Jul 24, 2013

First-timer : puding gula hangus dan biskut coklat bintang

Bismillah.
Hari ini cuti memasak sebab tak de mood dan barang dalam fridge dah berkurangan. So, kita pekena nasi beriyani dan lauk pauknya. Ulam petai wajib ada. Haha. 

Untuk percubaan pertama yang terlalu nak sangat buat, ibu try resepi paling sempoi daripada blog nanirostam, cara menyediakan puding gula hangus yang senang sangat :-)

Tadaaaa....

Puding gula hangus yang sangat senang, sampaikan orang paling tak tahu memasak kuih pun boleh buat. Hihihihi (gelak puas hati).

Mula2 panaskan periuk kukus. Lepas itu masak gula. Ikut suka nak berapa tebal. Ibu gunakan dalam 6-7 sudu besar gula. Panaskan atas loyang yang akan digunakan untuk kukus puding nanti. Kalau nak masak gula atas periuk lain pun boleh tapi nak kena segera masukkan dalam loyang tu sebab tak nak gula menyejuk dan keras. Bila gula dah keperangan, dan takde ketul2, letak tepi dulu.

Dalam besen kecil lain, pukulkan 6 biji telur (ibu gunakan double A) suhu bilik, bila dah agak kembang, masukkan setin susu pekat, campur setin air kosong (guna tin susu pekat tu). 

Wei tak termanis ke nanti? Taklah. Sebab telur tu akan serap rasa manis susu tu nanti. Ada orang yang suka nak campur susu segar dengan susu pekat, lepas tu letak tepung jagung sesudu. Suka hatilah. Ibu tak letak semua tu.

Kacau batter tadi, letak beberapa titis vanila flavor. Kacau dalam beberapa minit, sampai puas hati nampak ada buih halus tu, letak dalam loyang yang ada gula hangus tadi. Lepas tu teruslah di kukuskan dalam 20 minit atau hingga masak. kalau nak bagi canti permukaannya, boleh letak aluminium foil, supaya air kukusan tak masuk dalam loyang. Tapi ibu kan takde aluminium foil dan tak kisah pun macam mana rupa hasil kukusan nanti sebab nak diterbalikkan.

 Kuah gula hangus yang pekat. Nampak sedap kan. Memang rasanya pun alhamdulillah tidak menghampakan.
Belah kanan tu hencot sikit bentuknya sebab masa kukus tadi, loyang tersenget :-) tapi takpe, asalkan rasanya okey. Ica tak sabar nak potong. Ala budak ni nak main aje lebih. 
Sepotong untuk Ica, sepotong untuk ayah, sepotong untuk embah. Ibu cuma makan sikit-sikit saja, sebab memang bukan makanan kegemaran ibu pun. Tapi kegemaran ayah, sebab kalau tahun-tahun lepas, bila beli juadah berbuka di pasar malam (bukan bazar yea) tentu beli beberapa potong yang ni. Ibu puas hati dapat buatkan utk ayah :-). Tapi, ayah makan tak seberapa. May be sebab dah kekenyangan dengan makanan lain. 

Jadi, sebab tak nak membazir, kalau bawa ke besok tentu dah tak sesedap hari ini rasanya, bagilah 4 potong kepada makcik jiran depan yang dua rumah sebelah menyebelah tu, yang satu rumah tu, makanan kucingnya asyik kena curik dengan Boboi dan Belang, dan makcik sebelahnya tu, haritu ambikkan parcel ibu masa kita bercuti ke KK. Lagipun cucunya ramai, baya-baya Ica soraang, yang dah sekolah 2 orang, yang baby seorang. Alhamdulillah dapat la bersedekah makanan sikit sempena Ramadhan ni :-) 

Tinggal baki 2 potong lagi untuk sahur nanti kot-kot embah dan ayah nak makan lagi manisan.

Usai mengemas lepas berbuka, ibu tak boleh solat, ayah pun dah gi kerja, embah dah berehat depan tv, ibu ke dapur semula mengukur bahan untuk buat biskut coklat. Kononnya nak buat coklat cip. Tapi bila dah jadi, cipnya langsung tenggelam dalam adunan. Jadi hitam semuanya. Langsung diletakkan bintang-bintang dek Ica. Itu lah namanya biskut coklat bintang :-) Tapi tak semua adunan yang dapat bintang. Sebab banyaknya bintang kena ngap dengan Ica, tak sempat sampai ke biskut (-_-').
 Alkisahnya, ayah yang simpan mixer entah kat celah bedah mana, jenuh ibu cari sampai terteleng2 tak jumpa, jadinya, terpaksalah pukul mentega dengan gula perang tu dengan whisk saja. Lenguh bukan main. Lepas dah masukkan telur dengan vanila flavor tu, terus join Ica tengok tv kat depan, sambil sambung pukul lagi bancuhan. Ica pun apa lagi, join sekakilah. Bagi dia, macam main masak-masak Kinder Cooking kat tadika tu. Siap guna meja study dia lagi. Lenguh nak pegang bekas tu.
 Kena pukul bancuhan sampai creamy, ni rasanya creamy la kot. Sekali, budak ni dok main-main, dah terpelanting bancuhan kena ke lantai, meja, baju Ica. Ibu pun mengamuk le... Siap tukar baju semua, ibu pun start bakar bancuhan yang dah disenduk kecik-kecik. Malangnya, terbesar sangat la pulak yang ibu sendukkan ni, jadi melebar macam katak puru berbintang nampaknya. Hahahaha...
 Ini masa tengah sejukkan. Bakar dalam 15 minit suhu 160. Lupa pula bancuhan tadi boleh mengembang sebab ada soda bikarbonat dengan baking powder. Kikiki...nama pun pertama kali kan... Oklah untuk cetakan berikutnya, ibu buat kecik sikit dan hasilnya agak comel. Rasanya, macam biskut coklat biasa la, manis pahit.
Siap dimasukkan dalam balang. Ica dan embah try rasanya, berbiji-biji, siap dengan komplen itu ini lagi :-) hahaha. Oklah dah ada 2 jenis kuih raya. Cornflakes madu dan biskut coklat cip. Cuma cornflakes tu nak kena buat lagi lah sebab yang dalam bekas tu makin menyusut pula. Hihi.

Oklah itu saja.

No comments: