Bismillah.
Kucing. Haiwan berbulu yang manja dan kadangkala menyusahkan. Terpulang kepada bagaimana kita mahu memahaminya. Ada orang yang terlalu bencikan kucing kerana faktor kebersihan/kesihatan. Ada pula yang terlalu sayangkan kucing hingga sanggup berhabisan deminya dan melihat kucing ni terlalu istimewa tanpa apa-apa kesalahan. Semua yang ada pada pada kucing, walaupun dia berry merata-rata, kencing sana sini, tinggalkan bulu halus di mana-mana, menyepahkan barangan dalam permainannya, lasak, dan kadang tu susah nak dimanja-manja, buat main, tapi mereka tetap sayangkan kucing. Subhanallah. Semua ini perasaan yang Allah kurniakan pada manusia. Semua orang takkan sama persepsi.
Jadi, tak hairan kalau ada manusia yang sanggup penuhkan rumahnya dengan kucing, semata-mata kerana kasih pada haiwan tu. Manakala ada jenis manusia lain yang sanggup lukakan kucing, atau buang kucing jauh-jauh, atau bunuh kucing, semata-mata tak mahu kesan yang bakal ditinggalkan oleh kucing. Siapalah kita untuk memaksa semua orang untuk sayangkan kucing. Tapi, kasihanlah pada manusia yang tiada langsung perikemanusiaan pada kucing, sebab kucing pun hamba Allah. Tentu ada sebab musababnya kenapa Allah kurniakan kucing dalam kehidupan kita.
Pada kami sekeluarga, kucing lebih daripada sekadar binatang untuk manja-manja dan bermain. Kucing ni kadangkala teman seharian. Bulunya, bila dipegang dan dielus perlahan, boleh meredakan stress. Lebih dari itu, mengasihani kucing ni sebenarnya mendatangkan mood baik dalam jiwa. Memupuk semangat kasih sayang dan kecintaan pada hambaNya. Orang kalau hatinya keras macam batu, takkan boleh nak sayangkan kucing.
Ada orang up kan status dlm FB nya kata, ramai orang melayu yang sukakan kucing dan membela kucing, tapi yang kaya ialah cina pemilik kedai menjual kucing. Orang Cina bukan muslim tentu tak percaya pada halal-haram dan dosa-pahala. Bagi mereka, semua benda boleh diniagakan. Bagi muslim, kucing ialah sunnah nabi. Hinggakan bulu-bulu kucing yang asalnya jatuh hukum najis, tetapi menjadi najis yang dimaafkan. Kalau tak glamernya kucing ni pada zaman nabi, maka takkanlah popular juga sahabat nabi yang terlalu sayangkan kucing hingga mendapat gelaran Abu Hurairah (bapa kucing). Jadi, kalau namanya sunnah, tentu bagus kalau diikuti. Soal untung di dunia tu tak perlu cemburu. Insyaallah, ada untungnya di akhirat nanti.
Entry kali ni saya nak cerita pasal kucing saya :-)
"Hai, nama saya Belang, atau nama manja Bebel. Saya berumur hampir setahun. Saya betina. Berat saya sudah 3.4kg pada bulan Julai. Memang berat. Bulu saya yang buatkan saya nampak gemuk, tapi sebenarnya saya tak gemuk pun. Saya suka duduk dalam kurungan ni, sebab rasa selamat. Tak perlu cari makan dan minum sebab tuan saya dah sediakan. Cuma, pasir najis tu, kadang tuan lambat tukar. Bau busuknya, erm, tak tahaaaaannnn..."
"Dulu saya liar. Kalau keluar sangkar aje, terus menghilang. Saya suka adventure. Saya panjat semua bumbung. Tidur atas bumbung. Best. Lepas tu saya curi makan makanan kucing 3 kaki kat rumah makcik depan tu. Saya berry kat pokok bunga dia. Lepas tu saya menghilang dari rumah tuan saya sebab nak cari pengalaman baru di jalanan. Tapi nasib baik saya jumpa jalan pulang. Saya menyesal tak sudah sebab hidup kat luar lebih teruk nak survive! Nasib baik saya tak mati. Sekarang saya dah insaf dan takkan keluar jauh-jauh lagi. Saya sayangkan tempat ini, sebab tuan dah jaga kami sejak Oktober 2012 sampai sekarang. Kalau tuan tak ambil kami dari pasar, tak tahulah apa nak jadi dengan kami."
"Oh ya, saya belum dimandulkan, dan ada kucing bohjan yang minat dengan saya. Dia dah kawin dengan puteh, bila puteh hilang, dia mengorat saya pulak. Eh tolonglah! Muka dahla tak hensem, ada hati nak mengorat saya yang lasak ni?"
"Helo. Nama saya Puteh. Saya sebaya Belang. Berat saya dalam 3.2kg setakat May. Saya tak suka terkurung. Saya suka bebas dan kalau boleh saya nak pindah duduk rumah makcik depan tu. Sebab dia tak simpan kucing dalam sangkar. Jadi saya boleh datang dan pergi sesuka hati. Dia bela kucing 3 kaki, namanya Tompok. Makanan dia, makanan saya. Kami share walaupun takde agreement. Heheh. Kalau nak berry, saya berry je kat pokok bunga makcik yang depan rumahnya. Kalau rajin, saya ikut Belang pergi berry kat pasu sayur jiran tuan yang cina tu. Diorang tak kata apa pun. Tapi, sebenarnya, saya lagi suka kalau berry kat rumah sendiri. Tapi tuan selalu lambat tukar pasir. Bila dah tukar, kena berebut pula dengan Boboy. Selalunya saya kalah. Terpaksa masuk pasir yang dah ada najis Boboy. Huh!"
"Kalau pasal makan, saya memang tak kisah makanan kering atau basah. Sama saja. Kalau lapar, makanan kering pun saya bedal. Rangup apa. Tapi kalau tenghahari tu tuan bagi makanan basah, pun saya suka. Lagi suka kalau dapat makan kat pinggan berasingan daripada Boboy. Kalau tak, asyik makanan baki-baki dia je yang saya dapat makan. Kadang tuan bagi rumput, boleh la saya kunyah-kunyah sikit nak kurangkan hair-ball dalam perut saya yang dah berpintal-pintal ni. Bila dah muntah, lega sikit perut. Saya ni ada masalah bulu gugur yang agak teruk. Mungkin sebab bulu saya terlalu tebal, jadi, selalu gugur dan kalau saya jilat badan, tertelan begitu banyak. Tu sebab saya cepat kenyang bila makan. Sebab dalam perut saya banyak bulu..."
* Setakat 18 Julai 2013, Puteh dah seminggu hilang. Suspected kena curi sebab kucing putih dah 2 kali hilang dari rumah ni. Masa dia hilang, kebetulan semua kucing tak masuk dalam sangkar. Sebabnya, tuan dia tak tukar lagi pasir. Kesian pulak nak kurung diorang dalam pasir penuh najis tu. Sure pening.
"Hai. Nama saya Boboy. Saya suka betul nama tu. Kalau tuan panggil, dari jauh lagi saya berlari balik rumah. Tak kisahlah dia nak bagi makan, atau saja nak usap-usap kepala. Saya suka panjat kat lutut tuan saya, minta dibelai. Kalau tuan dokong saya, lagi saya suka. Tapi selalunya saya kena bersaing dengan Belang. Sebab bulu dia lebih tebal dan cantik, selalunya tuan akan usap dia dulu. Ceh. Saya ni jantan yang gagah perkasa. Tak macam yang dua ekor betina tu, lembik dan mengalah. Kalau bab makan, sayalah yang paling terror berebut. Kalau dapat wetfood, saya yang makan dulu. Yang lain, sila tunggu saya kenyang baru merasa. Kalau tuan letak pinggan asing-asing pun, saya pastikan saya makan yang dipinggan saya lebih laju daripada diorang, supaya lepas tu saya boleh paw makanan diorang. Hahaha. Diorang tu pengalah. Sebab itu saya yang selalu menang. Yey!"
"Saya dah gemuk ni, tapi bulu saya pendek, jadi, saya tak nampak gemuk. Cuma nampak sasa. Berat saya 3.7kg masa timbang semalam. Oh. Saya jumpa vet. Sebab kena jangkitan selsema daripada Belang. Belang kena daripada Puteh. Si Puteh tu tak tahu kenapa tak baik-baik selesemanya. Sekarang dia dah hilang, rindu pula. Kami dah cuba cari dia, tapi tak jumpa. Harap dia balik lah. Ada peluang saya nak buli dia lagi".
"Oh, saya dah dimandulkan haritu. Sebab tuan tak nak saya kencing merata. Saya memang tak kencing dan berry kat rumah orang macam yang dua ekor tu. Saya mesti balik rumah kalau nak buang air. Jadi, bila tuan tukar je pasir, saya selalunya jadi yang pertama gunakan pasir tu. Kadang tu saya main mandi manda pasir baru. Yuhuuu best! Tapi, mesti tuan saya marah lepas tu. Saya tak kisah duduk lama dalam sangkar. Tapi tuan kena lah pastikan air dan makanan cukup. Saya dan Belang suka minum. Air cepat kering. Kalau air kering, saya terpaksa mengiyau lama nak bagitahu tuan."
Boboy dan Puteh. Selalunya kalau macam ini aksinya, mesti tengah tengok ada orang mengagah dengan mainan diorang.
Puteh : Eh, amenda tu? Nampak macam menarik aje??? Eiii... Geramnya.
Boboy : Eleyh... bosanlah, balik2 mainan yang sama....Tak hebat langsung...
Pada suatu ketika, ayah terjumpa kucing kecik di Pasar Keramat. Dia kehilangan maknya, atau maknya tinggalkan dia. Lalu, ayah pun bawa pulang untuk dipelihara.
Kucing ni nampak macam lapar dan kesejukan. Tapi bila dimasukkan ke dalam carrier, letak suratkhabar dan wetfood, habis dicarik-cariknya suratkhabar dan ditumpahkan wetfood tu. Dahla bising, bau busuk pula tu. Kami nak mandikan dia takut dia selsema pula sebab dah lewat petang dan dia nampak horrible sangat dengan kuku panjang dan bulu yang kotor. Sementara dia ada di rumah, habis 3 ekor kucing kita dah lari ke rumah jiran tak nak balik, sebab anggap dia ni satu ancaman. Aduhai, penat dok panggil2. Akhirnya, ayah hantarkan kucing ni ke Omeofarm di pasar malam uptown Danau Kota, supaya ada orang berminat nak bela. Kebetulan tak lama dia mengiyau di sana. Bila di couple kan dengan anak kucing lain yang warnanya lebih kurang sama, dia diam pula. Jadi, dah ada orang adopt. Syukur, Alhamdulillah. Begitu pun, yang 3 ekor di rumah ni, ambik masa semalaman untuk balik semula ke sangkar, sebab ingat kucing kecik ni masih ada. Apa lah....
Bila Noneng datang, macam mana? Diorang tak jeles ke?
"Hai. Nama saya Noneng. Dulu, nama saya Oyen. Itu masa saya dibela tuan bernama Ani. Dia tu mental. Ade ke dia kurung saya 24jam? Dia cuma bebaskan saya 5-10 minit aje masa dia balik kerja, main-main dengan saya, lepas tu dia tido, saya kena kurung balik. Mana tahannnnn! Saya pun ada nyawa, nak gerak sana sini. Nak kenal tempat baru. huh. Sengal! Nasib baik Ani bagi saya kat tuan Hairul. Tuan ni okey, normal. Malam pertama, saya dikurung dalam sangkar. Mana bleh!!! Saya nak bebas. Jadi, saya mengiyau sepanjang malam, dan sepahkan pasir najis, tumpahkan air, dan makanan. Besok paginya, bila diorang bangun tidur, terkejut tak sudah. Nasib baik saya tak kena pelangkung dengan tuan perempuan yang garang tu.. ei. Takut. Agaknya diorang kesian dekat saya. Lagipun saya kan comel. Hihi.. Tak kisahlah nama Noneng atau Oyen. Yang penting saya masih hidup sampai sekarang.."
Noneng datang dalam bulan May 2013, ada dalam entry yang ini. Kemudian perkembangannya dalam sini. Selepas sebulan, Noneng jadi lebih gemuk dan sihat, Alhamdulillah. Aktif dan suka menyepah barang dalam rumah. Tak macam yang 3 ekor tu tak boleh masuk dalam rumah sebab bulunya senang tercabut dan berterabur dalam rumah, Noneng pula tak boleh keluar rumah, sebab bulunya tak mudah tertanggal dan risau dia kena langgar kereta nanti.
Noneng ni kucing parsi yang pendiam tapi friendly. Walaupun betina, dia bukan jenis pengalah. Kalau dia keluar dari rumah, dia akan cuba berkawan dengan 3 ekor tu, tapi dia suka tunjuk garang. Lepas tu kalau dah bosan, dia akan keluar dari pagar porch dan menghilang ke rumah jiran. Itu la yang kami tak suka, sebab dia ni senang diagah dan mudah dibawa lari. Nanti hilang pulak lagi kucing amanah orang ni.
Beza Noneng dulu, yang serba serbi lemah dan lesu, masa mula ambil dia.
Dan sekarang. Nampak lebih bertenaga, manja dan suka kepoci bila orang baru balik kedai. Nak tengok kita beli apa.
Ala, barangan make-up Avon pun dia kepoci nak tengok juga.
Berebut mainan dengan Ica.
Suka nak tengok atas meja ada apa.
Kalau kita tak bagi naik meja makan, nanti dia buat muka kesian dia macam ni.
Bila mainan ni letak kat luar, sekejap je dah jahanam. Memangla kalau namanya kucing kampong, main pun ganas semacam. Dah tak boleh guna mainan ni sebab bebolanya dah tertanggal. Sayang aje beli RM50...
Tengok si Puteh mengerjakan benda tu tak puas-puas... Si Belang pula macam kata "Aku tak bersalah...look who did it!"
Bila dah kena sergah dari dalam rumah, barulah Puteh macam nak kata "Ops, sorry, tak sengaja la tuan..please dont punish me..." Sementara si Belang pula kata "Ha, padan la muka kau, dari tadi main macam dah takde esok lusa.... "
Walaupun Noneng hanya duduk dalam rumah, dia jenis alergi dan senang kena selsema, especially bila asyik keluar masuk tempat berhabuk.
Hidung sumbat dengan hingus hijau hampir menitis. Bernafas pun ikut mulut. Kalau dibiarkan, kucing boleh mati. Tapi Noneng ni kami takla biarkan macam tu aje. Kita bawak ke vet, ambik suntikan antibiotik dan bagi makan ubat kahak dan hingus supaya segera kering.
Mulanya, Noneng hanya diberi makan Iams saja, 3.8kg = RM70. Untuk bagi dia selang seli rasa makanan lain, kita belikan juga dia Royal Canin ni, 2.8kg = RM80. Tapi, Noneng lebih suka kalau kita bagi dia wetfood Whiskas. Cuma, Whiskas tak elok untuk kucing Parsi, dan juga kucing-kucing lain sebenarnya sebab banyak garam dan menyebabkan bulu cepat gugur. Lagipun sebab Noneng berak dan kencing dalam pasir yang letak dalam rumah, jadi kalau makan wetfood, najisnya akan jadi sangat busuk. Oleh kerana dia dah merasa wetfood masa boarding haritu, bila balik aje rumah, dia tak nak sangat makan makanan yang lebih mahal daripada wetfood nih. Haih.
Keistimewaan lain Noneng ni, ialah dia lebih cheeky berbanding yang 3 ekor tu. Yelah sebab bulu dia lebih tebal, mukanya lebih pendek dan hidungnya lebih pink, jadi dia nampak lebih comel. Walaupun ketika tidur.
Tidur macam-macam gaya pulak tu...
Tak tahulah sama ada semua kucing parsi sukakan buku. Sebab Noneng sangat suka dengan buku, dan masa saya study hingga lewat malam, ata sampai ke pagi, dia akan setia menemani. Macam kalau saya sibuk buat assignment, dia pasti ada je dekat situ. Siap tidur-tidur lagi. Tapi mesti dekat dengan buku nota.
Muka ajak main.
Ni baru naik meja. Muka tak bersalah aje nak kacau orang.
Dah jatuhkan buku, lepastu dia turun dan baring sebelah buku tu. Konon suruh kutip kot?
Muka manja, minta penampar. Hahaha.
Tidur dengan buku sampai ternganga...
"Tips cepat masuk otak, ialah tidur dicelah buku. Bagun esok, sure pandai...hehe.."
"Hmmm...wanginya buku ni.... saya suka bukuuuuu.... boleh lena kalau cium bau buku ni masa nak tidur...."
Tido atas sofa pun ternganga jugak. Bukan sebab dia selsema ke apa.
Sengaja fesyen tidur ternganga macam ni, sebab tu selalu masuk habuk, pastu selsema lagi...
Masuk dalam FB, dapat 162 likes :-D
Port tidur ialah dibawah meja belajar ibu di dalam bilik tidur.
Bila ibu panggil keluar, barulah terpisat-pisat bangun cari suara ibu kat mana...
Subhanallah... tak tahulah gaya apa nih
Tidur yang extreme sampai terpusing...
Suka dengan tv sampaikan berita bisnes pun dia tengok jugak...
Sangat suka dengan alat tulis dan buku nota...
Punyelah nak manja-manja dengan Ica sampai terangkat kaki...Isk
Bermanja yang extreme...
Peminat Oggy & the Cochroaches, sama macam Ica...
Noneng rapat dengan Ica. Masa ni Ica menangis sebab tak dapat tengok tv channel yang dia nak. Noneng entah dari mana datang, terus duduk macam ni kat dia, seolah-olah kata "Dahla...takyah nangis lagi...buruk tau... jom main dua orang nak?"
Kalau takde orang nak layan, dia buat-buat pengsan macam ini.
Pengsan bawah meja.
Pengsan bawah kerusi.
Pengsan depan fridge. Dah macam cicak pun ada.
Muka merajuk tak dilayan.
Muka caution kot-kot nak kena tolak turun meja.
Muka buat-buat pengsan, mintak ajak main.
Muka kucing beriman, sabar menanti...
Muka penuh pengharapan, ajak main.
Selain tu, Noneng ni kalau main, lebih kreatif daripada 3 ekor. Apa saja boleh jadi bahan mainan dan tak semestinya kena benda tu gerak-gerak depan dia baru dia boleh main.
Paperbag pun jadi. Dia tak gayat pun duduk dalam tempat sempit. Kalau kucing 3 ekor tu, mahu menjarit melolong kalau letak kat tempat sempit macam ini.
Duduk dalam bakul sendiri. "Hai, saya okey je.."
Ni muka menyahut kalau dipanggil.
Baik aje dia duk dalam ey...
Bijak buat muka sedih macam nak nangis...
Pastu ada air mata tergenang kat kelopak mata tu...
Pastu tunduk majuk...eleyh!
Masuk dalam FB, ramai yang dok kesiankan dia kena marah sampai nanges...hihi.
Bila tidur malam, Noneng akan tidur di depanm pintu bilik kita, sebab ada rasa sejuk air-cond sikit. Tapi kalau kita bangun keluar bilik, laju-laju lah dia dia nak masuk tidur dalam. Tapi kami taknak biasakan dia tidur dengan kami dalam aircond. Bulunya tu nanti masuk dalam udara air-cond. Tersedut sekali. Tak nak lah. Kalau siang takpe. Takde air-cond. Dia pula kalau tidur dengan kita, memang lena sangat. Walaupun kena tindih tangan ke apa. Cool saja. Dasar kucing domestik. Tak boleh survive tanpa tuan. Macam tulah.
Pada kami, Noneng ni dah macam ahli keluarga. Disayangi, dimanjakan, dan kadangkala kena penampar jugak, kalau tak dengar kata. Haha macam lah dia faham kata kita. Tapi, dia faham gestures kita.
Kebetulan dia pun sepet, so welcome aboard, sepets. Hehe.
Till then.


























No comments:
Post a Comment