Jul 27, 2013

Rutin baru.

Bismillah...
Alhamdulillah dah puasa yang ke 18 bagi umat Islam yang tak ponteng puasa. Bagi yang uzur syar'ie macam orang perempuan yang normal atau ibu bersalin, ada lah lopongnya yang perlu diganti nanti. Insyaallah. Itulah antara keistimewaan orang perempuan yang Allah kurniakan. 
Boleh tak puasa dikala puasa diwajibkan kepada semua umat Islam :-)

Ramadhan ini pula terasa super-istimewa pada ibu kerana ibu berjaya memenuhi impian untuk memasak setiap hari. Ok ok walaupun ada lompong 1-2 hari tak masak, tapi most of the days memang masak walau sesimple mana pun lauknya. Ayah dan Ica makan dari air tangan ibu. Isn't that great? :-) 

Actually sebelum ini, ibu tak kisah sangat makanan kegemaran ayah. Sebab ayah ni orang yang paling senang bab makan. Makan kat kedai hari-hari pun ok. Makan kat rumah pun ok. Dia yang masak pun ok. Tapi lately dia memang makan masakan ibu, dan ibu rasa sangat wow! sebab dapat masak untuk dia makan. Apa pun sebelum masak, ibu akan tanya dulu apa yang ayah nak makan. Selalunya ibu masak yang ayah suka saja. Inilah rutin baru yang buatkan ibu senang hati sangat!
 Manisan kegemaran ayah. Puding karamel yang ini ibu  buat kali kedua. Kali ni buat dalam portion yang lebih kecil saja, menggunakan loyang paling kecil yang ada tu. Anggaran untuk makan sekali atau dua saja. Tak perlu simpan jadi stok yang tak habis. Ironinya, kali ini, rasanya lebih sedap dan 'mapan' :-D ayah makan berulangkali sampaikan masa sahur pun repeat. Sedap sangat nih. Ibu pun makan agak banyak juga. Ica dan embah tu memang suka lah. Alhamdulillah...

Ibu buat portion kecil dengan 3 biji telur gred AA, susu pekat manis setengah tin dan air kosong setengah tin. Gula hangus pula 3 sudu besar. Dapatlah sepinggan makan macam ini. Sangat mudah dan cepat. Lepas simpan semalaman dalam fridge, rasanya lebih sedapppp. Yummy! Ok lusa boleh masak lagi untuk di bawa ke rumah Wak Husna untuk potluck buka puasa kita.
 Skewers orang jawa ni. Tempe goreng garing memang kegemaran ayah sangat sangat sangat, dan tongkeng ayam salut tepung kegemaran ibu. Nyummy! Erk jangan geli taw. 

Ibu memang favorite tongkeng ayam goreng ni walaupun ayah sangat gelikannya. Masa kecik dulu ibu tak dapat makan tongkeng sebab arwah bapak ibu kata, tongkeng tak boleh dimakan budak-budak, nanti menyesal kemudian tiada gunanya. Hahah. Apatah kaitannya nasib hidup dengan makan tongkeng. Padahal, tongkeng tu sedap, lemak, rangup bila goreng dengan tepung. 

Macam ini, masa dulu kan susah nak makan ayam, dapat sesekali aje bila potong ayam sendiri. Itu yang jadi berebut mak-bapak dan anak-anak untuk makan 'the best part' tu. Hahah. Bukan saja tongkeng, hati dan pedal pun sama, kami tak boleh makan. Ada saja lah pantang larangnya. Haih. Kelakar. 

Sekarang ni, usahkan hati dan pedal ayam, tongkeng pun dah jual kat pasaraya. Kat pasar malam pun melambak skewers tongkeng ayam ni. Malu dengan tidak aje nak belinya. Kalau ibu yang shopping barang dapur, memang takkanlah. Tapi kalau dengan ayah, okey. Sebab ibu malu nak ambik tongkeng.

Asalnya jadi malu, sebab masa ibu membesar, kawan-kawan seasrama tengok tongkeng ayam tu macam suatu yang kotor dan meloyakan sebab dia kan dekat dengan tempat berak ayam. Ada yang ingat, ayam berak kat tongkeng. Teruk betul. Jadi, kalau ada yang mengaku makan tongkeng, selalunya orang jawa memang makan tongkeng, orang tu tentu akan kena ejek sampai ke sudah. Ibu taknak lah kena ejek. Hehehe. Jadi, lebih baik buat-buat tak tahu apa itu tongkeng dan apa rasanya. Padahal dalam hati tahan sabar ajelah...Hahahah.

Ok ok. Dahlah pasal tongkeng ayam. Sebenarnya memang pun tak elok makan tongkeng ni selalu, sebab dia terlalu berlemak walaupun sedap. Jadi, kalau sesekali nak makan ok lah, macam ibu, kali terakhir makan tahun lepas la kot, beli skewers kat pasar malam. Itupun minta tolong ayah yang belikan. Nak beli sendiri malu, macam ada je orang perhati sambil pandang geli. Hihi.
 Ikan pari masin ni memang favorite ayah, dan Ica. Sekarang embah pun suka sebab kalau digoreng garing, dia tak rasa pun macam ikan masin. Cuma macam ikan kering aje. Tapi bila sejuk, masyaallah liat sangat. Kalau makan sup, kawan dengan ikan masin pari ni, memang masyuk.
Sup ketam dengan fishball lagi satu kegemaran ayah. Kalau dia yang masak sendiri, dia suka letak mushroom yang rerambut tu, memang best. 

Ketam tu untuk ayah, fishball untuk anak, supnya untuk ibu. Haha. Sebab ibu memang malas betul makan ketam ni. Susah nak ambik isinya. Tapi sesekali teringin supnya, sebab ada rasa ketam yang kuat, so ibu masaklah sup ketam. Ayah yang rajin nak kopek kulit ketam tu, so selalunya dia yang habiskan isinya. Kalau buat sup, air supnya boleh dihirup, sedap. Kalau buat chilli crab? Memang hampas lah yang ibu akan dapat. Hahah. Apa pun, ketam ialah salah satu makanan kegemaran ayah, walau masak apa pun.

Menu berbuka kelmarin pun kegemaran ayah juga.
 Apa nama kuih ni? Haaaaa yang ni tak tahulah kegemaran atau tidak sebab tak pernah beli pun. Dia macam kuih koci tapi tak berbungkus, pastu ada kuah santan. Eh entahlah. Puteri mandi kot? Ibu tak gemar kuih-kuih manis macam ini. Tapi kuih talam pulut yang hijau tu memang favorite Ica. Dia sorang boleh habiskan tu. Lagi satu kuih lapis. Ica memang super-suka. Sanggup bergaduh sebab nak berebut dengan embah (-_-)
 Ayam goreng KFC ni baki lauk sahur semalamnya, masa Wak Haji Nordin (abang sulung) dan Abg Syafeeq singgah sahur lepas hantar Wak Hajah gi KLIA untuk umrah. Ayah memang gilakan ayam KFC ni especially bahagian tight, dan boleh makan ayam saja tanpa nasi untuk sahur. Walaupun ibu dah masak macam-macam, kalau dia teringin KFC, memang membazir jelah yang ibu masak tu, KFC jugak yang dia makan nanti (-_-)
 Ayam masak kicap pun lauk kegemaran ayah. Tapi kali ni dia tak berapa nak suka, may be sebab kalau tak puasa pun memang lauk ni yang selalu ibu masak. Aih kata lauk kegemaran, kenalah masak selalu kan? Masak kicap berkuah ni ikut style jawa. Ayamnya tak digoreng dulu. Tapi, masa goreng bawang merah+putih+halia+potongan cili tu, goreng sekali ayamnya. Bila ayam mula nak masak, masukkan kicap, air dan tutup, sampai masak. Jadi, kuahnya banyaklah. Ayamnya pun tak keras dan liat bila dah sejuk.
 Peria dan buncis goreng ni bukan lauk favorite ayah, tapi kegemaran ibu. Nyums. Pahit peria katak tu memang sedap sampai telinga (boleh?).
Rendang daging all-time-favorite ayah. Kalau ikutkan dia, nak selalu makan rendang. Kalau makan nasi lemak kat kedai, atau bungkus, mesti dia ambik lauk rendang. Kalau kat R&R tu makan nasi goreng pun ada rendang. Rendang dan rendang dan rendang. Rendang dan ayah tak dapat dipisahkan. Berbeza sangat dengan ibu. Kalaupun rendang adalah satu2nya lauk yang ada atas meja, pun tak tentu lagi ibu akan makannya. Apatahlagi nak masaknya? Memang susah lah. 

Boleh masak rendang. Bukan susah, hanya campak-campak bahan, dan tunggu dia kering. Senang sangatlah kan. Selalunya ibu masak rendang untuk raya. Jadi, ayah akan mengulang makan sejuta kali. Ayo. Ibu pulak pening bila tengok rendang, bila lah nak habis. Hahaha. Ini rendang yang ayah beli di pasar malam. Nampak tak sedap kan? Entahlah. Ibu buat tak nampak aje. Heheh.

Lagi satu yang ibu suka ramadhan ini ialah ibu berjaya mendisiplinkan diri ibu sendiri untuk istiqamah mengajar Ica mengaji Iqra'. Alhamdulillah. Inilah satu-satunya disiplin yang paling susah nak buat. Nak luangkan masa sikit mengajar Ica, nak cari masa tu yang susah, sebab selalu bila dah penat di dapur, ibu hanya terfikir nak rehat-rehat sambil tengok tv. Sebelum ni dengan skybox tu, semua program/channel tv boleh access, ibu leka dengan movies di HBO, FMP dan for sure AFC channels. 

Nak adakan masa mengaji untuk Ica sangat susah sebab ibu sendiri tak disiplin. Padahal ibu tahu, disiplin anak tu bermula dengan disiplin ibu bapanya. Nak harapkan ayah, memang susahlah. Harapkan pagar, pagar makan padi :-) ayah tu kalau suruh dia keluar beli barang berdesuplah dia walaupun tengah tido. Kalau suruh ajarkan anaknya iqra', sanggup tido walaupun tak mengantuk :-) begitulah perumpamaannya. 

Siap haritu ayah nak hantar aje Ica mengaji dekat kelas mengaji yang di bawah tadika Ica tu. Tinggal pilih masa dan bayar saja. Amboi senangnya kerja ayah macam ni. Tak boleh! Lainlah kalau nanti bila ibu dah kerja semula dan ayah tak sempat nak ajar Ica mengaji, mungkin kita boleh hantar Ica mengaji dengan orang. Buat masa ini, ibu rasa, kita adalah guru terbaik untuk anak kita. Lagipun ibu kan dulu kelas tahfiz masa sekolah menengah. Takkanlah tak boleh ajarkan anak pulak...

Sebab itu ibu sangat berusaha untuk mengatasi malas ibu tu dan berdoa panjang dengan Allah minta ditunjukkan jalan.
 Alhamdulillah. Allah bukakan jalanNya. Bila Skybox punya server dah kena crash-out dengan Astro, kebanyakan channel tv hilang termasuk yang ibu suka, dan yang Ica suka. Bila macam tu, kami lebih banyak tengok channel prima yang dalam Unifi. Apalah sangat selain TV1, TV2, TV3 dan TV9 tu kan. Balik-balik drama melayu, kartun melayu, berita menipu. Heheh. Bosan. Bila dah bosan tu, ibu gunakan masa lapang untuk start disiplin mengaji kat Ica.
 Alhamdulillah, Ica pun banyak berubah. Dia dah tak terkinja-kinja nak tengok tv kartunnya lagi, tiap kali balik sekolah. Rutinnya serta merta berubah. Balik aje dari tadika, dia terus nak makan/minum. Ibu akan minta ayah belikan apa-apa kuih, sampai di rumah minum air madu, lepas tu dia akan minta nak buang air, jadi boleh terus mandi. Lepas mandi, makan nasi (sebab selalunya ibu siap masak), lepas makan, mengaji iqra'. Timingnya memang sesuai, dalam 20-30 minit sebelum berbuka. Masa tu makanan pun dah siap hidang atas meja, siap bertutup. Jadi, masa senggang yang dulunya diisi dengan rancangan tv digunakan sebaiknya untuk iqra'. Alhamdulillah doa ibu dimakbulkan Allah.
Maaflah menutup aurat tak sempurna (-_-) sebab Ica ni susah sikit pakai baju lengan panjang nanti dia panas, berpeluh habis merah-merah gatal kat lengannya tu. Tapi bila bertudung macam ni, Ica nampak matang. Macam budak darjah 2! Padahal belum pun cukup 5 tahun tau! 

Masa kecil dulu, ibu pun jenis badan berisi macam Ica. Ada jiran embah yang kalau datang bertandang ke rumah tu, selalu perli-perli ibu ni gemuk, sedap pegang. Katanya, badan gemuk macam ni kalau tak makan 2-3 hari pun tentu tak kurus.... Ibu terkecil hati dengan statement dia. Haritu, nenek pulak yang cakap macam tu dengan Ica. Haish... Sejarah berulang kat Ica ke? Kesian Ica... Nasib baik Ica ni comel. Takpe, bila dah sekolah nanti Ica mesti kurus tau! Jangan risau. Kerap kali juga Ica tanya ibu "Iskh... ibu, macam mana Ica nak diet nie... Ica nak kurus lah...." Padahal lupa, Ica ni sikit punya suka makan yang manis-manis. Hihi. Nanti diet lah nak yea...

Pasal mengaji pulak, alhamdulillah, dah pertengahan iqra' 3. Walaupun merangkak, tapi Ica kuat semangat nak belajar muka surat baru setiap hari. Ibu pula semakin berjaya mengawal amarah masa mengajar Ica mengaji. Kena banyak sabar. Ibu ni memang senang melenting bila ajar mengaji orang. Pantang salah. Mesti nak marah. Aduhai. Semoga ibu sentiasa berusaha untuk terus bersabar dan istiqamah, ameen...Insyaallah.

Oklah dah panjang ni. 
Till then.

No comments: