Bismillah.
Hari ini nak share lagi menu-menu berbuka dan sahur kita. Manalah tahu, kalau yang nak cari idea untuk memasak nanti, boleh la tiru :-)
Ini lauk hari Isnin. Husband request repeat kurma ayam yang first time buat katanya sedap sangat tu, kali ni tambah daun pandan 2-3 helai nak kasi lebig wangi. Alhamdulillah menjadi juga. Kawannya, tumis kacang buncis, sotong goreng tepung (segera) tapi tak begitu sedap, ikan masin tenggiri. Sempat juga buat cucur udang dan panaskan murtabak segera. Manisannya (beli) agar-agar lumut dan kuih lapis, airnya longan sejuk. Alhamdulillah.
Hari Selasa kita tak masak sebab jari hantu ni ada luka sikit, jadi cukup susah nak buat kerja dapur sebab pedih bila menggenggam. Alasan paling laku untuk beli saja lauk berbuka dari pasar malam Danau Kota.
Nasi beriyani.
Terung masak pajeri.
Daging rendang.
Ini baki kuah kurma semalam yang saya tambahkan telur rebus.
Ayam masak merah ala masak kawah.
Bergedil kentang.
Lauknya semua sama warna. Kalau dah namanya beriyani, memang macam tu lah. Air jagung sejuk dan tak beli manisan sebab saya try masak puding karamel dalam entry sebelum ini.
Hari Rabu, husband kata nak makan ayam masak merah. Senang aje tu.
Ayam masak merah adalah lauk pertama yang saya mula masak masa kecik dulu, masa tingkatan 1 kalau tak silap. Senangnya sebab ayam tu digoreng hingga masak, tapi kalau nak masak dia lama dalam sambal cili tu, jangan garing sangat. Lepas tu tumiskan bawang merah dan putih hingga layu, masukkan pes cili kering/cili blend, masukkan belacan, gula, garam, asam jawa, tumis sekejap dan masukkan air sikit. Tambahkan sos tomato (untuk gantikan tomato puree), sekadar nak bagi warna dan rasa masam sikit. Lepas tu bagi dia mendidih dan masukkan ayam goreng, dan potongan bawang besar, kacau rata. Siap. Kalau nak lebih kuah, boleh letak cili blend tadi tu lebih sikit dan letak air banyak sikit. Tapi biasanya masak merah takde kuah sangat. Kalau kuahnya banyak, nanti rasa masam.
Ikan kerisi dan udang goreng. Ikan kerisi ni lauk kegemaran Ica. Makan nasi dengan kicap, dah suka sangat. Udang goreng kegemaran mak. Kalau hari-hari makan ini pun dia ok.
Ini bukan sotong kunyit dengan kacang panjang, tapi kacang panjang tumis letak sotong baki yang haritu. Tapi rasanya tetap sama. Sedap. :-)
Berbuka puasa hari Isnin haritu. Ica pun nak join buka puasa. Tapi sahur tak nak join sebab katanya tak nak puasa. Tapi bangun sahur sekali. Asyik lah tanya "Bila ibu nak buka sahur?" Mentanglah buka puasa tu namanya buka puasa, sahur pun buka sahur. Ops abaikanlah dapur yang berkecah tu. Bulan puasa ni memang tak dapat elakkan dapur yang penuh dengan peralatan memasak yang tak bersimpan dalam kabinet sebab hari-hari nak pakai masa masak. Nak buat kuih raya lagi (kononnya) hihi.
Oklah, itu saja.
No comments:
Post a Comment