Jul 18, 2013

Madu dan VCO pengubat astma

Bismillah.
Jerebu dah ada balik eh? Sikit-sikit kot area KL? Sebab kat Setapak ni susah nak hujan lebat. Kalau kat Melawati, Wangsa Maju, Keramat tengah hujan selebat-lebatnya, naik air banjir, jem padat, orang stranded semua, kita kat Setapak ni rilek aje. Takde angin hujan langsung. Apatahlagi hujan lebat. Entah lah kenapa ya. Fenomena alam yang hanya Allah tahu jawapannya. Apa pun, disebabkan ada sikit-sikit jerebu ni menyebabkan saya, Ica dan kucing-kucing kami masing-masing selesema... Saya mungkin paling teruk sebab demam + lelah sekali. Aduhai. 

Masa 2 minggu herebu teruk haritu pun tak demam macam ini. Nak katakan stress exam, dah habis. Stress kat rumah, tidak juga. Makan, tidur, rehat semua cukup. Jerawat pun dah menyusut. Mungkin elergi dengan bulu-bulu dan habuk dari bulu kucing? Eh, bukan lah baru hari ini atau semalam, atau seminggu dua ni baru bela kucing. Takde penjelasan lojik selain, Allah nak beri dugaan sikit, supaya kita kembali kepadaNya. Lagipun, kesakitan ini kan mengurangkan sikit dosa-dosa harian yang melambak tu. Dengan sedikit sakit ni, kita akan ingat, betapa besarnya nikmat sihat yang Allah beri selama ini, Alhamdulillah....

Nasib baik Ica tak lelah. Cuma nafasnya berat sikit dan hingusnya meleleh di hidung. Itu lebih baik daripada hingus memekat di dalam dada, menjadi kahak. Seperti biasa, menjadi rutin Ica untuk meminum madu za'faran dengan segelas air suam dan kismis untuk mengisi perut kosong pagi-pagi.

 Subhanallah...budak kecik tu kalau ambik gambar memang suka tak senonoh (-_-), dengan mulut comot dengan krim roti, dengan hingus keringnya, dengan aksinya... hah sabo jelah. Nak lempang tak sampai hati pulak. Ini kami baru balik dari beli madu za'faran di kedai menjual barangan kosmetik MLM di dalam Mydin Danau Kota. Saya baru rasa seram-sejuk macam nak demam ni. Muka pun sembap saja.
 Madu za'faran. Kenapa mesti madu ini?

Sebenarnya, madu semua sama saja. Yang tak sama tu campurannya. Ada madu yang asli, tak campur apa-apa, agak jernih dan takkan disukai sang semut. Kalau madu yang dibotolkan begini selalunya madu proses yang ada campuran, sama ada air, gula atau mengikut yang dia dakwa, za'faran halus yang dicairkan. Entah iya entah tidak. Cuma, bagi kami, sebab kami ni dah makan banyak madu, baik yang asli atau yang proses, dengan pelbagai jenama sama ada yang diimport mahupun yang ada dalam local market, Honeybee ke, Rosebee ke, New Zealand Ori ke. Jadi, kami boleh la rasa sikit beza dengan madu za'faran ni. 

Madu yang ini lebih sedap, dan manisnya seolah dicampur dengan gula merah/kabung. Ada sesetengah madu yang rasanya masam sikit kan. Tapi yang ni, memang sesedap rasa. Campurkan sesudu besar madu dengan suku gelas, atau setengah gelas air masak suam sebelum diminum. Ica minum laju je kalau madu ni. Kalau madu lain, dia lambat sikit, nak kena minum sambil tengok tv.
 Ini disertakan nas mengenai kelebihan madu dan za'faran dalam Islam.
 Ini nama pengeluarnya dan lokasi. Selalu dijual di kedai yang kami pergi tu RM18. Semalam beli 5 botol terus, dapatlah diskaun sebotol kurang RM3. Rasa-rasa macam nak pergi ambik stok di tempat membuatnya suatu hari nanti :-D
Ini kelebihan madu ni. Bab yang dibacakan ayat al-quran tu, terpulang kepada sesiapa untuk percaya atau tidak. Bagi saya, saya kurang mempercayai keberkesanannya. Bukan apa. Sebaik-baik doa ialah yang datang daripada ibu bapa, atau yang terdekat, atau diri sendiri. Inikan cuma makanan. 

Saya paling tak suka orang memergunakan kemahiran ilmu alquran untuk melariskan jualan barang. Padahal semua tu hanya pengaruh minda saja. Kelebihan sebenar hanya terletak pada makanan tu sendiri dan cara bagaimana ia diproses. Adakah kalau tanpa doa-doa orang yang memprosesnya, maka makanan tu tidak jadi seperti apa yang kita mahu dia jadi? Subhanallah...

Saya memang dari kecil tidak diajar untuk percayakan penyembuhan dengan doa semata-mata. Perlu ada usaha secara fizikalnya. Kalau makan kismis yang ada doa dan selawat, atau minum air mineral yang ditiupkan oleh hafiz al-quran 30juzuk, dan makan kurma yang didoakan oleh musleh, tapi tak berusaha memperbaiki diri sendiri dengan membaca buku dan mengulangkaji, takkan ada orang yang berjaya di dunia ini. 

Berbalik pada marketing madu ni yang agak over, kalau pun tanpa selawat dan tambahan lain, madu tu tetap akan menjadi madu. Selawat dan doa, adalah kebergantungan kita pada Allah supaya dengan memakannya, kita diberi kesihatan, Insyaallah.

Untuk menghilangkan kahak degil dalam dada, saya tambahkan VCO beberapa titis dalam air madu saya ni. Demam saya pun cepat kebah. Cuma pening kepala tak hilang-hilang walaupun dah tidur lama, jadi suami suruh makan panadol, kalau tak nanti tak larat pulak nak puasa. 
VCO virgin coconut oil.
Zaman sekarang, VCO ni sangat popular mengalahkan barisan vitamin-vitamin yang ada di farmasi. Orang dah tak kecoh pasal B Complex, Vita C, Pharmaton ke, apa. Orang sebut-sebut VCO saja. Sebabnya VCO ni selalunya buatan tempatan. Tapi, rasanya tak begitu sedap lah. Ica nak termuak bila saya campurkan dalam air madunya. Saya sendiri rasa loya bile minumnya macam tu saja. Rasa minyak daripada kelapa. Aha, minyak kelapa lah memang! Hihi.

Saya rasa madu dan VCO ni dapatlah menggantikan ubat-ubatan berunsur dadah yang tak elok kepada kita untuk jangka masa panjang. Setakat ini, okeylah. Harapnya okeylah sampai bila-bila pun. Madu memang banyak vitamin dan khasiat tersendiri.

Tapi, tak boleh la nak kasi kat kucing pulak... Rugi aje... hihi. Kucing-kucing ni kena jugak bagi ubat selsema dan antibiotik yang vet prescribed. Kalau tak, nanti tak demok dan tak sedap nak pegang :-)
 Bebel (pronounce as bubble).
Rileks lepas diperiksa vet. Demam sikit dia ni. Selsema Bebel paling lambat nak baik, dah berminggu-minggu. Sampai hingusnya memekat.
 Boboy.
Amboi. Muka bengang nampak... Dia tak demam, cuma hingus saja yang banyak.
Noneng. Dia ni kucing manja yang alergi macam manusia. Tapi suka masuk kat celah-celah, main habuk, pastu bersin tak habis-habis, pastu hingus pun banyak. Ni lepas kena marah, terus buat-buat tidur. Macam mana tak marah, orang dah sapu rumah, lepas tu dia sepahkan balik lari sana sini bawak lari habuk keluar dari celah-celah sofa, almari, kabinet semua. Argh.

Semuanya selsema. Semoga cepat sembuh dengan ubat yang vet bagi ni.
Si Puteh dah hilang entah ke mana. Mungkin kena curi orang, sebab dia cantik dan gemuk. Harap siapa saja yang curi dia tu tolong jagalah dia dengan baik, macam kami jaga dia. Puteh tu tak sihat, asyik selesema dan batuk. Dia baru je kawin haritu dengan kucing Bohjan yang asyik datang balik kat rumah kita ni.
 Dah lama tak ambik gambar kucing 3 ekor ni sejak dah ada Noneng dalam rumah. Ni last, si puteh tengah makan. Gemok kan.
Ni gambar kenangan masa dia belum gemuk sangat, tapi mukanya tetap sama. Puteh, we gonna miss you. But we will replace u with other cat. Insyaallah. God please protect her. Amiin.

Till then. 


No comments: