat kita tetap sama. Ibu nak Ica jadi anak yang solehah dan terpelajar. Macam bapak Ibu dulu pun sama. Cuma bapak ibu dulu tak banyak duit nak beli kasut yang cantik untuk ibu sebab ada adik beradik ibu yang lain lagi yang memerlukan belanja. Sedangkan ibu hanya ada Ica seorang saja.

Ica pula telah menunjukkan tahap kematangan dalam pelajaran sejak 3 bulan di Smartreaderkids ni. Ica pandai mengeja, dan vocabularynya sudah bertambah dengan sangat bagus. Ibu puas hati. Bab mengaji pun ibu puas hati juga. Walaupun lambat sebab asyik ponteng saja ayah dan Ica, tapi diam tak diam, Ica dah masuk Iqra' 3. Alhamdulillah. Sikit-sikitlah. bab solat pun Ica dah ingat berapa rakaat untuk setiap solat.

Ada satu ketika yang kelar tu, ibu nak jadikan Ica ni taat dengan solat dan mengaji. Ibu kata, orang yang tak solat dan mengaji, dia kawan dengan syaitan. Syaitan akan ikut saja ke mana dia pergi. Makan, tidur, tengok  tv, pergi sekolah, pergi main. Ica terlopong dan nampak insaf. Balik rumah, Ica terus solat dengan ibu dan mengaji dengan ayah sampai pandai. Sebelum tidur, dia minta ibu bukakan gambar syaitan di laptop. Sudahnya, malam tu dia tak boleh tidur sebab ketakutan. Sekejap-sekejap dia baca alfatihah. Lepas tu minta ibu tidur rapat dengan dia. Lepas tu minta tepuk kuat sikit. Sampai nak masuk subuh, ibu bangun buang air tu dia belum tidur. Dah subuh baru dia lena. Penangan syaitan tadi. Hahaha.

Kadang tu soalan Ica sangat highly-educated yang membuatkan ibu sukar nak jawab. Contohnya :

"Kenapa orang mati kena masuk dalam kubur?"
"Kenapa mungkar dan nakir nak soal mayat dalam kubur?"
"kenapa Allah  bagi hujan banyak-banyak sampai banjir?"

Kadang tu ada kenyataan Ica yang buat ibu terkejut.

"Ibu, Ica dah pandai eja BODOH." - tak tahulah dia faham ke tak maksud bodoh tu, sebab dia tak kenal babi lagi. Bagi dia babi tu ialah "Barbie, Princess".
"Ibu tau tak, Syafikah dah ada boyfriend. Namanya Rayyan." - ibu terlopong.
"Kalau pagi-pagi ni tak boleh makan cokelat ye, ibu? Sebab nanti nak makan nasi ey?"

"hai, nama saya Ica. Saya suka melukis orang lidi dan kucing..."





Cantik tak kucing saya?


Bye.

No comments: