Jun 28, 2013

Perkahwinan Tg. Amalin

Bismillah...
Entry ni dibuat sebab nak ucapkan tahniah kepada office-mate saya, YAM Tg. Amalin A-ishah Putri yang telah dinikahkan dengan anakanda saudara kepada Sultan Brunei, namanya panjang pulak nak tulis kat sini, cukuplah saya tuliskan sebagai YAM Pangiran Muda Abdul Qawi. Selebihnya, boleh baca dan kredit dari blog Tengku Syah ini. Majlis pernikahan berlangsung malam tadi dan hari ini ialah majlis persandingan belah Tg Amalin di Istana Kelantan. Eh memanglah tak tentu lagi dia akan baca entry ni, tapi untuk kenangan saya sendiri, apa salahnya kan :-)

 Tg Amalin ni adalah pegawai kehakiman di pejabat yang saya bekerja, Mahkamah Tinggi Sivil, KL. Kalau tak silap saya, kami sama-sama 'datang' ke Civil pada tahun 2009. Saya dari Bahagian Surat Kuasa Wakil, naik pangkat menjadi TP, manakala beliau pula berpindah dari Mahkamah Majistret Kelantan sebagai PKP. Oleh kerana saya TP dan beliau PKP, jadi pejabatnya di aras 1 dan saya di Aras 4. Hanya sesekali kalau ada mesyuarat, baru lah kita bertembung. Lagipun masa itu kerja terlalu teruk di Civil apabila Tracking System bermula. Fuh, takyahlah nak diingat. Memang susah juga nak cari masa lapang bersosial dan berjumpa-jumpa selalu. Eh, tapi siapalah saya yang nak jumpa-jumpa dia ni kan? Heheh.

Beliau seorang yang tidak sombong, malah menghormati kita seadanya, mengikut pangkat yang ada ni. Beliau tak tunggu untuk kita menegurnya dahulu. Agaknya beliau pun faham, kita segan. Jadi beliau yang mulakan. Sama ada dengan Hai, atau pertanyaan simple. 

Gambar atas ni Tg Amalin dengan pegawai di tempat yang sama, tapi sekarang mereka dah pun berpindah keluar dari Bahagian Civil, KL.  Yang saya masih ingat Dura yang baju putih dan Hameedah yang berbaju hijau. Tg Amalin dan Hameedah bersahabat baik dan kerap melancong bersama. Dura kini di Mahkamah Majistret Negeri, manakala Hameedah sedang melanjutkan pengajian Masters di UK.

Oleh kerana beliau ni mudah mesra dan jenis sempoi, jadi beliau ramai kenalan dan kawan di semua tempat yang beliau pernah pergi. Beliau tidak pernah menggunakan kedudukannya untuk melobi tugas yang lebih mudah misalnya. 

Apa yang kami semua buat, dia pun kena buat. Adil dan saksama. Kadangkala saya rasa, dia tak patut buat pun kerja ni. Lagi-lagi masa kami kena rotate keluar masuk bilik store fail. Kena compile fail-fail lama di Segambut. Main dengan debu dan habuk. Kesian tengok dia. Tapi dia nampak ok je...
Kadang tu kita yang terlupa, dia ni anak Sultan kan...
Ini gambar masa kami makan lunch di Tupai-Tupai sempena majlis perpisahan beberapa pegawai keluar dari bahagian. Sebenarnya yang masih ada di Civil sekarang ni hanyalah saya (kiri sekali, duduk) yang masih bercuti, Nisah, perempuan yang duduk bertudung coklat, belakangnya bertudung hitam (pengganti saya sementara saya cuti) Farahana, dan yang disebelahnya Syuhada. 

Tg Amalin masih dalam tempoh bercuti belajar di Australia, tapi tak pasti hingga bila. Yang lain-lain termasuk lelaki yang dibelakang tu, Farhi dan Nazlen, yang didepan tu Syafiqah, Shafawati, Faerah dan Nadia, semua telah meninggalkan Civil. Masing-masing ada yang ke Mahkamah Majistret Negeri, ke Mahkamat Tinggi Negeri, ke Bahagian Pendakwaan, dan yang hijau depan ni, Puan Fatimah ni, juga masih dalam cuti belajar di UiTM. Nampaknya, kalau saya tak cuti belajar juga, dah tentu saya adalah antara yang ter-lama mencurah khidmat di Civil. Subhanallah...
 Ini gambar perkahwinan PKP saya dulu, Namira. Dengan Nami pun Tg Amalin berkawan baik sejak mereka sama-sama call-to-the-bar. Kebetulan mereka ni mempunyai minat yang sama - melancong, jadi mereka mudah lekat.
 Ini gambar sempena majlis makan-makan anjuran Civil suatu tika dulu. Faerah, Shafa, Dura, Jamaliah dan Nazdia dah keluar dari Civil. Tinggal la Vanita, kiri sekali.
Ini tentu gambar Tg Amalin dan kakitangan di NCVC 4 sebelum beliau memulakan cuti panjangnya pada tahun 2012. Saya rasa semua orang panggil dia Puan saja. Walaupun namanya panjang lebar YAM Tg. Menunjukkan yang dia ni tak kisah pun. 

Bilik pejabatnya di Aras 1 tu sama je macam bilik pegawai yag lain. Tak ada yang perlu ditambah-tambah untuk keselesaannya. Pendek kata, memang beliau pandai menyesuaikan diri.
 Mereka ni memang sama cantik sama sepadan kan. Kedua-duanya pernah bertugas sebagai pegawai kerajaan masing-masing (wpun YAM Pangiran Muda sudah meninggalkan tugas tu lama dulu dan Tg Amalin masih lagi hingga kini), dan latar belakang hampir sama walaupun berbeza umur sebanyak 10 tahun. Lelaki selalunya lambat nampak tua kan. Lagipun, orang kata, for men, life begins at 40. Hihi.

Saya rasa dengan perkahwinan diraja ini, maka berakhirlah gosip-gosip liar mengenai Tg Amalin dan hubungannya dengan VIP itu ini yang kita pun tak tahu siapa dan betul ke. Alhamdulillah. 

Ada seorang teman kata, suatu hari dia nak jumpa Tg Amalin di pejabatnya, waktu sebelum balik. Bila ketuk bilik tak berkunci, dia terus buka, rupanya Tg Amalin sedang mengaji dan masih dengan telekung. Terus dia kata, Tg Amalin is too good for just any person. She deserves someone in a distinct class to suit her. 

So, saya rasa kawan saya tu tentu setuju yang Allah Yang Maha Bijaksana telah menemukan yang paling baik untuk Tg Amalin. Insya allah...
 In person, Tg Amalin ni memang putih melepak. Kalau tak make-up pun dah sweet sangat. Kurus sederhana tak tinggi. Beliau sangat mengambil berat pemakanan dan penjagaan tubuh badannya kerana kalau kita tengok gambar-gambar lamanya dalam internet ni kebanyakannya menunjukkan wajahnya yang bulat berisi. 

Bila make-up macam ni, tentulah naik seri :-) Baju pengantin pun sederhana tapi cantik. Sangat sweet. Sepadan dengan dia.
Gambar ni ambil dari FB page Ridzwan Radzwil yang sediakan pakaian pasangan di raja ni.

Sebenarnya, tak kisah kita ini apa. Walaupun Raja, walau rakyat biasa. Yang menentukan siapakah kita di Akhirat nanti ialah amalan dan kebaikan kita. 

Menjadi seorang anak Sultan, dihormati manusia, hidup umpama dalam syurga (umpama saja), tiada masalah kewangan, sosial, ataupun politik, sudah tentu menjadi idaman semua. Kehidupan tersendiri dan penuh gaya. Boleh capai apa saja yang diimpikan. Malah mungkin dah tak ada apa yang diidamkan lagi sebab semuanya tak susah nak dapat. Tapi, sebagai manusia, mereka pasti ada masalah tersendiri yang mustahil akan diceritakan pada dunia. 

Kepada yang melihat bagaimana Tg Amalin di tempat kerjanya, apa yang dia lakukan di sana, kepada siapa beliau harus menghormati, pasti akan berkata, sebenarnya kalau jadi dia, tak perlu pun bekerja lagi. Tapi itulah yang membezakan dia dengan manusia lain dalam kelasnya. 

Pada satu bahagian hidupnya, beliau sama macam mereka-mereka yang setaraf dengannya, hanya lain sikit saja. Tapi yang sikit itulah yang membuatkan beliau menjadi sama dengan kita. Dan membuatkan kita senang dengannya.

Tahniah Tg Amalin. Hope to see you again in the same office with different smile and sweeter face :-)
Next would be the pictures of the couple. Enjoy...








Till then.

1 comment:

Nadiah Sidek said...

wah, officemate Tg Amalin rupanya. saya suka kerabat diraja begini. tak sombong dan mesra rakyat :)