Jul 2, 2013

Assignment yang asyik tak betul.

Bismillah.

Semalam, Ahad, first paper exam. Jumaat yang sebelum tu, untuk subject Legal Research & Methodology, second assignment kita on the Literature Review tu dikembalikan semula oleh Prof. Saya memang mati-mati tak mahu tengok komennya dalam tu sebab nak jaga perasaan dan emosi sendiri. Takut terganggu masa nak jawab exam. Sebab apa, sebab kalau kena komen, memang kaw-kaw punya. Tapi ketua kumpulan kami yang sangat kiasu dan efficient itu telah pun berkongsi kepada kami apa komen-komen yang telah diberikan si bijak pandai professor itu. 

Tapi, apa yang dia beritahu, hanya lekat 5 saat saja di corong telinga. Sehinggalah selepas habis exam, dah relax semua, kepala pun dah tukar tune, barulah berani melihat komen dalam kertas kerja kami tu. Nasib baik dapat copy yang fotostat, bukan yang ori. Jadi dakwat tulisan komennya hitam juga. Kalau yang ori, sakit mata tengok dakwat merah merata-rata. Nampak macam 'bodoh gila' kita ni. Dah datang consultation pun tak ada perubahan :-(

Katanya, dalam Literature Review, kena pandai memahami tulisan authors, dan buatkan summary. Jangan tiru bulat-bulat. Lepas itu jangan lupa referencenya. Saya rasa, itulah yang saya telah buat. Kalau kebetulan ada 2 orang penulis yang sama intentionnya, dan ayatnya saling menyokong, salahkah kalau saya refer kedua-duanya dalam satu ayat, macam di bawah ni?

 Tapi, salah rupanya??? "Why double citation here?" - kalau saya berdepan dengannya sekarang, memang akan saya jawab, sebab kedua-duanya cakap tentang perkara yang sama. Lagipun saya buat begini sebab tengok sample yang dia beri haritu. Dia pun buat double citation macam ini. Jadi apa yang salahnya? #benganggilarasanaksepakmukadialaju-laju#
 Bila turn bahagian kawan kami ni pula, dia memang copy bulat-bulat apa yang penulis tu tulis, dan sertakan citationnya, pun salah juga sebab copying! Aduhhh, habis tu dia nak yang macam mana?
 Seterusnya, bila dah takde sangat idea nak komplen, dia pertikaikan "Why smaller fonts than the rest of the sentence in para 7"? Saya pun tak tabu kenapa ini berlaku, mungkin sebab kita communicate through emails, dan kadangkala program komputer tak sama menyebabkan setting lari. Saya pakai apple macbook's iOS, ketua kumpulan pakai windows 8, tentulah ada program yang tak selari. Tapi, ini bukanlah salah besar pun. Memang salahnya pada ahli kumpulan yang dipertanggungjawabkan untuk print out dan bind, sebab tak tengok betul-betul sebelum print out. Tapi, nak salahkan dia seorang pun macam mana, kerja 3 orang kan. Masa final draft haritu dah ok aje..
 Tengok tu, kena lagi pasal font.

Lepas tu yang bawahnya pula, ayat terlalu panjang. "Sentences is too long - break it into 2". Bukankah ada koma? Haritu dalam consultation, dia kata setiap ayat mesti ada citation. Habis tu kalau ayat tu diberikan oleh satu citation, kalau saya pecahkan dua, bukankah dia akan jadi double citation pada perkara yang berkesinambungan? Lagipun, (ini mesti dia tak faham apa yang ditulis tu) ayat yang panjang tu sebab nak masukkan jawatan-jawatan penting yang terlibat dalam MACC. Macam mana nak pecah dua? #YaAllahgeramgila#
 Lagi sekali... "Your citation is bad bcoz double citation".
"Sentences here is too long, break it up --> Dont you know when to make a full stop?"
Ayat tu satu ayat yg panjang dan tak boleh dipecahdua...Dia baca ke tak...
Grrrr... This is what makes me dislike academician. She turns simple thing into a huge difficult.
Different font lagi....
Finally, soalan yang sama dia tanya masa consultation dulu, tanya lagi disini. "Has any lit commented on the challenges faced by MACC/Anti Corruption Agencies? Any Spore or HC Lit?". Walhal kita dah kata dah. Memang tak ada. Tapi lepas tu dia kata, fine, that's why you need to do a fresh literature. Ingatkan dah okey, sekali tu, macam ini pula?
Last sekali, dia meninggalkan komen yang macam ini, seolah-olah kesalahan tu terletak dibahu saya seorang, sebab bahagian tu saya yang membuatnya. #Geramgeramgeramtapitakbolehnakbuatapa#

Fine. Nak geram lebih-lebih pun buat sakit hati saja. Last sekali, hanya berharap apa yang akan di re-do nanti membuahkan hasil. Harap-harapnya apa yang senior kata pasal dia tu betul. Kata diorang, dia ni nampak je macam keras hati poyo banyak komen dan suka buat gempak, tapi hati baik, insyallah akan dapat A. Ya Allah, harap masin lah mulut dia.

Dalam banyak-banyak assigment, inilah yang paling mengecewakan setiap kali dapat markah. Macam tak belajar. Padahal dah mencurahkan sepenuh tenaga dan masa. Bersengkang mata sampai pagi nak buat reserach dan baca semua artikel. Baca, satu hal. Nak fahamkan dan digest satu hal lagi. Lepas tu nak masukkan dalam assignment bukan mudah. Lainlah kalau orang yang hanya tahu cut-and-paste saja. Tentu dia tak rasa apa.

Haih. Elok je mengumpat dia dalam blog ni, tetiba dapat email dia pulak, reminder la tu.
Pukul 1.30am ok? :-(  :-(  :-(

Berdoa semoga selamat semuanya. Ameen.
Till then.

No comments: