Aug 7, 2013

Sehari sebelum raya.

Bismillah.
Alhamdulillah malam tadi dapat berterawih terakhir Ramadhan ini di Mesjid, dengan ayah. Sementara Ica tinggal di rumah dengan embah dan abg cik (anak Wak Haji yang no. 3) yang kebetulan singgah untuk balik kampong esok harinya. Jemaah dah kurang sebab ramai dah balik kampong kot. Syahdu juga rasa hati sebab tak dapat menjamin diri sendiri akan bertemu ramadhan tahun depan. Mudah-mudahan, Insyaallah... 

Dalam mesjid tak ramai. Tapi yang kat luar mesjid, dekat-dekat dengan pasar malam uptown tu, fullamak, jem ketat. Parking full. Sampaikan kat tepi koridor kedai repair kereta pun orang berniaga baju kurung, songkok, samping semua. Saat-saat kecederaan untuk shopping last minute.

Tinggalkan Ica tak sampai 2 jam pun, bila balik aje tengok mulutnya dah pecah, bengkak dan hidungnya berdarah. Haih. Ibu dah hangin dengan Ica. Main lompat-lompat lepas tu terjatuh dan terhantuk kat kabinet t v. Yang embah pun satu, bukan nak dihalangnya budak kecik tu. Tapi kalau dihalang pun Ica tu bukan makan saman. Selagi tak puas, selagi tu melompat-lompat. Kalau ada ayah atau ibu, jangan harap boleh buat camtu.
 Nampak ni bibir bengkak. Darah dah habis masa ni.
 Tengok dari bawah, bibir dah pecah. Mesti part yang kena gigi tu lah yang pecah sebab hentakkan kuat.
 See... Aduyai!
Bila senyum pun tetap nampak bengaknya. Hai, ibu dah suspen ni takut kalau ada cedera kat kepala ke, kat dalam hidung ke... Mudah-mudahan takde apa lah. Kalau tak mcm ni, tak lah namanya budak kan... Ica pun cuak jugak sebab esok dah nak raya, kalau bengkak tak surut, tak cantik lah dia :-)

Berbalik pada ibu, kebiasaannya sehari sebelum raya ni, ibu bertungkus lumus di dapur, memasak juadah raya yang semestinya nasi himpit, kari ayam sekawah dan tumisan tempe, hati ayam dan sayur-sayuran. Tapi start tahun lepas, ibu dah tak masak beriya lah. 

Sebabnya, raya bukan duduk kat rumah pun. Lepas solat raya, terus ke rumah nenek/Mak Ngah Intan di UK Perdana. Kalau masak, bawa ke sana pun takde siapa nak makan sebab biasanya nenek dan Mak Ngah dah masak macam-macam. Kalau diorang makan pun, mulalah membandingkan rasanya dengan masakan diorang. Macamlah ibu ni alien :-) sebab pernah ibu masak daging kicap orang jawa, yang kita panggil semur kicap. Bukan dengan bawang-bawang saja, tapi dengan rempah ratusnya macam lada hitam, rempah, bunga lawang, kayu manis, dan lain-lain. Mujur tak letak santan aje sebab nak bagi tahan lama. Dah mendapat review pelbagai pulak, pedas berempah lah, apa lah. Masakan jawa la katakan.

Jadi, ibu hanya perlu masak untuk makan sarapan sebelum solat raya saja. Tak pun, lepas solat raya, makan di mesjid terus. Lagi sedap-sedap lauknya :-)

Tahun ini, nak buat lain sikitlah. Sebab adik beradik ibu akan berkumpul di rumah Wak Husna di Kampung Klang Gate. Jadi, setiap orang ada lauk untuk di masak asing sebelum bawa ke sana. Ala mcm potluck juga sebab tak nak susahkan Wak Husna seorang. Tapi, kita akan tidur semalam kat sana, sebelum beraya bersama esok paginya. Jadi, ada lauk yang akan di masak bersama, macam kuah masalodeh dengan tumisan. Ibu kena buat rendang ayam. Ingat nak kawankan dengan pulut kunyit. Tapi pulut tak boleh masak sehari sebelum raya, nanti basi pulak pada hari raya. 

Sebelum ke dapur untuk masak rendang, ibu kemaskan dulu baju-baju yang lama tak berlipat. Sesudah sahur terus mengerjakan pakaian, lepas tu gosok baju raya pula. Bangun pagi tadi pukul 3 lebih sebab nak masak nasi. Ayah teringin nasi goreng pulak. Sempat goreng nasi, panaskan lauk. Lepas sahur tu simpan semua makanan yang tak terhabis, dalam peti ais, kemas-kemas. Yelah. Mula je raya, semua makanan biasa tu akan dilupakan sehari dua. Tapi lepas tu masih boleh di makan lagi. Sayang nak buang sebab masih elok.
 Dua tupperware purple kat bawah tu berisi durian kuning dan putih. Ayah beli durian 2 hari sebelum raya? Haish, tak pernah dibuat dek orang. Atasnya dalam tupperware hijau cerah tu sup fishball & kentang, dan yang merah tu bubur kacang. Belakang sana ada ayam masak merah dan sambal udang petai dengan ayam goreng. Tupperware hijau tu isi sayur mentah. Ada la pulak serbuk cili yang terkeluar.
 Suci bersih aje muka depan fridge ni ayah bersihkan semalam. Kalau tak, segala jenis habuk ada :-) Bila dah bersih, magnet pun dibasuh, dan mana-mana yang elok, letak balik sini. Let's see what's inside.
 Tu diaaaa. Aiskrim memang sentiasa ada. Aiskrim milo belum habis, dah beli Cremeria pulak, sebab ayah dengan Ica taste tak sama :-) 

Stok ayam sampai nak terkeluar bekas. Dulu pakai tupperware jugak tapi tak muat, kenalah pakai plastik balik. Tapi kalau nugget yang dah dibuka, atau ayam segera yang belum habis, simpan dalam tupperware. Tahan lebih lama. Belah sini, ada popia sata dan hotdogs tu untuk waktu-waktu kecemasan tetiba lapar tgh malam, bolehlah dimasak dan buat kunyah-kunyah depan lappy :-) Jap lagi, stok ayam tu lah yg akan dimasak rendang.
 Baki fridge magnet yang lain letak di fridge lama yang dah tak hidup. Gambar lama pun letak situ sebab sayang nak buang :-)
 Fridge lama ni nak buang pun sayang sebab actually masih boleh pakai. Cuma pintunya dah rosak teruk sebab getah pelekat tu dah tertanggal. Jadi, kitorang jadikan tempat store makanan kering macam milo belum buka ni, perencah makanan, gula, garam, kicap, sos, sardin, susu, stok meggi dan mi kering, biskut dan keropok, etc. Atas sekali kat tempat letak telur tu, simpan stok makanan basah Noneng.
Atas table top letak stok kuih-kuih raya yang nenek bagi, dan yang ibu buat tapi tinggal sikit dah nak habis tu :-) nak buat lagi masya allah malaaaaassss sangat! Ala lepas raya pun masih boleh buat kuih raya kan :-) ok tong gas merah tu bukan bekas kuih raya, tapi tabung syiling kita.

Baju raya pun dah siap gosok. Sediakan 2 pasang saja. Nanti kalau perlu nak jalan-jalan raya, boleh la pakai baju kerja tu :-( huk huk! 

Oklah, nak letak duit raya dalam sampul dan nak ke dapur, masak rendang.
Nanti nak cerita pasal raya pula. Insyaallah.

No comments: