Bismillah...
Memang dah pasang niat sejak mula semester lagi, hari exam tak nak mengulang dari rumah, sebab tak nak jadi apa-apa di tengah jalan, macam tayar pancit ke, minyak kering ke, jem teruk ke, apa-apa lah. Yela, walaupun exam untuk program masters di UiTM ni ditetapkan pada hari cuti sebab kebanyakan studentnya orang bekerja, tapi kalau benda nak jadi tu, tetap akan terjadi kan. Jadi, seminggu sebelum tarikh exam, kita dah booking hotel Grand Blue Wave untuk semalam. Barulah feeling macam bertolak ke tempat exam dari rumah (-_-) ~ terasa dekat dan segar...sbb tak terperuk lama dalam kereta.
Nasib baik tak mahal sangat lah, booking dan bayar melalui Agoda.com tu, kalau kena masa dan tempatnya, dapat separuh harga, atau ada diskaun. Kali ini untuk bilik Deluxe superking bed dinaiktaraf secara percuma kepada suite room yang ada hall ruang tamu, meja makan dan bilik yang boleh tahan luas sekali dengan sarapan pagi, kami hanya bayar dalam RM300+ saja. Alhamdulillah.
Eh, bukanlah nak menunjuk ke apa. Setakat nak bermalam untuk exam pun kecoh duduk kat hotel ye? Tak. Ini untuk dikongsi kalau-kalau ada orang dari luar Shah Alam dan KL yang nak review Hotel ni. Kami ni kena ambil bilik Deluxe atau suite sebab kami ni demok-demok sekeluarga, tak suka bersempitan atas katil. Kalau bilik besar sikit, tentu selesa lebih sikit. Tambahan pula si Ica ni kecoh nak mandi pool daripada masa kat Bukit Merah lagi. Selagi tak dapat, selagi tu asyik disebut bila ibu nak belanja mandi pool biru. Haruslah hati ibu ni tak tenteram selagi tak bawa anak ke pool biru yang selesa sikit dan ada privasi. Kebetulan ayah pula dapatlah berehat selepas perjalanan yang panjang dari Kuala Kangsar kerana kerja luarnya di sana setiap Jumaat.
Kami bertolak dari rumah dalan pukul 3 petang, tak sangka semua jalan ada jem-spot. Jem di Duke sebab ada kereta rosak, jem di PLUS sebelum exit PJ. Jem di Subang tu dah memang inevitable sebab jalan sempit. Smpai ke Hotel elok-elok asar. Mesjid pun tengah azan.
Sementara ayah check-in dan park kereta, kita tunggu di lobi.
Biasa kan kalau budak, mesti jakun sangat dengan hall yang luas macam ni, semua ceruk nak diterokainya. Maklumlah, ruamah sendiri kecik saja (-_-)
Ok, sudah sampai ke suite kami. Amboi makcik berehat sakan nampaknya... Penat betul tadi bawa kereta dalam jem ya.
Living hall sederhana luasnya, dan selesa sebab ada section tersendiri untuk meja mkn, tengok tv, dan membaca.
Syoknya kalau meja study kat rumah dalam suasana macam ni. Tahan la belajar berjam-jam. Amboi.
Tapi yang tak bestnya, internet kat sini kena beli pakejnya. Paling murah 4 jam RM15 tak termasuk 6% cukai kerajaan. Adoi. Terpaksalah guna hot-spot daripada hp sendiri. Kedekut nye hotel.
Bilik tidurnya katil double queen. Boleh la muat 3 orang ni, tapi seorang demok kecik ada kemungkinan tersepit dalam longkang lah. Hahah.
Tingkap kat belakang tu menghadap Mesjid Shah Alam.
Toilet pun ok. Kemas, selesa.
Ini pemandangan dari tingkap tadi. Cantik kan.
Ini bangunan apa? Tak tahulah.
Itu parking spacenya.
Suasana malam yang 'hidup' dan bingit dengan bunyi kenderaan hingga ke awal pagi.
Padang rekreasi tu terang benderang macam ada event.
Posing anak beranak sebelum keluar semula untuk makan malam.
Luas dan selesa kan. TV ada 2 buah. Satu yang di living hall, satu lagi depan katil tadi. Jadi, takdelah bapa-anak yang berebut tv :-)
Selalunya bila esok pagi nak exam, malamnya saya mesti tidur awal dalam pukul 10. Sebab nak bangun awal dalam pukul 6. Fresh dan boleh tengok semula areas yang rasa masih tumpul. Tapi, bila keluar untuk keluar makan malam ni, dahlah keluar awal, lepas solat maghrib. Ingatkan cepat pergi cepat balik, tapi banyak lah pulak dramanya yang menyebabkan masa terbuang begitu saja.
1) Dah masuk dalam kereta, tetiba kad parking tertinggal. Nak naik semula ambil masa sampai 15 minit sebab tunggu lif dan orang ramai nak turun naik. Lif nya terlalu lembab.
2) Pergi makan kat mamak di Section 3, sebab ada mamat teringin nak makan nasi bukhara idaman hati di Restoran Syed. Sekali nasi tu dah habis. Jadi pergi makan di kedai jirannya Khalifah. Orang tak ramai, tapi order sangat lembap. Sampai nak tercekik makan nasi beriyani kambingnya tapi air tak sampai-sampai. Si Mamat tadi dahlah rasa geram nak tumbuk meja. Sabo jelah minah yang dua orang nih.
3) Pukul 9.15 baru habis makan di Mamak, tiba-tiba teringin makan meatball Abg Burn. Dah pernah makan dan memang tak sedap di tekak ini, tapi nak jugalah sebab dah alang-alang kat sini. Okey. Hajat dipenuhi si Mamat tadi. 9.20pm sampai pukul 10pm menunggu meatball dan burgernya. Subhanallah. Harap bersabar ajelah. Budak kecik demok dah tidur berdengkur kat belakang, dan maknya yang di depan ni (dalam kereta) menunggu dengan panas hati sebab masa terbuang begitu saja. Pukul 10.30pm baru sampai ke bilik semula sebab GPS telah beri jalan yang kami tak faham dan sesat entah ke mana-mana last-last ikut guts si driver saja.
4) Jadi, puul 10.45pm baru nak start mengulangkaji semula. Pukul 1pm baru settle, dan mandi, solat isyak sebelum try untuk tidur. Aduhai. Mata tak boleh pulak lena.... Sebab otak masih berfikir dan perut masih tak habis hadam lagi meatball yang tak sedap dan memang tak kena dengan tekak sebab tak berasa masin atau manisnya. Burger yang terlalu masin macam tertumpah garam. Aduhai memang tak berbaloi pembuangan masa menunggu tadi tu. Tapi sebab meatball RM9 bukan murah, jadi kena habiskan juga dengan bantuan anak dan suami. Maaflah, saya ni kalau review tak sedap, maknanya tak kena dengan tekak kita, maka akan terpaksa kata memang tak sedap. Sedap lagi burger biasa Ninety-Nine Stall di deretan kedai Ong Tai Kim tu atau yang di depan restoran Zubaidah, Setapak tu. Murah pun murah lagi. Tak tahu apa pasal orang suka review meatball dan burger Burn ni super meletup dan sebagainya. Ada tempat lain yang jauh lebih sedap. Serius.
Tak dapat tidur hingga jam 3 pagi. Petanda tak baik untuk exam kan? Tapi alhamdulillah Allah izinkan untuk lelap dalam 2-3 jam sebelum terjaga jam 6 dan lajak sikit ke 6.30 pagi. Terus bangun dan bersiap untuk sarapan pagi.
Kami adalah keluarga pertama yang makan sarapan di sini pagi ini. Yeay!
Cafe masih lengang.
Deretan makanan daripada semua jenis. Memang banyak pilihan. Nak makan makanan melayu, cina, india, orang puteh? Semua ada. Presentation bagus, well-organised.
Ica habiskan seketul mini-muffin coklat dan mini donat gula dan secawan teh o. Rasa makanannya ok ke? Review untuk makanan manis macam kuih muih, roti, kek, semuanya sedap dan segar. Buah-buahan dan hidangan salad nampak menyelerakan. Air minuman, pilihan kopi dan teh, sedap sangat. Jus buah guava dan mangga memang pure tanpa gula tapi menyegarkan. Yang agak mengecewakan ialah makanan melayunya yang tak begitu masyuk. Nasi lemaknya, sambal terlau pedas dan tak berasa. Kuay teow gorengnya tak membangkitkan selera. Yang lain tu terlalu plain dan simple. Tapi overall disebabkan pilihan yang banyak tadi tu, memang berbaloi buffet sarapan di sini.
Usai breakfast, ibu terus ke UiTM, manakala suami dan anak naik bilik semula sambung tidur. Bila bangun, si kecik minta nak mandi pool biru.
Istimewanya pool set-up kat sini ni dalam bangunan. Jadi airnya sentiasa sejuk walaupun nak mandi manda tengahari rembang.
Puas lah dia main air.
Overall, Suite Room ni GBW ni kira okey lah. Tapi ada beberapa minus points yang menyebabkan saya rasa, eh lain kali takmoh datang sini lagi lah.
1) Poor ventilation system. Masa check in takde bau asap pun di koridornya. Bila dah beberapa lama keluar masuk bilik, bau asap rokok menjadi sangat kuat. Perghhh! Macam haze dalam bangunan hotel. Sangat mengganggu pernafasan kita lah!
2) Rasanya carpet bilik dah lama tak di vakum sebab terasa habuknya. Bila kita jalan tanpa selipar dalam rumah tu, sangat terasa memijak habuk. Banyak penjuru yang berhabuk tidak dibersihkan dengan elok. Sampaikan ada lipas mati tersepit pintu ni.
Saya letak tepi elok-elok lipas ni sebab nak buang sayang. Ade ke? Saja jadikan senjata nak takutkan si kecik supaya jangan nakal, kalau tak, bg lipas nih. Boleh? Haha.
3) May be sebab staff yang kemaskan bilik di level 5 ni ialah Bangla, so what can we expect. Bangla memangla. Kebersihan bukan keutamaan mereka. Nasiblah...
4) TV masih fesyen lama, sedabak macam ni. Sound system tak best. Dalam almari kotak siap. Aduhai... Bukanlah sebab nak sangat nonton tv yang canggih. Tapi inikan hotel berbintang. Kenapa kedekut nak buat pembaharuan. Adoila.
Overall, Suite Room ni GBW ni kira okey lah. Tapi ada beberapa minus points yang menyebabkan saya rasa, eh lain kali takmoh datang sini lagi lah.
1) Poor ventilation system. Masa check in takde bau asap pun di koridornya. Bila dah beberapa lama keluar masuk bilik, bau asap rokok menjadi sangat kuat. Perghhh! Macam haze dalam bangunan hotel. Sangat mengganggu pernafasan kita lah!
2) Rasanya carpet bilik dah lama tak di vakum sebab terasa habuknya. Bila kita jalan tanpa selipar dalam rumah tu, sangat terasa memijak habuk. Banyak penjuru yang berhabuk tidak dibersihkan dengan elok. Sampaikan ada lipas mati tersepit pintu ni.
Saya letak tepi elok-elok lipas ni sebab nak buang sayang. Ade ke? Saja jadikan senjata nak takutkan si kecik supaya jangan nakal, kalau tak, bg lipas nih. Boleh? Haha.
3) May be sebab staff yang kemaskan bilik di level 5 ni ialah Bangla, so what can we expect. Bangla memangla. Kebersihan bukan keutamaan mereka. Nasiblah...
4) TV masih fesyen lama, sedabak macam ni. Sound system tak best. Dalam almari kotak siap. Aduhai... Bukanlah sebab nak sangat nonton tv yang canggih. Tapi inikan hotel berbintang. Kenapa kedekut nak buat pembaharuan. Adoila.
5) Room service yang sangat slow. Kat koridor bilik tu banyak orang letak mangkuk/pinggan lepas makan order room service tapi belum di collect lagi, nampak semak gila. Pastu, dah pukul 12 malam bila Ica nak minum susu, kettle kami entah kenapa rosak, bila order replacement, sampai setengah jam tak sampai-sampai. Kena call 2x. Katanya, sebab ramai customer panggil room-service. Aduhai. Ini hotel ke rumah tumpangan...? Service charges dahla mahal.
6) Tab mandi dalam toilet tu agak kotor macam tak di mop, dan dinding kaca untuk shower juga berlumut. Aiseh. Tulah macam yang kat atas tadi, what do u expect from a Bangla cleaner?
Oklah. Siap merungut pasal bilik, sekarang pergilah exam yer.
6) Tab mandi dalam toilet tu agak kotor macam tak di mop, dan dinding kaca untuk shower juga berlumut. Aiseh. Tulah macam yang kat atas tadi, what do u expect from a Bangla cleaner?
Oklah. Siap merungut pasal bilik, sekarang pergilah exam yer.
Cuak ni. Dah siap memerut tadi. Siap berpeluh panas sejuk, kering, basah balik peluh ni, sebab nervous punya pasal.
Bila last exam macam ni? 10 tahun lepas. Atau, mungkin 2-3 tahun lepas masa PTK kan. Takutnya. Mudah-mudahan Allah beri idea dan jawapan.
Bila last exam macam ni? 10 tahun lepas. Atau, mungkin 2-3 tahun lepas masa PTK kan. Takutnya. Mudah-mudahan Allah beri idea dan jawapan.
Muka cuak sebelum exam. Hidung pun confuse, nak kembang ke kempis nih. (-_-)
So, exam macam mana, paper Law of the Sea. Alhamdulillah... Tak boleh komen lebih-lebih sebab bukannya tahu pun jawapan tu betul ke tak. Harap sangat Allah bantu. Hanya Dia yang boleh bantu.
Muka lega. Duduk-duduk di depan pejabat fakulti sementara tunggu bobot 2 orang tu ambil untuk balik.
Ni lah bobot saya serba kuning. I will follow you :-)
Ada satu lagi paper dalam masa 2 minggu lagi. Masa tu dah masuk puasa. Tak tahulah apa plannya. Mudah-mudahan yang baik saja. Insyallah.
Till then.







No comments:
Post a Comment