Bismillah...
Alhamdulillah, buat julung kalinya saya dan suami menjalankan kewajipan sebagai rakyat Malaysia untuk mengundi. Syukur, tempat mengundi kami di Parlimen Wangsa Maju yang bertempat di Sekolah Kebangsaan Setapak Indah, kira-kira 300 meter dari rumah, berjalan sangat lancar. Tiada sebarang gangguan, cuaca baik, dan keputusan yang telah dijangkakan pun :-)
Berikut ialah gambar-gambar tersimpan dalam iphone ni yang ada kaitan dengan hari mengundi :-)
Seminggu sebelum itu, semasa saya cuti midterm, kami ke rumah abang di Poli Sabak Bernam, saja menjenguk orang tua sambil menghulur elaun bulanannya. Sempat berhenti minum air nira di tepi jalan dan snap gambar bendera BN yang berderetan panjang. Jauh betul diimport bendera ni, dari Melaka. Berapa agaknya keseluruhan kos untuk bendera saja?
Bila balik ke KL, buka TV saja, asyiklah kempen pilihanraya oleh BN. 99% isi berita adalah kempen. Tak kisahlah berita terkini ke, Buletin Utama ke, Berita 1:30 ke, Berita Bisnes ke... Maklumlah, tengah ada kuasa ni, dipergunakan seadanya. Manakala Pakatan Pembangkang, ataupun Pakatan Rakyat (PR) yang dinafikan permohonan menyatukan logo dan slogan di bawah satu naungan, oleh Registrar of Society (ROS) terpaksa menggunakan kelebihan internet dan ceramah yang berkesan. Itupun masih mengharapkan orang ramai membuka mata dan fikiran untuk menerima mereka. Dalam Internet pun cybertroopers pihak BN yang sudah semestinya menerima bayaran akan mengganggu gugat keamanan maklumat yang dipaparkan. Memang dahsyat kempen BN kali ini, memandangkan ceramah umum mereka kurang mendapat sambutan.
Balik dari mengunjungi Pesta Buku Antarabansa di PWTC, semasa mahu melintas jalan dripada PWTC ke tempat parking di Plaza Putra, dua beranak ini sempat mengabadikan kenangan di bawah bendera BN dengan menunjukkan ibu jari ke bawah. Eleh yang kecil tu tahu mengikut ayahnya saja :-)
Tengok ni sampai 3 mesej yang dikirimkan petugas BN untuk mempromosi calon mereka Dato Shafei di Parlimen W. Maju.
PR pun ada juga sebar sms tapi tak banyak. Satu saja. Mungkin bajet ciput? :-)
Pada 5 Mei tu, kami tidaklah beriya-iya keluar awal pagi untuk mengundi. Bangun lewat juga sebab hari Ahad automatik mata tercelik selepas pukul 11 kan? Hahah. Kami bersiap dan pergi makan dulu, nasi ayam auntie di Taman Melawati. Bukan nasi ayam percuma pun bila sebut "auntie" tu. Tapi sebab peniaga tu berketurunan Cina. Nasi ayam dia memang sedap. Arissa boleh habiskan semangkuk nasi ni dengan kicap dan sup saja. Memang selalunya dia tak makan pun ayam dan sayur (-_-) nak buat camna. Daripada dia tak makan langsung kan....
Perut kenyang suka hati... yey..... Selepas ini barulah kami gerak ke Sekolah Kebangsaan Taman Setapak Indah. Sekolah ini akan jadi bakal sekolah Ica dalam masa kurang 2 tahun. Itupun kalau jadi, Insyaallah.
Kami tiba lebih kurang jam 1.30 petang. Orang dah tak ramai tapi kereta yang parking di luar kawasan sekolah masih banyak. Takkanlah nak letak kereta di rumah dan menapak ke sekolah. Basah pulak baju nanti. Tambahan pula cuaca redup dek gerimis.
Ayah dapat park tak jauh daripada pagar masuk ke sekolah. Kami menyemak nama, no siri dan saluran di kemah PKR, sebelum terus ke dalam sekolah untuk mengundi. Tak boleh ambil gambar tempat mengundi tu. Kami kena naik ke tingkat 3 untuk saluran 6. Orang tak ramai. Kami bergiliran menunggu Ica di luar bilik darjah sementara yang seorang lagi pergi mengundi. Bila masuk saja, tunjukkan kad pengenalan dan slip no siri tadi kepada petugas yang akan menyemak nama, membaca nama dengan kuat supaya petugas dihujung yang mengeluarkan slip yang mengandungi gambar calon parti untuk dipangkah di dalam kotak. Sebelum ambil ballot paper, kena calit dulu jari telunjuk dengan dakwat biru yang dikatakan kekal. Ok itu saja. Proses tak sampai pun 5 minit.
Ica macam terpinga-pinga masa kita ajak dia turun tangga nak balik. Asyik tanya "Kata nak mengundi tadi?" Bila dijawab, memanglah. Dah mengundi pun. Dia masih tak puas hati dan mengulang tanya soalan lain pula "Macam tu saja ke? Datang tengok sekolah, masuk kelas ikut depan, keluar ikut belakang? Macam tu ke mengundi, ibu??" hehe. Kelakar. Tapi memang macam itulah. Yang Ica tak nampak tadi, bila ayah dan ibu 'menyorok' dalam meja berkotak tu untuk memangkah calon pilihan. Takpelah, lagi 16 tahun Ica boleh join ibu dan ayah mengundi.
Kami sudah mengundi, anda bagaimana? Lihatlah aksi si kecik tu. Nak jugak tunjuk jari telunjuknya :-)
Selepas selesai, kami balik rumah, berehat dan tidur sementara menunggukan keputusan yang akan mendebarkan tu.
Secara peribadi, saya berpendapat janji-janji yang ditaburkan pihak BN hanyalah cerita semata-mata. Kalau mereka bersungguh, apa yang mereka kata nak buat tu, mereka dah boleh buat lama dulu. Mengapa sibuk jadikannya manifesto sekarang? Manakala manifesto PR pula kedengaran "too good to be true" walaupun taklah impossible.
Kalau untuk pilihanraya sebelum-sebelum ini, saya dan suami memanglah kategori atas pagar yang langsung tak fikirkan pun masa depan negara. Tak kisah pun kalau orang lain yang menentukannya untuk kami. Mungkin kalau keluar mengundi pun, akan turut memangkah BN sebab tak begitu mengambil tahu kewujudan dan kekuatan pihak pembangkang. Sentimen perkauman yang dimainkan oleh BN terlalu kuat hingga kami boleh terfikir kalau sokong DAP, habislah negara jadi macam S'pore, dirampas oleh Cina. Kalau Cina yang memerintah, habislah kelebihan dan hak orang melayu akan diketepikan. Kalau sokong PAS, tak majulah kita sebab pemikiran mereka yang terlalu terikat dengan fahaman agama yang kolot. Masya allah...
Emak saya yang siang malamnya hanya mendapat maklumat melalui TV dan menerima BR1M tanpa disangka-sangkanya baru-baru ini, juga berasa takut jika PR yang memenangi PRU kerana katanya, akan ada orang mengamuk dan berlaku peperangan sesama kaum. Aduhai emak. Mungkin betullah apa yang dia kata tu, tapi perbalahan takkan dicetus oleh golongan bijak pandai yang menggunakan akal. Yang nak bergaduh, berperang tu tentulah orang yang bodoh dan hanya tahu perkara basic yang ditanamkan oleh kerajaan selama ini.
Bagaimana datangnya keinginan untuk "berubah"? Dia macam sesuatu yang magis. Atau sesuatu yang kalau dah sampai masanya, maka akan tiba perasaan itu. Saya sanggup ketepikan kredibiliti atau nilai calon yang diketengahkan. Baik Anwar mahupun Najib, kedua-duanya tiada yang lebih excellent antara satu sama lain. BN memainkan lagi kepercayaan kita mengenai kredibiliti Anwar yang kaki seks. Tetapi kita tahu Najib pun bukanlah baik sangat. Cuma penyokongnya percaya kes tangkap khalwat beliau dengan artis popular suatu ketika dulu hanyalah fitnah. Jadi, apa salahnya kalau saya menganggap segala video seks Anwar juga fitnah belaka? Malahan Mahkamah sendiri memutuskan tiada berlakunya adegan tersebut seperti yang dipaparkan? Orang yang ada otak mesti berfikir. Kalau tak banyak, mesti sikit pun tak apa.
Kenapa penyokong BN dan Najib boleh katakan kes kematian Altantuya didalangi oleh seorang pemerintah besar merupakan fitnah kalau mereka boleh percaya Anwar dan anaknya terlibat dalam video seks yang tak nampak muka pun pada pelakunya? It's about how you are going to manipulate your trust. Tidak ada satu pun pandangan yang betul, sebab tak ada siapa yang tahu mana yang betul. Jadi, isu ini tak valid lah bagi saya. Pelaku seks atau peledak bom, tiada yang boleh dipilih kan?
Tapi, sebagai pembayar cukai pendapatan setiap bulan, cukai-cukai untuk segala yang digunakan seperti cukai beli kereta, beli makanan, beli keperluan biasa, cukai pintu, cukai taksiran, cukai itu ini, dengan harapan wang cukai tu dapat disalurkan semula kepada pembaharuan dalam aspek fasiliti, saya menjadi kecewa dengan tahap kemajuan yang rendah tapi kita terpaksa pula dibebani dengan kenaikan harga barang yang tinggi dalam masa yang singkat.
Sepanjang 5 tahun daripada detik PRU yang lepas, di mana saya hanya membiarkan orang lain menentukan masa depan saya, saya lihat, di jalanan, kereta semakin banyak, jalan semakin jem, pengangkutan awam semakin tidak efisyen, segala laluan alternatif dikenakan tol walaupun tetap jem, roadbully semakin tidak hairan dengan undang-undang dan tidak ada pertambahan jalan yang lebih baik melainkan jalan yang sama yang jika berlubang diturap saja dan tahan beberapa ketika sebelum lubang semula.
Apa yang lebih membuka mata ialah kesanggupan orang ramai mengadakan perhimpunan Bersih, satu demi satu. Mulanya memanglah saya tidak sokong langsung berhimpun begitu hanya menyebabkan kesesakan jalanraya dan menghadkan kebebasan yang lain untuk menjalani hari cuti dengan aman. Saya juga pernah menjadi salah seorang penguasa yang membenarkan penangkapan peserta Bersih 1.0 pada 2007. Tapi, selepas beberapa kali, ia membuatkan saya berfikir mengapa mereka ini sanggup berpanas hujan, menahan torture asap dan simbahan air asid yang dihamburkan oleh FRU. Menahan sakit dikerjakan polis-polis gila yang tidak mengenak belas. Apa yang mereka cari?
Rupanya, mereka juga sama seperti saya. Terhimpit dengan kekangan ekonomi dan mahukan perubahan. Rasa sanggup mereka dijana keinginan untuk menikmati Malaysia dengan lebih saksama. Mereka mungkin bernasib kurang baik daripada saya. Mereka mungkin yang berpendapatan di bawah RM1000. Tapi mereka nak lihat masa depan yang lebih baik melalui pembersihan sistem pemilihan pemimpin. Rupanya mereka berjuang untuk kita yang mahukan PILIHANRAYA YANG BERSIH daripada anasir yang menyalahgunakan kuasa demi mengekalkan tampuk kepimpinan mereka. Saya jadi sebak bila melihat kesungguhan mereka sedangkan saya tak buat apa pun. Hanya duduk dan lihat, Tapi ini mungkin lebih baik daripada yang duduk dan mencerca.
Sepanjang kempen berlangsung, FB dipenuhi postings kempen, baik untuk BN mahupun PR. Sentimen perkauman diwarwarkan, lagi dan lagi dan lagi. Sama naik dengan video seks yang meloyakan. Dipihak yang bijak, satu demi satu maklumat kewangan negara dijaja. Negara berhutang RM500 billion secara domestik. Apa ni? Saya tak faham. Ada kawan saya menempelak, itu fitnah. Hutang dengan siapa? Kita bukannya mengamalkan dasar pinjam dengan IMF. Kalau ikut saranan Anwar, dulu lagi negara dah terjual. Amboi, dia pun tak tentu faham prinsip kewangan, IMF segala bagai. Tapi, saya pun tak faham, pinjam domestik tu apa maknanya? Belum faham isu yang ini, datang pula isu wang negara yang dibazirkan dengan projek yang gagal. Wang negara habis digunakan untuk bail-out syarikat kroni. Wang negara habis untuk kepentingan dan kesenangan orang yang di atas sedangkan yang di bawah masih begini juga. Merana.
Dalam tempoh kempen juga saya berkenalan dengan blog Rafizi Ramli, Nurul Izzah dan mula membaca tulisan Anwar Ibrahim. Saya lihat beberapa ustaz yang biasa saya dengan ceramahnya di IKIM.fm pun turut membuat posting menyokong PR, yang pada saya, sokongan mereka tu lojik. Memanglah PR takkan dapat melaksanakan janji-janji mereka kalau mereka tak memerintah. Mana nak dapat duit? Duit tu kan dari kita, rakyat. Yang BN tu memanglah mereka dapat beri BR1M dan segala macam bantuan sebab itukan dah memang tanggungjawab mereka, dan duit-duit yang mereka ada tu kan duit kita. Apa pasal pula nak kena kenang budi, berterima kasih yang sampai tergadai maruah diri tu?
PR berjanji akan membuat perbelanjaan berhemah dan menurunkan harga petrol. Cukai eksais akan dipotong, supaya kita dapat membeli kereta import dengan lebih murah. Dengan penjimatan wang Petronas, mereka akan langsaikan hutang dengan PTPTN dan lebihannya akan digunakan untuk membayar kos pengajian supaya pendidikan anak-anak kita akan percuma. Elaun tiap bulan seumpama BR1M akan diberikan kepada yang layak seperti golongan miskin/tua/ibu tunggal/ibu tidak bekerja. Dan banyak lagi janji-janji lain yang menarik seperti tarif elektrik yang rendah, air percuma, wifi percuma dan penghapusan tol. Ini semua bukan mustahil untuk dilakukan jika kerajaan berbelanja dengan berhemah.
Tapi, ada juga orang atas pagar kata, mana nak dapat duit nak langsaikan PTPTN? Orang yang sokong hapuskan PTPTN tu orang yang mementingkan diri sendiri dan tak nak bayar hutang, kalau dah hutang tu, bayarlah. Siap keluar nas hadis ayat quran semua. Duhh... Kenapa pendekkan akal fikiran tu. Kenapa tak terus gali bahan dan baca lagi. Tentu akan jumpa jawapannya. Adakah korang ingat Rafizi tu masuk politik hanya utk dapat contract dan buat duit juta-juta mcm pemimpin sedia ada yang kita nampak? Asal masuk politik aje mesti tak lama tu kaya. Rafizi tu jenis orang yang tak habis bayar PTPTN ke? Aduhai.
Saya bukan peminjam PTPTN. Malahan saya tak hairan langsung isu PTPTN ni. Saya boleh dapat biasiswa penuh JPA walaupun untuk pengajian masters. Saya boleh sekolahkan anak saya ke sekolah berbayar yang mahal, kerana saya mampu. Tapi, untuk tahun-tahun mendatang, sekiranya pendidikan terus diniagakan, apakah nasib anak cucu cicit kita nanti. Berapakah agaknya yang mereka kena bayar untuk sekolah rendah biasa yang boleh mengajar mereka membaca? Sekarang pun kita boleh lihat, semakin mahal bayaran untuk tadika, semakin baik sistem pendidikannya. Semakin murah, semakin rendah kualitinya. Padahal pendidikan adalah tanggungjawab pemerintah supaya dpt melahirkan golongan bijakpandai yang boleh menjadi pelapis pemimpin negara. Sekarang, kerajaan sedia ada tak mahu anak muda kita bijak berwawasan. Mereka sekat dengan undang-undang. Takpe, korang takpayah susah-susah fikir masalah negara. Biar kami saja yang membuatnya. Bila dah grad nanti cari kerja, makan gaji, jaga diri sendiri, ok? Biar kami dan anak cucu kami yang menjaga negara ini untuk korang. Korang kenalah bersyukur tau, sebab korang tak payah fikir teruk-teruk. Kami buat semua ni untuk korang. Korang cuma perlu bayar saja harganya dan jangan mengeluh.....hahahahaha (buat suara jin jahat).
Hush... dah panjang karangan ini. Keputusan pun dah diperolehi. Walaupun pelbagai kontroversi dikaitkan dengan kemenangan BN secara haram ni, namun, ia sudah pun berlaku. PM Najib sudah pun mengangkat sumpah di Istana negara. Kalaupun PR ada 21 hari untuk teruskan perjuangan, Mahkamah manalah di Malaysia ni yang akan membenarkan Pemilihan semula. Tapi, untuk tidak menghampakan harapan, teruskanlah perjuangan itu, sementara yang lain akan menantikan 5 tahun dengan sabar dan berharap keadaan akan berubah pada masa itu. Itupun jika orang-orang yang jahat yang ada sekarang ni dah insaf atau dah mati. Kalau mereka masih ada, dan masih dengan pendirian yang sama, ia akan tetap berlaku. Tak tahulah kalau anak-anak muda yang sekarang ni tak nampak, lagi 5 tahun baru nampak cahaya, akan turut sama dalam perjuangan. Wallahua'lam.
Calon di Wangsa Maju yang kami pilih tu menang besar juga walaupun baru kali pertama jadi calon. Sini memang tak ada masalah blackout, atau double undi, atau undi warga asing. Sebab sini sebahagian KL je. Walaupun 9/11 kerusi parlimen milik PR, tp ia bukan sebuah negeri untuk membentuk kerajaan sendiri. Jadi, tak ada apa lah yang akan berubah. DBKL tetap berkuasa nampaknya. Daripada sesi lepas, walaupun calon PR yang menang, apa-apa pun DBKL yang buat polisi. Tak dengar pun isu dari sini yang diketengahkan di Parlimen. Takpelah, life goes on. Apa pun, pembangkang dah kuat dalam Parlimen tu. Harapnya ketirisan dapat dikurangkanlah. Mudah-mudahan.
Pada yang berpendapat semua pemimpin sama saja kalau dah ada kat atas tu mesti akan kronism, bawa saudara mara, jiran, adik beradik, semua untuk jadi kaya, saya tak setuju. Kepimpinan sangat dipengaruhi oleh prinsip hidup. Dilatari pengetahuan agama dan takwa. Kalau semuanya sama je, takdelah Nik Aziz tu maintain macam tu aje di Kelantan. Maintain rendah diri dan tawaddhu'.
Pada yang tak tahu domestik debt RM500 billion tu hutang kat sapa, jawapannya, hutang kat kitalah, yang banyak sangat saving kat bank-bank, epf, tabung haji, segala macam amanah saham tu. Bila negara tak dapat byr balik hutang-hutang tu, savings ni lah yang akan lupus. Kita yang depositor ni takkan dapat keluarkan semua jumlah saving kita sebab sebahagiannya nak byr hutang kerajaan. Kalau tak caya, tunggu dan tengok. Selalunya selagi tak jadi pada diri sendiri memang susah nak caya. Wallahua'lam.




No comments:
Post a Comment