Aug 27, 2013

Balik kampung.

Bismillah.
Dear Ica.

Disebabkan demam Ica yang on-off untuk beberapa hari ini, dan ibu pun terasa nak keluar dari rumah ini sebab bosan kot tiap hari terperap di rumah, dan tunggu ayah balik, maka, ibu decide untuk balik kampung, iaitu ke rumah Wak Haji Nordin, mengjenguk embah, barang sehari dua.

Ayah sangat sibuk dengan projek akhirnya. Sampaikan kenduri cukur jambul rumah anak saudaranya pun dia tak sempat nak pergi. Ayah keluar pagi-pagi, dan balik sekejap untuk rehat lepas asar, dan lepas solat maghrib, dia pergi semula. Bersungguh-sungguh betul ayah ni. Alhamdulillah.

Ibu cari teman untuk balik kampung. Mulanya tanya abg Suhaib, tapi dia pun sibuk nak hadiri open-house raya sepanjang weekend. Rugilah kalau ada jemputan tapi tak dapat pergi kan. Lepas tu, tanya Kakak Seha. Anak Wak Haji Nordin. Dia kata, ok. Jadi, kita plan, pukul 8 di rumah kita, dan lepas tu bertolak. 

Masalah dengan Kakak Seha ni, ialah gagal menepati masa. Bukan sekali. Tapi dah dua kali dia buat orang ternanti-nanti macam masa kita ni takde harga. Pukul 7.30pagi, Ica dah siap mandi. Kata Ica, tak sabar nak balik kampung jumpa embah. Ibu sambil mengemas apa yang patut untuk di bawa, terus call hp Kakak Seha. Masa tu dia masih tidur, dan terjaga bila ibu call. Katanya kat rumah lagi, belum siap. Ibu pun cakap dengan dia, cepat sikit. Jangan lambat. Lepas itu ibu pun bersiap-siap.

Pukul 8.30pagi, kami dah masuk dalam kereta dengan semangat membara nak balik kampung. Eh macam dah lambat ni sebab matahari dah panas. Enjin pun dah hidup. Ica dah baring, dan main tablet dalam kereta. Pagar dah kunci dan Noneng pun dah melepak kesedihan di depan pintu sliding. Si Boboi dan Bebel hanya memerhati. 

"Mana Kakak Seha ni, ibu?" Soal Ica berkali-kali. Ibu pun tak tahulah. Harapnya sedang on the way lah. Kita lapar sangat, sebab selalunya pagi-pagi macam ini ayah belikan kita sarapan. Tapi sebab pagi tadi ayah keluar sangat awal, dia tak sempat beli apa-apa. Lagipun, kita kata nak bertolak awal, boleh la singgah makan di kedai makan Tg. Karang.

Sebab lapar sangat, Ibu pun bawa Ica drive keluar ke kedai kek Pistachio. Kedai kek ni tak jauh dari rumah dan memang buka awal. Pukul 8.30 pagi dah siap. Tapi kita pelanggan pertama dia lah. Beli cup-cake princess, coklat lollipop princess, roti coklat, dan roti keju. Siap dengan air sebotol. Kemudian, masuk dalam kereta, dan drive ke depan rumah semula. Makan sampai kenyang. Tengok jam dah pukul 9 lebih. Adui bila Seha nak sampai nih. Try call dia, tak berangkat. Mungkin on the way?

Ibu teringat, Kakak Seha ni sangat sengal bab berjanji. Sebab ada sekali tu dia janji nak bawa embah balik kampung dari rumah ibu, katanya nak bertolak pukul 9 pagi. Embah sampai tak tidur malam sebab bersiap dan tak nak lambat. Tunggu punya tunggu punya tunggu, pukul 2 ptg baru dia muncul. Kononnya terlelap tak sedar. Tahu-tahu dah tengahari. Come-on la. Jam takde ke? Alarm hp tu buat apa? Tukun?... Dah la dia yang janji, dia yang lambat. Telefon pun tak berangkat. Kalau asyik terlena aje, macam mana disiplin pergi kerja? Disiplin pergi kelas? Boleh ke tidak?

Kali kedua, Wak Haji suruh Seha datang ke KLIA masa nak jemput Wak Hajah balik umrah haritu, 2 hari sebelum raya. Abang Cik ada di rumah kita, tumpang tidur semalaman, sebelum dijemput Kakak Seha untuk sama-sama ke KLIA. Janjinya pukul 3pagi nak datang jemput sebab nak berkumpul di KLIA pukul 5 pagi, atau lebih awal. Kemudian flight delay, dan katanya akan tiba dalam pukul 8 pagi.

Pukul 8 pagi, Wak Haji call Kakak Seha, tanya dia kat mana sebab Wak Haji dah sampai KLIA sorang-sorang, tapi masa tu Kakak Seha masih lagi kat rumahnya, baru bangun tidur. Katanya terbabas tak sedar diri sebab siapkan assignment sampai lewat malam. Aduhai.... Kalau ibu, alasan yang langsung tak boleh diterima akal. Assignment tu bukannya lecturer tu bagi semalam, untuk hantar hari ini. Ini tentu kerja last-minute. Lepas tu Wak Haji pun kata, tak payah datang KLIA, terus je balik Kampung.

Jadi, bila kali ni dah sejam menunggu Kakak Seha masih tak muncul, ibu dah agak, mesti dia lambat lagi. Walaupun tadi ibu dah call reminder. Tapi kalau dah takde disiplin dan respect, memang takkan menjadi reminder tu.

Pukul 9.30pagi, ibu sakit perut. Jadi, kita pun masuk balik dalam rumah. Ica buang air. Ibu berak. Lepas 10 minit, masuk balik dalam kereta dengan perasaan marah sangat sebab Kakak Seha belum sampai. Hajat hati tadi nak bertolak awal sebab nak elakkan panas tengahari. Kesian kat Ica yang baru baik demam. Tapi, matahari dah pun rembang. Yang ditunggu tak juga datang.

Adalah kakak Seha mesej, katanya sorry kereta kawannya yang nak menghantarnya ke rumah ibu tu rosak. Tak tahu apa yang rosaknya. Entah-entah, kawannya pun sama 2x5 juga suka melambat-lambat. Akhirnya, ibu mesej dia, lagi 5 minit, kalau tak sampai, ibu blah dulu. Bengang betul hati masa tu. Pandai pulak dia menjawab minta tolong tunggu, sebab dah sampai Wangsa. Tadi jalan jem lah, bla bla bla. Eh, kalau dah janji pukul 8, pandai-pandailah nak adjust masa kena juga sampai paling lewat pukul 9. Ni nak depat pukul 10. Bila jam dah pukul 10 pagi, 5 minit yang ibu bagi last cahnce tadi tu dah habis, maka, ibu pun drive out terus lah, menuju ke MRR2.

Bila ibu dah sampai ke MRR2, dah tersangkut dalam jem di Sri Gombak sebab ada lori terbalik. barulah dia terkial-kial call ibu. Macam mana nak jawab kalau tengah jem, kereta pulak gear manual. Hah pergi m*t*lah tunggu depan rumah sampai tahun depan. Orang dah blah.

Punyelah ibu bengang sangat dengan Kakak Seha sengal tu sampai sakit kepala ibu. Mujur tak collapse darah tinggi ke apa. Ibu memang sangat pantang dengan orang yang tak hargai masa. Kalau lewat setengah jam tu takpe juga. Kalau sejam, lepas tu lekas bagitahu apa punca, pun masih boleh dipertimbangkan. Ini lewat sampai 2 jam. Pulak tu hanya maklumkan alasan bila orang yang menunggu ni dah panas hati. Aduhh... Sapa yang tak bengang.

Gagahkan jugalah ibu memandu sorang-sorang dengan Ica baring kat belakang main tablet. Lepas tu dia pun tertidur. Alhamdulillah. Kalau tak tidur, nanti macam-macam yang minta dilayan.

Pertama kali drive jauh selepas 6 tahun, memang mencabar. Kereta manual pula tu. Kereta pula dah setahun tak jalan sebab asyik naik myvi. Mengantuk punyalah susah nak bukak mata. Asyik terlelap. Bahaya betul Akhirnya, ibu berhenti di R&R mana tah, tarik handbreak, terus lelap. Sampai terdengar dengkuran sendiri, dan terjaga. Ambik gula-gula chewy ayah, makan banyak-banyak sampai berangin satu mulut, barulah boleh drive tanpa mengantuk.

Sampai di Tg Karang, makan dulu. Lepas tu singgah di Sungai Besar, beli skirt dan blouse untuk ole-ole embah. Nasib baik dia suka sangat. Pukul 2.30 petang sampai la di Poli Sultan Idris Sabak Bernam. Alhamdulillah...
Muka happy masa baru masuk dalam kereta sementara nak tunggu Kakak Seha tu. Tak lama lepas tu muka jadi senget-senget, marah dan bengang. Heheh.
 Lauk favorite ibu bila singgah makan di Tg Karang. Nasi dengan lauk keli salai masak lemak cili api dan tumisan peria yang pedas sedap.
 Ica mengenal pokok sireh embah yang subur sangat.
Tidur malam pertama dengan embah. Jenuh ibu kena jaga-jaga dia nak muntah. Sebab batuk kahak yang teruk walaupun masih ambil nebulizer, antibiotik dan ubat paru-paru. Nasib baik dia boleh bangun sendiri muntah di bilik air. Habis semua yang dimakan petang tu dimuntahkan...

Embah pula, dah 2-3 hari ni berak keras, bila ibu datang bawa pizza, malam ni dia berak-berak. Habis semua yang dimakan dah dikeluarkan semula sampai badan pun jadi lembik tak bermaya. Jadi, embah tak cukup tidur. Macam mana nak ajak jalan-jalan raya, atau jalan ke Sungai Besar seperti yang dirancangkan? Maka tak jadilah perancangan tu. Embah cuma tidur saja sebelah siangnya.... 
 Tengahari Ahad, ibu tak masak. Wak dua-dua takde rumah. Jadi, ibu ke kedai makan depan poli tu, beli bungkus saja nasi goreng ayam dan pattaya. Bila sampai je sini, semua yang ada kat kedai tu tengok ibu macam tengok alien (-_-)
Mostly yang makan kat sini budak-budak poli aje. 
Balik rumah, makan, suap Ica, lepas tu tidur...
 Ica bosan kat rumah sebab panas terik tak dapat nak main kat luar. Lepas bangun tidur petang tu, dalam pukul 6, dah redup, kita pun keluar pergi main di taman permainan taska.
 Happy sangat tu. Siap ikat rambut tak nak bagi gatal leher bila berpeluh.
 Comel tak? Katanya. Comel lah...
Ica snap gambar ibu dnegan skirt baru yang ada bllink-blink. Heh. 
Main panjat-panjat. 
Gelongsor mini. 
Goyang-goyang. 
 Buaian.
Gelongsor besar. 
 Try saja ni. Tapi tak berani sebab badan ica gemuk sangat...hihi.
 Ke tepi tasik pula.
 Nyaman nya kat tasik nih. 
Tebuan disangkanya Ladybird. Siap dikejarnya. Jenuh nak meyakinkan tebuan tu boleh menyengat. Sebab katanya, tebuan tu makan tebu ke? Ica tak boleh nak compute. Hihi.
 Ada siswa sedang berkayak.
Kata Ica, orang kaya... Padahal orang berkayak. Haha.
 
 
Ica macam ayah, suka dengan nature. Yelah, budak bandar memang la macam tu. Ibu ni pulak dah jemu dengan nature sebab dari kecik tinggal kat kawasan lumpur dan sawah.  

Malam kedua tidur dengan embah, Ica nyenyak sangat. Tak berkutik langsung, bangun kencing pukul 4.30 pagi, lepas tu tidur semula sampai pukul 10 pagi. Alhamdulillah.
 
Bila rindukan kucing-kucing di rumah, ada kucing Wak Haji ni pun jadilah...setakat pegang bulu dan badannya yang kurus tu...

Isnin pagi, dalam pukul 11 kami pun bertolak ke KL semula. Ibu salah timing sebab bangun pukul 10 pagi. Sepatutnya nak kena bertolak pukul 9. Tapi embah sengaja tak kejutkan ibu sebab katanya takut ibu ngantuk masa drive nanti. Baiklah tidur sampai puas. Ibu pulak nak hantar Ica ke Tadika tengahri ni. Nampaknya tak sempatlah. 
 Kat LATAR highway. Rasa macam dah laju ni, 100kmph. Tapi ada lori buruk depan tu rileks je. Lagi laju. Hahah. Jangan nak perasan.
Co-pilot? Pengsan...
Tiba di KL pukul 2ptg. Ica pun dah taknak ke tadika sebab katanya orang dah start belajar, dia malu. Oklah. Balik je rumah, ibu suap Ica nasi, lepas tu mandi, dan rehat(tidur) sampailah asar...

Alhamdulillah. Ica kata, dia dah sihat. Ibu pun nampak pernafasan Ica tak seteruk sebelum ini. Ibu ni kuno sikit. Suka percaya, kalau kita tak baik demam, baik tukar angin. Manalah tahu, angin tempat lain tu lebih baik daripada angin rumah sndiri. Itu teori ibu saja. Alhamdulillah, ada perubahan. Yang iya nya, dah bosan. Lepas raya tu memerap di rumah tak ke mana sebab ayah terlalu sibuk. Bila dapat jalan jauh sikit macam ini, terubatlah sikit kebosanan tu. Alhamdulillah...

No comments: