Bismillah.
Semalam dah cerita pasal tudung raya. Hari ini nak cerita pasal baju raya Arissa pula. Kain pasang sekayu untuk ibu dan Arissa dah hantar kat tailor akhir bulan 6 tu tapi agak cuak juga kalau tak siap memandangkan kesuntukkan masanya. Haiyya... ini sebab lupa punya pasal. Kan hujung-hujung nak puasa tu sibuk sangat dengan sekolah, assignment, exam, sampai lupa pasal baju raya. Padahal kalau kat office tu, kitalah orang paling awal hantar baju raya kat tailor, awal-awal tahun lagi. Oleh sebab risau tu lah, maka kita beli juga baju ready-made untuk back-up. Baju kurung Ica yang 3 pasang tahun lepas tu semuanya dah sempit sangat, padahal baru setahun, punyelah cepat Ica 'mengembang' (-_-).
Baju peplum ni, walaupun sedang in-trend, tapi sebab kainnya lycra biasa, yelah beli pun kat pasar uptown kan, jadi dia nampak sangat plain dan bosan.
Tengok tu betapa montelnya Ica, sampai nampak macam dah ada breast. Padahal mana ada. Tu gemok punye pasal. Tihtihtih.....
Masa try ni pun dah terasa kebosanannya, apatah lagi bila dibawa beraya nanti. Kalau beraya ke rumah Mak Ngah Intan, lagilah segan. Sebab macam baju pergi pasar aje kan. Jenuh ibu fikirkan macam mana nak buat dia nampak sikit cantik. Bukan apa. Cantik tu penting untuk self-confidence Ica nanti. Hikhik. Juga confidence ibunya. Ada satu kali raya tu, masa di rumah Mak Ngah Intan, ada orang kata baju cotton Ica yang bunga besar-besar tu macam baju buruk nenek wak. Corak orang tua la pendek kata. Ibu yang dengar ni terus kecil hati. Adui...tu lah. Berkira sangat pasal baju anak. Bila kena kondem, terasa hati pula yea? Hahahah.
Ibu letak baju Ica ni atas table top kat dapur tu dan fikirkan sesuatu. Ibu ni tak kreatif dan bukan jenis yang teliti pasal hiasan. Mengemas dan susun atur pandailah.
Ibu godek-godek juga simpanan manik-manik dan mutiara tiruan yang dah beberapa tahun tersimpan aje dalam laci. Elok pula siang tadi dah kirim dengan ayah tuk belikan manik pearl yang cantik sikit kat kedai jahit. Memang niat nak jahit manik sikit kat baju raya yang belum tentu siapnya tu nanti.
Selepas 2 jam menyusun, menjahit dan bergelut dengan kejulingan mata sebab menengok benda kecik-kecik ni, akhirnya jadi juga sikit-sikit manik hiasan kat baju Ica. Macam ini. Embah kata, okey, cantik. Ica pun tengok waw.... cantiklah ibu...
Apa lagi, testing lah lagi sekali lengkap dengan tudung Arissa yang pakai semalam tu. Haaaa macam ni. Kira okay kan? Habislah tak surprise sebab dah tunjuk baju raya :-D Nasib baik tudung tu labuh tutup dada, so takdelah nampak kemontokkan dada Ica tadi tu. Tak perlulah dia pakai singlet kat dalam sebab nak tutup puting breast tu (-_-) kalau tak nanti panas, gatal, merah-merah. Ingatkan nak letak sikit mutiara kat tudung Ica tu, tapi nanti nampak sarat pulak. Macam ni rasanya dah pun sweet-sweet gitu. Alhamdulillah ibu berjaya juga mengatasi ketidak-kreativiti-an ibu tu walaupun hanya ada hiasa di bahagian perut saja. Hikhik. Okeylah tu daripada plain sangat kan.
Dalam pada ibu sibuk asyik kat rumah puasa ni, Ica pulak yang rasa rimas sebab ibu tak kerja dan tak ke sekolah/kuliah. Siap tanya lagi.
"Ibu ni cuti berapa lama? lima bulan ke?"
Kenapa Ica tanya?
"Ibu tak nak pandai ke?"
Haaaa?
"Iyelah, kenapa ibu tak pergi sekolah? Hari-hari duduk rumah aje, masak, tunggu Ica balik. Ibu kalau tak sekolah nanti tak pandai. Ha, tak takut ke?"
Oooo...itu concernnya...Hahaha kelakar pun ada. Orang lain patutnya gembiralah ibunya ada je kat rumah, boleh masak selalu, boleh ajak jalan selalu. Tapi Ica, lagi disuruhnya ibu ke sekolah.
Oklah that's all for now.


No comments:
Post a Comment