Sep 2, 2013

Terengganu. Day 1.

Bismillah.
Akhirnya, apa yang dirancang dapat dilaksanakan. Syukur Alhamdulillah. Ke Terengganu kiteeeer...yeeha! #mode sungguh eksaited nih. 

Tak dapat menjejak kaki ke negara luar, dapat meronda sekitar dalam negara pun dah happy sangat, bagi orang kebanyakan macam kita kan.

Kali pertama ke Terengganu ialah pada 2004 dengan kawan pejabat, sebab tumpang rumah dia. Pergi pun 4 orang saja, naik flight ke KT dan tidur di sana. Sebelah siang, kami hanya melihat pantai Batu Buruk yang tiada apa-apa, kemudian menikmati makanan orang Terengganu yang manis-manis belaka, selain makan keropok lekor yang sangat sedap dan shopping batik. Kami dibawa ke Rantau Panjang, melepasi Kelantan dan shopping lagi di sana, sebelum kembali ke KT dan berlepas balik ke KL. Simple saja masa tu sebab pendek kata yang penting di sana hanya shoppingnya. Memang all out la membeli belah batik. Segala jenis dibeli. Yang sutera, separa sutera, batik biasa, malah beli kain batik sampai sekodi untuk jadikan buah tangan.

Tapi kali ini, matlamat kita bukan untuk shopping. Tapi melihat perkembangan Terengganu. Selepas bertahun-tahun, takkanlah masih macam dulu ye tak? Tengok blog-blog pengembara back packers pun dah jeles. Nampak macam Terengganu dah jauh berbeza. Sangat lain dan lebih mengujakan. So, kena pergi tengok ni. Mungkin ia mengujakan untuk pengalaman 3hari 2malam kita di sana. 
Kita bertolak pada Rabu 27-8-13, lepas subuh, dalam pukul 6 pagi. Tengok tu, masih gelap lagi. Ica pun bangun awal, mandi manda, siap-siap semua. Ayah bangun paling awal. Pukul 4 dah ke dapur menggoreng naget untuk sarapan. Bagus ayah ni. Sangat sporting gitu.
 Ini matahari dah naik sikit. Kita tak singgah di mana-mana pun sebab Ica tengah lena. Ibu berjaya menggantikan pemanduan di LPT untuk 30 minit. Saja. Heheh. Ngantuk pula bila drive.
 Matahari dah naik lebih tinggi.
 Dan dah panas. Pukul 11 pagi menghampiri Terengganu.
 Ok, dah melepasi pintu gerbang "Allah Selamatkan Sultan dan Sultanah Terengganu" ni maknanya dah masuk Terengganu ler kite.
 Yang tidur pun dah bangun. Rise and Shine.
 Destinasi pertama yang mesti disinggahi di Kemaman, ialah kedai kopi tertua di sini, Kedai Kopi Hai Peng. Tak jauh dengan nama ayah--> Hairul ChinPeng. Kehkehkeh...
 Makan apa yang best? Ada banyak pilihan makanan orang tempatan di sini. Pengunjungnya pelbagai bangsa. Orang puteh pun ada. Full-house. Tapi Service bagus. Orang bangun je, ada pekerja terus kemaskan meja. Jadi kita tak perlu diri lama. Kita order teh o ais dan kopi. Pahit kat tekak. Ibu kongsi dengan Ica nasi dagang dan kuih macam cakoi tu, manakala ayah makan nasi dengan lauk singgang dan nasi dagang. Kami cuba kuih karipapnya. Boleh la. Biasa-biasa saja. Jumlah belanja makan RM15.
 Dibelakang ayah tu, dekat kaunter ada plug "JJCM" bukti mereka pernah datang sini review makanannya. Sedaplah tu agaknya. Tapi bagi tekak ibu, biasa saja. 
 Nampak tu plug JJCM dan nama kedai? Makanan yang dibungkus kecil-kecil dan self-service.
 Ica menikmati teh o ais nya.
 Dah kenyang, Alhamdulillah, kita meneruskan lagi perjalanan ke Kuala Terengganu. Masa ini dah nampak landskap pekan kecil Kemaman ni simple tapi agak menariklah. Siap ada hiasa bunga lampu lagi.
 Bunga...
 Lampu jalan pun cantik.
Tak lama lepas tu lebih kurang dalam pukul 12.30 tengahari macam tu, ibu pulak nak ke toilet. Jadi, kena berhenti kejap di daerah yang sama.
 Bila jejak kaki je kena snap gambar dulu.
 Lepas dah siap buang air, ambil masa menikmati keindahan pantai yang bersih dan nyaman....
Punye cantik macam ni, takde pun orang mandi. 
Dan, sempat jugalah melayan anak beranak ni main kat playground masa tengahari rembang ni...

Selepas itu kami meneruskan perjalanan lagi dan singgah di warung A&A Nasi Ayam yang terletak di tepi jalan saja ni. Pengunjungnya ramai... So, boleh la try test.
 Haih. Kata ke Terengganu, takkanlah nasi ayam juga?
 Tak kisahlah asalkan tekak bahagia. Kat sini ada juga jual air nira, keropok lekor dengan air buah.
Pekerja sini semua lelaki. Mengingatkan ibu pada warung kuih depan rumah tu yang empunyanya orang pantai timur juga. Bagus diorang ni. Takdelah buang masa tido aje kat rumah. 
 Macam pelancong Korea dah. Muka putih dah jadi merah kepanasan. Topi memang tak tanggal bila turun kereta, sebab terik juga panasnya.
 Jemput makan. Nasi ayamnya boleh tahan sedap. Cukup rasa. Tak manis pun! Ibu paling suka sosnya. Memang terasa bawang putih dan cilinya. Air sirap ros tu sebijik macam yang ayah buat di rumah!
Jumlah belanja makan RM20.
 Dari kedai tu kami meneruskan perjalanan lagi. Ini mungkin di daerah Marang. Ke Maran? Haih entahlah. Lupa nak tengok GPS.
 Tapi tugu sotong, udang dan kerang ni memang comel. Menggamit perasaan bangga dengan keadaan sekeliling.

Baiklah. Misi seterusnya, ialah mencari lempeng kelapa muda cicah kari yang diperkatakan bloggers. Katanya sedap sangat mehla nak try sikit. Juga ada air nira dengan topping ais krim vanila. Cari punya cari, akhirnya jumpa.
 Tu kedainya, tak jauh daripada setentangan jalan dengan Masjid Rusila. Kena u-turn selepas masjid.
 Kami buat u-turn jauh sebab ayah pada mulanya tak pasti nak u-turn awal atau tak.
 Ok. Dah sampai. Inilah kedai lempeng tu.
 Trademark, kelapa muda giant kat depan kedai ni. Amboi Ica...
 Ada jual cuka nipah dan madu lebah asli. Kedai ni juga jual makanan tengahari nasi berlauk dan pelanggannya agak ramai juga, kebanyakannya golongan pekerja. Kebetulan masa ni, baru melepasi pukul 2 petang. Jadi masih ada yang makan tengahari.
 Ica terus ke pinggir tapak kedai, tengok laut. Amboi dia. Macam berani sangat.
 Ica buat apa tu? Tak takut ke? Tanya ibu. Selamba dia menggeleng.
 Mehla ibu. Kita kat sini.
Walaupun panas, tapi angin kuat bertiup dari pantai. Jadi taklah terbakar muka tu.
Ini private beach. Kat sebelah kedai makan ni rumah penduduk. Besar-besar belaka. Orang kaya la agaknya.
 Ibu tumpang sekaki.
Kan ada longgokan papan dan batu bata. Diorang tengah buat renovation untuk buat pelantar sight seeing.
 Ayah sibuk tunggu lempengnya sambil ber FB.
Kat depan ayah tu, ada kolam ikan koi. Ikannya besar-besar gemuk, banyak.
 Ini air kelapa ada ais krim vanila topping. Sedap. Segar.
 Ini dia lempeng yang dalamnya ada hirisan kelapa muda, cicah dengan kari ayam. Rasanya, bagi ibu biasa saja.
 Ayah macam mana? Puas hati?
Oklah...janji dapat apa yang dimahukan.
 Ica pulak?
Eh, siap buat muka. Tak sedaplah tu?
Eh, Noneng mengikut kita sampai Terengganu? Haha. Kucing jalanan ni sebijik macam Noneng. Tapi dia comot.
Harga makanan kat sini, boleh tahan. Macam kat KL juga.
Harga makanan tadi RM4.50. Murah ke? 
 Kami u-turn dan kembali meneruskan perjalanan. Baru saja melepasi Masjid Rusila yang panjang ni. Rekabentuk lama yang masih kekal. Dengar cerita masjid ni kalau solat Jumaat, memang penuh padat. Katanya Masjid pemimpin PAS Dato' Abdul Hadi Awang. 
 Dari jauh nampak sudut sekolah tahfiz di dalam Masjid ni. Masjidnya besar. Luarnya saja yang nampak sentuhan modern.

Terengganu ni, satu yang membuatkannya unik selain keropok lekor yang sangat padat rasa ikannya dan makanan yang digoreng dengan tepung macam ikan, sotong, udang, etc, ialah wujudnya bilangan masjid yang banyak dan rapat. Maknanya, tak jauh dari satu masjid, ada masjid lain. Pendek kata, rumah kita akan menjadi dekat sangat dengan masjid sebab bilangannya yang banyak. Kalau dah dekat dengan masjid, janganlah solat di rumah saja. Kan. Kena rajinkan diri ke masjid.
 Tengok ni dah jumpa lagi masjid. Ini Masjid Sultan Ismail.
 Tapi ni kategori masjid baru, sebab binaannya ada campuran moden dan klasik.
 Tak jauh dari situ, sampai pula ke simpang menuju Masjid Terapung. Siap ada signboard ada perlawanan bolasepak pada 31 Ogos ni, antara Terengganu dengan Pahang.
 Ada pokok kurma kat sini?
 Pintu gerbangnya. Welcome...
Ada 2 tempat menarik di sini iaitu tempat melepak di tepi pantai/sungai, dan Masjid Terapung Tengku Tengah Zaharah. Kenapa terapung namanya?
 Sebab sebahagian besar masjid tu didirikan di atas air tasik ni...

 Sempat juga menemankan budak kecik ni main di taman permainan di tepi sungai tu.
Satu lagi yang banyak sangat ada di sini ialah taman permainan macam ini. Di mana ada masjid, disitu ada tempat melepak. Di mana ada tempat melepak, disitu ada playground.

Yang musykilnya, inikan hari bekerja. Tapi tempat melepak tu penuh dengan pengunjung muda mudi rehat-rehat bawah pondok yang dibina. Tak cukup pondok, kat tepi padang, tepi rumput, tepi jalan, pun boleh berkelah. Diorang ni tak bekerja agaknya?
 Rugi dah sampai masjid kalau tak solat didalamnya. Masa ni dah pukul 4.30 petang. Jadi kita berhenti solat jamak ta'khir Zohor-Asar dulu sebelum meneruskan perjalanan ke Hotel. Dah tak jauh pun dari hotel.
 Masjid ni nampak tak besar sangat kan. Tapi warnanya cantik. Satu warna saja. Putih pula tu.
 Tengok ikan dan oyster segar.
 Ica pun solat kat sini. Dewan muslimat di aras 1.
 Lepas solat bagi ikan makan dengan makanan kucing. Ade ke?
 Berebut-rebut ikan makan. Harapnya takdelah ikan-ikan ni tercekik ke, mati timbul ke lepas makan makanan yang ayah bagi nih. Heh.
 "Selamat datang pengunjung masjid yang diberkati Allah Ta'ala". Insyaallah... Terima kasih. :-)
 Belum sampai ke hotel, hujan gerismis pula.
Tapi, itu tak menghalang ibu untuk snap gambar di jalan sepanjang Kampung Cina ini...
Macam kat Jonker Walk Melaka, betul? Cuma sini takde orang berjualan disepanjang jalan. Just senibina bangunan nya saja yang melambangkan kampung cina. Yang ada naga biru ni pintu gerbangnya.
 Sambil memusing nak ke hotel tu ayah sempat round satu kali di Taman Warisan ni. Ia tak jauh daripada Kampung Cina tadi.
 Amboi pintu gerbangnya sangat gah. Macam nak masuk kota dulu kala.
 Cantik tempat ni. Sebenarnya ia kosong dan hanyalah tempat lapang yang diberi sentuhan pokok-pokok berlampu kecil untuk dinyalakan pada waktu malam, sama macam di ICT, Shah Alam. Tapi hanya ada pokok saja. Kawasan lapang ni, digunakan bila ada event macam JOMHEBOH ke, kerainan Merdeka ke. Kiranya macam dataran rasmi la. Kekurangan tempat ni, takde kerusi nak duduk-duduk, pondok-pondok rehat dan toilet/surau. Jadi, pengunjung hanya boleh lepak-lepak saja. Rasa sejuk angin laut, dan cuci mata. Bila malam, ada la 2-3 penjaja kecil-kecilan jual barangan mainan/makanan ringan/air minuman di sini.
 Sebelum ke hotel, singgah beli keropok lekor dulu, yang ada dijual ditepi jalan, bersetentang dengan bangunan kraf ni, tak jauh dari Istana Maziah.
 Cantik kan landskap dan bangunannya. Ibu tertanya-tanya untuk apa bangunan ini? Tapi lepas tu ibu nampak orang berniaga barangan tempatan kat dalam tu. Macam kain pasang batik, lukisan, soft toys...
 Penjaja keropok lekor. Gigih bernuaga walaupun hujan agak lebat masa ini. Kita beli RM10 untuk makan-makan dalam hotel nanti.
 Nampak ni? Dah macam ayam goreng besarnya. Kata Ica.
 Tunjuk keropok lekor besar. Bergegar sebab kereta tengah bergerak.
 Dah sampai bilik. Alhamdulillah. Kami menginap untuk 3 hari 2 malam ini di Felda Residence, KT. Jumlah belanja untuk hotel dan sarapan RM460. Ayah bayar. :-)
 Bilik ni boleh tahan selesa. Tingkat 8. Sarapan di Tingkat 17. Paling tinggi ballroom tingkat 19. Bila naik lif nak naik sarapan, boleh nampak laut dari atas.
 Biliknya selesa, tetapi katil kecil, kena beli toto di Mydin untuk ayah baring di bawah. Kesian ayah. Nasib baik ayah tak kisah, dan nasib baik ada carpet. Ibu dan Ica lelah, tak boleh baring atas carpet.
 Ica layan pemandangan di bawah. Kat tepi tingkap tu ada ruang lebihan untuk bersantai.
 Pemandangan di tingkap lagi satu. Nampak Taman Warisan dan Kampung Cina.
Tingkap yang ni nampak jambatan Sultan Mahmud dan Pulau Wan Man. Felda Residence ni adalah bangunan tertinggi di kawasan KT ni. Jadi boleh nampak seluruh kepulauan. Tapi sayangnya tak ada pool dan tak dekat dengan pantai. Ayah kata, mungkin sebab kerajaan diorang tak kasi mandi manda pakai seluar pendek. Aurat kan :-) lojik juga. Tapi buatla tertutup dan terpisah lelaki dan perempuan.

Yang bestnya hotel ni sediakan sejadah dan dalam bilik air ada pili khas untuk ambil wudhuk. So convenient. Susah nak jumpa macam ini di KL ataupun tempat lain. Selalunya kami bawa sejadah sendiri. Tapi kali ni, tak payah. Sebab ayah haritu ada datang sini, masa tengok stadium runtuh tu, konon nak handle projek tu tapi tak jadi sebab bajet diorang terlalu rendah nak hire company ayah. Masa tu ayah stayed dekat hotel bajet dekat-dekat Mydin. Hotel tu semalaman harganya RM50 saja, siap ada sejadah, kain pelikat dan telekung sekali. Ha lagi bagus kan. Barulah namanya negara Islam. Sebab memudahkan orang Islam solat. Alhamdulillah.

Okey, malamnya, selepas siap mandi, kita pun bergegas ke Masjid Kristal.
 Pintu gerbang ke Taman Tamadun Islam. Di mana masjid ni ada. Bila malam, jalan sini sunyi. Tak de orang.
 Perkarangan Masjid di waktu malam. Indah berwarna warni.
 Anak dan ayah yang tak sabar nak jenguk di dalam. Eh ayah. Kenapa you nampak kurus dalam gambar ni? Heh.
Kenapa namanya Masjid Kristal?
 Sebab kat atas kubah penjuru yang empat tu, ada kristal berharga belasan ribu ringgit nilainya setiap satu. Ooooo... lepas tu, bila malam, nampak transparent kubah-kubah ni semua. Kalau siang ia bersinar terkena panas cahaya luar.
 Ica menunjukkan sesuatu.
 Selain itu, masjid ni didirikan dekat dengan air sungai. Jadi, dari jauh dia nampak macam terapung jugalah.
Bahagian bawah Masjid ni ada air sungai. Masjid ni tak lah besar sangat. Boleh memuatkan kira-kira 700 orang saja dalam satu-satu masa. Tapi tak boleh jadi masjid Jumaat sebab orang kat pulau ni hanyalah pekerja dan pelancong. Tak cukup jemaah. Kerajaan negeri sedang buat housing project supaya akan ada pemastautin di pulau ni dan bolehlah masjid ni jadi masjid Jumaat.
 Anak sapalah yang friendly sangat ni... Tak berkasut. Baju pun pakai selendang maknya buat lilit badan. Lepas tu mengekor Ica ke sana ke mari. Ada gak mak yang super-berani buat macam ni kat anaknya ya. Beri kebebasan sepenuhnya. Colek kang!
 Cantik...
 Cantik...
 Eh, kenapa budak ni jalan senget nih? Tak cantik...
Eh ayah. Kenapa U nampak double-sized pulak tu? Heheh.
 Dalam masjid, belah perempuan. Sangat selesa. Luas. Tapi tak cek pulak toilet dan tempat wudhuknya sebab dah siap-siap ada wudhuk tadi.
 Lampu hiasan yang cantik.
 Sempat melepak.
Ica ikut ibu solat jamak Maghrib dan Isyak di sini. Alhamdulillah.
Barisan telekung sana tu semuanya masih baru dah bersih. Untung siapa yang kerja sini, nak solat senang sangat. Selesa pula tu.

Lepas solat, kami nak cari kedai Pak Rashid ikan bakar dekat dengan Sekolah Rendah Bukit Tunggal. Sangat popular dikalangan blogger makan-makan. Jadi, kami pun jejaki. Sekali tu kedainya tutup pulak... Dahlah lewat malam. Nasib baik ada kedai makan lain yang dekat saja dengan tempat tadi.
 Gerai air buah gelas besar. Alhamdulillah...
Ini pun antara kelebihan Terengganu. Dibanjiri gerai air buah gelas besar yang murah.
 Yeke? Ica tak percaya?
 Percayalah...
Segelas besar ni hanya RM3.50. Kalau di Danau Kota, mungkin RM12.00. Kita order air mangga dan tembikai laici. Memang shedapppp...

Ayah order nasi minyak dengan kari ayam. Apa? Nasi minyak malam-malam?
Boleh saja kalau di Terengganu.
Nasinya lembut dan karinya sedang-sedang masin-manis. Taklah manis semata macam dulu.
Ibu order laksam ni. Tapi agak cair. Ada pulak kepingan belacan di atas sekali. Ibu ingatkan cebisan ikan. Sekali gigit, aw! I ter-makan belacan, you!
Disamping itu keropok lekor dan mihun sup. Tak sempat snap. Lagipun orang kiri kanan dok pandang-pandang. Adoi. Malu pulak. :-) Kos makanan RM19.
 Nak balik tu, sekali lagi lalu kat Kampung Cina. Naga kat atas tu dah berubah jadi warna warni ikut biasan cahaya lampu spotlight nya.
 Sebab nak ambik gambar papan nama dia ni...
 Dan sebab nak berhenti kat pokok lip lap ni.
Eh macam pokok sakura dilitupi salji pulak. heheh.
 Tempat ni sejuk nyaman, segar dek angin malam dari tepi sungai... Rasa macam tak nak balik. Kalau ada pondok tempat duduk-duduk ke, takpun paling koman kerusi batu tu ke, dah best sangat.
Mengabadikan kenangan.
 Pintu gerbangnya, kenalah ambik gambar juga...
Kononnya sungai ini memisahkan 'pulau' sini dan mainland belah sana. Sebenarnya, seluruh pulau ni adalah tanah tambakan.
 Ini snap dengan samsung note ayah. Gambar nampak tak smooth sebab dari jauh.
 Lagi satu.
 Kita ke hujung jambatan ni yang ada lengkuk naik atas.
 Kenala naik.
 Ini susunan tak betul. Patut pic ni last sekali.
 Ica kat atas lengkuk tu. Dah gayat pulak. Tadi beriya nak naik.
 Tengok kat bawah. Amboi amboi ayah. Ada pulak 2 anak dara mengorat dia.
Hepp!
Ayah sensorang kat bawah.

Dah penat lepak di luar, kami pun beransur ke hotel. Badan letih, lesu, penat seharian mengukur jalan. Alhamdulillah. Merasai pengalaman baru di Terengganu yang lain sangat berbanding 9 tahun dulu. Besok, ada acara lain menanti. Insyallah.

No comments: