Bismillah.
Dear Ica....
Masih rayakah kita? Bagi yang sibuk hadiri open-house sana sini, tentu masih berayalah. Kalau di office ni, tentu sibuk dengan persiapan untuk Jamuan Raya Tahunan. Semua kena bayar paling kurang RM50 untuk pegawai. Kalau Hakim-Hakim mesti lah beratus ringgit. Inilah masanya mereka nak sedekah makan-makan kat staff. Tapi tak ramai yang memahami konsep ni. Malah ada yang mengeluh :-)
Bagi ibu, habis je raya di kampung, maka habislah raya ibu. Nak buat open-house tu memang tidak lah. Bukan apa. Malas. Penyakit malas ni memang takde ubat kan. Lepas tu bimbang sakit belakang tak hilang-hilang. Yelah, nak buat open house kena persiapkan rumah yang kemas dan cantik. Sedap mata memandang. Kalau tak, nanti orang datang bukan memuji, malah mengutuk pula. Tidaklah semua orang tu sependapat dengan kita yang bersederhana ni kan? Hihi.
Lepas persiapkan rumah, kena masak pula. Bolehlah order katering. Tapi, lepas habis open-house tu mestilah kerja mengemas pula. Aduhai. Tak dapat bayangkan betapa penatnya. Alangkan setakat masak-masak untuk berbuka setiap hari pun, lepas habis semuanya, pinggang rasa sakit macam nak tercabut, inikan pula nak mengemas satu rumah lepas kekecahan? Mungkin boleh kalau ada bibik pembantu rumah.
Jadi, sambung raya kali ni, kita ke KLCC saja. Hihi.
Macam biasa, ruang concourse kat Suria ni, akan pasangkan binaan simbol bagi perayaan. Kali ini diorang buat rumah kampong sempena hari raya. Cantik, memang cantik. Macam real. Ala setakat untuk tengok dan syok bergambar sajalah. Kat depan air pancut, kat escalator keluar ke pintu tepi Suria pun diletak juga. Ramai gila orang datang sini ambil gambar dan jalan-jalan. Yang Indon, Nepal, Myanmar, muka pelik-pelik tah dari mana pun ada juga. Meramaikan pengunjung KLCC.
Kami pun samalah, tak ketinggalan. Ica snap gambar selalu gegar lah...
Bila ibu snap saja yang clear.
Actually, sepanjang tali tu, orang ramai nak bergambar. Kalau tunggu turn nak betul-betul depan pintu rumah tu memang tak dapat lah. Tepi pun jadi. Asalkan tak nampak orang lain inter-frame. Kikiki
Kat belah tepi rumah pun dekorasinya cantek jugak... Takyah rebut-rebut yang depan pintu aje yer...
Yang dekat dengan lif pun cantik. Ha... macam rumah kampung betul kan... hiks.
Ke KLCC ni sebab nak cari jam tangan baru ibu. Punye jauh yer? Sebab ingatkan sini lagi banyak pilihan. Nak yang macam mana? Swatch, Titus, Tissot, Tag Heuer, Rolex, Omega, bla bla bla. Nak yang pembuat jam atau designer yang buat? Apa sajalah. Janji ada ongkosnya... Tapi dak kecik ni, sibuk datang sini sebab nak tengok movie.
The Smurf 2 pulak memang tengah hot. So, okeylah layankan aje... Orang pun tak ramai sebab kami pergi pagi lagi. Dalam cinema yang besar tu, cuma secoet je seats yang ada orang. Sebab tu Ica tak tengok wayang sangat. Turun naik tangga lari sana sini aje kerjanya :-( Aih, kitorang pulak yang kena tengok movie ni?
Entah apa yang disukakan sangat siput mata besar nih.
Tengok muka Ica, cuak sangat sebab takut nanti Superman tu hidup, keluar dari kotak tu. kihkih.
Juga ke Kinokuniya menemankan ayah cari magazine kegemarannya...
Dan beli magazine Princess kegemaran Ica....
Lepas itu, dah tengahari sikit, kita ke Chili's sebab Ica nak belanja ibu dan ayahnya makan sedap, dengan duit raya dia yang banyak tu :-/
Kat sini kan kids get free meals.
Kids meal kali ni kita pilihkan Ica kentang goreng dan chicken wing. Tapi sorrylah, nama pun kids meal yang healthy, jade chicken wings tu tak rasa masin pun. Dia bajet kena makan cicah garam dengan lada sulah kot? Kanan tu makanan ayah ibu lah. Ibu pilih Big Mouth Mushroom Burger, manakala ayah nyer grilled mixed, chicken and lamb with rice and corn. Ayah kata menyesal pilih yang tu. Kah kah. Tak sedap rupanya. Dahlah tu paling mahal. Haaaa... len kali, order yang biasa-biasa saja okey.
Paling mengujakan peminat coklat cilik ini ialah semestinya dessert coklat fountain tu. Bawahnya kek coklat yang ada coklat cair, ditop-up dengan vanilla ice-cream yang dicelup coklat. Buat-buat terkejut tapi sebenarnya suka gila. Lepas tu tak sabar tengok ayah main hp aje, dia tarik sendiri pinggan tu. Ahaks!
Tak dapat beli jam yang ibu nak. Haih susahnya nak buat pilihan. Sebab takde yang menawan kalbu. Ibu nak, bila tengok, terus suka. Ada cahaya gitu. Tapi sini takde. On the way balik, decide ke Wangsa Walk pulak. Situ ada kedai jam AnyTime yang ibu beli jam tangan 2-3 tahun lepas. Repair pun boleh kat situ. Pendek kata, semua kat situlah.
Tapi singgah dulu solat di Mesjid PULAPOL dekat Semarak ni. Setakat ini, Mesjid inilah yang paling selesa.
Kalau nak tahu apa yang selesa sangat tu, kena datang dan alami sendiri :-) oklah, actually, selesa sebab susun atur tempatnya sangat kemas dan kena dengan kita. Belah kiri perempuan, belah kanan lelaki. Bermula dengan tandas, lepas tu tempat wudhuk dan lepas tu ruang solat. Ada aircond. Telekung pun bersih. Tempat ni bersih sepanjang masa sebab ada tukang cuci setiap masa. Maklumlah, mesjid VIP kan... Telekung budak pun ada. Tu yang Ica solat sekali kat sini.
Lepas solat zuhur, kita ke WangsaWalk pulak.
Kalau dah tersengih semacam tu maknanya dah jumpa lah apa yang diidamkan tu. Alhamdulillah...
Ececeh.. Jam baru, yey. Sama dengan ayah.
Jam dah dapat, apa lagi, balik rumahlah. Yang kat rumah ni pulak, tengah bersedih ke apa?
Noneng, kenapa bersedih nih? Dah pakaikan crown pun sedih lagi? Adoyai
Mungkin kalau Noneng ni boleh bercakap, ada benda yang dia nak share. Tapi sebab dia cuma boleh mengiyau dan kita takkan faham pun, tu yang jadi puzzle je. Dia malas nak layan kita, kita pun malas nak kacau dia.
Kita mula perasan Noneng macam tak bermaya sejak embah balik kampung. Bila kita balik raya haritu, tengok dia lemah aje, asyik tunggu kat depan pintu bilik embah. Yelah, sebulan tidor atas lap kaki ke bilik embah, sambil dapat nyaman aircond. Sebulan berat badannya bertambah 200gram dan tiap saat, kalau teringat aje, terus makan. Semua makanan dia belasah. Wetfood premium perasa apa-apa pun dia makan, dada ayam rebus pun boleh, yang premium food biasa royal canin dengan iams pun dia makan macam biasa. Tapi kali ni, dia bukan saja nampak layu macam kehilangan seseorang, selera makan pun jadi tumpul. Wet food asyik tak habis, dan end-up bagi kat Boboy yang senang hati habiskan sampai licin berkilat mangkuk tu :-)
Dia tak berapa nak main pun. Banyak tidur macam ni. Kalau tak placing kat lantai depan kitorang mengadap tv, atau bawah meja, ni kat day bed ni. Kita pun tak kacau lah. Tapi gaya dia tidur tu macam tidur kucing sakit. Suhu badannya pun kadang hangat kadang sejuk.
Kalau dah kucing parsi tu memang la kejenya asyik mengekor orang aje 24jam. Kalau kita kat sofa, dia lepak daybed. Kalau kita tengok tv, dia lepak tepi tv. Kalau Ica mengaji atau buat homework, dia lepak bawah meja Ica. Kalau kami dua-dua masuk bilik, sorang dengan lappy, sorang dengan tablet, dia tidur kat celah ni.
Kalau kami dua orang kat dapur (sebab ayah keje siang hari, jadi tinggal kami dua orang aje kan) tengah makan kat meja, dia mesti lepak kat bawah meja atau duduk kat salah satu kerusi kosong. Tapi ada sekali tu, dia ke hulu ke hilir, last-last baring, peluk kaki ibu, lepas tu tidur... La... kesiannya dia. Rindu pelukan embah kot? Embah tu memang suka manjakan kucing. Kepit celah ketiak masa tidur. Hish.
Kat bawah TV. Sengaja dia lepak sambil keluarkan badan separuh macam tu sebab nak hint kat kami, yang dia wujud...
Hari Jumaat, 16 Ogos '13 tu, tiba-tiba Noneng berak cair macam cirit. Ibu yang cepat panik ni apa lagi. Ha, meloncat-loncat macam kera terkejut dek belacan lah. Apa taknya. Kami berdua tengah dalam bilik tidur layankan internet, tetiba, Noneng datang, macam biasa sibuk menjilat bulunya, tapi hairan, ada bau tahi sekali. Bila cek-cek, rupanya tahi kucing cair dah melekat kat tikar lantai tu. Adoyaiii.
Mulut ibu ni, maaf cakaplah, memang kalau membebel sambil buat kerja tu memang sangat terror. Terus angkat Noneng ke dapur, ke singki, terus basuh kaki tangan Noneng. Tetiba ada cairan tahi yang jatuh ke singki, rupanya, bontot tak habis jilat lagi. Grrr... Terus cebokkan dia ala-ala baby tu, except baby ni mencakar ganas... habis ibu kena cakar sikit. Tapi lantakkan...
Ambik sabun basuh pinggan. Itu je yang tercapai pun. Terus gonyoh montotnya sampai penuh buih kat situ. Sorilah kalau pedih ke apa ye Neng. Sebab bau busuk memang takkan menjadi kegemaran ibu selamanya. Habis cebok Noneng, kurung dia dengan tudung saji letak atas lapik kaki kat dapur. Sambil ibu basuh dan mop tahinya yang dalam bilik dan di lantai dapur tadi.
Si Noneng ni pulak, being kucing kan. Diheretnya tudung saji tu. Ibu pun menjerit-jeritlah sebab lantai belum kering. Ibu tengah nak bilas balik. Duhai... Nasib baik bilik air belakang tu kering lantainya. Terus letak Noneng dalam tu, letak air dengan makanan dia, hopefully dia cepatlah bersihkan dirinya sendiri. Sambil ibu mengomel-ngomel sakit belakang kena mop pulak satu dapur dan bilik, sebab tak tahu tadinya dia pijak mana sebelum sampai ke bilik kita... Hai la kucing.
Terus sms ayah, walaupun tahu dia tengah solat Jumaat. Sementara tunggu ayah sampai, untuk ke Vet, sempat reserach pasal penyakit kucing. Tapi kalau penyakit kucing, simptomnya termasuk muntah-muntah dan jangka masa kucing kesakitan tak lama, sebab dia terus mati paling lambat 7 hari selepas jangkitan. Jadi, ini mungkin bukan sakit kucing.
Lepas jumpa vet, bagi injection supaya tak terus cirit, dan antibiotik, balik tu, Noneng nampak okey sikit. Tapi tak henti menggaru badannya. Macam banyak gila kutu. Padahal malam semalam tu dah letak ubat kutu. Arghgh..Noneng!
Plan nak bagi dia makan dada ayam dulu, sementara nak tunggu selera makannya datang semula. Masalah bila bagi dada ayam rebus ni, bau tahinya sangat busuk. Dah macam bau tahi orang ke apa. Duhh... Takpelah bersabar saja asalkan Noneng baik.
Noneng didukung Ica, pagi sebelum tengaharinya dia berak cair. Aduhai Noneng. Muka dah comel dah. Tapi asyik menggaru aje. Apalah yang tak kena. Tensi mak ni.
Oklah, dah banyak bebel. Bercampur-campur cerita.

















No comments:
Post a Comment