Bismillah...Dear Ica...
Selamat hari raya aidilfitri 2013... Alhamdulillah kita masih sempat melaluinya. Syukur atas nikmat dan kasih sayang Allah. Raya kali ini, ibu rasa paling seronok selepas bergelar ibu sejak 5 tahun lepas. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah...
Kenapa? Sebab dapat konvoi adik beradik walaupun tak cukup korum, dan nak cerita panjang, baca yang di bawah ni lah :-)
Kenapa? Sebab dapat konvoi adik beradik walaupun tak cukup korum, dan nak cerita panjang, baca yang di bawah ni lah :-)
Sehari sebelum raya, belah petangnya, ibu, ayah, Ica dan embah, menyertai Wak Laila, suami dan abg Suhaib, juga Paman Azam & Isteri, untuk berbuka puasa terakhir ramadhan ini di rumah Wak Husna di Kampung Klang Gate, KL. Subhanallah, syukur sangat dengan perkumpulan kecil ini, sebab ibu memang merindukan zaman-zaman hubungan kekeluargaan sesama adik beradik yang erat masa muda-muda dulu. Kini, walaupun tak cukup korum, sebab Wak Hajar dan famili, enggan turut serta, manakala Wak Haji dan famili ada jauh di Poli Sabak Bernam, tapi 4 beradik cukup meriah untuk bersama-sama emak melalui malam raya.
Lauk berbuka terakhir tu sama je dgn lauk yang nak di makan raya esoknya. Memang selalu pun macam ni. Takkan la nak masak banyak-banyak kali kan...
Rendang ayam yang ibu buat. Memang tak sempat sampai ke raya sebab malam raya aje dah tinggal seciput. Ibu, lepas buka puasa, terus rehat dalam bilik dan tertidur-bangun-tidur sampai pagi. Bangun untuk temankan Ica ke toilet dan solat maghrib & isyak saja. Jadi, tak tahu apa yang berlaku kat ruang tamu especially pada hal ehwal makan-makan. Tahu-tahu bila bangun pagi je, siap masak nasi pulut kunyit, tengok rendang yang asalnya sekuali besar (2 setengah ekor ayam saiz sedang) dah tinggal semangkuk aje :-) Tak marah lah, sebab banyak lagi lauk lain. Dan syukur makanan tu tak membazir, jadi ada barakahnya, Insyaallah..
Kuah kacang letak ayam ni Wak Laila yang masaknya. Boleh tahan sedap tapi rasanya macam termasin sikit. Yelah, masa masak tu kan masih puasa.
Kari kerisek ayam kampung Wak Husna yang masak. Pada ibu, kari ni kurang sikit sedapnya sebab kerisek terlalu banyak. Tapi orang lain kata okey. So okey lah kot :-)
Masak kicap ayam Wak Laila. Pedas dan berempah.
Ayam masak merah serai Wak Husna. Memang pedassssss....
Ketupat ni semua orang bawa sikit.
Sambal tumis tempe dan sayuran lain, jawa style. Wak Husna yang rajin membuatnya. Ini kegemaran semua orang. Tapi kali ni ibu tak begitu enjoy menikmatinya sebab, entahlah. Takde keinginan kot :-)
Pulut kunyit ni ibu yang masak. Guna santan kotak M&S, semua orang kata kurang lemaknya. Yelah, kan santan tu diproses dan dikurangkan lemak. Errr... tapi mbah kata dah sedang-sedang. Akhirnya habis pun pulut ni. Alhamdulillah.
Kuah kacang yang nampak sedap tapi agak pedas. Sasssyyyy pedassss... Sesuailah dengan semua pemakan di rumah ni yang suka dengan yang pedas terbako...
Malam raya tu, Ica main dengan Aiman tak ingat dunia. Main tablet. Berebut. Nangis. Lepas tu main lari-lari. Nyorok-nyorok. Jerit-jerit. Sampai satu tahap tu, ibu yang tidur ni pun boleh terganggu. Ica lena pukul 2 pagi kot. Lepas tu pukul 7 dah bangun. Terbangun sendiri sebab eksaited sangat nak raya. Subhanallah... Ibu risau juga kalau dia lelah kejap lagi. Ayah tidur kat rumah, dan datang ke Klang Gate pagi lepas solat raya. Ala rumah kita dengan rumah Wak Husna ni tak sampai 5km pun. Tapi saja ibu nak tidur kat tempat ramai orang, nak feel rasa kat kampung :-) walaupun bukan bersembang ke apa. Tido aje.
Dah siap mandi dan pakai baju raya.
Lepas tu, apa lagi, sambung main la dengan Aiman.
Gila susah nak snap gambar dak dua orang ni dalam keadaan ready. Ada aje.
Baru lah jadi. Arissa & Aiman. Sebaya, tapi Aiman bulan 2, Arissa bulan 9.
Ibu dan Paman Azam. Adik bongsu.
Ica merajuk sebab berebutkan tablet dengan Aiman.
Ica dan embah yang monyok tak cukup tidur. Embah lagilah tak tidur sangat malam raya tu sebab bilik embah yang depan toilet ada bowl duduk tu takde air-cond pulak. Jadi, panas lah, dok berkipas sepanjang malam. Sampai dia tidur mimpi si Yani jadi raksasa, tercabut kepala, tapi keluar ekor. Memang kelakar...
Aiman dan embah. Tangok tu tablet tak lepas dari tangan.
Paman Azam dan Bibik Yani. Diorang ni dah 2 tahun lebih kawin. Tapi belum ada rezeki baby lagi.
Candid.
Ibu dan embah. Amboih putihnya bedak embah. Ini kali dah solat raya. Ibu solat raya berjamaah di rumah saja, dengan embah dan Bibik Yani. Lepas itu kami salam raya.
Family kita yang demok x3 Hahahaha...
Kita dan embah.
Family Paman Azam dan embah.
Ayah dan anak yang asyik makan kuih raya non-stop. Siap tak puas hati tu bila kena tegur.
embah dan 2 cucu keciknya...
Fathers and children.
Anak-anak 'pinjam'.
Candid.
Ayah makan lagi.
Makan lagi.
Warna merah ni buat ibu nampak gemuk sungguh! Kahkah..
Makan lagi...
Family Wak Laila.
Dengan Ica.
Dengan Aiman.
Ibu & Wak Husna.
Family Wak Husna.
Makan lagi...
Masa ni embah dah lalok sikit sebab dah makan dan mula mengantuk. Tapi tak lena tidur pulak. Ini dalam bilik yang embah tidur malam raya tu.
Candid 1.
Candid 2.
Candid 3.
Ok dah tak candid. Family! Except the camera-person. ME. Jap jap.
Ahah. Ini gambar ambil dengan kamera, self-snap. Tapi tak cantik sangat sebab settingnya tak dibetulkan.
Which one is better? Macam sama age? Tak kisahlah... Tapi, INILAH KELUARGA BELAH IBU...
Ahah. Ini gambar ambil dengan kamera, self-snap. Tapi tak cantik sangat sebab settingnya tak dibetulkan.
Which one is better? Macam sama age? Tak kisahlah... Tapi, INILAH KELUARGA BELAH IBU...
The girls.
The Boys. Ahaks!
Sementara itu, ini gambar Family Wak Haji di Poli Sabak. Dengan kecanggihan whatsapp, bolehlah bertukar-tukar gambar raya kan. hihi.
Menjelang tengahari, selesai salam raya semua, kita pun gerak ke rumah Mak Ngah Intan untuk beraya dengan nenek pula di sana.
Seelok saja kami sampai, tak sempat nak makan minum lagi, family Pak Long pula sampai. Kali ni lengkap Pak Long dengan isterinya (selalunya dia dengan anak bongsu aje), dan anak-anak serta cucunya yang baru sebulan tu. Ala, anak sedara Ica yang kita datang melawat haritu.
Oh lupa, Tok Wak(baju coklat bunga pink) tu pun ada juga.Ayah tengah syok berborak dengan Mak Ngah Intan dan suaminya pasal business apakebendatah.
Ica kacau ayah...
Salam ayah...
Ica main kat bilik tv. Ibu pun lepak sini jugak sebab kat ruang tamu tu tetamu datang tak surut-surut.
Sempat bergaya dengan songkok busuk sapa ntah.
Takde pic keluarga sebab orang datang beraya tak putus-putus. Nenek pun kepenatan. Mak Ngah Intan, elok je tetamu blah, terus cabut gi kedai kopi. Penat kot duduk rumah nak kena layan orang dan prepare food. Sungguh, semua makanan habis sebelum petang. Tinggal nasi himpit dengan kuah kacang aje. Yang lain mcm rendang, lontong, dah habis. Penangan tetamu ramai gila. Memang barakah!
Ica dengan anak sedaranya, anak Kakak Nadia, namanya Numa Alveena. Umur dah 2 tahun.
Numa ni nampak matang sangat, dan bijak, sebab dia ada adik berumur 9 bulan yang comel. Tapi takde dalam gambar sebab tengah tidur.
Dalam pukul 6, kami pun balik ke rumah Wak Husna, ambil embah bawa balik rumah. Esok pagi-pagi nak beraya rumah Wak Haji pulak. Jauh perjalanan tu.
Raya kedua, sebagaimana yang dirancangkan, kami keluar rumah seawal pukul 7 pagi. Emak dah bersiap-siap sejak pukul 6 pagi lagi. Bagus. Sebab kita tak nak perjalanan terganggu disebabkan mbah yang lewat bersiap.

Sempat singgah sarapan di kedai mamak di Tg Karang. Sempat bagi makan kucing-kucing liar kat tepi-tepi kedai makan tu yang kurus tak makan. Sempat menyaksikan sekor anak kucing yang masih kecil sangat, mati kene gelek dengan kereta, sampai perutnya terburai dan dimakan gagak. Ibunya menunggu penuh setia sambil menghalau burung gagak tu. Kesian.
Pukul 9.30pagi sampai di kampung. Hajat nak beraya di rumah Wak Umi tak kesampaian sebab seluruh isi rumahnya melawat jenazah Kakak Wak Kadri, suami Wak Umi yang meninggal, di Sungai Nibong. Kami nak ikut sekali, tapi Mbah tak ingat jalan ke sana. Akhirnya, kami melepak saja di rumah kampung.

This used to be my playground. Tangga depan rumah yang banyak menyimpan kisah kami adik beradik masa kecil-kecil dulu.
Ini anak angkat Mbah, namanya Wak Basah. Nama dalam IC Noraini. Dibintikan nama arwah Mbah Lanang (Atok) sebab nak mudahkan dia sekolah dan kahwin. Tapi Mbah Lanang tak jadi wali nikahnya. Hanya nama saja.
Dia ni ada 5 anak. Seorang dah lost contact, namanya Norlia, umurnya mungkin 28. Yang duduk di rumah ni ada 2 orang, anak sulung dah no. 3, Fuad dan Norlaili. Fuad tu umurnya dah 37, akan kahwin hujung tahun ni, kerja di Sg Besar. Norlaili mengajar di Sabak Bernam kot, umurnya 31, dan akan kahwin bulan 9 nanti. Seorang lagi, anak kesayangan Wak Basah, namanya Rafizan, 33, lelaki. Anaknya dah 3 orang. Tinggal di Gombak, tapi kami tak pernah terserempak pulak, dan kali ni dia beraya di Neg. 9 di rumah mertuanya.
Dah lama kami tak jejak rumah kampung ni, sebab ada perselisihan faham sikit dengan Wak Basah ni. Lagipun rumah kampung ni, sejak mereka duduk 7-8 tahun lepas, dah tak terjaga macam masa kami yang duduk dulu. Yelah, maksudnya, kawasan sekitar rumah nampak kemas, tapi dalam rumah, dah macam gua. Tak bersapu, mahupun bermop. Hanya bahagian belah ruang tamu ke depan saja yang kemas lengkap dengan perabut. Yang tengah hingga ke dapur bawah tu, memang teruk sangat nampaknya. Penuh dengan perabot lama Laili yang belum pindah rumah barunya.

Tapi, takpelah, kami rehat dan makan-makan di bawah rumah saja. Bawah rumah ni sejuk sikit sebab angin bertiup dan cuaca belum panas terik lagi masa ni. Ini perabut lama kami zaman dulu. Asalnya perabut Wak Haji, dibeli Wak Husna untuk letak di ruang tamu. Kini, diletakkan di bawah rumah pula :-( asalkan masih berguna.
Kebetulan, masa kami sampai tu, dalam 15 minit kemudiannya, kumpulan baraan kampung pun tiba. Paman dan ayah pun mengalu-alukan mereka naik ke atas.
Bila dah habis semua orang dah balik, turn Ica pula melawat kawasan. Yang kelakarnya, Ica naik ke rumah daripada tangga, merangkak macam hantu korea Ju-on. Katanya takut runtuh ke jatuh ke apa. Hai la budak KL. Under estimate tangga umah kampung.
Ini susasana di atas rumah. Semua langsir dan perabut bukam lagi milik kami. Yang kami punya, Wak Husna dah ambil bawa balik rumah dia kot.
Ni ha aksi ju-on merangkak nak masuk rumah.
Tengok ni katil single si Laili, siap dengan kotak-kotak A4 tu.
Belah sini pun penuh dengan barang-barang dia sampai tertutup terus tingkap kecik ni. Dulu, katil Arwah Mbah Lanang, kat sini. Bila dia bangun aje, terus buka tingkap kecik tu. Kasi masuk cahaya. :-(
Ini bahagian sebelah kirinya yang tadi tu. Tak terbela langsung. Takde siapa yang nak kemaskan. Bersepah macam ni dibiarkan saja. Padahal dulu, sinilah katil Mbah, dekat dengan mini toilet untuk dia kencing bila malam. Kipas mbah pun ada lagi tu tapi tak tahulah masih elok ke tidak. Langsir pun dah takde. Cermin tingkap pun banyak yang ropong. Ruang ni banyak kenangan. Arwah Mbah Lanang dimandikan kat sini :-(
Balik ke ruang depan. Masa ni orang baru je kosongkan rumah. Rumah ni boleh tahan besarnya. Tapi nak kena selalu sapu dan mop sebab rumah tengah sawah memang senang naik habuk dan binatang kecil. TV dan raknya tu pun bukan kita punya dah.
Yang kita punya hanyalah plug dan tikar biru tu saja. Haha.
Hah. Ju-on dah pun sampai. Kihkihkih.
Eh eh. Ju-on terus capai makanan nampaknya?
OOh yang tengah mengemas tu lah Laili. Muka saling tak tumpah macam maknya, Wak Basah.
Pemandangan dapur yang sorry to say, agak meloyakan. Macam mana diorang boleh tinggal kat tempat macam ini? Langsir berserabut tak di ikat kemas. Sawang banyak gila. Lantai tak pernah bersapu, malah berminyak lagi.
Siap ada kotak mesin basuh kat situ. Yang nampak masih elok, meja makan yang Laili beli baru dan Rak dapur gas. Gobok tepi dapur, meja letak pinggan mangkuk kering dan gobok biru depan tangga ni, Mbah punya. Wak Laila dan Wak Hajar yang beli. Meja makan peninggalan kami dah takde. Dulu, dapur ni bersih kemas. Masa ibu kat sinilah. Masa musim cuti semester. Rumah memang kemas, tiptop.

Tangga yang menyimpan banyak kenangan. Eh, Ju-on masih merangkak lagi rupanya :-)
Dah, menangis pulak kenapa?
Ohh nak cari kucing.
Lepas main kucing basuh tangan dulu. Tangki air ni dah ada sejak ibu kecik sangat lagi. Masa dulu, rasa macam besar gila tangki ni, takut betul kalau terjatuh ke dalamnya. Dah tentu tak boleh naik balik. Matilahhh... :-) Sekarang nampak kecik aje.
Kat luar rumah, nampak cantik dan kemas. Tanam pokok siap dalam bekas rice cooker pun boleh hidup.
Legaaaaa...
Kat luar rumah, nampak cantik dan kemas. Tanam pokok siap dalam bekas rice cooker pun boleh hidup.
Legaaaaa...
Diorang ni sampai lambat gila. Kami dah jenuh menunggu. Ayah dah siap buang air besar lagi.
Baru la nak makan-makan. Kami ni dah nak tumbuh tanduk menunggu :-(
Abg Suhaib tengok apa tu?
Lepas rumah kampong, kami ke Bagan Datoh pula, ke rumah Wak Kamsiah. Anak arwah Mbah Bokde.
Lepas rumah kampong, kami ke Bagan Datoh pula, ke rumah Wak Kamsiah. Anak arwah Mbah Bokde.
Dari kiri, Noor (anak sulung Wak Kam), Mbah, Wak Kam, dan Wak Husna.
Bila datang rumah ni, senyap sunyi sangat. Kami tak pernah tak pergi sini bila raya. Satu-satunya saudara mbah seibu sebapa. Seorang demi seorang ahli keluarganya meninggal dunia. Mula-mula dulu arwah Shuhadak, anak lelaki kedua dan kesayangan, meninggal dunia dalam kemalangan motosikal malam raya pertama sepulangnya dia dari rumah kami. Tahun 1992 masa tu dia lepasan SPM.
Lepas tu Wak Amat (ayahnya) pula menyusul, dalam tahun 2007, meninggal selepas meracun rumput. Muntah darah dan semua pancainderanya berdarah. Dan tahun lepas, Mbah Bokde (neneknya) pula meninggal sebab sakit tua.
Tinggallah Wak Kam dengan anak lelaki bongsunya Poji, Fauzi Rafie, 30 yang belum kahwin. Sementara tu anak sulungnya Noorliza yang ada 6 anak, seorang dah meninggal, yang baya Ica, tinggal di Klang, dan seorang lagi anak ke 3 nya Fazilah, 33, ikut suami di Pahang, ada 1 anak. Masa kami tiba ni, Ila tu dah balik kampung suaminya untuk beraya disana.

Ayah nak telan kuih pun macam tersekat aje tu?
Suhaib macam biasa, muka blur.
Mbah tu kenapa?
Ica khusyuk, sambil diapit lelaki-lelaki tak macho.
Lepas rumah ni, kami konvoi ke rumah anak sedara mak di Sungai Manila, melepasi Teluk Indan. Tapi jauh gila. Sebab mak nak melawat anak sedaranya yang baru 2 bulan kematian suami.
Lepas rumah ni, kami konvoi ke rumah anak sedara mak di Sungai Manila, melepasi Teluk Indan. Tapi jauh gila. Sebab mak nak melawat anak sedaranya yang baru 2 bulan kematian suami.
Baru tiba. Cuaca tak begitu panas, tapi rumah ni takde kipas. Menyebabkan semua orang berpeluh-peluh.
Ini kami panggil dia Yuk Seri. So, Ica akan panggil dia Wak Seri lah. Masa dia kecik dulu, mbah yang jaga dia sebab maknya dah meninggal. Maknya tu kakak mbah tapi lain emak.
Panas gila, peluh menitik-nitik, tapi bila dan bersembang macam ni, habis juga kuih raya orang tu dimakan.
Ica masih bertahan dengan tudung rayanya..
Amboi..
Embah aje yang banyak bercerita, yang lain senyap dan makan kuih raya sambil mengipas muka. Rugi tak bawak turun kipas tangan ibu tu.
Konvoi keluar dari Perak ke Sabak Bernam, nak ke rumah Wak Haji pula. Depan tu teksi Wak Sah. Jalan boleh tahan jem. Tapi tak lama sangat lah kami terperangkap. Alhamdulillah... nasib baik embah okey.
Ibu belanja semua orang minum-minum di kedai mamak ni. Kat Sabak Bernam. Ica siap buang air besar lagi kat sini. Hish. Makan tak seberapa. Tapi asyik membuang aje. Tadi tu, dalam jem, sempat nak terkencing. Nasib baik jumpa madrasah tepi jalan.
Embah okey? Okey lah tu. Makan pun habis, walaupun katanya kedai mamak ni tak bersih. Biasalah mamak. Kebersihan no. 10. Tapi bukan sebab tu kita makan sini. Just nak kumpul2 kat kedai yang bukak. Kat KFC manade nasi panas yang embah nak.
Di destinasi terakhir konvoi kali ni ialah umah Wak Haji Nordin. Semua ada kat rumah masa ini. Alhamdulillah semua sihat. Masa ni semua dah kepenatan dan kekenyangan.
Di destinasi terakhir konvoi kali ni ialah umah Wak Haji Nordin. Semua ada kat rumah masa ini. Alhamdulillah semua sihat. Masa ni semua dah kepenatan dan kekenyangan.
Dah siap mandi manda dan solat jamak, maka masing-masing pun berjamaah lah bersembang di ruang tamu. Memang itulah tujuannya. Nak berkumpul dan 'catching-up' tanpa menyusahkan tuan rumah nak kena masak bagai. Takdelah nak menyusahkan Wak Hajjah Timah nak masak nasi untuk makan malam. Sebab Wak Hajjah Timah baru sehari balik dari umrah tentu penat sangat. Kesian dia.
Tapi lauk raya masih ada, macam nasi himpit dan rendang. Cuma ibu tak de selera langsung sebab kepenatan. Ayah sempatlah merasa sepotong dua ketupat dan rendang.
Tapi lauk raya masih ada, macam nasi himpit dan rendang. Cuma ibu tak de selera langsung sebab kepenatan. Ayah sempatlah merasa sepotong dua ketupat dan rendang.
Las kopek, gambar raya.... Muka pun semua dah hitam-hitam terbako siang tadi. Ini ibu yang snap. Tentulah cantik.
Ini Kakak Seha yang snap. Gegar sikit :-(
Inilah FAMILY kita... Alhamdulillah.
Eh, embah mana? Dah pengsan masa ni. Lepas solat maghrib terus terlelap keletihan. Kesian dia. Tapi kalau tak macam tu, tak dapatlah nak konvoi reramai macam ini.
Acara berkumpul begini lah yang membuatkan ibu happy sangat. Terima Kasih Allah di atas peluang ini yang jarang sekali dapat dinikmati.
Raya ke 3 dan 4, Sabtu Ahad, ibu down demam, batuk, tonsil bengkak. Raya 5 ke KLCC. Raya 6 melengung di rumah sebab ayah kerja pagi ke petang :-(
Till then.

No comments:
Post a Comment