Aug 21, 2013

Anniversary yang terlupa. Edisi membebel.

Bismillah...
Dear Ica...

Hari ini ibu hangin betul dengan ayah. Malam tadi, Ica lelah. Asyik batuk tak henti. Ayah cuma terjaga dan tanya Ica nak muntah? Lepas tu tidur balik. Akhirnya, ibu juga yang suruh Ica naik ke katil. Urutkan dada dan belakang Ica dengan vicks. Suruh Ica kencing dulu, lepas tu tidur balik, selimutkan dan himpit kasi jangan sejuk sangat. Ayah? Selamba je tidur macam tak ada apa berlaku.

Lepas tu paginya, ayah tu dahlah bila dikejut solat subuh liat sangat. Bila bangun, benda pertama yang dia tengok, hp. Bukan nak tengok Ica tu dah okey ke? Lelah lagi ke? Jauh sekali nak ajak ke klinik ke apa. 

Mesti ayah dah rasa best sebab pagi-pagi sebelum pergi kerja, sempat buat mi goreng. Tapi mi goreng kali ni pucat lesi, kering aje. Macam tak ikhlas :-( lepas tu, ibu juga lah yang kena kemaskan dapur, bersihkan singki dan letak balik benda-benda dah pakai. Ikutkan ayah, takyah kemas seumur hidup pun. Kalau ayah yang masuk dapur, dia buat senyap-senyap pun ibu tahu sebab kesan yang ditinggalkan ialah dapur bersepah. Kat mana dia terakhir guna barang, contohnya pisau, ha kat situlah benda tu tersadai. 

Dahlah tu, hari ini kan hari alamflora kutip sampah. Tapi ayah selamba aje tak buang sampah kat luar. Padahal sampah dah menimbun. Kalau diingatkan kat dia, mesti jawabnya, alah, nanti petang ayah buanglah. Hari Jumaat kan dia datang kutip sampah lagi... Kalau diingatkan pasal buang tahi Noneng yang kat belakang tu, nanti jawabnya, alah malam nanti ayah buanglah. Adaaaa aje jawapan nak pospone buat kerja rumah. Tapi kalau pasal kerja dia. Pasal jumpa kawan-kawan dia. Tak boleh seminit pun lambat. Tak boleh delay langsung langsung langsung! Dia bukan kisah kenapa kena buang tahi kucing tu. Kita yang duduk rumah ni tak tahan bau busuknya. Dia tak kisah. Seolah dia nak kata, kalau tak tahan, buanglah sendiri...

Mentang-mentangla ibu ni tengah cuti, tak kerja. Kalau boleh semua kerja rumah dia nak ibu yang settlekan dan jangan susahkan dia. Alah, ibu dah faham sangat body-language dia. Semalam dia balik kerja petang tu, ibu baru nak landing, dia boleh tanya, harini awak buat apa? Berehat je ye?

Haih, panas je telinga ibu ni. Dia ingat benda-benda boleh gerak sndiri ke kasi rumah kemas? Baju berbasuh dan bersidai sendiri? Ica tu pandai ke bersiap sendiri nak ke tadika? Makanan tu tahu ke menjadi sendiri? Lepas tu masuk mulut Ica sendiri? Ica tu tahu ke jalan ke Tadika sendiri? Sampah daun kering dengan tong sampah terbaring kat luar tu tahu ke mengemaskan diri sndiri? Kucing tu tahu ke ambik sendiri makanan dalam pouch dia, ambik sendiri air dari paip masukkan dalam bekas minuman dia?

Kalau tak orang gaji tak bergaji ni buatkan, boleh ke jadi sendiri?
Grrrrr..... cakap macam tu dengan orang yang penat dengan kerja rumah. Memang la sesaja nak mengundang bebelan.

Ayah ni, kalau ibu lupa sesuatu yang penting, sampai kiamatla nescaya dia pun takkan ingat. Tapi, bila kita lupa letak mana barang-barang dia, bukan main marah gila. Padahal kita dulu yang marah kat dia sebab suka letak barang-barang dia merata tempat. Dia buat derk aje. Kepakaran biasa dia lah tu. Bila kita tolong kemaskan/simpankan, dahlah tak berterima kasih. Bila tak jumpa, marah-marah. Kalau dah tahu kita ni pelupa, tolongla bekerja sama, simpan sendiri. Ini tidak. Kalau boleh, yang lekat di badan tu pun dia nak letak atas meja lepas tu tinggal aje. Kang time nak guna baru carik. Bukan dia kisah, kita ni tak suka semak-semak, letak suka hati. Kepakaran dia lah tu. Buat semak.

Nak tahu betapa pelupanya ayah ni, sampaikan tutup pintu toilet pun ibu kena gantung nota. Dulu, kat sliding door depan tu, ibu kena letak kertas putih dengan tulisan TOLONG TUTUP BALIK LANGSIR. Kalau tidak, memang forever and ever tak pernah nak tolong tutupkan langsir. Tapi kalau kita ni pakai pendek kat dalam rumah, marah-marah sebab takut orang luar nampak. Dia sendiri tak nak tolong cover kan. Macam tu. 

Lagi pelupa, bila buka pintu almari, asyik tak tutup balik. Pintu almari kita ni sliding door, mcm pintu rumah. Asyik lupa tutup balik. Begitu juga suis lampu. Pelupa nak off balik bila dah tak pakai. Dulu lebih teruk. Lampu, kipas, charger, semua tak off. Sekarang ni dah up sikit, lampu dengan kipas dia dah ingat nak off. Tapi charger hp, jangan harap dia nak off. Satu charger dah rosak tu. Takpe, dia beli baru. Padahal bukan susah nak off charger tu. Tarikh hp, off lah suis! Bukan kena selak tikar ke, panjat tangga ke, naik bukit ke apa. Sengaja pelupa! 

Dulu selalu juga ayah tu lupa kunci pintu/gril depan. Selamba je tidur padahal dia orang last masuk bilik. Kita bangun pagi selak langsir tengok gril tak berkunci. Ada kalanya dengan sliding door tak bertutup rapat. Ralat tak??? Mestilah ralat. Nasib baik takde apa jadi. Kalau tak, free-free aje.

Lupa kunci kereta dah berkali-kali. Nasib baik Allah tu masih izinkan kita memiliki kereta tu. Kalau tak, naya aje dicuri orang sebab lalai sendiri. Sekarang ni tiap kali ibu kena ingatkan dia. Dah kunci pintu? Kereta? Pagar? Ibu ni dah macam robot-reminder-tak-bergaji.

Lepas tu pandai pula mengingatkan kita ni, kalau masuk bilik jangan lupa kunci sendal tu dua-dua. Manalah tahu... Kot ada apa-apa yang tak diingini. Ha. Tahu pun ertinama waspada. Dia tu pelupa gila, tak sedar diri.

Nasib baik ibu ni suka membebel. Sebab nak ingatkan dia itu ini yang dia selalu lupa. Mesti dia lupa pasal yuran sekolah Ica dah nak kena bayar lagi. Itu benda yang besar. Benda yang kecik-kecik macam apa yang dia dah masak dan ada melambak dalam fridge tu, tentu langsung tak register dalam kepala dia. Bila datang je mood nak masak, naaah beli barang-barang semua. Masak banyak-banyak. Tak habis, sumbat lagi dalam fridge tu... Dia bukan nak semak dulu, apa yang dah ada dalam fridge. Apa yang kurang baru beli. Blablabla...

Tak tahulah ayah tu masih ingat tak lagi tarikh lahir Ica. Dulu, balik-balik bila orang tanya, anak lahir bila, selamba dia kata bulan 10. Padahal 24 September. Nasib baik birthday ibu dia tak lupa. Sebab birthday dia sendiri pun dia lupa (-_-).

Mungkin kesan duduk sebumbung dengan makhluk pelupa-seantero-alam, jadinya, ibu pun dah terjangkit dengan penyakit bawaan ayah tu. Dah ayah tu memang lah pelupa tak dapat diubat. Lempang je boleh kot? Tapi kali ni, ibu sendiri terlupa, Anniversary nikah ayah dan ibu pada 12 Ogos lepas dah pun TERLEPAS SEMINGGUUUUUU..... (-_-) (-_-) (-_-)

Yang ibu ni sibuklah wish orang itu orang ini happy anniversary, tau-tau ulangtahun nikah sendiri dah TERLUPA langsung...ceh ceh ceh! Salahkan ayah. Memang salah ayah. Kan ibu kata, kalau ibu dah lupa sesuatu yang penting tu, ayah lebih-lebih lagi tak ingat. Malah tak register pun kat kotak kepala dia tu. Harapkan hp. Bangun pagi asyik terlewat pun tak sedar lagi hp takde bunyi alarm.

See... apa yang ibu buat pada 12 Ogos tu? Seingat ibu, itu hari Isnin. Sabtu dan Ahadnya, ibu tak sihat. Sakit tekak, demam. Ahad tu ibu ke klinik. Jadi Isnin tu ibu berehat saja di rumah. OOhh sebab tu ibu tak ingat... Ibu tak sihat rupanya. Ayah pula? Ayah yang super-pelupa-sedunia tu, pergi kerja macam biasa. Seolah-olah takde apa yang berlaku. Dia memang pakar buat macam itu. Kalau ibu sakit teruk nak pengsan pun, dia buat derk aje. Macam takde apa yang berlaku lah. Bangun pagi, tengok hp, pastu siap-siap keluar rumah. Kalau pun takde kerja kat luar tu, dia tetap keluar juga tengok langit (-_-) sampailah nanti ibu bagitau dia 8-10 kali, pasal ibu demam...ibu tak larat... ibu sakit tekak...badan sakit-sakit...uhuk uhuk... Ha, masa tu barulah dia datang tengok, tanya, nak gi klinik ke? Jomlah.

Ha. Itulah ayah. Pakar dalam membuat-tak-tahu-apa dan pelupa-seantero-dunia. Tapi, kalau dia punya plan, dia takkan lupa. Siap buat ceklis. Tulis elok-elok. Pastu recall sejuta kali. Macam plan dia nak gi Phuket 3 Sept ni. Nak konvoi dengan kengkawan motor dia. Pastu sejak sebelum raya lagi asyik disebut nak bawa itu ini. Siap gi beli seluar baru lagi. Ada pendek, ada panjang. Siap kalau ada masa lapang cek senarai benda nak bawak. Tapi dia tak ingat, nombor kawan-kawan yang dia nak bagi kat ibu, bila nak bagi. Tempat-tempat yang dia bakal singgah. Bila nak bagitahu. Mesti dia takkan ingat langsung nak tinggalkan duit ke apa, untuk kita. Itu lah ayah.

Hari ini Ica lelah. Ibu dah bagi gas (Ventolin+Booster) tadi. Lepas tu suap nasi lauk sup dada ayam dan kentang. Bawang putih dan halia lebih. Mudah-mudahan ada kurangnya. Madu dan kismis macam biasa juga. Tapi ubat batuk dah habis. Hanya bagi ubat lelah dan selsema. Tak cukup. Sebab Ica masih batuk. Bila ibu bagitau kat ayah, minta dia beli ubat batuk kat klinik Cheras Perdana, dia boleh selamba-selamba lagi, pergi lepak lunch dengan kawan-kawannya. Bila ibu tanya, kat mana, masih di tempat makan Bukit Aman. Sedangkan dah beberapa jam lalu ibu bagitahu dia. Mesti nanti jawapannya, ala nanti ayah belilah... Tak emmergency langsung. 

Oklah. Dah banyak membebel. Bila tengok gambar ni, rasa macam nak lempang aje ayah tu laju-laju. Heh. Mesti nanti dia kata, ha kan dah bawak jalan ke Fraser's Hill. Kira hadiah anniversary la tu. Ye la. Hadiah yang tak sengaja sebab ibu yang membebel ajak jalan.
Oklah. Happy anniv to ayah dan ibu yang ke 6. Alhamdulillah.
Semoga Allah memanjangkan jodoh ini selamanya. Ameen...

No comments: