Bismillah...
Hari Rabu lepas, ayah dan ibu ke Tadika SRK untuk tandatangan reportcard dan consultation dengan cikgu. Sepatutnya, sesi ini telah berlangsung pada hari Sabtunya. Tapi, kita kan ikut ayah ke Bukit Merah :-) jadi tak dapatlah join yang lain dan makan-makan dan mingle around untuk kenal-kenal dengan parents and kawan-kawan Ica. Takpelah, maybe next time, Insya allah.
Jadi, mengikut kad laporan yang Cikgu Fara tunjuk pada ibu (ayah tak tengok pun, ayah cuma layan sembang saja, biasalah, ayah) pencapaian Ica agak bagus. Semua subjek, BM, BI, Maths, Sains, Agama, Moral/Hygiene, Ica skor 90 above. Okaylah tu. Ibu pun tengok juga kertas jawapan Ica. Hmm...tak ada lah nak komen apa pun. Sebab kat rumah memang Ica banyak buat latihan dan semua buku aktiviti dia cuba buat. Bila habis je, ibu belikan yang baru.
Ibu tak nak high-expectation sangat pada Ica, sebab dia masih kecil. Masa di Tadika Comelku dulu, ibu concern juga sebab Ica tak pandai lagi membaca, dan asyik main saja. Lepas tu cikgu di sana terlalu sedikit berbanding jumlah murid yang ramai. Tiada konsentrasi. Sebab itu Ica takde development. Sekarang, Ica dah boleh baca suku-kata dan boleh mengeja hampir setiap perkataan. Lepas mengeja, dia boleh ingat apa yang dieja dan mula membaca sikit-sikit. Ibu dah puas hati. Bila Ica nampak perkataan, Ica akan cuba mengejanya. Kan seronok tu?
Ibu tak nak high-expectation sangat pada Ica, sebab dia masih kecil. Masa di Tadika Comelku dulu, ibu concern juga sebab Ica tak pandai lagi membaca, dan asyik main saja. Lepas tu cikgu di sana terlalu sedikit berbanding jumlah murid yang ramai. Tiada konsentrasi. Sebab itu Ica takde development. Sekarang, Ica dah boleh baca suku-kata dan boleh mengeja hampir setiap perkataan. Lepas mengeja, dia boleh ingat apa yang dieja dan mula membaca sikit-sikit. Ibu dah puas hati. Bila Ica nampak perkataan, Ica akan cuba mengejanya. Kan seronok tu?
Teacher pun turut melaporkan yang Ica ni :
1) Adalah Top 5 untuk pelajar 5 tahun yang seramai 18 orang itu. Untuk sesi petang, Ica dapat no 2, kalah dengan BFF Ica, Syifa'. Alhamdulillah dengan prestasi ini walaupun Ica baru 4 bulan di sini dan Syifa tu dah setahun setengah.
2) Ica BFF dengan Shifa' dan Syafikah. Syifa tu budaknya agak berisi, lebih besar daripada Ica. Syafikah pula berbadan kecil saja. Tapi Ica paling rapat dengan Syifa'. Kalau kat rumah tu, asyik nama Syifa' aje yang disebutnya. Nak rambut panjang macam Syifa', nak bawa makanan ke sekolah macam Syifa', nak pergi tempat yang Syifa' pergi, etc. Kalau Syifa' dan Ica ni takde dalam kelas, cikgu kata kelas jadi sunyi dan takde sapa nak jawab apa yang cikgu tanya (suruh eja) sebab diorang ni paling terror dan paling nakal.
3) Ica suka buat kerja dia laju-laju, comot dan tak kemas, malahan kadangkala salah, sebab lepas tu dia nak pusing jalan-jalan tengok dan kacau kawan-kawannya (-_-') this is not me, off course....grrrrr.... Teacher akan marah dengan Ica dan suruh Ica buat semula elok-elok. Barulah Ica akan dengar kata teacher. Eh, nasib baiklah dia tak merajuk dengan teacher :-)
4) Dalam ejaan/spelling, Ica dan Syifa' suka berlumba-lumba menjawab soalan teacher, mendahului murid yang lain. Ica antara yang pintar. Cuma, dia kuat main. Dengan Syifa' dan Syafikah tu lah. Bila balik je rumah, Ica asyik cerita pasal ada 2 playground kat tadika, dan dia tak kisah pun kalau dia seorang aje kat tadika tu, sebab dia boleh main playground sepuasnya. Patutlah kat RnR pun jakun dengan playground (-_-') Teacher nak marah selalu sebab asyik main saja pun, tak sampai hati sebab Ica bukan budak yang malas belajar dan lambat tangkap. Ica cerdik sebenarnya. Ayah dan Ibu pun kurang percaya juga dengan apa yang teacher laporkan. Sebab kalau di rumah tu, Ica selalu jawab 'tak tahu' bila ditanya pasal pelajaran. Asyik tengok tv, berangan, main sorang-sorang. Bila disuruh buat latihan, memang lambat saja. Malas saja.
5) Tapi Ica masih belum boleh membaca ayat. Untuk BI, Ica belum boleh bercakap dan membuat ayat English. Memang selalunya kalau ibu speaking dengan dia, dia cuma tercengang dan menjawab entahapa2 saja ;-) kesan terlalu lama di Tadika Comelku dulu. Di sana mereka gunakan BM, cikgu-cikgu semua cakap BM. Hanya 2-3 patah kata saja yang English. Ica pun reluctant nak cakap English dengan Ibu walaupun ayah dan Ibu speaking english, dia memilih untuk buat tak tahu saja...Haish... Malangnya, Tadika SRK ni tak ada guru mandarin. Ica rugi subjek ni. (-_-') ayah lah yang paling kecewa bila Ica tak belajar Mandarin. Ibu tak kisah aje, sebab yang penting Ica belajar cara nak baca. Sekarang Ica dah boleh mengeja, mengira dan mengaji ikut stages yang betul, so, ibu dah syukur sangat.
Walaupun di Tadika Comelku pencapaian Ica kurang bagus sebab kurangnya konsentrasi, tapi kredit hasrus diberikan pada sekolah tu sebab melaluinya Ica pandai solat, hafal semua niat solat, boleh baca sikit-sikit bacaan solat, hafal doa-doa basic macam doa makan dan doa lepas solat. Yang lain-lain tu ibu yang banyak ajarkan, macam baca Fatehah dengan betul, baca selawat, baca doa tidur, doa naik kenderaan, doa belajar. Tapi, Ica ni satu masalah dia, kalau takde kawan-kawan, takde saingan, nak tangkap benda baru tu memang susah sangat. Haih...
Walaupun di Tadika Comelku pencapaian Ica kurang bagus sebab kurangnya konsentrasi, tapi kredit hasrus diberikan pada sekolah tu sebab melaluinya Ica pandai solat, hafal semua niat solat, boleh baca sikit-sikit bacaan solat, hafal doa-doa basic macam doa makan dan doa lepas solat. Yang lain-lain tu ibu yang banyak ajarkan, macam baca Fatehah dengan betul, baca selawat, baca doa tidur, doa naik kenderaan, doa belajar. Tapi, Ica ni satu masalah dia, kalau takde kawan-kawan, takde saingan, nak tangkap benda baru tu memang susah sangat. Haih...
Untuk menghargai usaha Ica dalam pelajarannya, ibu hadiahkan Ica mainan bergambar princess baru dalam bentuk pinggan mangkuk cawan dan dulang. Sengaja ibu belikan sesuatu yang Ica boleh manfaatkan dan boleh dijadikan mainan.
Sweet kan??
Bukan main happy betul bila dia dapat set ini. Sebenarnya kalau set, harganya lebih mahal. Jadi ibu beli pieces macam ini masa beli barang dapur di carrefour. Kebetulan ada dijual berasingan dan lebih murah. Tapi takde sudunya. Takpelah, sudu plastik/tupperware banyak kat dapur :-)
Terus minum madu pun dengan cawan barunya... Madu yang manis masam tu jadi sedap ye?
Puas hati.
Diam tak diam, sebenarnya dah banyak koleksi "Princess" Ica, sejak dia kecil lagi, tak tahulah kenapa minat sangat dengan Princess. Semua CD Barbie dan Princess dia dah tengok dan berulang-ulang sampai kami pun naik jemu. Sekarang dia dah tak jakun sangat dengan CD. Cuma, kalau tengok barang-barang yang ada gambar princess tu terus datanglah gediknya nak beli.
Fail princess ni teacher yang bagi sebab Ica boleh spell english words dalam kelasnya. Suka sangat, sampai nak lencun fail ni di kelek ke hulu ke hilir.
Buku ni beli masa pesta buku hari tu. Essential Guide nak jadi Princess. Ayo. Nasiblah dia belum pandai baca, kalau tak sure ditelaah 24 jam. :-)
Majalah princess macam ni memang la melambak dalam almari tu. Yang dah koyak pun banyak. Ini stok yang dia masih sayang. Asyik dikeluarkan dari almari dan disepahkan satu rumah. Majalah ni agak mahal sebab diimport. Satu majalah boleh cecah RM12 walaupun nipis dan hanya ada gambar-gambar, cerita princess dan sedikit aktiviti belajar yang Ica tak faham pun sebab dalam English (-_-') Tapi itu tak mematahkan semangatnya untuk selalu menyelak halaman, dan minta ibu bacakan isi kandungannya.
Ini diari lah kononnya. Buku kecil, yang ada kotak. Beli di kedai barangan dari Guangzhou depan kedai nasi ayam auntie kat Taman Melawati. Konon diary kan. Dah penuh dengan contengan lukisan kucing, rumah, orang lidi dan sebagainya.
Kat tepi kotak ni ada mangga kunci siap. Tapi kuncinya entah ke mana. Haish...
Pencil box yang dah buruk. Ayah yang belikan kat Cash Converter.
Mainan kipas angin yang kalau ditiup angin, dia berputar. Beli di Cameron Highlands.
Ini penanda beg. Beli di USS 2 tahun lepas as souvenir.
Kat belakang gambar ni ada ruang untuk tulis nama dan alamat, in case beg yang ditandakan tu hilang.
Topi princess. Ada 2 jenis topi. Ini beli di kedai kat belakang Ong Tai Kim. Satu lagi tu ayah beli di Thailand.
Kipas tangan. Ini beli di Bukit Merah hari tu.
Kalau tak princess, Barbie pun boleh. Sebab Barbie selalu jadi princess kan? Ini stationery manager. Beli di Jusco Wangsa Maju sekali dengan patung Barbie masa tu ada sale.
Mahal masa beli tu siap dengan isinya, pen, pensil, buku nota kecik, pembaris, sharpener, pemadam semua lengkap lah. Sekarang, dah kosong. Entah mana isinya (-_-')
Sling beg kecil. Ini beli di Pasar Malam.
Beg sekolah. Yang ni beli di pasar malam aje. Tapi semua beg sekolah Ica mesti gambar princess. Kalau tak, dia taknak punya... (-_-')
Set pembaris dan pensil.
Set ni dah berterabur. Pemadam dan sharpener entah ke mana. Bukan yang dalam stationery manager tu. Ini beli asing. Asal nampak je stationery princess, nak beli. Asal nampak aje muka kartun cantik ala princess mesti tergedik minta dibelikan masa tu juga. Haih. Bila dah jemu, sepah-sepah macam ni (-_-')
Baby cologne. Beli di Econsave. Kalau ikutkan, mandian dan syampu, bedak pun gambar princess. Tapi malas nak ambik gambar yang dalam toilet tu.
Tumbler air... yang ni jelas-jelas tupperware punya yang princess edition. Kecik je ni, tapi mahal sebab beli 1, RM20. Mula dapat, excited lah asyik nak minum air. Lama-lama dah jemu.
Tu tengah khusyuk main makan-minum dengan set pinggan mangkuk cawan tadi tu. Habis si Noneng kena layan dia.
Last-last si Noneng pun lari, "Mak tak sanggup, nyah!" Katanya :-D
Kalau ada sesuatu yang impressive pasal Ica ni, ialah kebolehannya melukis. Sebab kami ni takde bakat langsung benda-benda seni ni. Ini salah satu yang dia baru je lukis tadi.
Dia lukis yang kanan dulu, aiskrim. Lepas tu kiri, kedai aiskrim.
Ala, lukisan macam ni, mana-mana budak boleh lukis kan? Yelah, memang. Tapi, masa dia lukis tu, dia sebenarnya bercerita pada kami, dah ceritanya digambarkan dengan lukisan. Dia ni belum pun 5 tahun. Baru 4 tahun lebih. Jadi, kami rasa amazed sangat lah... hiks.
Ica : Ayah nak aiskrim? Ha, ni aiskrim.
Dia lukis dalam 5 saat.
Ica : Ok ok. Nanti Ica lukis kedai aiskrim.
Mula-mula bumbung, lepas tu letak gambar aiskrim atas bumbung. Lepas tu kedai dan ada orang kat situ. Di depan orang ada kaunter. Ada gambar aiskrim kat kaunter. Kat tepi orang, ada cash machine. Orang ni ialah chef yang masak aiskrim tu. Inilah cerita dia.
Dulu, dia bercita-cita nak jadi Princess. Rasanya masih lagi., Ini boleh terjadi kalau dia suatu hari nanti terjumpa Prince yang jatuh hati dengannya. Tapi sekarang mungkin dia patut ada cita-cita lain mengikut bakatnya. Contohnya artist (pelukis)? Architect? Pelukis kartun/komik? Why not? Tapi, ironinya, dia hanya memilih untuk jadi "kakak" saja (-_-)'
Semoga Allah makbulkan cita-cita Ica tu. Ameen
Till then.











No comments:
Post a Comment