Bismillah...
Apabila ada sesuatu yang luar biasa berlaku dalam hari-hari rutin, ia selayaknya dirakamkan di sini. Alhamdulillah dah 12 hari umat Islam mengerjakan ibadah puasa. Oleh kerana ibu tak bekerja ramadhan kali ni, maka ibu luangkan lebih masa di dapur untuk menyediakan juadah berbuka dan sahur. Apa yang lebih mengejutkan ibu sendiri ialah, ibu juga ada impian nak buat biskut raya untuk anak ibu ni. Hihi.
Tunjuk sikit gambar cornflakes madu yang baru buat tadi.
Nampak cantik dan appealing tak?
Alhamdulillah. Inilah kali pertama ibu memang beriya nak buat biskut/jajan yang boleh dijadikan kunyahan masa tengok tv atau berehat dan sembang-sembang. Jadi pula tu.
Hari Ahad nanti, masa family gathering di rumah Wak Husna, bolehla ibu bawa sebagai buah tangan.
Really. It's not about the secret recipe yang membolehkan makanan seperti ini disediakan. Yang penting, kemahuan dan kerajinannya. Sebab ia langsung tak susah. Cuma remeh.
Sebelum ini, ibu bekerja. Bila balik petang, dah letih sangat. Kalau larat terus ke dapur, memasak apa yang simple dan mudah. Malam, dah flat. Waktu Ica kecik, ibu kena tidurkan Ica supaya Ica tak meragam. Jadi, ibu pun tidur awal jugalah. Nanti kejap-kejap Ica nak susu, nak tukar diaper, etc.
Ayah mestilah solat di mesjid. Nanti kejap lagi dalam pukul 4.30 ibu dah kena bangun untuk solat dan siapkan sahur pula. Tapi kalau ibu tak larat sangat, ayah akan dengan baik hatinya bangun pukul 4.30 pagi tu untuk beli makanan untuk bersahur dari kedai mamak/kedai makan yang buka hingga awal pagi. Bila dia dah balik, dalam pukul 5 ke 5.30 pagi tu barulah kami bersahur.
Pukul 6pagi ibu dah bersiap-siap nak ke pejabat. Pukul 6.30 selalunya dah gerak. Kalau nak cuci pakaian, sebelum gerak tu siap-siap sidai. Kalau ayah outstation, pukul 6.30pg tu juga terus bawa Ica ke Tadika. Hari-hari begitu sepanjang ramadhan. Flat setiap hari. Kerja di pejabat walaupun tak membanting tulang, tapi gunakan otak, memang letih sangat. Memang tak terkejar masa untuk solat terawih berjamaah dan bertadabbur lebih sikit. Semuanya kalau boleh di-cramp kan masa pagi tu sebelum bersiap-siap ke pejabat. Sebab itu Ramadhan memang terasa sangat pendek setiap kali.
Tapi, ibu tak berburuk sangka dengan Allah kerana dia Maha Adil. Kerja pun ibadah. Jaga anak dan memenuhi tanggungjawab rumahtangga pun ibadah. Bukan hanya solat dan mengaji saja. :-)
Jadi, ibu taklah jeles sangat dengan orang lain yang sempat nak solat terwaih berjemaah di mesjid, memasak untuk lauk berbuka dan sahur setiap hari, sambil jaga anak kecil, lengkap dengan ibadah lainnya sempena bulan barakah ini. Apa yang kita mampu, kita buat. Selebihnya, kita mohon keringanan daripada Allah mudah-mudahan kita boleh menambahkan amalan lagi.
Bila tak kerja ni, rutin Ramadhan dah lain sikit kan. Jadi, petang sebelum ke dapur tu, ibu akan ke kedai dulu, cari bahan untuk di masak. Taklah setiap hari macam ini. Kalau tak ke kedai, ibu terus masuk dapur. Masak dengan apa saja bahan yang ada.
Macam semalam dan hari ini, ibu ke kedai dulu. Semalam sebab barang dapur dah habis. Ayah pula kerja. Jadi, kena beli serba sedikit. Hari ini pula, paman Azam (adik ibu) kata nak datang rumah. Dia suka makan sambal udang petai, kuah lemak sayur dan kepak goreng. Ibu pun beli lah sayur hijau sikit, petai, dan kepak ayam Ramlee tu. Embah pula request nak makan bubur manis. Ibu buatkan bubur chacha.
Kepak ayam segera Ramlee.
Sesetengah orang yak gemar makan ayam segera macam ini. Ibu pun cuba kurangkan daripada membelinya sebab rasanya terlalu masin dek tepung yang tebal tu dan harganya boleh tahan mahal RM16 untuk sepek sekilo. Kalau beli yang fresh boleh pilih saiz dan lebih murah. Tapi kepak segera ni senang masak. Kalau sebulan sekali pekena ok kot. Ini pun dah lama ibu tak beli. Tahun ni, selepas 6 bulan baru ini merasa :-)
Tips untuk kepak segera, masa menggorengnya api kena perlahan kalau tak bahagian dalam tak masak elok, dan luarnya hangit pula. Kalau dibandingkan dengan brand Ayamas, kepak segera Ramlee lebih sedap dan tak begitu kuat rasa kapur dalam tepungnya.
Sambal udang saiz XL dan petai. Petai ni pun beli tadi. Udang tu beli semalam, ingatkan nak buat goreng butter, tapi since sambal kerang semalam masih berbaki, ibu masakkan saja sambal udang, dan masukkan petai, campur panaskan sekali sambal kerang semalam. Nak tahu, harga petai di Ong Tai Kim, 3 papan yang diikat sekali tu RM5. Memang mahal tapi sebab nak juga petai ni kena la beli. Kalau di pasar biasa, seikat 3 papan tu RM3. Tapi isi petainya kecil-kecil pulak.
Ini sayur repeat yang haritu. Masak lemak bayam dan lobak merah. Bukan nak masak ini sebenarnya. Nak masak lemak taugeh dan tauhu. Tapi tauhu dengan taugeh dah habis masa kita sampai tu. Orang ramai gila berasak-asak dalam OTK tu sampaikan Ica nak jalan pun susah. Bahananya pergi kedai petang-petang hari cuti. Dengan melayu, indon dan orang kulit hitam berpusu-pusu nak beli barang macam murah sangat yang OTK ni jual. Terpaksalah ibu ambik aje sayur yang belum habis. Itupun bayam tinggal 2-3 ikat saja lagi.
Sampai saja di rumah, ibu masakkan dulu bubur chacha ni. Tapi, kurang sedap lah sebab tepung chacha tu dah lama, rasa dia dah lain. Sayang aje kuah dia sedap. Takde sapa nak makan ni lagi. Embah aje yang habiskan semangkuk sebab dia yang teringin.
Punya la masak yang beriya, sekali tunggu punya tunggu, paman azam tak jadi datang pulak, sebab dia dan wife tak sedap badan. Ibu rasa nak marah juga tapi nak buat camana. Bukan dia nak call awal-awal bagitahu tak jadi datang. Hampas. Sempatlah ayah pun membebel bila tengok kepak goreng sikit punya banyak. Nasib baik Ica suka sangat ratah ayam tu. Dah makan nasi pun masih ratah ayam lagi. Ibu benarkan aje sebab tak nak membazir.
Ayah pula nampak tak hepi dengan lauk ni sebab dia request nak ayam kurma macam semalam. Oh ya, lauk semalam, ibu masak ayam kurma, sotong kunyit & kacang panjang, sambal kerang dan teh o ais untuk berbuka dan sahur. Pertama kali masak ayam kurma, menjadi pulak tu. Ayah makan banyak. Embah pula memang sukakan sotong kunyit tu.
Senang aje nak masak ayam kurma ni. Untuk 3 ketul tight yang dipotong 2, ibu tumiskan sebiji bawang besar, dan 2 biji bawang putih, bila naik bau, masukkan rempah kurma 2 1/2 sudu, gorengkan sekejap, masukkan air sikit, masukkan ayam, ratakan. Lepas tu masukkan santan sekotak kecil tambah air sikit jangan bagi terlalu pekat. Masukkan 3 biji kentang saiz sedang yang dipotong 4 dan sebiji lagi bawang merah besar dipotong 4. Masukkan garam secukup rasa. Api sederhana, biarkan mendidih sampai kentang masak. Siap. Ikut resepi dekat pek rempah kurma tu :-)
Sotong kunyit lagi senang. Tumiskan 1 biji bawang besar dan 3 ulas bawang putih. Kalau nak pedas sikit letak lah 3-4 tangkai cili. Garam sikit. Lepas tu masukkan kacang panjang, tumis sekejap sampai hampir layu, terus masukkan sotong dan taburkan kunyit atasnya. Takyah letak air sebab nanti sotong tu berair sendiri. Kacau hingga kacang tu layu. Sotong tak boleh lama sangat atas api, sebab kalau over cooked nanti liat macam getah. Ok tu saja. Lengkap dah ada sayur, takyah buat sayur asing lagi. Sotong tu sendiri kalau digoreng macam tu aje pun dah memang sedap.
Sambal kerang. Gara-gara tengok kerang segar di Mydin Mart semalam. Terus beli sikit. Embah tolong kopekkan kulitnya. Ibu dah memang ada cili blend dalam fridge. Jadi, setakat nak masak sambal memang takde masalah. Just tumiskan bawang besar sebiji yang dihiris, 3-4biji bawang putih, seinci belacan. Masukkan cili blend, asam, garam, gula. Tumiskan sampai agak-agak kembang minyak, masukkan air sikit. Pastu masukkan kerang yang dah kopek tu. Kacau rata, siap.
Malam tadi, lepas ayah balik terawih dan dah relaks, ibu pun mulakan projek buat cornflakes madu yang Ica nak tu. Sebenarnya Ica ni bukannya tahu sangat pasal cornflakes madu. Tapi raya tahun lepas, masa beraya di rumah mak ngah Intan, Ica beriya makan cornflakes yang kak Nadia buat, habis banyak pula tu, dekat sebalang Horlicks saiz giant tu. Tapau lagik. Biskut lain pun dia makan juga tapi tak sebanyak cornflakes madu tu. Ibu pun terfikir kena ada stok sikit untuk raya ni. Nak beli, takut tak sedap, sebab ibu pernah beli yang ready-made, rasanya hapak, dan tak garing. Mungkin stok lama. Jadi, ibu kenalah usaha lebih sikit untuk anak sendiri kan...
Jadi, ibu beli sekotak kellogs cornflakes paling besar, tapi hanya gunakan 3/4 saja, 6 sudu butter, 4 sudu gula icing (dalam resipi 6 sudu, tapi ibu tak suka manis-manis), 3 sudu madu, sepeket almond cincang yang digoreng tanpa minyak, dan biji-biji gula berwarna warni tu untuk nampak lebih menarik. Sebenarnya Ica yang nak letak menda tu.
Panaskan butter dengan api perlahan. Bila dah cair, masukkan yang lain-lain tu, gaul sampai jadi pekat dan tak berketul, dan masukkan kellogs. Macam sira kellogs. Ibu main agak-agak saja timing nak masukkan kellogs tu. Macam menyalut sambal dekat ayam goreng untuk buat ayam masak merah tu lah.
Okey, dapatlah sebesen kecik ni. Ica bukan main seronok nak tolong ibu isikan kellogs dalam cups.
Terkembang kempis hidungnya buat kerja. Ini macam sesi Kinder Cooking di Tadika la kan...
Lepas isi dalam cups, ayah yang tolong bakarkan dalam oven.
Alamak! Terhitam. Ni kes try and error lah, sebab dalam resepi, bakar 5 minit dalam suhu 170. Ayah yang masukkan dalam oven. Belum pun 5 minit kot tapi dah hangit! Nasib baik masih boleh di makan. Cuma ada rasa pahit sikit. Itu first batch, dah terbakar. nasib baik batch lepas tu ok.
Adunan dah nak habis ni. Cepat...cepat....
Ibu tolong bagi laju sikit. Pakai tangan saja. Tapi make sure tangan tu dah basuh ya...
Kaut dengan tangan masukkan dalam cups, lebih kemas dan cepat...
Dah pun siap, batch kali ke2. Nampak okey bila ayah slowkan sikit suhunya. Tengok embah pun tak masuk tidur lagi, dah lewat ni, pukul 1pg lebih.
Cet. Ica kata, kalau makanan tu nampak sedap kena la buat macam ni, cupp-cupp ahhh! Sambil kucup hujung jari tangannya dan buat flying macam tu. Heheh.
Bila dah simpan, dapatlah 2 bekas tupperware ni. Tak banyak mana. Tapi Ica beriya-iya nak bawa ke Tadika sebab nak share dengan kawan-kawan. Ibu risau, bukan apa. Takut tak sedap, atau berebut pula nanti. Takpelah. Esok ibu try macam mana. Boleh buat lagi nanti. Tak susah pun. Kalau ibu, lagi suka gunakan cups yang lebih besar. Cepat sikit habis mengisinya.
Nampak macam mudah, tapi kerja membuat kuih/biskut ni remeh. Nak sediakan bahan. Nak sediakan tempat yang lapang. Bekas yang banyak. Nak kena isikan dalam cups, kalau yang kena isi lah. Lepas tu nak tunggu bakar. Kena set timing & temperature yang sesuai dan betul. Bagi kita yang pertama kali ni, it's a try-and-error session. Macam eksperimen. Bila dah siap, nak kena susun elok dalam bekas sebab tak nak dia pecah. Lepas tu nak mengemas semuanya. Leceh kan...
Sebab itu ibu tak pernah rasa, orang yang buat kuih untuk pendapatan ni suka take for granted. Kuih tak sedap tapi mahal. Sebab it's not about the kuih only. It's the efforts. Cuba buat dulu sendiri dan rasakan kepenatannya, baru tahu. Sedap atau tidak tu, kes lain pula. Ibu pernah suatu masa dulu, main order je kuih raya daripada seorang kawan ni, sebab nak bagi dia ada sikit untung, dan makciknya yang buat kuih tu supaya ada sikit lebihan untuk beraya, sebab biskutnya tak sesedap mana pun, hampir semuanya berasa yang sama, hanya warna dan nama saja yang lain :-)
Penat mengemas, ibu berehat sambil check-out online store di Radiusite. Tiba-tiba ternampak iklan ini.
Arissa : tudung untuk si comel anda.
Eh? Macam tahu-tahu pula anak ibu namanya Arissa, dan dia memang comel bila bertudung. Hiks.
Ica dah siap-siap order nak yang pink tu. Nanti ibu belikan lah untuk Ica. Tapi beli kat pasar saja. Hihi.
Tapi, Ica lebih comel dengan warna kuning lah. Tudung ni nenek yang belikan masa Ica berumur 2 tahun. Sekarang dah singkat. Tudung tu pun dah lusuh. Jadi, memang dah timing untuk beli tudung baru.
Ok. Itu saja.








No comments:
Post a Comment