Bismillah.
Dear Ica...
Hari ini Ica ponteng sekolah lagi sebab belum baik demamnya. Demam pulak. Semalam cuma lelah saja. Nasib baik la ayah beli mesin nebulizer tu 2 tahun lepas. Memang sangat berguna. Alhamdulillah. Tapi kita masih nak find-out, macam mana nak service mesin tu. Tanya di farmasi, mana nak dapat corong oksigen tu, ingat nak beli untuk spare dan gantian barang seketul-dua, tapi farmasi kata, kena special order dari luar. Hmm mungkin tu standard farmasi cikai. APTB. Esok ayah kata nak try tanya kat farmasi yang mengimport ventolin dan atrovent tu pulak. Selalunya segala ubat pelik-pelik ada jual di situ.
Hari ini, lewat pagi tadi, dalam pukul 11, tercatuklah kami di klinik Kita Cheras Perdana, nak jumpa Dr Salmi. Dah agak lama tak jumpa dia. Tahun ini, selepas 8 bulan, baru jumpa. Alhamdulillah. Tandanya apa? Ica sihat selama 8 bulan. Kalau tidak, dulu setiap bulan mesti mengunjungi doktor setengah abad yang nampak muda sikit je daripada santa clause tu. hikhik. Kalau tak sebulan sekali, dua minggu sekali. Ada masanya, setiap minggu jumpa dia, walaupun jarak perjalanan dari rumah ke Cheras Perdana tu separuh haluan nak ke Putrajaya. Ica punya pasal, harus tabah hati dengan jem dan karenah driver kiasu yang suka memotong.
Bukan setakat bergaya macam JLo, tapi tadi memang cuaca terik sangat. Tengok muka, dah ada gaya orang dewasa, sekali, pegang teddy bear pulak. Terus failed. Hahah.
Ironinya, selepas berbulan tak jumpa, Dr. Salmi masih tetap macam tu. Kasut kanvasnya yang lusuh tu masih tetap tak bertali. Kami selalu bergurauan sendiri, tentu kasut tu menyimpan memori paling mahal graduan Manchester tu. Tapi pelik kan. Kasut kanvas jenis bertali, tak tercabut daripada kaki ketika berjalan walaupun takde tali. Haha. Bayangkanlah sendiri.
Berbalik pada Ica. Walaupun semalam, exercise madu dan kismis, dan habbatussauda' dihentikan seketika, sebab nak memberi laluan ubat lelah, ekzema/keradangan/paru-paru, dan ubat batuk, juga pengambilan oksigen secara nebulizer yang consistent sebanyak 4x sehari, Ica masih tidak baik lelahnya, malahan semakin pendek-pendek nafasnya, dan semakin tak boleh tidur pula dia. Lalu demam. Itupun nebulizer, ibu dah naikkan dose kepada dose orang dewasa. Itu sebabnya kena juga ke klinik pagi ini. Nak kena minta antibiotik nampaknya.
Betullah apa yang ibu agak. Bila nebulizer dah tak mendapat reaksi badan, maknanya, kuman dah interfere. Kena bunuh kuman dulu, supaya badan boleh menerima nebulizer. Memang selalunya macam inilah cara peaskit lelah nak baik. Bila malam, badan tak dapat memulihkan dirinya, sebab kuman terlalu kuat. Jadilah demam. Untuk beritahu pada kita yang badan tak berupaya melawan kuman. Kesian Ica. Tidur pun tak lena. Ibu apatah lagi. Lelap sekejap, mimpi buruk. Terjaga. Cek temperature. Lelap lagi, mimpi buruk yang lain pula. Hingga ke pagi.
Selepas ambil antibiotik dan nebulizer lagi sekali, sepatutnya Ica tidur. Ini tak. Makin tak boleh duduk diam dia. Ibu pulak yang tertidur di mana-mana. Atas sofa tidur kejap. Masuk bilik temankan Ica, pun ibu yang tertidur dulu. Lepas temani Ica kencing pun ibu tertidur semula. Ica, siap ke ruang tamu, buka tv, buka kipas. Lepas tu tutup tv dan kipas, masuk semula ke bilik tidur, tapi dia tetap tak boleh tidur.
Keburukan ubat-ubatan kanak-kanak memang begitu. Kandungan gulanya menyebabkan sugar-rush pada kanak-kanak yang dah immune dengan ubat-ubatan tu. Ibu harap, untuk jangka masa panjang, badan Ica akan tetap boleh responsive dengan ubat-ubat ni untuk future survival. Ibu bukan tak percaya dengan perubatan non-drugs. Malah ibu memang mengamalkan makanan seimbang selagi boleh, dan tak pernah lupa bagi Ica madu dan kismis setiap hari. Tapi, bak kata orang, siapa yang tak pernah sakit? Firaun aje kot. Bila sampai masanya, ia akan berlaku. Even nutritionist pun perlukan doktor dan ubat.
Ibu salute juga pada ibu-ibu lain, yang tidak mencemarkan tubuh badan anak-anak mereka dengan ubat dan 'racun'. Bila demam, mereka amalkan VCO, extract bawang putih, extract zaitun, sup sayur dengan banyak halia dan bawang putih. Mereka tak makan makanan yang bukan organic. Sajian harian mereka ialah sayuran hijau organic dan lauk-pauk organic yang hanya dijual disesetengah pasaraya besar saja. Mereka juga tak ambil suntikan vaksin untuk anak kerana percaya kandungan vaksin tu selain meragukan, elemennya juga bahaya dan boleh menyebabkan maut, atau alahan yang teruk.
Ibu nak ikut jejak langkah mereka, cuma ibu rasa susah sangat lah. Pertama, ibu dah biasa dengan ilmu yang diperturunkan oleh orang dulu kala mengenai kepentingan vaksin, dan ketidakpentingan makanan organic. Kedua, kalau tanya ayah pula, minta pendapat dia, dah tentu dia akan kata "buat apa..?" kan. Persekitaran ibu masih dikelilingi oleh orang-orang yang sama pendapat dengan ibu.
Nak cari bekalan makanan organic pun tak mudah. Lainlah kalau duduk di kampung dulu. Daripada sayur sampai ikan, semua organic. Apa taknya, sayur kacang panjang, cili, terung, bayam, pucuk betik, pucuk paku, pucuk ubi, pucuk manis, keladi, ulaman semua tanam depan dan belakang rumah. Buah-buahan pisang, ubi, labu, mangga, cermai, semua disekeliling rumah saja. Ayam, baik yang serama mahupun yang biasa, ada je dalam reban. Telur itik dan ayam, kalau teringin, hanya kutip saja. Kalau nakkan ikan, pancing, atau jala saja dari parit. Kalau nak yang gemuk sikit, bela dalam tempayan, sampai masanya, gemuklah dia. Kalau nak yang kering/masin, jemur saja yang siap disiang tadi.
Tapi, zaman sekarang, kat kampung pun susah nak dapatkan yang organic. Semua orang dah ikut cara jabatan pertanian. Ada benih, ada baja, ada racun serangganya. Kalau tak pakai racun serangga, alamat tak menjadilah tanaman. Sama saja, orang di kampung pun beli juga di pasar dari pekan.
Itu baru bab makanan organic. Nak mulakan sesuatu memang sangat susah. Kan. Kalau tak ambil vaksin pula, bimbang juga kalau kesan jangka panjang nanti tak elok untuk anak kita. Manalah tahu, disebabkan tak divaksin, anak kita pula penyebab sakitnya anak-anak orang lain. Manalah tahu kan. Sistem imuniti badan kita tak sama.
Bila Ica demam, ada kawan 'organic' ibu menasihatkan supaya mengamalkan pemakanan seimbang dan organic, macam dia. Dia hebat. Semua 4 anaknya tak divaksin. Sihat semua. Penyusuan susu ibu hingga 2 tahun. Hebat. Syukur dengan rezeki nikmat Allah. Ibu segan nak cakap, ibu hanya susukan Ica beberapa hari saja. Dan adalah kisah panjangnya yang ibu tidaklah sesalkan 100%, cuma kalau boleh, tak mahu ulangi lagi saat itu. Tapi, cara kita tak sama, walaupun matlamat kita sama. Ibu hormati nasihatnya tu, tapi, I have my own way. Tak organic lah. Tapi seimbang, dunia akhirat, Insyaallah.
Disebalik kesusahan membesarkan anak yang sensitif, ibu syukur sangat, sebab masih boleh berkongsi nikmat hidup dengan 3 ekor anak bulu kurniaan Ilahi. Ayat macam best je kan. Hiks.
Ibu rasa, imuniti Ica dah kuat untuk mengatasi penyakit bawaan kucing. Sebab dah 8 bulan dalam tahun ini Ica tak demam. Bulu kucing memang merata-rata berterbangan dalam rumah. Nak buat macam mana. Ibu, ayah dan embah pun bergiliran sakit dada dan selsema disebabkan bulu kucing. Tapi kita tahankan aje. Mungkin imuniti Ica jadi lemah dengan persekitara tadika sebab seminggu lebih cuti raya. Bila sekolah balik, terkejut kot dengan kuman-kuman baru yang ada tu? Wallahua'lam.
Noneng yang gemuk, kuat makan dan comel. Bulunya yang gebu, matanya yang cerlang, memang menyebabkan sayang secara automatik.
Dan dia cukup suka peluk kaki ibu (yang hodoh kering ni...sobs..)
Manakala Bebel dan Boboi pulak, dah besar dan tahu jaga diri. Alhamdulillah...
Boboi si kaki buli.
Bebel pujaan kucing jantan jalanan.
Hakikatnya, bela kucing ke, bela orang ke, semua memerlukan pengorbanan. Hanya kita yang melakukannya saja yang tahu susah senangnya. Dan hanya kita saja yang tahu apakah jalan terbaiknya untuk survive.
Rata-rata yang melihat ibu dan ayah sibuk dengan kucing, hairan kenapa ibu tak tambah anak saja. Betul juga tu. Kalau tambah anak, dengan umur Ica yang dah 5 tahun ni, paling kurang, dah 3 adik Ica kan. Hihi. Tapi soal anak ni kan rahsia Tuhan. Berapa Dia nak beri, bila Dia nak beri, apa akan jadi pada anak-anak ni, semua takdir Tuhan. Ibu berusaha juga. Mungkin tak sekuat orang lain lah. Ibu ada simpan harapan juga. Tapi tak terlalu menggunung tinggi. Kalau ada rezeki, Insyaallah. Ibu terima. Kalau tak ada, ibu syukur dengan rezeki-rezeki lain yang Allah beri ni.
Ibu tak pernah terfikir pun, kenapa Tuhan beri ibu Ica seorang saja. Tapi, ibu merasai hikmahnya. Demi membesarkan Ica, dan nak Ica jadi anak yang sihat dan seimbang dunia akhirat, ibu sampai terlupa pasal adik Ica. Ibu serahkan bulat-bulat pada Allah. Apa pun, ibu dah cukup bahagia dengan kehidupan ni. Alhamdulillah.





No comments:
Post a Comment