Alhamdulillah....
Sudah menjejaki usia 35 tahun. Bersyukur pada Yang Maha Pencipta. DikurniakanNya kesihatan dan nikmat Iman dan Islam. DiberikanNya pinjaman suami yang baik dan anak yang keletah. DipinjamkanNya nikmat kehidupan yang baik, rumah yang sederhana, kenderaan yang mampu, kucing-kucing yang comel dan masih hidup. ALHAMDULILLAHI ROBBIL 'AALAMEEN.
Bila bercakap mengenai Hari Jadi, kita akan terkenang apakah pencapai sepanjang hari jadi tahun lepas. Tak semestinya hanya pada detik tahun baru saja kita mengimbau kenangan setahun yang lalu. Tak dinafikan, kehidupan pada harijadi tahun lepas agak kurang memberangsangkan ataupun ok-ok saja. Eh bukan tak bersyukur. Alhamdulillah. Siapalah kita untuk menidakkannya.
Kehidupan pada hari jadi yang lalu dipenuhi tahap kesihatan yang kurang bagus. Demam, selsema, bengkak tonsil, sakit kepala dan sakit belakang. Pendek kata, ada saja. Mungkin tekanan kerja? Mungkin tekanan tubuh makin gemuk? Mungkin kerana kurang bersenam? Semuanya menjadi kemungkinan. Hinggakan pada 9 Mei 2012 yang lalu, pada harijadi saya, yang di pejabat tu staff-staff sedang menunggu dengan sepotong kek untuk celebrate harijadi, dan mereka merancang untuk makan lunch di luar yang lebih istimewa, tiba-tiba saya pula yang demam dan tonsil bengkak. Aduhhh sungguh tak berbaloi kan. Nasib baik boleh ditunda ke hari berikutnya :-) Harijadi kali ini, hanya saya, suami dan anak yang menyambutnya di rumah. Alhamdulillah.
Bila sebut hari jadi juga kita akan terfikir, nak hadiah apa? Bila dah tua ni, bukan tua pun, matang, tak ada hadiah paling sempurna melainkan insan-insan tersayang ada disekeliling kita, mengingati tarikh ini, dan mereka pun sihat dan sejahtera. Alhamdulillah.
Hadiah untuk diri sendiri pula? Hari tu demam harga emas merudum hingga cecah RM150 segram. Jadi, beli hadiah awal untuk diri sendiri. Alhamdulillah.
Seutas gelang tangan, sebentuk cincin dan seutas rantai dengan loketnya sekali. Kenangan harijadi ke 35 :-)
Tangan yang gemuk dan tua :-) menandakan sesuailah ada sikit perhiasan untuk kurangkan kegemukan dan ketuaan tu.hihi.
Kad berbentuk tangan yang Ica 'paksa' ibu terima dan cium tangan ibu. Ini sempena Hari Ibu hujung minggu ni. Kebetulan harijadi ibu pun sama minggu :-) yang belah sana tu teacher yang buat sempena harijadi ayah bulan January lalu.
Kami tidur lambat malam tadi semata-mata sebab ayah nak wish ibu happy birthday pada jam 12 mlm. Oh so shweet.... Ibu tidur pukul 3 kot sebab susah betul nak lena malam sekarang ni.
Sebabnya, semalam adalah perhimpunan Suara Rakyat yang menyebabkan jalan sangat jem. Katanya ada kenduri kesyukuran di Stadium Shah Alam. Tapi, ia mnyebabkan lebuhraya exit ke Subang tu dah jem yang teruk. Tengok kereta depan tu pun memahami dengan pletnya WTF. Memang What The.... betullah.... Orang nak balik dari jauh ni, jadi lambat sampai rumah.
Jem panjang di sepanjang highway belah sana hingga susur dari KL. Kesian siapa yang terkandas tu...
Back to birthday celeb, ayah belikan kek untuk sambutan kecil kita, atas tu Hazelnut Cheese, kiri tu Durian Cheese, dan kanan tu Cheese Brownie. Sedap. Hehe ALhamdulillah.
Sebelah malamnya pula, lepas ibu dah balik dari kelas, ayah ajak makan di luar. Dah tak tahu nak ke mana malam-malam ni, pukul 10.30, Ica yang tidur pun dah terbangun semula sebab dengar ayah excited nak ajak ibu keluar. Kita makan di William's saja. Dekat.
Ica monyok buat hal sendiri sebab lesu bangun tidur sejak maghrib tadi.
Tapi hepi dengan apa yang ibu order untuk dia. Chicken carbonara. Eh macam celebrate birthday dia pulak.
Ayah dan ibu share nasi goreng ketam kulit lembut ni. Entah kenapa tetiba mengidam yang ni. Nasi gorengnya banyak. Memang portion untuk 2 orang. Tapi pedas sikit, dan ketam goreng tu agak terlalu kering. Tapi, takpelah. Dah orang belanja, takyah songel sangat kan. Thanx ayah.
Sebelah malamnya pula, lepas ibu dah balik dari kelas, ayah ajak makan di luar. Dah tak tahu nak ke mana malam-malam ni, pukul 10.30, Ica yang tidur pun dah terbangun semula sebab dengar ayah excited nak ajak ibu keluar. Kita makan di William's saja. Dekat.
Ica monyok buat hal sendiri sebab lesu bangun tidur sejak maghrib tadi.
Tapi hepi dengan apa yang ibu order untuk dia. Chicken carbonara. Eh macam celebrate birthday dia pulak.
Ayah dan ibu share nasi goreng ketam kulit lembut ni. Entah kenapa tetiba mengidam yang ni. Nasi gorengnya banyak. Memang portion untuk 2 orang. Tapi pedas sikit, dan ketam goreng tu agak terlalu kering. Tapi, takpelah. Dah orang belanja, takyah songel sangat kan. Thanx ayah.
Muka tua. Tapi hati muda. Hihi. Pashmina ni buat saya rasa lebih muda daripada biasa :-)
Semoga semua yang dirancang akan dapat dicapai pada harijadi kali ini. Mudah-mudahan. Ameen.
Sekian.




No comments:
Post a Comment