Bismillah.
Sekarang ni musim exam bagi pelajar masters UiTM. Minggu study leave pun dah habis. Alhamdulillah telah digunakan sebaiknya untuk merehatkan fikiran dan fizikal sebelum kembali ke alam nyata, dan berjuang untuk peperiksaan. Inikan yang dinanti-nantikan selama hampir 4 bulan ini? Sebab selepas ini, musim bercuti pula. Insyaallah :-D
Keadaan saya sebelum exam?
Eh, tak perlu uplod muka sengsara ni. Baik tengok meja makan yang sudah transform jadi meja belajar ni cukuplah.
Sebelum bermula seriusnya mengulangkaji...
Semasa 'take-a-break-session' sebab nak pegi Tadika ambil report kad Ica...
Meja makan dah tak boleh diganggu gugat dengan makanan. Maknanya, makan bertatang di depan tv, atau makan di luar. Haish... Ini bukan tips belajar langsung :-) sorry...
Sebenarnya, saya nak share sikit tips belajar saya masa saya undergrad dulu-dulu, kira-kira 10 tahun dulu. Masa itu tentulah tak sama macam sekarang, sebab masa tu bujang, duduk dengan kawan-kawan di rumah sewa, dan tak jauh dari perpustakaan dan kolej. Sekarang dah lain sebab tanggungjawab lebih besar sebab bukan saja menanggung amanah Tuhan, untuk belajar sebaik mungkin, tapi juga amanah majikan supaya tidak mensia-siakan biasiswa dan cuti belajar bergaji penuh yang diberikan, disamping meneruskan amanah-amanah lain terhadap keluarga, suami dan anak.
Pertama sekali, mind setting harus di tune kan untuk peperiksaan. Ini mesti dibuat sekurang-kurangnya seminggu sebelum exam, atau sebaik mendapat jadual exam yang sah.
Kedua, susun jadual subjek exam supaya boleh susun masa belajar bagi setiap subjek tu. Ini penting bagi mengelakkan minda celaru. Tambah-tambah lagi kalau paper dekat-dekat, pagi petang atau setiap hari. Aduhai... itu memang mencabar minda. Selalunya, saya akan beri lebih tumpuan yang awal, pada subject yang paper dekat-dekat tu dulu, berbanding paper yang jauh sikit.
Ketiga, masa belajar (mengikut jadual yang kita dah susun tu) mesti buat mind-mapping dan 3 stage. Pertama mind-mapping penuh. Kedua, mind mapping ringkas. Ketiga, mind mapping untuk recall yang kita akan buat di saat akhir sebelum exam, iaitu pada malam esoknya nak exam. Semua mind-mapping ni mesti jangan bercerai, supaya senang nak tengok balik kalau lupa.
Keempat, luangkan masa yang cukup untuk otak berehat dalam senggang masa belajar. Terpulanglah, kalau nak rehat setiap sejam, atau 2 jam. Selalunya, saya berehat setiap kali habis satu bab/topik saya selesai mind-mapping kan. Maknanya dah faham, dan hanya tinggal nak hafal saja. Apa aktiviti yang nak dibuat masa ni? Ada orang suka tengok tv, dengar radio, berborak, call bf, makan-minum, baca majalah, etc. Saya suka luangkan masa melihat majalah bergambar untuk rehatkan otak.
Majalah yang isinya agak berat macam ini pun boleh. Tapi nanti tak rehatlah otak kita. Bimbang ter mixed up pulak dengan yang kita study tadi. Tapi ada je orang yang boleh terus membaca walaupun benda berat. Hai majalah, tunggulah habis exam bulan depan baru boleh kubacamu...
Saya tadi sempat jalan-jalan lunch kat luar dengan suami. Makan ikan keli dan pari bakar, dan sotong giant ni. Memang sedap sangat. Relax sekejap tinggalkan meja study. Sempat pula pergi dating di Carrefour Wangsa Maju, beli barang dapur, sambil berehat-rehat santai...
Terima kasih suami yang sudi temankan :-D Zaman muda dulu, takde lah nak jalan-jalan macam ni masa minggu exam. Tak sempat der...
Kalau zaman sekarang, berehat boleh dibuat dengan cek FB, Blog, Instagram, chat, mesej, etc etc... :-) macam yang saya tengah buat sekarang ni lah.
Kelima, pastikan jangan skip makan, dan ambillah makanan yang seimbang. Lagi elok kalau lebihkan ikan daripada ayam dan daging, sebab ikan senang dihadam dan nutrien cepat sampai ke otak. Jadi, taklah selalu mengantuk. Lebihkan sayur dan buah untuk vitamin penting supaya tubuh badan tak cepat kena penyakit. Inikan masa stress. Bila stress ni, macam-macam yang tak terduga boleh terjadi, macam migraine lah, demam lah, sakit gigilah, gastrik etc. Semua ni boleh dielakkan dari awal. Banyakkan minum air suam kosong, dan kalau boleh jangan ambil kafein (kopi, teh) selepas jam 4 petang terutamanya bila esok nak exam, supaya malam boleh berehat sebaiknya. Kalau nak ambil supplemen pun lagi bagus, vita C ke, multivitamin ke, minyak ikan ke, etc. Yang penting badan kenalah dapat nutrisi seimbang untuk bekalkan tenaga ke otak.
Keenam, dekatkan diri kepada Ilahi. Berlamaan dalam sujud, tunaikan solat sunat hajat tahajud, etc. Basahkan lidah dengan zikir dan bacaan al-quran. Ini untuk kekuatan dalaman. Orang stress ni, kadangkala senang disinggahi anasir yang kita tak nampak. Lagipun ayat-ayat Allah ni penenang jiwa, penerang hati. Insyaallah bila hati tenang, nak baca apa pun senang ilmu nak masuk dan lekat.
Ketujuh, selalu-selalu ingatkan ibu bapa/keluarga. Minta ampun dan maaf, dan minta juga mereka doakan kebaikan kita sebab doa ibu bapa ni selalunya mustajab. Insyaallah akan dimudahkan.
Kelapan, kalau ada kesempatan, bolehlah berjumpa dengan guru yang mengajar dan minta dihalalkan ilmu yang diberi dan minta doanya sekali. Insyallah doa cikgu/pensyarah/prof kita ni akan dimakbulkan.
Kesembilan, berbuat baik dengan kawan-kawan dan jangan kedekut ilmu. Kalau ada study group lebih baik. Tapi kena ada masa sendiri untuk recall, terutamanya bila dekat sangat nak exam. Study group ni sesuai di peringkat awal study leave, waktu perbincangan dan merungkai mana-mana yang kusut dan tak faham. Tapi janganlah dah nak masuk exam masih berbincang, nanti ada lah jenis kawan yang menunjuk pandai. Masa tu, kita pun jadi cuak kalau apa yang dia tahu tu kita masih tak tahu. Haru jadinya.
Kesepuluh, pada malam nak exam, pastikan diri sihat, tidak makan yang bukan-bukan atau yang pedas-peadas. Pada hari exam, pastikan perut diisi dengan sesuatu makanan, kalau tak selera pun, minumlah susu atau milo untuk elakkan sakit perut lapar ketika exam. Buang air cukup-cukup. Jangan ganggu pemikiran kita dengan keperluan tubuh badan kita.
Pada hari yang dinantikan, jawablah exam dengan bismillah dan selawat. Bila buka soalan, baca dengan tenang dan fahamkan kehendak soalan. Lakarkan semula mind-mapping recalled tadi elok-elok di atas kertas soalan atau kertas contengan atau dibahagian belakang buku jawapan. Kalau lupa, banyakkan selawat dan pass kepada soalan yang lain dulu. Pastikan kita di dalam tempoh yang sesuai untuk dihabiskan dalam satu-satu soalan. Kalau saya dulu, satu soalan setengah jam. Tapi sekarang, satu soalan satu jam. Jadi kena pandai-pandai adjust masa supaya tak terambil masa yang lama untuk satu soalan dan kekurangan masa untuk soalan yang lain.
Ok nampaknya itu sajalah tips yang boleh dikongsikan berdasarkan pengalaman saya masa dulu, buat Diploma di UiTM Melaka, lepas tu Degree Law di UiTM Shah Alam, dan setahun LL.B(Hons) di UiTM Shah Alam. Bila dah masuk kerja pun kita kena ikuti peperiksaan juga untuk naik pangkat. Namanya PTK. Penilaian Tahap Kecemerlangan. PTK ni dah dihapuskan 2 tahun lalu kerana mahu digantikan dengan sistem penilaian baru yang lebih baik. Tapi sempatlah saya ambil sampai tahap 4 untuk naik ke Gred 52, tapi tak naik pun lagi :-)
Oklah. Sebab dah lewat malam ni, nak tidur dulu. Esok sambung lagi.
Till then.

No comments:
Post a Comment