Bismillah...
Masuk hari ini sudah 3 hari terkepam di rumah. Hampir 24 jam di depan laptop menyiapkan assignment untuk subjek Law of The Sea. Haritu masa dapat soalan mcm "ek elleh, senang aje..." lepas tu bila betul-betul "dig into it" haaaaaa baru tahu langit tu tinggi ke rendah? Takbur dalam hati lagi.
Bukan apa. Mula tu nampak mcm senang sebab dah ada garis panduan apakah kriteria isi kandungan yang diperlukan/dimahukan oleh prof. Tapi bila go through satu persatu, eh susah sebenarnya. Ada member yang dah siap awal-awal lagi, siap bagitahu semua orang supaya semua orang berasa cuak kan :-D tapi dia tak ikut panduan prof tu. So, kita pun tak boleh lah nak tiru dia kan. Hahahah. Ada hati pulak.
Nasib baik 100% tumpuan untuk assignment. Kalau kena pergi kerja, alamat tak buat kerja, asyik lepak dalam library sajalah jawabnya. Anak sorang pun, dah siap hantar ke Tadika, walaupun rasa kesian pada dia, waktu cuti sekolah pun kena pergi tadika. Dahlah dia sorang-sorang aje di Tadika tu dengan teachers yang adakalanya macam kerek tanya soalan peribadi pasal mak bapa semua. Lepas tu kena bangun pagi pula sebab hantar dia dari pagi sampai petang. Tak dapatlah dia nak enjoy tv program musim cuti sekolah ni yang kebanyakannya kartun princess yang dia suka. Syyhhhhhh baik takyah bagi tahu.
Kalau tak hantar ke tadika pula, memang jadi satu kerja kat rumah. Bangun dahlah lambat. Lepas tu tak pandai kemas tempat tidur. Terus tengok tv. Lepas tu memerintah itu ini macam raja. Orang baru nak google translation tak lepas, dia dah "Ibuuuuu nak susu...." sekejap lagi "Ibuuuuuu nak berak...." bila dah berak, mandi semua "Ibuuuuu lapar....." kang kena masak ringkas untuk dia, goreng ikan ke, buat sup ayam ke, telur dadar ke, lepas suap makan, "Ibuuuuu tolong tukar channel yang ada kartun zau-zau (Oggy & the Cochroaches)...". Bila kartun kegemaran dah habis, "Ibuuuuuuu bangunlah....duduk sini dengan Ica", ajak kita lepak sama dengan dia sebab nak kena tunjukkan dia mcm mana nak isi buku aktiviti dia tu. Yelah macam mana nak buat maths, sains, BM. Kang tau-tau je eh dah petang, satu kerja assignment pun tak buat. Adoi. Itulah yang berlaku sepanjang midterm dan minggu-minggu sudah, kecuali, masa dia sekolah, by 1pm tu dia dah keluar rumah, dan giliran saya pula buat kerja sendiri dan off course nak berehat lah... Belum kira nak buat kerja rumah lagi, kemas dapur, sidai baju, angkat dabaju, lipat baju, sapu lantai, kemas buku-buku dan mainan Ica.... Dah petang, kena siap-siap ke kelas pula. Kena keluar awal, pukul 4.30 sebab nak elak jem kat highway berebut jalan dengan orang yang balik kerja. Jadi, itulah alasan buat assignment last minute. Ahaks!
Ica okey je kena pergi Tadika masa cuti sekolah dan masa takde kawan pun kat tadika tu. Sebab kalau ibu tension dengan kerja sekolah dia, ibu suka marah-marah dan garang sangat dengan Ica. Hehehe. Kesian anakku. Nanti ibu bawa Ica dan ayah pergi melancong lepas siap kerja sekolah ibu eh.
Semua tu pahala. Alhamdulillah.... Terima kasih Allah kerana beri peluang dan ruang pada saya, hamba yang hina ini. Cuma, minggu ini, memang telah bulat hati untuk menyiapkan juga 3 assignment, kalau mampulah, sebab 2 daripadanya nak kena hantar minggu depan. Alhamdulillah minggu ini tak ada kelas, sebab cuti khas perayaan Gawai. Walaupun hanya orang belah Sarawak saja yang affected, tapi UiTM baik hati bagi cuti semua orang :-D
Selepas 3 hari, ditambah dengan 2-3 hari curi-curi masa dari minggu lepas tu, maka siaplah satu daripada 3 assignments tu.
Alhamdulillah.... arahan prof untuk buat dalam minimum 10 muka surat, font 11, single spacing, akhirnya tercapai dan siap 24 muka tak termasuk muka depan. Ada gambar-gambar lagi. Errr...tu tak penting pun. Harapnya betullah apa yang dijawab ni. Kami tahu niat prof tu suruh buat assignment sebab nak bagi faham subjek. Insyaallah dah faham. Cuma harapnya assignment ni menjawab lah soalan tu. Suspense!
Sekarang tengah printing. Boleh update blog kejap :-D
Sepanjang semalam dan kelmarin, saya ditemani kucing Noneng yang baik ni. Tidur je dekat dengan laptop ni.
Tidur pun nak manja-manja, siap lentok atas keyboard....
Pastu tertidur lasak sampai jatuh dari keyboard.
Pastu bila tersedar, naik balik atas keyboard tu...
Pastu dah bosan, dah tayang muka kat keyboard pun tuan buat tak layan, maka tidurlah di belakang laptop pula...
Pastu datang semula. "Hai boss. Banyak lagi ke? Sibuknyaaaa..."
"Eh boss... mcm susah aje ni, aku sampai tak boleh nak baca.... "
"Oklah bosss... ini memang bosan... I go first eh? Nak gi berak jap."
Pagi ni, waktu kita masih makan di dapur, dia dah siap-siap tunggu dalam bilik, duduk menunggu bawah meja balajar ni. Letak je atas meja, terus naik atas laptop. Ewahh...
"Boss bz lagi ke today?..."
"Best pulak duduk atas lappy ni, sejukkk aje. Bukak la kipas bosss..."
"hehehehe...jgn le marah yer.... aku tak comel ke bila buat camni?"
"Oklah oklah... aku nak bangun ni, jgn disepak muka aku yer...ngeeeee..."
Nyaris nak kena tampar dengan ibu yang garang ni. Nasib baik sempat dia lari.
Langsung terus tidur merajuk kat belakang lappy. Alaaa merajuk kejap je tu. Nanti bila rasa panas, keluar la dia. Kucing jenis ni suka kena kipas kot. Cukup tahan tido depan kipas dengan bulu-bulunya ditiup angin kuat tu....
Haih. Itulah hiburan hari ini. Assignment dan kucing. Harapnya dapat siapkan pula assignment yang kedua hari ini. Amiin.
Till then.

No comments:
Post a Comment