Bismillah...
Ahad, adalah hari jalan-jalan. Kononnya nak kemas rumah. Tapi bulan puasa, mengemas rumah siang hari, tentu penat sangat. Tak boleh minum. Nanti melepek aje. Suami pula, katanya dah lama tak tengok wayang. Sebulan lepas asyik study saja (ibu) kat rumah. Dia tengok wayang dengan Ica, tak seronok, katanya. Macam mana nak seronok, tengok wayang dengan budak kecik, kejap lagi nak makan, nak air, nak kencing, nak berry, nak tido, sejuk, nak itu ini. Tentu lah tak concentrate. Kalau ada ibunya, tentulah boleh share semua tu. Hahah.
Kita pun pergi la ke MBO di KL Festival tu untuk tengok movie apa yang best. Ayah nak tengok Pacific Rim. Katanya ala-ala transformers. Ibu pulak heran sebab takde promo pun movie tu. Tapi tengok poster, kira, ok lah kot. Give it a try. Yang 2D punya pukul 3 fully-booked. Mesti best kot. So, beli lah yang 3D punya pukul 3.15pm. Dengan makanan ringan Ica, semua sekali RM53.00. Fuhh mahal betul kos tengok wayang harini.
Tu poster dia. Mcm transformers ke? Kami ni memang la jakun sangat kalau dengan teknologi transformers tu. Heh.
Tunggu nak masuk pun dekat-dekat ngan pintu aje. Puasa kena save energy.
Ok dah start watching. Klaka kena pakai spek. Tapi spek dia ni ok, tak macam ada sesetengah cinema tu, speknya mudah patah/tercabut.
"Ibu jangan lah snap gambar lagi... silau lah..." okokok..ibu memang peghak.
Review.
Ya Allah. Memang agak menyesal la sebab dah ter-tengok movie nie. Gagagagagaga...
Tau tak kartun Ultraman Jepun tu? Ok bukan kartun tapi cerita. I never liked that cerita at all. Kalau tengok my bro yang sorang tu khusyuk dan tawaddu' je nonton cerita tu kat tv memang la rasa nak kutuk laju-laju.

Movie ni kisahnya pasal ada sejenis binatang macam dinasour ni namanya Kaiju ke apa, yang asyik je menyerang bumi, sebab ada laluan/lorong dia dari dalam laut, terletak kat lautan pasific. Mulanya, manusia zaman depan (future humankind) terpaksa lawan sendiri dengan jentera perang tapi menyebabkan kebinasaan yang teruk pada bandar-bandar terkemuka dunia. Yelah sebab berhabisan kan. Pastu, orang bijak pandai pun buat kajian dan mencipta sejenis robot Jaegers yang dipandu 2 manusia untuk berlawan dengan dinasour gedabak ni. Robot gergasi ni kiranya diorang punya war weapon la, tapi besar punya, yang boleh lawan dalam laut, sebijik macam Ultraman, tapi Ultraman tu orang kan. Ultraman lagi terror boleh terbang. Yang ni hanya boleh lawan tumbuk-tumbuk dan tembak-tembak aje. Yelah, kena ada lojik dia kat situ walaupun jalan ceritanya je dah tak lojik langsung.
Jadi, banyaklah drama dia kat situ. Pasal driver jentera berat ni. Ada abang yang kehilangan adik. Ramai yang terkorban. Dan projek ni tak dapat diteruskan dengan federal fund sebab kadar kejayaan tu very low. Kerajaan diorang decide tuk buat tembok, lagi baik. Masalahnya tembok yang katanya cukup kuat tu pun tak mampu nak tahan serangan raksaksa ni. Pastu boleh pulak raksaksa ni very intelligent one. Dia boleh baca gerak geri pertarungan. Pastu sekali datang serang, dia datang beramai. Jaegers ni pulak nak ciptanya sikit punya lama. Nak musnah sekejap aje. Jadi sementara diorang nak siapkan tembok penghadang tu, dah banyaklah raksaksa yang datang serang.
Pastu marsyal yang mengetuai Jaegers ni buat senyap-senyap dia nyer pusat latihan utk develop giant robot ni dan super-lab dia sendiri untuk kaji pasal raksaksa dan how to naikkan kebolehan robot dengan fund daripada Rusia. Oklah oklah... Takyahlah nak elaborate yang ni. Bosan.

Yang tak larat tu, kenapa tiru macam ultraman. Lawan-lawan raksaksa. Musnahkan bandar, etc. Eiii...nyampahhhh. Yang lain cuma adanya teknologi boleh share neuron dalam otak tu untuk kekalkan momentum kerjasama antara 2 orang driver robot ni. Owh puh..lease. Very the ridiculous one... At the end, saintis diorang yg macam bodo-bodo tu berjaya cari jalan untuk hapuskan lorong tu supaya dunia humankind dan dinasour tu kekal terpisah. Kononnya raksaksa tu nak menawan bumi ni jadi tempat tinggal diorang. Percubaan pertama masa zaman dinasour dulu. Penghabisannya nak bagi dramatik, mestilah marshall mati, terkorban sebab nak activatekan radioactive nak kasi mati satu raksaksa paling besar dalam lorong tu. Hero dan heroinnya tentulah survived walaupun macam tak lojik kan...apa2 lah.
Sempat la ibu temankan Ica kencing & berry in between actions, dan ibu tak kisah pun tak tengok part yang tertinggal tu. Sebab ibu tak suka tengaok aksi berlawan yang tak masuk akal.
Ok lah rating dia 3/5. Jalan cerita tak asli, tiru utraman. Tapi teknik dan teknologi penggambarannya ok. Pelakon semua tak kenal. Maybe sebab dia nak kedepankan jalan cerita dan teknologinya, so pelakon tak fofular pun kira ok. Hahah.

Lepas tengok wayang dan berbuih mulut mengutuk, kita solat asar, dan jalan-jalan sikit sebelum decide untuk makan di Restoran Sakura Kristal. Ini kali kedua kita makan kat sini. First dulu makan nasi dengan lauk yang sama kita selalu makan di Kedai Makan Aisyah, yang selalunya berharga RM40. Tapi kat sini RM100++. Heheh. Tapi sebab nak kelainan, ok lah makan sini lagi.
Sementara ayah solat, Ica main dulu benda ni.
Lpeas tu jalan-jalan kat centre point dia ni, camwhore.
Ok, ni dah nak berbuka. Tengah tunggu hidangan dan tunggu waktu buka. Ica tubuat muka sebab tengah merajuk lepas kena marah dengan ayah asyik main panjat-panjat.
Sebelah restoran Sakura tu ada kedai roti Bread Story. Saje je macam nak tiru Bread Talk ek? Ica minta kek kat situ. Ibu pun sebab nak belikan Ica roti perancis untuk cicah dengan mushroom soup nanti. Budak ni mana la makan nasi malam-malam ni. Dia very the western one. Lagipun mushroom soup kat sini sedap, purely mushroom yang segar. Tapi mahallah sikit berbanding yang kat pizza hut tu.
Kek mangga. Ica cuma makan sesudu kecik tu, dan hiasannya. The rest, ayah yang habiskan. Alhamdulillah...
Ibu. Tempat ni fully-booked.
Teh o ais untuk berbuka. Segelas ni RM4 taw. Jangan terkejut. Bukan gelas besar pun. Gelas macam kat dapur kita aje. Bukan boleh refill pun (-_-)
Ok lauk dah sampai. Ayah pun dah siap solat maghrib dulu. Gilir dengan ibu nanti.
Set untuk 3-4 orang makan. Curry seafood nyonya yang shedappp shangat, rasa macam asam pedas yang ada kuah santan tapi dia bagi sikit aje(atas), bawah ni mango chicken (sedap sangat!), tengah tu chicken in sweet sour (so-so), mixed vege (bias je). Ok. Overall the food is boleh tahan sedap. Especially kari tu dan ayam mangga tu. Ala kalau nak buat ayam mangga tu bukan susah. Ayam yang boneless tu potong kecik, goreng dengan tepung dan telur, pastu siramkan sos, taburkan mangga yang diracik dadu, spring sikit bijan. Taraa!
Alhamdulillah, selesai makan, ibu pulak gi solat maghrib. Lepas tu kita pun chow, balik umah. Jumlah kerugian makan-makan ini ialah RM90++. See... Mahal kan, untuk makanan simple macam ini? Tapi, KL... memang la tempat buat duit bagi yang meniaga dan tempat buang duit bagi yang malassss. heheh.
Hiasan restoran ni memang cantik dan kemas. Siap ada lampu lip lap. Macam dah raya je eh.
Ica pun sempat lah main lagi kereta yang tadi tu 2nd round pulak. Tempat ni agak cosy untuk budak-budak sebab dia di belakang restoran. Jadi tempatnya lapang, berangin. Cuma tak besat orang yang merokok pakat-pakat bertangrung asap kat tepi tu sebab situ je yang open space kan. Haih. Nak makan pun tak senang. Jerebu di mana-mana!
Oklah itu saja. Till then.

No comments:
Post a Comment