Bismillah...
Hari tu ayah dan ibu dah window shopping di Pasar Uptown Danau Kota untuk cari tudung raya Arissa tapi tak jumpa material yang sesuai. Semalam pun masa kat Pasar Malam Danau Kota, cuba juga cari tudung tu. Tapi yang ada sekarang ni fesyen tudung kanak-kanak bertingkat-tingkat yang kainnya chiffon nipis yang panas tu.
Penjual tu siap kata lagi, inilah fesyen sekarang/terkini. Ibu pun kata dengan dia, tudung yang kainnya jenis macam ini tak sesuai dengan kanak-kanak, panas dan cepat merimaskan. Cotton ada? Maksud ibu, cotton lycra lah. Jawab dia, ooo cotton-cotton takde, takyah cari kat sini ye dikkk... Amboi marah pulak. Dahlah tak laku. Kita tanya, nak marah pulak. At least, orang dah bagi info, kot-kot lah dia ada cucu kecik nak pakai tudung ke, cotton lah yang sesuai. Bukan chiffon murahan yang dia jual tu.
Pinjam gambar daripada google. Tudung yang ibu maksudkan tu sama jenis macam yang ni lah. Tapi kainnya lebih nipis dan panas. Memanglah bila pakai, elok terletak. Tapi berapa lama boleh tahan pakai? 5 minit pun tak kot.
Ok, ibu dan ayah pun decided untuk beli di butik saja. Butik mana kalau bukan Radiusite. Sebab yang dalam online dah habis jual macam goreng pisang panas kan. Jadi, kita pun check-it-out yang di butik cawangan Rawang.
Beli tak banyak, 3 helai saja tudung Arissa. Nama tudung tu pun Arissa. Yang nak pakai pun namanya Arissa. Arissa siap pilih warna apa yang dia nak beli. Kalau ikutkan dia, nak beli semuanya (-_-) hai kaki shopping ikut perangai sapa lah ni...
Masa ni pagi lagi, orang tak ramai, lengang aje. Best sikit nak pilih tudung dan try. Tapi masa nak bayar tu, agak bersabar jugalah dengan cashiernya yang sangat lemah gemalai menyusun tudung dan kira duit baki. Lipat satu tudung ambik masa 5 minit kot? :-)
Hasil rembatan kali ini. Tudung Arissa 3 helai, warna kuning, oren redup dan hitam pink. Juga selendang Durra sehelai tuk ibu...hihi.
Eh, ada juga blouse Ica, beli di pasaraya Bintang yang dalam Tesco tu. RM9.90 aje. Ala, kainnya tak begitu tebal, buatan Indonesia. Okeylah setakat nak pakai jalan-jalan. Saiznya muat elok pula tu.
Beli juga tudung Mila saiz L yang sedondon dengan tudung Arissa :-) kononnya untuk raya nanti la... Kainnya sejuk dan saiz mukanya muat dengan ibu :-)
Tudung Durra. Cantik manik-maniknya, Kali ni ibu tak rasa ralat la beli harga agak mahal sebab belum pernah jumpa lagi design yang macam ni kat pasar, atau tempat lain lagi.
Tapi ada sikit rasa ralat sebab haritu beli Durra kat butik Shah Alam warna oren. Tengok saiznya. Yang oren lebih pendek sikit beberapa cm daripada yang baru beli tadi, warna mustard. Agaknya yang mustard ni ambik hujung2 kain kot. Tu yang lebih panjang daripada stok yang lain. Takpelah. Dah beli, pasrah saja.
Sebab pembelian melebihi RM230++ dapatlah sampu duit raya ni 2 pek.
Ni nama tudung Arissa tu. Memang tudung Arissa. Sehelai RM39. Dah sama harga dengan shawls yang jual kat butik ni. Mulanya memang ibu rasa eh mahalnya, tudung budak aje kan. Tapi bila pegang materialnya yang sejuk dan saiznya yang cantik terletak, tak besar tak kecil, just nice, lepas tu hiasannya yang simple tapi trendy, ibu terus terpikat. Lagipun material yang sejuk dan selesa ni tak boleh kompromi lah. Kita beli untuk dipakai, dan kalau boleh pakai lama sikit sebab nak biasakan Ica pakai tudung. Insyaallah berbaloi.
Petangnya, balik dari butik sampai rumah pukul 12.30 tghari, rasa penat sangat dan mengantuk, ibu dan ayah tertidur sampai petang pukul 4.30 baru ayah terjaga. Terus ayah kata, takyah masak sebab dia nak makan chinese muslim food tuk berbuka ni. Ibu pun apa lagi, seronoklah sangat. Ayah pun pergi buat tempahan di Sharin Low yang dekat saja, di Danau Kota, sederet dengan KWSP.
Masa bersiap-siap tu ibu bagi Ica pakai blouse yang baru beli tadi. Muka sememeh sebab baru bangun tidur petang. Tengah mamai terus ayah mandikan sebab lepas buka ala kadar dan solat maghrib, ayah plan nak terus keluar ke restoran. Kalau lambat nanti lauk yang diorder tadi tu sejuk pulak.
Tengok blouse ni memang muat elok dengan Ica. Rambut belakang kena ikat kemas-kemas sebab nak pakai tudung lama sikit. Tak nak kasi Ica panas kat lehernya.
Okey dah pakai tudung beli tadi. Nampak sesuai sangat. Warnanya pun cantik. Tapi kenapa muka Ica tu macam nak bersilat aje? Bad mood lah tu. Tido petang memang selalunya mcam ni.
Kalau bawa embah keluar makan, kena bersabar lebih sikit. Sebab embah jalan very slow dan asyik tak larat. Biasalah orang tua. Dahlah hujan renyai-renyai. Ayah kena berhenti betul-betul di depan kedai dan ibu kena bawa embah turun dulu sebelum ayah cari parking. Nasib baiklah Ica dah besar. Ibu suruh Ica turun dulu dan masuk ke koridor kedai, berteduh, sementara ibu pimpin embah pula. Dan nasib baik lah Ica tu jenis dengar kata. Suruh tunggu, ditunggunya. Kalau ada sesetengah budak yang degil, kita suruh tunggu, dia berlari-lari. Haish. Boleh jadi stress tau :-)
Alhamdulillah dah duduk dalam kedai. Embah kepenatan sebab ibu gesa dia jalan laju sikit. Hihi. Ica pulak tak sudah-sudah cari ayah, nak duduk dengan ayah. Restoran tengah full-house sebab waktu berbuka memang ramai orang makan kat sini. Tapi sejurus lepas kami mula makan, restoran semakin lengang sebab ramai dah balik dan pekerja pun sibuk kemas-kemas.
Ni embah tegur Ica apa tah. Ica merajuk. Tak nak cakap dengan embah. Takde reason pun. Dia yang tengah moody dan lapar.
Ibu pun pakai tudung sedondon dengan Ica. Ni Ica yang snapkan gambar. Pandai kan dia...
Embah makan dengan begitu berselera sekali. Ibu nak habiskan semangkuk nasi ni pun ambik masa lama sebab perut dah terisi segelas air soya kat rumah tadi. Embah pulak takde masalah nak habiskan nasi :-) walaupun tadi dia minum secawan air milo suam dan beberapa biji kurma. Bagus embah ni kalau pasal makan :-) Lauk yang kita pilih, macam biasalah, udang goreng butter.
Sotong goreng telur masin yang ayah sangat suka tu, sayur kailan dan cendawan ikan masin, dan ikan siakap stim halia. Embah minum air bandung suam, ibu minum fresh orange dan ayah sama taste dengan Ica, teh o ais. Ica tengah tunggu sup kosongnya. Dia kalau makan takde sup memang tak selera.
Ikan dah tinggal separuh baru ingat nak snap (-_-) tapi ikan ni dia tak buang tulang. Bila makan kena hati-hati. Tak macam yang di cawangan Shah Alam dan Bukit Antarabangsa. Ikan mesti buang tulang, laju sikit nak makan. Tapi ikan ni fresh, terasa halianya dan rasa ikan tak hilang terus. Okeylah.
Okey sup Ica dah sampai. Ayah pula tengah sibuk makan, Ica pun tak tunggu lama, terus suap sendiri nasi tu. Bagus Ica. First time pakai tudung keluar rumah, masa makan tak kekok pun. Terus nampak macam anak dara aje. Suap makan sendiri pula tu. (-_-) Alhamdulillah...
Bila perut dah kenyang, barulah Ica ada mood nak bergambar. Kita sedondon... katanya.
Ica tolong snapkan gambar kita semeja. Peace! Embah punya peace tak menjadi lah sebab blur. Haha.
Okey sedondon berdiri pula.
Snap gambar ibu pula. Terasa sungguh selesa tudung ni, siap ada dagunya. Bila sarung, sampai buka balik, tak perlu nak dibetul-betulkan. Selesa terletak dan sejuk. Memang berbaloi membelinya. Rugi pula tak beli lebih tadi. Nak ke butiknya agak jauh juga di Rawang.
Ok, lauk ikan halia tu memang tak terhabis sebab semua orang dah kekenyangan sampai nak pengsan. heh. Harammmm... Maaflah wahai makanan. :-)
Ayah pergi bayar. Jumlah kerugian ialah RM150. Wahaha mahal gila ni. Langsung tak sama macam harga makan di Shah Alam dan Bukit Antarabangsa haritu walaupun lauk yang sama, dan hanya tambah satu mangkuk nasi saja. Haih... apa nak buat. Dah pun jadi. Lepas ni, kita makan yang di Bukit Antarabangsa aje lah :-)
Okey, lepas makan, on the way balik tu, Ica ajak singgah di kedai kek Pistachio untuk beli manisan. Amboi budak kecik ni tak padan dengan kecik, kuat makan manisan. Takpelah, bagi chance sikit. Lepas tu hantar Ica dan embah balik rumah, sementara ibu dan ayah ke AEON Big di Wangsa Maju, sebab nak beli Thermopot baru. Yang lama punya dah keluar putih-putih. Dah sampai masa ditukar.
Lepas shopping, singgah minum di OldTown Taman Permata. Saja nak pekena kopi hazel sejuk dan toast yang garing tu. Eh ngengada ya. Sah-sah tak gi terawih (-_-)
Camwhore berdua sementara tunggu order. Menunjukkan betapa selesanya tudung mila ni. Walaupun dah pergi makan, pastu jalan shopping, dan singgah pula minum, ia masih terletak dan tak terusik langsung. Kemas dan selesa. Cubalah. Hehe.
Ok itu saja.













No comments:
Post a Comment