Bismillah...
Hari Isnin balik kampung kejap. Ambil embah dari rumah abang sulung (Ica panggilnya Wak Haji) sebab diorang nak ke Mekah mengerjakan umrah minggu depan. Dah dekat 5 bulan embah kat rumah dia di Poli Sabak Bernam. Memang niat ibu nak berpuasa dan raya pertama dengan embah di rumah kita.
Pukul 4.45pm, elok je azan asar, kita pun gerak. Ica paling happy sebab dapat jumpa embah. Dia bercita-cita nak tidur dengan embah, sebab embah suka peluk dia sampai lena. Manja la tu. Kalau dengan ayah dan ibu tak dapat macam tu.
Pukul 7.20pm berhenti untuk berbuka di Pekan Sungai Besar. Ada kedai makan yang ramai pelanggannya, betul-betul sebelah Petronas Sungai Besar. Kalau orang ramai, selalunya makanannya sedap. Teori yang tipikal. :-D
Nama kedai tu Nasa Tomyam. Tak ingat pulak pernah makan kat sini ke tak masa kecik-kecik dulu.
Bila petang, kawasan ni banyak burung gagak nak masuk sarang (terbang beramai-ramai ke pokok yang besar). Ica, keluar je dari kereta terus menjerit "HOOOOOO....." mengajukkan bunyi bising gagak. Eh, macam lah diorang dengar. Hahah.
Kita ada bawa bekal murtabak beli tengahari tadi dari Murtabak Yati, Kampong Baru, memang sedap, tiap tahun tak pernah fail mesti beli sekali banyak. Sementara tunggu lauk pesanan kita sedia, kita makan murtabak dulu. Sedang elok merasa murtabak, nasi pun sampai. Order yang biasa kita order lah. Sup ekor, ikan siakap 3 rasa, kangkung ikan masin, telur dadar, sambal belacan dan ulam.
Nak dibandingkan dengan Kedai Makan Aisyah di Gombak tu memang jauh sangat lah rasanya. Aisyah's far better :-) kat sini sup ekornya terlebih lada sulah. Langsung macam makan ekor berempah dalam air. Heheh. Siakap pula over-fried. Jadi terlalu kering dan garing, sampai takde bahagian yang ada moist sikit pun. Kuahnya pula tak macam 3 rasa. Macam sos dengan air, pastu bawang dan cili dipotong kecil. Kangkung lagi failed, sebab dahlah portion sangat sikit, kurus pula tu, dan tak berasa, masakan apakah ini. Telur dadar biasa saja. Tapi dia letak cili. Memang kena berhati-hati masa menyuap Ica. Sambal belacannya pula termasam. Nasib baik tengah lapar. Makan la juga sampai habis. Dengan air tembikai, sirap bandung dan teh o ais, semua sekali RM43. Nasib baik tak mahal. Standard harga di Aisyah. Mungkin ini cara masak orang kat area ni. Mungkin specialty dia pada tomyam. Bukan sup ekor dan siakap 3 rasa. Hehe. Bersangka baik aje lah.
Sampai di rumah Wak Haji dalam pukul 8 mlm, diorang baru nak ke mesjid untuk terawih, embah pun dah siapkan beg pakaian dan lain-lain. Tinggal nak tukar baju dan solat isyak saja. Sementara tu, ayah berehat dulu. Kesian ayah, penat drive. Dahla malam tadi kita tak boleh tidur anak-beranak tak tahu kenapa. Lepas subuh baru lena, sampai tengahari dah kena bangun sebab Ica nak sekolah petang.
Pukul 11 lebih, kami bertolak ke KL semula. Perjalanan alhamdulillah baik saja. Kereta tak banyak sebab dah lewat malam, hari kerja memang macam inilah. Pukul 1 lebih kami tiba di depan rumah. 2 jam saja perjalanan dengan sekali singgah mengisi petrol di Tanjung Karang. Alhamdulillah. Entah bila lagi nak balik ke Sungai Besar? Tak tahu lagi. Insyaallah jika ada kelapangan dan rezeki.
Till then.
No comments:
Post a Comment